Jun 26, 2011

Sesi 2 kelas Jabatan Pembangunan Wanita

Salam dan aloooo untuk semua...

Alhamdulillah....seisi kedua dan terakhir kelas ngan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan berakhir dengan jayanya kelmarin. Macam minggu lepas, kali ni JPW hantar 15 lagi peserta kursus yang terdiri daripada kalangan ibu-ibu tunggal (balu/janda).


15 peserta berkenaan ialah Kak Siti Zaiton, Kak Siti Hawa, Nadia, Yatie, Kak Yam, Kak Sarimah, Kak Bibi, Noraini, Kak Mei Ling, Kak Ita, Gheta, Susila, Lechmy, Jeya dan Punes.

Produk yang dia orang belajar, sama gak dengan apa yang group pertama belajar sebelum ni:

HARI PERTAMA
KEK-KEK KOMERSIAL ALA PASAR MALAM
i.kek pisang
ii.kek marbel
iii.kek pelangi
iv.Aneka kek sponge (sponge chocolate, vanilla dan oren)
v.Kek coklat ekonomi (dengan toping coklat ekonomi)
vi.Aneka Chiffon (Chifon Pandan, Kopi dan Nenas)

HARI KEDUA
PRODUK SEJUK BEKU 
i.Kuih bakar jagung
ii.Kuih pulut inti ayam
iii.Pulut panggang
iv.Karipap pusing
v.Samosa
vi.Cucur badak
vii.Cek mek molek
viii.Sardin roll
ix.Murtabak mini
x.Kuih kasturi

HARI KELIMA
ANEKA TALAM POPULAR

i.Talam keladi
ii.Talam cendol
iii.Talam suji
iv.Talam ubi kayu
v.Talam Serimuka
Talam Serimuka pulut hitam
HARI KEEMPAT
KUIH  MINUMAN PETANG POPULAR

i.Cara berlauk
ii.Cara pandan
iii.Donut biasa
iv.Donut sambal
v.Pau
vi.Koleh kacang
vii.Apam gula hangus
viii.Apam warna warni
ix.Kuih bakar bijan
x.Kuih tako

HARI KELIMA 
ANEKA PUDING KOMERSIAL
i.Puding triffle
ii.Puding kelapa
iii.Puding caramel
iv.Puding blackforest
v.Puding soya fruit coktail
vi.Puding cendol
Macam gak group yang pertama, kesemua perserta datang dengan pelbagai pengalaman dan perit getir hidup yang banyak memberi iktibar dan kekuatan pada diri saya sendiri. Mendengar pengalaman hidup kesemua peserta kursus kali ni menjadikan saya semakin bersyukur dengan apa yang Alllah bagikan pada saya selama ni. Betullah kata orang, kalau kita rasa diri kita susah, sebenarnya, kat luar sana, ada orang yang lebih susah dari kita.

Nadia, antara peserta yang saya begitu ingat pengalaman hidup susah dia masa membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan suami. Saya suka cara Nadia bercerita mengenai pengalaman perit hidup dia. Sebabnya, Nadia ni jenis yang tidak meratapi kisah sedih dia. Dia ni jenis rock n selamba. Pengalaman hidup yang mungkin bagi orang lain kalau crita balik akan menyebabkan sebak, tapi Nadia twist jadikan crita tu  crita lawak. Bagi Nadia, tak yah nak bersedih ngan crita yang lepas-lepas. Hidup mesti diteruskan.


``Saya dulu penah, gi ngintip bekas suami saya yang suka gi suka-suka - minum, perempuan, judi. Nak jadikan crita, satu hari, suami saya sampai dulu ke rumah dari saya. Alih-alih, dituduhnya saya yang berfoya-foya kat luar...
``Padahal saya yang ngintip dia dan tahu dia yang buat keja tak betul kat luar rumah. Saya pulak yang salah,''
Tapi crita Nadia mengenai pengalaman dia ngendong anak 4 tahun menoreh getah pagi-pagi buta sambil pasang ubat nyamuk di badan, walaupun disampai dalam nada yang lawak, betui-betui buat saya bersimpati.
``Mula-mula saya tak reti. Bawak anak, letak kat belakang saya sambil noreh getah.  Alih-alih saya tengok, penuh nyamuk kerumun kat anak saya tu. Jadi, saya pun pasang ubat nyamuk plak kat pinggang saya. Ok la sket, tak dak nyamuk lagi,'' kata Nadia.

Nadia bawak anak dia gi  noreh sampailah anak dia masuk sekolah - tiga tahun.
 Selain crita pengalaman hidup yang boleh dijadikan iktibar semua, saya juga bertuah n bernasib baik sebab macam gak peserta lepas, peserta kali ni sangat ringan tulang. Masing-masing tolong saya untuk mengemas. Kiranya sebelum balik, kelas siap disapu n dimop lah. Kurang la sket penat saya. Terima kasih semua yea....

Selain tu, hubungan sesama peserta sangat akrab. Kami sempat meraikan hari jadi salah seorang peserta - Lechumy. Terima kasih pada Kak Siti Zaiton dan Pumes yang buat surprise belikan kek untuk Lechumy.



Happy 46th birthday untuk Lechumy. Kek disponsor oleh Kak Siti n Pumes...
Ok, jom kita tengok gambar-gambar lain sekitar program berlangsung...


Hari Pertama - Kek Komersial
kek sponge
kek pisang

kek marble

kek pelangi yang student pilih colour

Dari kiri - Pumes, Nadia, Kak Siti n Yatie. Kak Siti ni kira macam ketua darjah. Saya bagi tugas mengagih-agihkan hasil produk untuk peserta. Yatie plak adala asistant dia yang paling cekap. Yatie ni keja macam lipas kudung . Laju jerrrr...


chiffon kopi


Hari Kedua - Produk Sejuk beku
pelbagai produk sejuk beku

karipap pusing
 Hari Ketiga - Pelbagai Jenis Talam
Kak Siti tengah agih-agihkan hasil dibantu setia oleh Yatie.

Serimuka pulut hitam

Talam cendol

Talam keladi

Talam berlauk

Talam suji
 Hari Keempat - Kuih popular minuman petang
Apam polkadot

Apam Blossom

Apam berinti

Donut

Tako

Cara berlauk

 Hari Kelima - Puding Komersial

Puding soya koktail

Puding caramel

Puding triffel


Puding cendol



Puding soya koktail


Jelly kelapa
 Semua student - luv u allzzzzz....


Untuk semua student, kuatkan azam dan semangat untuk berjaya. Saya yakin anda boleh berjaya.  Terimaskasih juga  sebab jadi student yang baik n banyak menolong saya.

Kepada JPW Negeri Sembilan khususnya Puan Ummi, Syura dan Zura, terimas kasih sekali lagi sebab bagi kepercayaan pada Bzee Bakery untuk mengendalikan kursus ni. 

Saya sangat, sangat terharu n bangga bila Puan Syura cakap ``Kak, pihak jabatan sangat-sangat berpuas hati dengan kursus yang akak bagi dan ni adalah antara kursus yang paling baik.''.

Terima kasih Puan Syura.