Oct 31, 2009

KEK KAHWIN CHERRY BLOSSOM....

Salam dan aloo untuk semua. Hari ni siapkan kek kahwin 3 tingkat untuk Yana. Kalau tak silap saya, Yana ni datang survey kek kat kedai sejak bulan Januari lagi. Masa tu dia kata dia tengah tengok-tengok n cari kek yang sesuai. Tapi akhirnya dia pilih saya....TQ Yanaaaa....

Yana nak kek chocolate moist tiga tingkat, colour maroon. Hiasan dia Yana nak bunga cherry blossom. So, ni lah hasilnya. Selamat Pengantin Baru Yana...
                    
Kek chocolate moist dihias dengan steamed buttercream


Selain tu, hari juga saya buatkan 100 cupcake vanila kosong untuk Rohana dari Salak Tinggi. Dia nak cupcake untuk isi dalam dalam gift pack birthday anak dia esok. Rohana dah ada packaging dia sendiri.



cupcake vanila

Semalam plak, saya siapkan dua kek Rosila untuk birthday daughter dia - Darmia. Masa Rosila datang kedai nak order kek tu dia kata nak kek untuk anak pompuan dia. Dia nak letak sugar image. So, saya ni pun keluarkanlah sugar image barbie n karektor kartun yang budak pompuan suka. Rosila kata Darmia ni lain sket. Dia suka kartun-kartun budak lelaki. Dia paling suka Ben 10. Lawak betoi Darmia ni. Satu lagi Rosila order cheese cake blueberry untuk makan dengan family.



Kek Ben 10 Darmia. Yang ni nak bawak ke tadika.




Baked blueberry cheesecake

Ni ada satu lagi gambar yang sepatutnya saya postkan lama dah. Cupcake tema pasukan bola Liverpool untuk husband saya sempena birthday dia 19 Oktober hari tu.Tapi masa tu, saya tertinggal memory card. So, save dalam camera jer. Jenuh cari kabel nak transfer gambar...ni baru jumpa. Niat hati nak hadiahkan  husband tiket team dia main kat stadium Anfield. Tapi tak mampu lagi.... Buat masa sekarang yang mampu hanyalah buat cupcake logo Liverpool saja. Ok la tu kan.....?hehhehehe



Saya buat cupcake perasa kiwi






Ni plak, lebihan cupcake. Saja-saja picit krim pastu hadiah kat adik kedai photostate sebelah kedai saya....