'
Kelas hari ni saya start dengan bagi penerangan mengenai cara nak buat dua jenis krim - buttercream dan fondant. Fondant tu untuk buat bunga. Yang fondat tu saya tunjukkan cara nak buat. Tapi lepas tunjuk masing-masing start mengeluh sebab memikirkan nak kena beli mesin penguli besar sebab kalau mesin kat rumah memang tak bleh nak buat fondant ni sebab adunan gula, gelatin, liquid glukose memang agak keras untuk dibancuh guna mesin kat rumah.
So, penyelesaiannya saya suggestkan student beli fondant siap yang sekarang ni semakin banyak dijual di kedai-kedai ingredients. Tak pun, kalau nak senang lagi, beli jer bunga fondant yang siap....hehheheh...
Tapi kos bunga yang kita buat berbanding yang beli mesti la berbeza. JAUH sangat murah yang kita buat tu.
Untuk kelas hari ni, student-student menggunakan kreativiti masing-masing buat bunga guna flower cutter. Macam-macam colour ada.
Sementara tunggu bunga masing-masing kering, semua student buat latihan menconteng. Ni untuk buat garis-garis halus atas cupcake. Tapi sebelum tu masing-masing kena berlatih bungkus kajang putih dulu - buat piping beg dari kertas. Kalau guna plastik tak halus.
Faezah tengah pulun menconteng... ....lagi aksi-aksi pulun menconteng....(hehehe)
Lepas semua dah pas menconteng mulalah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Menyetim (stim laa...) butterccream dan mencurah atas cupcake. Masing-masing terpegun dengan hasil cupcake yang licin n berkilat....
Ni hasil kerja sapa tah....tak ingat. Licin kan...?(Errr...yang tak berapa licin tu, maafkan lah mereka. Mereka budak baru belajar....kan, kan, kan....)
Lepas semua dah habis menyetim, maka masing-masing sibuklah menghias dengan bunga-bunga fondat yang dibuat sendiri dan menconteng mengikut kreativiti masing-masing. Asalnya saya bagi setiap student 16 biji setiap seorang. Tapi memandangkan ada lebih cupcake yang saya dah siapkan untuk student yang tak hadir, so, saya tambah lagi sembilan biji setiap seorang. So, jadi semua 25 biji. Elok-elok untuk masuk dalam bekas cupcake standard 25 lubang yang ada kat kedai saya. Maka hari ni terjual lah dengan banyaknya bekas cupcake saya tu....(hehehhe).
Ni plak Liza. Kreatif n halus keja Liza ni. Liza kata pas ni dia akan sponsor cupcake kat semua cousin dia yang nak kawen.....cepat-cepat...sapa-sapa cousin Liza yang belum kawen, tempah siap-siap. Liza bagi freee.......(ehehhe sorry yea Liza)
Kazidah yang datang jauh dari KL ni pun sama. Tak cakap banyak (cuma nyanyi sket-sket lagu retro sambil buat keja...heheh). Hasil Kazidah pun halus dan kemas.
Ni plak pelajar senior - Norain. Saya paling suka bunga daisy yang Ain buat. Cantik. Kawan-kawan lain jelez ngan bunga tu....