Dec 9, 2009

CHOCOLATE LAGI...

Salam dan alooo untuk semua...hari ni plan asalnya nak settlekan dua kotak chocolate yang tak sempat habis semalam - satu untuk hantaran cousin saya Zunil yang akan kawen Sabtu ni n satu lagi pakej ekonomi 25 biji untuk Ani. Pastu ingat nak balik awal. Nak cari buku-buku atau magazine best kat MPH atau Popular Book Store di Jusco.

So, pulun la buat chocolate-chocolate tu. Pukul 3 dah settle. (saya start dalam pukul 1 lebih. Sebelum tu, kemas n mop lantai jap sebab semalam tak sempat kemas)




Ni Zunil punya - RM55 (riben tu free (sebab kami ada pertalian persaudaraan..hehhehe)




Yang ni Ani punya - 25 biji pelbagai filling - RM35. Yang ni saya isi dalam kotak kek biasa saja (saiz 8) sebab Ani kata ni untuk saja-saja nak makan. Tak perlu kotak yang cantik.


Masa dok menyanyi menyanya (hehehhe....) sambil mencuci mould chocolate, kawan saya Masni call. Dia kata ``Na...ko kena tolong aku...aku dah desprate sangat ni...bos aku nak coklat yang ko buat hari tu,'' (Mas penah beli coklat saya n bagi bos dia rasa).

Mendengarkan suara dia yang macam panik semacam tu, saya pun cubalah mententeramkan dia...``Rileks, rilekss..tak dak hal punya lahh...ko nak berapa. Nak ambik bila...'' (andaian saya dia akan ambik macam hari tu set 15 biji. Memang saya ada buat lebih tadi)

``Aku nak set hari tu 7 kotak. Nak ambik petang ni...Dalam pukul 6 sempat tak...?Esok ada orang nak melawat company kitaorang. So ni nak buat gift laa..'' kata Mas.

``Ko gila la Mas...Ni dah pukul 4.30. Ko nak ambik pukul 6. Banyak plak tu....,'' kata saya dan bla, bla, bla, bla macam-macam saya leterkan Mas.

Dan seperti biasa lepas bertekak n sesi  rayu merayu, saya akhirya mengalah ngan Mas. Tu pun nasib baik semua bahan ada - chocolate, kotak n filling...Kalau tak, tak sanggup saya. Saya kata kat Mas pukul 6 tak leh. Bila siap, saya call dia suruh dia datang ambik.

Nasib baik lah masa tempering tu chocolate tak meragam. Hari ni cuaca plak panas terik. Lagi senang la nak cairkan coklat tu. Semua o.k jerr. Alhamdulillah....dekat pukul 8.30 tadi saya siap packing n call Mas datang ambik. Tersengih-sengih dia datang ambik chocolate tu sambil cakap sorry sebab order last minute.





Chocolate-chocolate yang baru siap






Set 15 biji chocolate pelbagai filling dalam kotak window - RM24 satu


Ok, ni bab lain plak...saya lupa nak masukkan gambar cupcake yang saya buat kemarin. Satu diorder oleh Kak Masrumi untuk hantaran kawen anak dia. Kak Umi nak warna biru n letak rama-rama. Saya buat rama-rama fondant.




Satu lagi Najib order untuk majlis pertunangan dia. Najib tak nak hiasan bunga. Dia nak garis-garis jerr....Selain cupcake, Najib order chocolate. Yang set 35 biji macam kat atas tadi.