Saya sampai Kangar dah dekat pukul 5.30 ptg. Terus ke rumah bapak di Taman Bumita, Behor Latih (alaaa, kawasan perumahan kat simpang empat nak ke Kuala Perlis tu. Lepas lepak ngan bapak n adik-adik sambil makan goreng pisang (orang kampung saya panggil Chok Pisang...), kami terus ke rumah Pak Cik di dalam pekan Kangar (errr tak ingat nama taman. Rasanya Taman Ira...).
Tapi biasalah, kenduri zaman sekarang, walaupun esok nak kenduri, rumah sunyi saja. Maklumlah pakai catering. Saya still ingat masa kecik-kecik dulu, seminggu sebelum kenduri dah riuh rendah sedara mara n jiran-jiran datang bergotong royong. Masa tu kenduri mak-mak sedara saya. Jiran-jiran (yang perempuan) dekat dengan rumah wan saya datang dua tiga hari sebelum kenduri dengan pisau masing-masing. Pisau yang bertanda dengan macam-macam di ulunya supaya tak hilang atau tersalah bawak balik. Ada yang ikat dengan tali, ada yang turih ulu pisau dengan pangkal nama masing-masing dan macam-macam lagi lah. Dia orang ni datang nak tolong siangkan bawang, halia, lengkuas, sayur-sayur atau apa-apa saja keja yang ada.
Meriah masa tu...Tuan rumah plak masa tu sibuklah keluarkan kuih-kuih kering macam baulu, karas, maruku dan macam-macam lagi termasuklah biskut empat segi (selalunya kuih muih ni disedekahkan oleh sedara mara terdekat) untuk dijamu kat orang yang datang menolong. Minuman yang selalu dihidangkan ialah kopi pekat yang kaw. Teliur mengenangkan rasa kopi panas kaw yang dicicah ngan baulu....fuhhh...bestt...Tapi ni semua dah berlalu. Jarang sangat orang yang akan buat kenduri secara gotong royong ni. Semua pakai catering. Esoknya kenduri, malam baru dipasang khemah. Kalau nasib tak baik, pukul 12 tetamu datang, pukul 10 baru khemah dipasang. Kes-kes macam ni selalu jadi masa kenduri banyak pada satu-satu masa. So, tukang khemah pun kena terkejar-kejar pasang khemah.
Macam kes bapak sedara saya ni, dah dekat pukul 11 baru orang catering pasang khemah. Tu pun tak cukup satu khemah. Esok paginya baru sambung.
Malam tu kat rumah Pak Cik, saya n adik pompuan saya tolong buatkan hantaran. Tapi sbenarnya bukan buat semua, cuma masukkan dalam bekas yang dah siap dihias. Tapi ambil masa gak laa... Esoknya
Sabtu/12 Disember akad nikah n kenduri di belah pengantin perempuan. Pengantin perempuan orang Kota Sarang Semut, Pendang, Kedah. Tak jauh sangat la dari Kangar ni. Lebih kurang sejam saja kalau ikut highway.
Seperti biasa, keta suami saya skali lagi jadi keta pengantin. (pas ni rasanya kami nak buat servis keta pengantin laa....untung ooo....hehhhe). Kami betolak dari Kangar dah dekat pukul 10.00. Pengantin lelaki, Zunil (cousin saya) tak brapa glabah sangat. Dia rileks. Mungkin dah banyak mentelaah kot. Tapi dalam-dalam rileks tu pun, sempat gak dia suruh kami berenti kat depan tol jap. Alasannya nak tunggu ahli-ahli rombongan nak bagi cukup. Tapi lebih kepada nak `berasap'...rasanya nak lepaskan panik la tu...
Bila dah pengantin keluar `berasap', ahli-ahli rombongan lain yang sama kelab berasap pun apa lagi....ambik peluang laa....Tapi best gila berenti kat tepi tol Hutan Kampung ni...sebelahnya sawah yang tengah menghijau. Cantik gilaaa....angin plak sepoi-sepoi bahasa....(cheewaaahhh)..
Pengantin tengah `berasap' untuk mengurangkan rasa panik. (yang baju biru membelakangi kamera tu, pakcik saya...). Tengok belah kanan....ijau jerr...(silap tak suruh photographer ambik gambar pemandangan sawah yang menghijau...)
Kami sampai kat Masjid Permatang Bonggor, Kota Sarang Semut, Pendang pukul 11.30. Parking jer depan masjid, geng-geng merokok dalam keta saya (termasuklah husband saya sendiri) nampak satu signboard ni...
...hehheheh....gelisah la masing-masing tak bleh merokok....Selalunya sign dilarang merokok ni cuma simbol jer...tapi kali ni siap ada fatwa...ahakkkss.....
Lepas akad nikah, saya n husband bawak pengantin lelaki tukar baju n touchup sket kat pekan Kota Sarang Semut. Tak jauh...lebih kurang 10 minit berkereta. Yang lain lepak kat masjid. Lama gak menunggu kat tempat kedai mak andam tu. Bisnes Mak Andam tu kencang gila...Saya masuk la tengok kedai dia. Saya tengok senarai pengantin yang dia kena make-up hari ni saja 13 orang. Esoknya 9. Lusanya 10...Fuhhh....Masyukkk....Tapi kata cousin saya, kat Kota Sarang Semut ni, Mak Andam ni memang terkenal.
Dalam pukul 2 ptang, kami sampai rumah pengantin perempuan. Tapi rombongan belah saya ni dah makan awal ( hmmmpphhh....tak bleh harap langsung la ahli rombongan saya ni....). Sebabnya, budak-budak kecik termasuk anak-anak sedara saya dah start buat perangai sebab tunggu lama. Masing-masing dah mula menunjukkan sifat-sifat yang tidak diingin (hehehh) di perkarangan masjid. So, keluarga pengantin perempuan pun jemput la dia orang gi makan dulu.
Masa kami (saya n pengantin lelaki) sampai tu, makanan di meja pengantin jer lah yang tidak berusiknya. Ahli-ahli rombongan lain terkenyihhh kekenyangan sebab dah makan awal....Best masakan kat rumah pengantin pompuan ni...Dia orang ni masak cara gotong royong. Ada gulai kawah...yang lain saya tak ingat. Saya makan gulai kawah jerr..sedap...
Budak-budak yang buat perangai kat masjid tadi dah happy lepas makan kenduri awal n tinggalkan kami ngan pengantin lelaki....(tak bleh harap langsunggg....)
Gelak sakan lepas kenyang, Yang kiri tu adik ipar saya merangkap photographer n yang kanan tu drebar keta pengantin @ husband saya....
Pas makan, kami terus balik ke Kangar. Panas gilaaa.....balik p rehat sat. Malam tu, kami berkumpul kat rumah Pakcik skali lagi. Baru riuh rendah nak buat bilik pengantin.....
Esoknya kenduri blah kami. Pukul 12 orang dah start datang. Saya suka menu yang makcik saya pilih. Tak macam nasik kenduri biasa yang kita dah jemu.Makcik saya pilih menu kari ayam dengan betik muda (memang bestttt gulai ni. First time saya makan kari ayam ngan betik muda. Mula-mula saya ingat labu...), rendang daging hitam, sambal udang, ikan kembung goreng, sambal belacan dan ulam-ulam. Dessert dia plak, bubur kacang hijau dengan keledek merah.
Meriah kenduri belah sini (hehhehe...mestilah puji belah sini, kannnn....). Pakcik saya panggil kumpulan `gendang keling' (errr...saya tak tau kenapa dipanggil gendang keling...saya tak sempat interview). Kira ada live music la sebagai hiburan. Pakcik saya bayar RM300. Dia orang main pelbagai jenis lagu best-best start pukul 11 sampai pukul 4 ptg, termasuk semasa menyambut ketibaan pengantin...murah kan....?
Kumpulan muzik gendang keling
Kumpulan gendang keling menyambut ketibaan rombonga pengantin dari Kota Sarang Semut
Sempena kenduri ni, adik saya (yang juga adalah antara pelajar saya...ahaksss...) turut menyumbang kek kawen kat Zunil. Bangga oooo tengok hasil kerja anak murid. Ni haaa kek yang anak murid saya buat...., cantikkann....?(hehhehe).
Kek kawen hasil sentuhan pelajar saya (merangkap adik saya). Sapa nak tengok hasil keja adik saya ni bleh p ke blog dia cuitcutecakes.blogspot.com....(iklan sat aaaa...)
Tengah adjust kek....
Orang-orang kuat kenduri di pihak pengantin lelaki..(errr..lelaki yang duduk depan tu orang kuat gak, tapi kuat tido....)
Aksi-aksi jurugambar @ adik ipar saya....