Oct 28, 2009

CERITA BALIK KAMPUNG (PART 2)

Ok, ni cerita balik kampung part 2 plak...Jumaat tu bapak nak p ambik dokumen maid kat Penang. (Mak tiri saya orang Medan. Dia ni kira agen kami-kami yang nak maid kat sini. Dia cari orang-orang kampung yang nak keja. So, sebelum maid boleh masuk, majikan kat sini kena setllekan dokumen ngan imigresen kat sini dulu la, baru bleh wak masuk maid).

So, bila kami ni dengar saja bapak nak p Penang, apa lagi terbeliak la bijik mata terbayangkan nasik kandaq, laksa, rojak n aih kacang...(hehhehe). Kena plak kat Kedah ni Jumaat cuti, apa lagi...ikut laaa.....


Turun saja dari feri, air liur dah kecur...macam terbau-bau saja kari nasik kandaq...Ingat nak pekena nasik kandaq Line Clear. Tapi adik lelaki saya, Sharil rekomen satu tempat best - Kapitan. Dia kata kat sini famous ngan nasi beriani claypot. Dia kata gerenti tak menyesal la makan nasi beriani claypot ni. So, apa lagi, pusing-pusing la cari. Senang saja tempat ni. Kat area Little India. Kat ngan area jeti gak.



Setelah berhempas pulas cari parking, kami masuk kedai n teruih order nasik beriani claypot. Kami order kambing n ayam. Memang sedap. Saya paling suka nasi dia. Makan saja pun dah sedap. Tapi adik saya kata dah tak ori sangat. Dulu masa dia makan memang dia masak dalam claypot. Tapi la ni dia cuma ambik nasi n boh dalam bekas yang ala-ala claypot. Chehhh....tapi nasib baik rasa dia sedap gak. Tak tau la kot kalau betoi-betoi masak dalam claypot lagi terangkat.



Ni claypot beriani ayam                                                         Ni kambing

Saya sbenaqnya bukan excited sangat ngan nasik beriani ni. Saya lebih suka makan dia punya dessert. Cheese cake kecik-kecik ni.




Kat gambar kotak memang la nampak strawberry punya la melimpah ruah kannn...tapi hakikat dan realitinya ialah cuma `sapuan' filling strawberry saja...Pun begitu (cheewaah....bahasa klasik), rasa cheese cake tu memang la sedap dan yum-yum....serius. Memang sedap. Lepas strawberry, kami cuba blueberry plak. Memang best. Reganya saya lupa nak tanya. Rasanya dalam RM3 atau RM4 kot...biasala kan...cara mamak kira .....gedebuk, gedebak, gedebuk gedebak...RM48. (kalau saya suruh kira skali lagi mesti panik...) tapi rasanya berpatutan n boleh dikatakan  murah. Sebab kami makan 4 nasik beriani claypot, dua cheese cake, air lagi, n  anak sedara saya yang 2 orang tu makan aiskrim...kira murah la kann....?

So, berbalik pada kek cheese tu, kalau sapa-sapa yang dah blajar Cheese cake ngan saya, idea menarik untuk buat bisnes. Kalau susah sangat nak jual besar-besar, buat kecik-kecik. Letak kat kedai-kedai. Tapi kena ada peti sejuk la. Cheesecake kat kedai Kapitan ni memang keluaran local. Orang Penang sendiri yang buat.

O.k pas lunch tu, kami p melepak kat Feringghi beach. Pekena rojak n ais kacang. Memang ni kombinasi yang wajib. Kalau makan rojak, mesti ada ais kacang (ABC).



                                  
Rojak kaw ngan ais kacang best. Makan plak tepi pantai....fuhhh...mak mentua lalu belakang pun tak nampak laahhh....hehehhe

Sepatutnya kena pekena laksa penang skali. Baru la lengkap satu set. Tapi saya `simpan perut' untuk pekena laksa yang famous masa saya student kat USM dulu. Kami panggil laksa Gama sebab lokasi gerai yang jual laksa tu dekat ngan supermarket Gama (depan KOMTAR). Tapi punya la frust sebab tengok-tengok tutupppppp.......arrrghggg...tension betoi. Balik daripada Penang tu, kami singgah pasar malam cari laksa kat pekan Tikam Batu....Fuhhhhh...memang hari makan sedunia....Seluaq dah ketat n pinggang yang memang sedia ada kurang lekuk ni dah jadi semakin straight....arrrgghhh...lantak laaah...yang penting COMEI....kan, kan....hehhehhehe