Jun 20, 2011

Kelas ngan JPW siri satu tamat.....Alhamdulillah

Salam dan alooo untuk semua...alhamdulillah, kelas anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan selesai dengan sempurna Jumaaat lepas. Kelas kali ni fokus pada pembuatan kuih tradisional, kek, dan pencuci mulut.


15 orang ibu-ibu tunggal  gigih  terpilih untuk menyertai kelas kali ni. Mereka ialah - Kak Che Lah, NE, Siti, Kak Oli, Iza, Mas, Lya, Kak Cha, Kam, Kak Ita, Kak Pah, Mek Nor, Jaya, Ajue n Kak Ila .Dan seperti biasa Kak Supiah jadi asistant saya.

Lima hari berkursus ngan kesemua peserta ni banyak mengajar saya mengenai pengalaman hidup. Setiap ibu tunggal (janda dan balu) ni ada kisah suka duka masing-masing. Tapi yang saya paling respect ialah kecekalan hati dia orang ni. Baik yang bercerai idup atau mati, dia orang lah yang menjadi ketua keluarga sekarang. Bertungkus lumus keja siang malam untuk cari rezeki membesarkan anak-anak.

Ada yang dah biasa dangan dunia berniaga dan buat kuih muih ni, ada gak yang baru berjinak-jinak dan ada juga yang baru nak blajar. Sebab tu bagi saya, kursus-kursus macam ni penting. Bukan sahaja untuk memberikan kemahiran pada ibu tunggal ni, tapi lebih penting lagi nak buka mata ibu-ibu tunggal ni mengenai peluang-peluang mencari rezeki yang sebenarnya terbuka luas untuk dia orang ni. Antara nak ngan tak nak jerr..

Selain tu, peluang berjumpa ngan kawan-kawan senasib juga dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berkongsi pelbagai pengalaman, tips dan petua-petua.

Kalau sebelum ni sesi pengenalan diri kita buat pada hari pertama kursus, kali ni saya buat hari terakhir. Rasanya lagi best dan berkesan. Sebabnya lepas 5 hari berkursus, penutupnya saya suruh setiap seorang menceritakan mengenai diri sendiri. Kalau sebelum kursus-kursus sebelum ni saya susah nak ingat nama dan crita peserta-peserta, tapi kali ni dengan cara buat sesi pengenalan pada hari terakhir, saya ingat semua crita sedih dan suka kesemua 15 peserta.


Setiap peserta ada crita masing-masing. Masa dia orang bercerita mengenai susah getir hidup dia orang ni, saya selalu bertanya pada diri sendiri ``kalau lah aku di kedudukan tu, adakah aku ada kekuatan macam dia orang ni...?'' . Tapi bak kata orang, hidup mesti diteruskan. Kita tak boleh terus menerus meratapi nasib....betul tak...?

Selama 5 hari berkursus ni, peserta didedahkan dengan pelbagai kemahiran membuat kuih muih tradisional dan moden yang boleh dijadikan punca pendapatan. Bulan Ramadhan yang akan datang tak lama lagi boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempraktikkan apa yang dia orang belajar.

Ok, ni adalah apa yang peserta belajar sepanjang 5 hari kursus:

HARI PERTAMA
KEK-KEK KOMERSIAL ALA PASAR MALAM
i.kek pisang
ii.kek marbel
iii.kek pelangi
iv.Aneka kek sponge (sponge chocolate, vanilla dan oren)
v.Kek coklat ekonomi (dengan toping coklat ekonomi)
vi.Aneka Chiffon (Chifon Pandan, Kopi dan Nenas)

HARI KEDUA
PRODUK SEJUK BEKU 
i.Kuih bakar jagung
ii.Kuih pulut inti ayam
iii.Pulut panggang
iv.Karipap pusing
v.Samosa
vi.Cucur badak
vii.Cek mek molek
viii.Sardin roll
ix.Murtabak mini
x.Kuih kasturi

HARI KELIMA
ANEKA TALAM POPULAR

i.Talam keladi
ii.Talam cendol
iii.Talam suji
iv.Talam ubi kayu
v.Talam Serimuka
Talam Serimuka pulut hitam
HARI KEEMPAT
KUIH  MINUMAN PETANG POPULAR

i.Cara berlauk
ii.Cara pandan
iii.Donut biasa
iv.Donut sambal
v.Pau
vi.Koleh kacang
vii.Apam gula hangus
viii.Apam warna warni
ix.Kuih bakar bijan
x.Kuih tako

HARI KELIMA 
ANEKA PUDING KOMERSIAL
i.Puding triffle
ii.Puding kelapa
iii.Puding caramel
iv.Puding blackforest
v.Puding soya fruit coktail
vi.Puding cendol


Kepada JPW Negeri Sembilan terutamanya Puan Ummi, Puan Zura dan Puan Syura serta semua kakitangan pejabat, terima kasih tak terhingga sebab terus memberikan kepercayaan kepada Bzeebakery untuk memberikan kemahiran kepada ibu-ibu tunggal ni. ( Ni adalah tahun ketiga Bzeebakery berkerjasama dengan JPW Negeri Sembilan)

Ok, jom kita tengok gambar-gambar sekitar lima hari kursus

HARI PERTAMA - KEK KOMERSIAL ALA PASAR MALAM
Add caption

Marble cake

Chiffon, marble n sponge cake

Kek pisang

Kek pelangi

HARI KEDUA - PRODUK SEJUK BEKU - oleh cikgu jemputan - Kak Akma - akmakitchen.blogspot.com
(dari kanan) - kak Oli, Kam dan Kak Supiah tengah bagi perhatian serius

Dari kiri ke kanan - Kam, Liya, Kak Lah, Ne, Ct n Kak Oli tengah try buat pulut panggang


Ajue tengan panggang pulut panggang


Ne n Kak lah tengah goreng ondeh, ondeh

errrr...tak ingat nama kuih ni, rasanya `bombastik'

Ondeh-ondeh

Cik mek molek

orang kampung saya panggil cucoq kacang

cucoq badak

pulut panggang

Kak Cha tengah puluh mengacau

Add caption

Mek Nor dari Kelantan sedang beraksi depan kamera. Belakang dia Kak Che Lah, Ne sebelah tu n Iza sebelah dia


Sardine Roll

Samosa


Karipap pusing

Kuih bakar jagung

 HARI KETIGA - ANEKA TALAM POPULAR
Dari kiri ke kanan - Kak Lah, Liya, Kak Cha, Kak Pah n Jaya tengah fokus blajar cara-cara memotong talam yang betul



Kak yang pakai serba merah tu kami panggil Chef Liza sebab muka dia sama ngan Chef Liza Zainol..hehhe

Talam suji


Talam pulut hitam

Talam ubi kayu

Talam berlauk

Talam cendol

Talam keladi
 (Ni plak, class free special untuk student saya - asas cupcake. Special untuk dia orang sebab semua rajin menolong...hehhhe)



Terharu saya bila salah seorang student - Ne terus balik test buat kek pisang dan kek marble yang saya ajar pada hari pertama. Dia bawak ke kelas untuk saya rasa. Memang sedap n jadi. Ne kata, dia dah penah belajar buat kek kat beberapa tempat sebelum ni, tapi tak penah jadi cantik. Tapi bila guna resepi saya, skali cuba dah jadi...ALHAMDULILLLAHHH...lega saya dengar.

Ni kek marble yang Ne buat....sedap, lembab dan gebu. Saya respect betul semangat Ne ni. Dia kata dia akan buat jual.

Ni plak hasil student gak. Siti - dia balik terus buat dan bawak ke class untuk semua rasa. Memang bersemangat betul group kali ni. Tahniah. Saya sangat-sangat yakin Siti dan kengkawan dia yang lain akan berjaya sebab dia orang ni semua gigih....
 HARI KEEMPAT - KUIH MINUMAN PETANG POPULAR

Mas (tiga dari kanan) tengah beraksi sapu minyak kat acuan cara manis

Mek Nor (yang bertinggung tuh) - antara student yang rajin menolong dan rajin buat lawak dalam kelas.....


Tengah siapkan sarung pandan untuk kuih tako

cara berlauk


Mas (kanan) - ada jual itik...

cara manis

Ni Puan Syura tengah beri penerangan pada peserta. Yang manis belah kanan tu Puan Zura

Apa gula hangus


Donut yang lembut dan gebu


Pau inti kacang merah yang gebuzzz

Kuih bakar bijan

Ni apam apa tah.......lupa plak. Tapi dalam dia ada inti kelapa. Best apam ni

koleh kacang

apam blossom


tako

Student bergambar ngan kak Akma

Masa packaging - untuk mengelakkan kekeliruan....hehhehe....lawak
 HARI TERAKHIR - PUDING KOMERSIAL




Liya tegah siapkan puding black forest

Ngan semua student yang kepala gila-gila...selain kenyang ngan makan 3 kali sehari dan makanan-makanan yang dipelajari, kami juga kenyang dan kembung perut ngan gelak. Dari pagi sampai balik....ramai sangat yang suka buat lawak dalam kelas....betoi-betoi enjoy. Luv u all semua....
 Kepada semua. Tq sebab menjadi student yang sporting dan ringan tulang. Saya yakin anda semua boleh berjaya. Yakin boleh dan jangan mudah putus asa. Selamat berjaya yea....

Tahniah pada Ajue - Dia sms saya minggu lepas - syok bukan main sebab dah dapat order kek marble, kek pelangi.

Ne plak sms ucap terima kasih sebab kek pisang n kek marble yang dia buat ikut resepi yang saya ajar laku sangat. Dalam masa seminggu dia dah dapat RM500++.

Kamariah pun sms dan emel saya - dia dah start hantar sampel kek dan kuih muih yang dia belajar ke pejabat ADUN kawasan dia. Puding n talam plak dah ada caterer nak ambik.

Syukur Alhamdulilahhh. Syoknya jadi cikgu bila apa yang kita ajar dimanfaatkan oleh anak-anak murid kita. Semoga rezeki ibu-ibu tunggal ni bertambah. Yang penting usaha....