Jul 3, 2009

TWO THUMBS UP untuk kelas steamed buttercream

Ni kek Hasnah...dia dapat nombor satu sebab paling awal siapkan kek
Ni Mira tengah dengan bangganya menyusun kek kawin 3 tingkat yang dia buat. Dia kata ``macam tak cayer jer saya bleh buat kek ni...''

Ain tengah bersungguh-sungguh menyiapkan kek dia yang last. Debaran semakin memuncak sebab kek orang lain dah siap tersusun depan dia...hehhehe. Tapi dia relaks dan tenang siapkan keja


Ni ha, kek-kek Mira, Ain n Hasnah. Yang depan tu kek cikgu. Buat lucky draw, Ain yang bertuah....

Dari kiri, Mira, Ain n Hasnah ngan hasil masing-masing

Salam dan alooo untuk semua.... Kelas steamed buttercream ni dibuat khas atas permintaan tiga mak dara - Ain, Mira n Hasnah. Dia orang bertiga ni excited sangat dengan kelas hari ni...memang tertunggu-tunggu terutamanya Ain. Selalunya Ain terbabas lambat datang kelas, tapi hari ni, dia paling awal. Terkejut gak saya...(hheheh....sorry yea Ain - dah pecah tembelang...).
Tapi tak pa, hari ni Ain jadi pelajar cemerlang. Dia satu-satunya student yang tak kena cubit atau rotan ngan saya......(hehehhe Mira n Hasnah jangan marah aaa...dia orang berdua ni kena jentik telinga sebab tak dengar cakap....hehheheh) Ain tekun buat keja dia n nampak sangat dia puas hati dengan kelas hari ni. Ain kata dia bagi two thumbs up untuk kelas hari ni....

Mira n Hasnah plak tak habis-habis merenung kek kawin 3 tingkat yang dia orang buat. Dia orang kata, macam tak sangka bleh buat kek kawin 3 tingkat yang cantik macam tu...(ni kira kes puji diri sendiri laaa...hehehhe).

Tapi betul.... saya masa zaman awal-awal belajar cake decoration dulu, tak penah nak rasa puas hati n bangga dengan hasil decoration sendiri. Tambah-tambah yang guna buttercream laaa.... Kalau tak dak basic, jangan harap la dapat hasilkan kek yang licin, halus, mulus n kemas macam dia orang buat petang tadi.

Dah cuba, cuba n cuba banyak kali baru bleh. Sebabnya dolu-dolu mana ada teknik steamed ni...kena sapu krim guna spatula bagi kemas dan cantik..... So, selalunya pada peringkat awal belajar buat decoration dulu, memang malu lah tengok hasil. Cepat-cepat jer nak potong...takut orang tengok betapa comotnya kek kita masa tu.
Tapi dengan teknik steamed buttercream yang saya ajar hari ni, sapa-sapa saja yang tak dak basic pun bleh buat kek yang cantik n cun. Kek yang dihasilkan memang kemas dan permukaan kek nampak macam fondant. Dan selalunya dalam kelas saya, saya akan ajar sampai dapat buat bunga ros yang memang menjadi bunga wajib/standard untuk hiasan. Kelas hari ni memang pecah rekod. Mula pukul 11 pagi, pukul 6 baru solosai....student-student pulun buat bunga sampai boleh.
Untuk Mira, saya kagum ngan semangat dia. Walaupun dia kidal dan dapat nozel rose yang paling susah, dia usaha gak sampai boleh. Last-last, bila dah tukar nozel yang lebih senang, dia bleh buat n bunga rose dia memang cantik.

Hasnah n Ain pun sama...dia orang dah ada basic untuk bunga rose. Memang cantik bunga ros yang dia orang buat. Tapi yang paling saya puas hati Ain, Hasnah n Mira semua pass masa buat teknik curahan steamed buttercream. Semua cantik, halus n mulus.
O.k harap-harap pas ni dia orang balik try kat rumah n dah bleh start ambik tempahan..

Jul 1, 2009

Kelas Puff Pastry

Shafinaz (yang datang lambat sejam sebab saya salah info) dengan tenang dan penuh bersopan santun menyiapkan hasil kerja
Dari kiri ke kanan - Ita, Aini, Kak Esah n Kak Zu senyum sampai ke telinga sebab semua puff yang dia orang buat naik berlapis-lapis

Ni Portugese Egg Tart hasil tangan student baru - Kak Siti

Sardine puff dan Chicken Pie yang dibuat student.Hilang suspen student-student bila tengok hasil yang menjadi

Salam dan alooo untuk semua. Hari ni buat kelas khas untuk geng-geng yang nak belajar puff pastry - Kak Zu, Aini, Ita, Kak Nor, Shafinaz, Kak Esah dan dua student baru (kawan-kawan Aini) - Kak Siti dan Ida.

Best n enjoy sebab semua hands on. Walaupun masa mencanai tu semua suspen dengan doh dan pastry masing-masing, tapi hasil lepas bakar sangat-sangatlah membanggakan. Sardine puff, chicken pie dan Portugese egg tart yang dia orang buat semua cantik-cantik dan menjadi. Senang cakap semua lulus cemerlang laah... Semua saya bagi A.
Shafinaz yang datang lambat sejam pun bleh buat express dan hasilkan pastry yang berlapis-lapis dan cantik..(hehehe ....sebenarnya saya yang silap inform kat dia...saya kata kelas pukul 11. Kat orang lain saya kata pukul 10...sorryyssss ya Finaz....tapi tak pa...walaupun lambat masuk kelas, semua hasil cantik-cantik kaannn...???)

Jun 29, 2009

SPECIAL REQUEST CLASS



Anda tidak perlu menjadi pro untuk menghasilkan kek yang licin dan kemas macam ni....anda hanya perlu belajar teknik steamed buttercream yang mudah dan gerenti menjadi....so, jom joint kelas saya Jumaat ni. Saya akan ajar sampai dapat....

Portugese egg tart

Sardine Puff

Salam dan aloo untuk semua....Untuk bulan Julai ni, saya tak masukkan jadual kelas macam biasa sebab saya takut nanti banyak yang terpaksa cancel last minute...Sebabnya saya dah mula sket-sket dengan projek hamper raya. Takut-takut nanti tak terkejar plak...Tapi sambil-sambil tu kalau saya confirm tak ada apa-apa saya akan cuba buat kelas special request pada hari-hari biasa. Saya akan sentiasa maklumkan melalui SMS dan blog saya mengenai kelas-kelas special request ni. Kalau ada yang berminat, bleh sms atau emel saya terus.
O.k untuk minggu ni, ada 2 special request class:
i. Kelas hands on (praktikal atau buat sendiri sepenuhnya) puff pastry.
ii. Menghias kek kahwin 3 tingkat menggunakan teknik steamed buttercream

i. KELAS HANDS ON PUFF PASTRY - SARDINE PUFF, CHICKEN PIE DAN PORTUGESE EGG TART
TARIKH: 1 JULAI, RABU
MASA: 10 pagi
YURAN: RM80
Kandungan kelas:
. Cara menghasilkan pastri yang cantik dan berlapis-lapis (setiap pelajar akan buat sendiri bermula daripada mengadun doh, melipat dan membuat ketiga-tiga jenis puff pastry)
. Cara membuat inti (untuk sardine puff, chicken pie dan portugese egg tart) yang sedap dan sesuai untuk jualan dan juga makan dirumah
. Cara membentuk pastry untuk portugese egg tart
. Pelbagai petua penting untuk menghasilkan puff pastry yang rangup dan berlapis
Nota: Setiap pelajar akan membawa balik semua hasil yang dibuat.
Kepada yang nak hadir, sila confirmkan kehadiran. Kalau yang hadir kelas, sila bawa apron, kain lap, pencanai dan container yang besar...(sebab hasil yang nak bawak balik banyak....betulll....talak tipu punya...hehhehe)
ii. KELAS MENGHIAS KEK KAHWIN GUNA TEKNIK STEAMED BUTTERCREAM
TARIKH: 3 JULAI, JUMAAT
MASA: 11 PAGI
YURAN: RM250
Kandungan kelas:
. Belajar cara terkini hias kek dengan cara mudah dan gerenti menjadi. Walaupun tak ada asas, anda gerenti boleh menghasilkan kek yang cantik dan nampak macam profesional lepas belajar teknik steamed buttercream.
. Saya akan ajar anda buat bunga rose daripada buttercream sampai dapat.
. Belajar buat pelbagai jenis border yang cantik hanya daripada satu jenis nozle
. Resepi dan cara buat buttercream yang sesuai untuk sapuan dan juga untuk membuat bunga.
. Dan pelbagai tips-tips menarik lain...
. Sila confirmkan kehadiran anda. Kalau nak joint kelas, sila bawa apron, kain lap, turn table. Saya akan sediakan bahan-bahan lain seperti kek (3 biji untuk setiap orang), cake board, cake stand, wafer cone dan lain-lain yang berkaitan...

KELAS KEK RAYA POPULAR

Kek prune yang dah dihias dengan prune buttercream
Kek prune yang baru lepas bakar. Yang ni versi yang belum sapu cream lagi

Memandangkan dalam kelas hari ni pakat-pakat buat carrot gula, so, apa lagi...semua slice bleh hias dengan carrot gula. Ada yang nak 2 carrot....heheheh


Ni kek carrot yang belum dipotong...baru hias dengan cream cheese frosting


Salam dan alooo untuk semua...sorry sebab lama gak tak update blog. Sibuk sket....(buat-buat sibuk sebenarnya.....hehehhehe). Takkkkkk, sebenarnya sepanjang minggu lepas dok sibuk ke hulu ke hilir siapkan barang-barang sampel untuk projek tahunan - buat hamper untuk raya. Customer dah start nak tengok sampel.

O.k minggu ni, saya cuma sempat buat satu kelas saja pada hari Sabtu lepas. Saya ajar dua jenis kek popular yang boleh dibuat masa raya. Kalau selalu dok buat kek yang sama - kek belang-belang, kek orange, kek chocolate atau kek butter, apa kata kali ni cuba lain sket...bagi gempaq sket. Buat kek carrot cheese dengan creamcheese frosting dan kek prune.

Selain untuk raya, dua-dua kek ni pun bleh jual sebab kek ni selalu diminta pelanggan. Saya bagi resepi yang senang dan tak guna kos yang tinggi, terutamanya kek carrot cheese. Kek carrot cheese ni memang terkenal dengan rega yang agak mahal sebab kos membuatnya pun tinggi. Tapi resepi saya kali ni, saya bagi yang kurang kos tapi rasa dia best gak macam yang kos tinggi tu.

Dalam kelas Sabtu lepas, saya juga ajar cara senang nak buat carrot untuk hiasan atas kek tu. Selalu orang guna marzipan. Tapi nak guna marzipan, mahal la pulak, kannn? So, saya guna butter dan gula aising saja. Memang senang, menjadi dan murah kos dia..Dalam kelas Sabtu lepas, sempat la pelajar-pelajar mengentel adunan untuk membentuk carrot.

Untuk kek prune plak, saya siapkan juga dengan resepi prune butter cream. Kek Prune ni bila dah sapu dengan krim prune akan jadi bertambah moist dan lagi sedap.

Jun 19, 2009

cupcakes dan kek reunion sekolah saya....

Cupcakes untuk majlis aqiqah Fariz





cupcakes yang disapu ngan steamed buttercream nampak lebih licin, kilat dan kemas

Kek chocolate indulgence untuk reunion esok. Saya buatkan kesan timbul untuk dua badge.

Salam dan alooo untuk semua...

Esok adalah hari yang paling saya tunggu-tunggu. Hari gathering/reunion ex-student Sekolah Menengah Father Barre's Convent (SMFBC) Sungai Petani, Kedah. Kami akan jumpa di kopitiam husband saya - Bugis Street, Pandan Indah, KL.
Kira esok hari bersejarah gak la...kami dah 22 tahun tak jumpa. Lepas habih SPM tahun 1987 tu, semua dengan haluan masing-masing. Ada la sorang dua yang sama-sama ngan saya ke tingkatan 6 n pastu tu ke USM. Tapi boleh dikatakan 80 peratus yang akan saya jumpa esok adalah mereka-mereka yang saya dah tak jumpa 22 tahun lepas....mesti syahdu punya...Saya memang tak boleh lupa zaman sekolah ni...saya kat sekolah tu sejak darjah 4 (umur 10 tahun) sampai form five ( umur 17 tahu. Kiranya tujuh tahun semuanya merasa pengalaman pahit manis belajar, membesar dan menjadi manusia...Memang saya tak akan lupa selama-lamanya pengalaman di SMFBC ni.

So, sempena perjumpaan bersejarah ni, saya buatkan kek chocolate indulgence yang ada logo sekolah dan lirik lagu sekolah yang kami kena nyanyi setiap minggu selama 7 tahun kat SMFBC. Ni kek surprise...kawan-kawan yang nak datang tak tau saya buatkan kek ni...

O.k lepas gathering esok, saya kena rush ke rumah cousin suami di Kampung Datuk Harun - Ija. Ada kenduri aqiqah anak Ija - Adam Fariz. Saya buatkan cupcake special untuk kenduri Adam Fariz ni...cupcake blueberry. Luarnya saya hiaskan dengan steamed buttercream. Cupcake yang dihias dengan steamed buttercream ni lebih cantik dan berkilat. Tapi bagi saya yang penting skali cupcake yang dihias cara macam ni tak comot krimnya. Sebab krim-krim tu dah beku...so, tak yah risau la nak angkat letak....

Kek Softfondant n Kek Fresh Cream

Kek Softfondant untuk Kak Fatehah
Kek 2 Puteri Angkat Kain Tepi Tasik Sehingga Menyebabkan 2 Itik Lari Berkeliaran.....

Salam dan alooo.... Hari ni pas balik dari KL cari barang-barang untuk siapkan hamper raya, terus bergegas siapkan dua kek untuk Melur n Kak Fatehah. Melur nak birthday kek untuk baby dia yang baru berusia 1 tahun. Saya namakan kek ni - Kek 2 Puteri Angkat Kain Tepi Tasik Sehingga Menyebabkan 2 Itik Lari Berkeliaran....(hehehehhe- nama kek yang paling panjang di dunia!). Dia nak kek sponge saja tapi nak fresh cream..so, ni hasilnya....

Kak Fatehah plak nak sponsor kek tunang kat sedara dia yang akan kenduri Ahad ni. Tema putih n maroon. Nak softfondant tapi bunga fondant.



Jun 16, 2009

SUGAR FLOWER

Bouquet kombinasi orkid dan lilly
Rose

Rose bud


Basic blossom, buttercups n forget me nots


Orchid


Lilly



bouquet hasil cantuman semua jenis bunga yang dibuat

Salam dan alooo untuk semua...

Ni saja saya nak tunjukkan sugar flower yang saya blajar dari sifu Faridah dari planetcakes.blogspot.com. Memang cantik gilerrr...nampak macam bunga idup. Sifu Faridah yang selalu ceria ni banyak blajar buat sugar flower. Kiranya dia ni dah banyak khatam daripada super-super sifu yang lain sebelum ni. So masa kelas sugarflower untuk saya, Norlie dan Auntie Ana (hari ni dan semalam), Faridah perturunkan ilmu-ilmu penting yang dia dapat daripada super-super sifu yang sebelum ni.


Memang enjoy kelas ni terutamanya dapat rahsia/resepi macam mana nak buat sugarpaste segera. Kira tak perlu simpan overnite sebelum guna. Walaupun cerewet dan agak leceh buat sugarflower ni, tapi bila tengok hasil yang dah siap, semua penat hilang. Patutla orang jual mahal sugarflower ni....

Jun 14, 2009

KELAS TARTLET

Tiga jenis tart hasil air tangan student. Dalam kelas hari ni, setiap student boleh bawak balik semua tart yang dia orang buat.....kenyang, kenyang...heheheh

Hasnah tengah buat final touch kat fruit tart yang dia buat


Tengah pulun siapkan tiga jenis tart...fuhhh...berpeluh gak la nak siapkan tart-tart yang banyak tu...

Ni plak Kak Kamisah....cantik dan kemas tart-tart yang dia buat....


Close-up gambar tart chocolate

Ni blueberry cheesetart dengan pelbagai corak

Ni plak fruit tart yang kaya dengan buah....sedapppnyerrr.....


Salam dan aloooo untuk semua. Minggu ni saya buat kelas praktikal/hands on buat tartlets. Saya ajar dari basic cara buat pastri tart yang rangup, rapuh dan tahan lama. Setiap student kena bancuh dan buat sendiri pastry tart masing-masing. Saya tunjukkan cara buat filling dan cara hias. Untuk filling castard fruit tart, saya tunjukkan dua kaedah, satu cara tradisional dan satu cara shortcut guna instant custard dan whipping cream. Seperti biasa, memandangkan semua student saya ni rajin-rajin belaka dia pilih cara shortcut laa..hehehe.


Lepas demo tu, semua student kena buat sendiri hiasan masing-masing...So, lihatlah hasil yang dia orang dah buat..Membanggakan. Semua happy sebab masing-masing boleh bawak balik sekurang-kurangnya 30 biji tartlet. Punya la syok sampai ada yang lupa, terus pakai apron masuk kereta...Nasib baik tak lupa ambik tart...kalau tak, saya jual la semua tart tu...heheheh

Jun 7, 2009

Kelas Muffin & Kek Butter

Lima jenis muffin yang diajar hari ni - banana poppyseed (depan kiri), bl ueberry (kanan), chocolate (yang itam tu), strawberry yang pink dan carrot walnut (sebelah kanan pink tu)

Sebahagian student dok lepak tunggu muffin srawberry yang last masak - (free resepi). Sambil-sambil tu dia orang dihiburkan dengan persembahan Aqasha (yang panggil blueberry - buluberry... heheheh)


Ni kek butter susu marble corak lain sket


Yang ni pulak kek pelangi dengan colour baru...saya guna colour coklat, kuning telur, hijau, pink dan biru....



Salam dan alooo untuk semua... Atas permintaan student-student baru, hari ni saya buat kelas muffin sekali lagi - blueberry (anak Eda, Aqasha, 4 tahun panggil `buluberry,' - bulu pun bulu la Aqasha....hehehhe), chocolate chips, banana poppy seed dan carrot walnut. Saya bagi free resepi doh asas muffin yang boleh dipelbagaikan dengan pelbagai rasa dan filling.
Ramai yang tanya apa beza muffin dan muffin ni. Sebenarnya tak banyak beza sangat. Dolu-dolu (dulu-dulu laa....) memang ketara gak antara kedua-dua ni terutamanya dari segi teknik pembuatannya. Kalau sapa-sapa yang ambik jurusan sains rumah tangga, mesti ingat kalau nak buat muffin ni cara dia mudah saja - campurkan bahan-bahan kering (contoh tepung, baking powder, raisin, kekacang dsbny), pastu tuang jer bahan basah/cecair (cth: susu, telur, esen vanila dsbnya). Pastu kacau sekejap, masuk dalam tin muffin, bakar...macam buat cokodok saja kan....?


Tapi, muffin guna teknik ni sekarang kurang digemari lagi. Tapi di negeri omputih, dia orang masih banyak guna teknik ni. Muffin adalah antara makanan yang tergolong dalam kategori quick bread. Ni teknik tradisional la... Tapi muffin guna teknik trasdisional ni sedap makan masa panas-panas saja. Kalau simpan dan makan dua tiga hari lepas tu muffin ni dah tak lembut dan gebu...


So, sebab tu kalau nak tekstur yang gebu, lebih halus serta tahan lama, kita kena guna cake like method atau creaming method. Teknik ni kira sama macam kita buat kek. Pukul butter n gula sampai kembang, pastu masuk telur satu persatu, tepung dan cecair.


Dalam kelas hari ni, saya ajar kedua-dua teknik - muffin method dan creaming method. Banana n poppy seed muffin, carrot walnut dan satu resepi percuma (strawberry filling muffin) saya guna muffin method. Yang lagi dua - blueberry dan chocolatechips saya guna creaming method.



O.k lah, alang-alang dah menulis, ni saya perturunkan sedikit ilmu saya yang tak seberapa ni mengenai perbezaan antara muffin dan cupcake untuk pengetahuan pembaca dan student-student yang tak hadir:
i. Muffin selalunya mempunyai campuran bahan-bahan lain seperti buah-buahan/kekacang atau bijirin manakala cupcake selalunya kosong dan akan dihias dengan pelbagai jenis krim.
ii. Ada dua cara membuat muffin iaitu sama ada:
a. muffin method - Cuma campurkan bahan basah dan tuang kedalam bahan kering. Jangan kacau terlalu lama kerana muffin akan menjadi keras dan liat. Sekadar basah dan bersatu sahaja. Muffin jenis ini enak dimakan panas-panas kerana bila sejuk, ia tak begitu enak dimakan.
b. Cake-like method- cara sama seperti membuat kek. Tekstur muffin cara ini lebih halus dan muffin akan menjadi lebih lembut dan gebu berbanding cara muffin method. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara selama dua hingga tiga hari.
iii. Cupcake pula dibuat daripada adunan kek butter atau sponge.Perbezaan yang nyata antara mufin dan cupcake ialah dari segi rupabentuknya. Mufin sering menggunakan acuan lebih tinggi dan puncaknya bulat dan menonjol dan kadangkala merekah di permukaannya. Itu sebabnya mufin tidak dihias manakala kek cawan lebih rata permukaannya dan memudahkan ia dihiasi dengan pelbagai aising.


Sementara tu, kelmarin, hari Sabtu, seperti yang diwar-warkan, saya buat kelas kek butter. Ada lima jenis semuanya - butter asas, butter susu marble, butter pelangi, butter orange dan butter kurma. Gambar-gambar kek sama kecuali kek pelangi tu saya guna colour lain sket. Kek butter susu marble pula saya guna corak lain - tak sama dengan corak kulit lembu yang bertompok-tompok macam saya tunjuk sebelum ni. Saya cuma sempat snap gambar kek pelangi saja. Gambar lain saya mintak student - Eda emelkan... Tq Eda...

Jun 5, 2009

SHOCKING PINK WEDDING CAKE

Kek akad nikah Suhana bertemakan warna purple

Kek kahwin tiga tingkat Shocking Pink
Salam n aloooo....hari ni saya siapkan kek khawin 3 tingkat untuk anak saudara Kak Pah. Kak Pah kata anak saudara dia nak colour MERAH JAMBU TERKEJUT (atau terjemahannya - SHOCKING PINK (heheheh....). Kek pulak, Kak Pah pilih Chocolate Moist.

Untuk Suhana yang akan akad nikah esok, saya siapkan kek butter vanila. Suhana pilih tema purple.

Kedua-dua kek Kak Pah dan Suhana ni saya guna teknik steamed buttercream. Untuk lebih menampakkan rupa kek ni macam fondant, saya guna bunga fondant untuk kedua-dua jenis kek ni.

Untuk Kak Pah dan Suhana, terima kasih daun keladi yea...


Jun 4, 2009

FONDANT, SOFTFONDANT N KEK MARBLE

Kek Marble untuk diri sendiri....hehehhe

Kek fondant (yang colour biru) n kek softfondant (steamed buttercream - putih merah) untuk Zila n Kak Pah


Salam dan aloooo....Hari ni buat dua kek untuk customer yang akan ambik esok - dua-dua untuk acara akad nikah. Selain itu, hari ni juga saya bakar 8 biji kek kawin untuk customer ambik sabtu. Tapi saya tak decorate lagi. Esok saya tunjukkan gambar yea...

O.k... untuk hari ni punya kek, Zila nak kek fondant, kak Pah pulak nak kek soft buttercream dengan bunga fondant. Tema colour Zila - biru. Kak Pah pulak pilih merah putih. Dua-duanya nak kek butter vanila.


Selain itu, hari ni gak, saya bakarkan kek butter Marble 2 kilo untuk KakMira. Kak Mira sajer jer order untuk sedara mara yang nak datang rumah esok. Dah alang-alang buat untuk kak Mira, saya pun buat untuk diri sendiri....teringin plak...lama betul tak makan kek marble ni....

Jun 3, 2009

KELAS ASAS KEK BUTTER

Kek Kurma Moist

Kek butter supermoist yang halus mulus teksturnya...(dan sudah pasti la sodap....hehhhe)

Ni plak ke butter orange yang lombut dan gobu.......

Ha, yang ni ke butter pelangi


Sabtu ni 6 Jun pukul 11 pagi, saya akan buat kelas asas kek butter. Kelas ni dah lama student mintak. Sebenarnya, resepi kek butter ni boleh dikatakan semua orang ada. Setiap orang ada cara tersendiri untuk buat kek butter. Kalau ikut cara tradisional mak-mak kita dulu, cara biasa buat kek buttter ni - pukul butter ngan gula sampai kembang, pastu boh telur sebiji demi sebiji, pastu tepung....kan? Simple kan...? Tapi walaupun simpel, ramai gak antara kita yang selalu tak berjaya buat kek yang lembut dan gebu.

So, dalam kelas Sabtu ni, saya akan ajar beberapa cara lain untuk buat kek butter bagi mendapatkan hasil yang lembut, gebu dan moist. Selain tu, beberapa petua-petua penting untuk mendapatkan hasil yang memuaskan juga akan diberikan.
So, sapa yang berminat, bleh sms saya - zalina (019 2820053) untuk confirmkan kehadiran.

Jun 2, 2009

Cupcake bergambar untuk Puan Jun


Ni order cupcake dengan sugar image gambar anak Puan Jun dan satu lagi gambar Puan Jun n suami...TQ Puan Jun...