Petang baru dia orang jual. Nama satay ni SATAY DIN. Sambil menunggu dia orang bakar satay ni, sempat saya interview salah sorang adik yang tengah dok bakar satay. Bukan interview apa...tanya no phone. Nanti bila balik Perlis plak, saya nak call saja Satay Din ni untuk order. Tak yah tunggu lama-lama. Tapi sbenarnya, masa saya beli 100 cucuk tu, tak lama pun saya tunggu. Dalam 20 minit saja. Mungkin sebab daging satay tu kecik-kecik, sebab tu cepat masak.
Satay 2 kupang. Memang best. Ralit makan satay ni....
Selain satay 2 kupang, satu lagi yang best kat Perlis ni ialah rega makanan dia yang murah. (Tapi yang peliknya rega barang mentah lebih mahal dari KL atau Seremban). Contohnya, kuih muih atau orang sini panggi cucoq, masih dijual 4 biji seringgit. Kelmarin sebelum balik ke Seremban, saya n husband p cari bfast. Cari kuih muih. Antara yang menarik minat saya ialah kuih apam ni. Selalunya Apam tepung beras ni orang buat dalam loyang besar, pastu potong kecik-kecik kan...tapi makcik ni kukus dalam daun pisang kecik-kecik (saiz kuih tako). Sedap. Rega dia RM1 untuk 4 biji. Sebab saya beli RM2, makcik tu bagi free 1 lagi.
Kuih apam tepung beras yang dikukus dalam daun pisang. RM1 untuk 4 biji...
Selain apam tepung beras ni, ada lagi beberapa kuih muih favourite saya. Antaranya ialah apom lenggang, pulut dakap, dangai, apam eno n cucoq pederam...Tak pa, lain kali saya balik Perlih, saya cari kuih-kuih ni untuk tunjukkan kat u all semua..