Jun 1, 2011

Sue dari Singapore datang lagi....

Salam dan alooo untuk semua....Ni 2nd time Sue dari Singapura ambik DIY ngan saya. 1st time dia datang ngan dua orang kawan dia -Hasnah n Rose. Kali ni solo. Kalau tak silap saya, lama dah Sue book date untuk kelas hari ni. Sejak bulan Mac lagi.

Tak lama pas dia joint kelas  yang 1st tu Sue emel saya ni:

Boleh tak Zalina kasi Sue quotation for these cakes...asyik teringat2...termimpi2...sampai my hubby cakap...pegi la...pegi la...karang tak leh tido plak...yahoooo, bertuah badan dapat suami yang supportive kan...kan...kan.

Hehehheheeh...tapi betul... bertuah badan Sue ni....sporting betul husband Sue. Setia menanti dan menunggu...hehhehe Dia orang satu family datang dari Singapore sejak Sabtu lepas sebab Sue nak joint class macaron Nora hari tu. Pastu dia orang lepak kat PD.

Kebetulan skarang ni pun cuti sekolah kat Singapore. Sebulan, kata Sue. So, skali datang belajar, bawak anak makan angin.

Hari Isnin baru check in kat Kelana Resort di Seremban ni. Sepanjang Sue masuk kelas, husband bawak anak dara kecik dia Lydia n cucu sedara, Farah lepak kat Jusco n main kat City Park kat depan kedai saya ni. Macam-mcam aktiviti yang dia orang buat sementara nak tunggu Sue habis  kelas.

Tapi Sue ni memang buat keja cepat betul aaaaaa.....U all bayangkan kami siap bake n sapu kesemua 9 kek DAN...buat tart shell DAN....cream puff n eclairs (tanpa cream) pada hari pertama....Kami start pukul 9 pagi. Dah tu, bukannya kami balik lewat pun...kalau tak silap Sue balik sebelum maghrib dalam pukul 7 macam tu. Saya ngan Sue dok terpikir gak...macam mana kami bleh buat keja secepat tu...ajaib betul lerrrr hehhehehe....

So, hari kedua (hari ni), pagi kami fokus pada hias sket kek-kek yang siap tuh, masukkan krim kat semua jenis tart, cream puff n eclairs. Pastu sebelum kami break for lunch pukul 2 tu, sweet bun dah siap bentuk. Cuma tunggu nak proof sekali lagi sebelum bakar. Sue bertolak balik pukul 5 petang.....fuhhhhh...cepat kannnn....? Rekod betul nih...tak tau sapa yang terorrrrr...anak muridnya KAH atau cikgunya KAH.....hehhehhe...

Ok, jom kita tengok gambar-gambar kek, roti dan pastry yang Sue buat sepanjang 2 hari ni....Kali ni kita orang tak potong kek-kek tu. Gambar kek sebijik-sebijik yea...

Ni package yang Sue ambik:


Marble cheesecake
Blackforest cheesecake
Double chocoalate cheesecake
Chocolate indulgence
American chocolate
Strawberry mousse
Chocolate mousse
Snowy Peach Custard Cake
German Blackforest
Cream puff n eclairs
Fruit Tart
Blueberry Cheese Tart
Double chocolate tart
10 jenis sweet bun



Sue ngan semua hasil produk yang dia buat sepanjang 2 hari
Sweet bun yang Sue buat....gebu, lembut dan nyum-nyummmmm
Cream puff....pas Sue rasa cream puff ni dia cakap ``...patutlerr ada yang jual sampai 1,000 biji....,'' hehhehhhe.....

eclairs

Tiga jenis tart - double chocolate, fresh fruit n blueeberry cheesetart
Marble Cheesecake

Snowy Peach Custard Cream Cake

Strawberry Mousse

Blackforest dan Double Chocolate Cheesecake

German Blackforest

Chocolate Indulgence

American Chocolate

Ok, Sue - tengkiu yea sudi belajar lagi ngan saya n tengkiu sebab sudi bertukar-tukar macam-macam idea n tips baking. Harap u terus sukses, sukses n sukses yea.... Tak sabar tunggu Sue datang lagi sebab saya nak rasa Kek Lapis Nangka Sue - Sue ni memang buat biz kek lapis.