Oct 28, 2009

SUGAR IMAGE

Salam dan aloo untuk semua...

Ni saja nak tunjuk kot-kot ada yang berminat nak beli atau nak tempah cupcake yang ada sugar image. (Sugar image ni boleh makan yeaa- diperbuat daripada antaranya - glukos, tepung jagung dan pewarna makanan yang dibenarkan).

Nak gambar apa sahaja, semua boleh. Kalau nak gambar muka sendiri macam ni pun bleh. Tapi yang ni kena order 1 set la. Kalau size cupcake tu ada 24 pcs. Rega RM20. Kena order sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.



Tapi kalau nak gambar lain (yang bukan gambar sendiri) satu dua jer, saya kira sekeping (saiz cupcake shouffles 2.5 oz) 50 sen. Kalau nak jimat, tak yah la boh semua cupcake dengan logo-logo ni. Contohnya kalau u all nak order cupcake dengan saya - 1 set 25 biji RM55. Yang letak sugar image 5 jer. So xtra RM2.50 jer lah...Tapi kalau nak letak semua, lagi saya SUKAAAA.......hehehe

Ni antara contoh-contoh gambar sugar image untuk cupcake.






Gambar-gambar watak cartoon


Yang kat bawah ni plak logo-logo pasukan bola sepak. Kalau ada yang nak surprisekan suami ka, abang ka, boyfriend bleh oder cupcake yang ada logo-logo 4 pasukan bola sepak yang famous ni. Tapi make sure la u all tahu apa pasukan kegemaran orang yang disurprisekan tu...Jangan buat lawak ngan orang-orang yang fanatik ngan bola ni. Suami minat Manchester United, tapi u all boh logo Liverpool....Mau nangis dibuatnya dapat hadiah cupcake tu....hehhehe