Salam dan aloo untuk semua ....sorry sebab agak lama tak updatekan blog saya ni. Minggu lepas balik Sungai Petani (SP). Tengok bapak n teringat kat anak-anak menakan. Saya balik hari Khamis. Pukul 5 petang baru bertolak. Lepas buatkan coklat untuk customer - Izani dari Senawang. Dia nak satu kotak besar (yang ada 35 biji). Nak hadiah kat boyfriend yang nak balik bercuti dari Sydney weekend lepas. Memandangkan saya nak balik SP, so, saya siapkan coklat tu awal sket. Dah siap, saya call Izani mintak datang ambik hari tu gak.
coklat Izani nak bagi kat boyfriend dia....bestnya boyfriend dia dapat coklat sekotak ni....
Dah alang-alang buat coklat untuk Izani, saya buat skali untuk nak bawak balik ke SP. Bapak memang suka sangat makan coklat walaupun kencing manis dia tinggi. Tak pa lah skali skala....Dia happy sangat saya bawak balik coklat ni kat dia. Coklat homemade la katakan....
Yang ni untuk anak sedara saya - Adam n Adelin...
Sehari sebelum tu, saya buatkan cupcake yang diorder oleh Nurul untuk tunang dia yang dok kat PD. Birthday tunang Nurul ni 21 Oktober. Dia mintak saya buat delivery nak bagi surprise kat tunang dia. Hazrul ni suka pasukan bola Chelsea. So, saya letakkan la sugar image Chelsea. Memang betul muka surprise si Hazrul ni bila saya p bagi cupcake kat dia. Masa tu lunch hour. Dia orang ni dok geng-geng bujang. Balik rest sat la kot....tetiba saya datang ketuk pintu bagi cupcake. Mau tak surprisenya....