Dec 3, 2009

STEP BY STEP - CHOCOLATE INDULGENCE

Salam dan aloo untuk semua...hari ni jom tengok macam mana saya buat kek chocolate indulgence. Kek ni sebenarnya untuk girlfriend adik saya - Dayah...Dia sms malam kemarin kata nak kek chocolate ni. Dia teringin lepas tengok gambar kat blog saya ni...So, alang-alang dah buat kek  ni, saya tunjukkan kat u all cara`memasang' kek chocolate indulgence ni.....Tapi untuk resepi penuh, kena masuk kelas saya la...hhehehe.. Kelas 3 jenis kek coklat popular (termasuk kek ni, american choc dan chocolate fudge)  akan diadakan pada 26 Disember (Sabtu) - 11 sampai 3 ptang. Harga RM80. Tak rugi masuk kelas ni...ni himpunan kek-kek chocolate terbest saya....semuanya moist...

O.k mola-mola, buat kek chocolate dulu


Dah masuk dalam acuan, bakar dan hasilnya macam kat bawah ni...


Satu adunan kek ni dapat 2 biji kek acuan saiz 7 inci. Sejukkan dulu kek ni sebelum potong 3 macam ni...


Alat macam hanger ni ialah  pemotong kek. Guna alat ni senang sebab kita akan dapat permukaan kek yang sama rata. Sapa yang dah masuk kelas ni mesti tau macam mana nak guna alat ni...senang sangat...
So, potong kepada 3 macam kat bawah ni..


Pastu tu, kita buat chocolate ganache macam kat bawah ni...


Bahagi 2 ganache ni. 1st part guna untuk siram atas kek, satu lagi guna untuk boh dalam fresh cream yang dipukul sampai soft peak (dalam kelas nanti, saya akan ajar macam mana nak tengok cream yang dipukul tu soft peak atau tidak....)
(Errrr..lupa plak nak ambik gambar fresh cream yang dah dicampur dengan chocolate ganache)
Ok, pas dah siap krim tu, mula melapis kek yang dah dipotong tadi. Untuk kek ni tak perlu tension-tension untuk buat bagi licin. Yang penting kemas sebab nanti kita akan siram dengan chocolate ganche yang 2nd part tu..




Pastu lapislah sampai habih yea...



Lepas lapis ketiga-tiga ni, kat luar pun kena sapu gak...(sapu semua yeaa - macam kat bawah ni...)





Step seterusnya, boh dalam peti sejuk jap biar beku dulu sebelum disiram ngan chocolate ganache


Boh dalam peti sejuk jap

Bila dah sejuk, keluarkan dan siram ngan chocolate ganache macam ni...:





Siap...

Pas ni, biar set dalam peti sejuk jap. Last, hias lah ikut macam mana yang kita nak. Masa Dayah sms saya kemarin, dia cuma cakap nak kek ni, tapi pastu adik lelaki saya cakap sambil sengih-sengih n garu kepala ``errr....kak ina, Daya kata kalau boleh, nak chocolate lebih...''So, saya pun parut la chocolate tak kat tepi kek ni macam ni...




Kek ni kalau dah dipotong, akan nampak macam ni...
 
Emmmmm....sedapnyaa..Moist, lemak, berkrim....

Ok, sapa nak blajar, bleh daftar ngan saya...memang tak rugiiiii....(ehhehe, iklan jap...)