Dec 25, 2009

Sambung keja semalam

Salam dan aloo untuk semua...pagi ni, pukul 8, pas buatkan breakfast kat rumah terus bergegas ke kedai. Nak siapkan kek chocolate n 3 kotak coklat. Selain tu semalam ada customer baru - Mala. Dia nak hamper Christmas untuk kawan dia esok. Selain biskut, Mala nak saya masukkan 1 kotak coklat (yang 15 biji) tu. Kawan Mala, Azlindar penah hadiahkan coklat yang saya buat kat Mala bulan lepas. Mala suka coklat tu n dia nak kawan dia plak rasa. Harap-harap lagi ramailah yang suka coklat saya ni yea...hehhehe

Saya ada masa tak sampai 4 jam untuk siapkan semua tu sebab pukul 12 saya kena gi Shah Alam. Ada hal sket. Sampai kedai, basuh bekas-bekas yang saya tak sempat basuh semalam. Dekat pukul 9 baru start buat kek coklat.... punya la pulun. Orang Kedah kata pulun sampai ketaq kepala. Alhamdulillah semua siap. So, ni lah hasil keja dalam masa tak sampai 4 jam tu...


Kek coklat yang baru siap. Kek-kek kat blakang tu kek yang buat semalam. Tunggu customer datang ambik.



Ni coklat pelbagai filling. Dua kota besar tu diorder oleh Kak Ipar saya. Hari tu bagi dia try kotak kecik (umpan...heheheh). Semalam dia order 2 kotak besau. Dia kata  coklat yang saya buat ni sedap. Lemak berkrim n puas makan. Lebih sedap daripada coklat-coklat mahal yang dia selalu beli kat supermarket. Lagi pun memang confirm halal n fresh. Tak dak pengawet. Handmade plak tu... (ni dia kata aaa, bukan saya kata...hehehe



Ni plak hamper yang diorder oleh Mala - hadiah Christmas untuk kawan dia. Kotak merah kat depat skali tu coklat yang saya buat.