Jun 28, 2011

Wana dari KL yang tengah sarat....

Salam dan alooo untuk semua.. Dua hari ni (Isnin dan Selasa) saya ngan Wana dari KL. Lama dah Wana book class ni. Daripada masa tu kandungan 3 bulan, la dah 6 bulan..hehhehehe..Sian Wana ni. Dia tak berapa larat sangat. Tapi dia nekad nak mai blajar gak sebab dia kata, pas branak ni, dia terus nak fokus buat biz ni. Lagi pun, pas beranak ni, susah nak datang class sebab susah nak tinggal baby. Betul gak tu kann...

Wpun perut Wana ni tak berapa nampak lagi, tapi Wana nampak letih. Sian...dia. Dah tu, cita-cita besar ..hehehehhe. Mula-mula dia emel saya cakap nak blajar 3 kek saja, pastu tambah lagi satu. Pastu masuk-masuk jer bakery saya, terus cakap ``Kak, kalau saya nak tambah lagi 3 bleh tak....,''

Hmmm...dik, akak ni, kurang tapak tangan, dulang, mixer kecik, mixer besau, bekas-bekas plastik butter n apa yang ada, akak sanggup tadahkan. Tapi awak tu, larat kerrr. Sebab saya tengok Wana ni macam letih sket. Dia kata memang dia tak bleh berdiri lama-lama. Sakit kaki.

`` Tak per kak, saya buat pelan-pelan.,'' dia kata.

Memang kuat semangat betul budak ni. Memang la dia buat slow-slow. Tapi Wana ni  jenis yang memang nak blajar. Kalau boleh semua dia nak buat. Dia tak puas hati kalau saya setakat demo kat dia. Kalau dia tak buat, dia akan bangun, berjalan (dalam-dalam tak larat tu..) n datang tengok dekat-dekat.

1st day, Wana blajar 6 kek - Opera, Italian Rainbow, Tiramisu, Chocolate Indulgence, Carrot Walnut with cream cheese dan Blueberry Cheese Cake. Kira cepat gak laaa kami berdua buat keja. Start kul 11 lebih n settle pas maghrib. Ok gak lerrr, dalam slow-slow Wana ni kan...?

Sian Wana. ``Letih sangat kak...tapi tak bleh tido. Tido jap, terjaga kul 3 pagi,''...(bezanya Wana ngan akak. Akak ni kalau dah letih, letak kepala jerrr, tak sampai 5 minit dah solosaiiii....ribut petir pun tak sedaq...)

Hari kedua, kami sambung buat kek kawin 3 tingkat guna teknik steamed buttercream n sambung satu lagi kek - Strawberry Mousse. Hari ni kira Wana kurang sket la bergerak. Cuma dia dok lama masa menghias.

Ok, ni gambar-gambar kek yang Wana buat...gambaq Wana tak dak sebab dia kata dia seorang ibu hamil yang pemalu..ahakssss

Ni semua Wana buat tau.....dalam slow-slow dia pun bleh siap 6 kek sehari....tahniah dik..So, cabaran pada mereka yang tidak hamil. Mesti bleh siapkan lebih banyak kek daripada apa yang Wana buat nih...(hehehhehe...kaedah melariskan kelas dengan cara perbandingan ngan ibu hamil...ahakssss...gelak lagi)

Italian Rainbow

Carrot Walnut - Wana kata, ni kek paling senang nak buat...

Tiramisu

Blueberry cheesecake

Opera

Chocolate Indulgence

Strawberry Mousse

Kek kawin 3 tingkat guna teknik steamed bc. Bunga rose tu Wana buat. Cantik, tapi bleh improve lagi. Bangga laa sebab sebelum ni Wana tak penah buat bunga.

Untuk Wana, nanti kita jumpa lagi. Wana ada book satu lagi kelas DIY bulan Julai ni. Nak blajar Creampuff n eclairs, fruit tart, cheese tart n satu lagi yang saya tanya dia banyak kali - Hiasan Kek Fondant.  Masa tu dia dah 7 bulan.

``Dikkk...larat lagi kerrr nak mencanai fondant ni,''

`` Tak per kak...insyallah boleh. Saya cuba. Kalau tak larat, saya buat sket, akak buat sket. Yang penting dapat blajar ngan akak sebelum saya branak,'' bersemangat sungguh Wana ni. Respect betul saya ngan semangat dia. Ok dik..harap dapat tido hari ni yea. Esok bleh rileks....