So, untuk mereka-mereka yang tertanya-tanya mengenai bagaimana rupanya tempat belajar di Bzee Bakery ni, ni saya postkan gambar-gambar untuk pengetahuan semua. Jangan bimbang, tempat belajar di Bzee Bakery memang selesa dan dijamin bersih. Ada aircond tau...hehehhe
Ok, secara keseluruhannya, Bzeebakery ni dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian depan, tengah (kelas) dan belakang (dapur).
Pandangan dari luar...
Ni bahagian depan. Kat sini ada chiller 3 pintu. Sangat sesuai untuk letak chocolate banyak-banyak masa belajar buat chocolate. Kat bahagian ni saya letakkan barang-barang untuk buat kuih. Tapi tak banyak la...Selalunya saya akan jual barang yang saya ajar pada setiap kelas...
Ni bahagian tengah (ada aircond) - tempat kelas. Antara peralatan utama kat sini ialah working table (ada 3), mixer (3 kilo), sealer dan dapur.
Ruan ni sesuai untuk kelas praktikal 8 orang. Tapi untuk kelas demo boleh muat lebih ramai orang.
Kat dalam kelas juga saya sediakan sofa lepak. Rak kat tepi tu ada banyak majalah n buku-buku berkaitan masak, fesyen n deco. Meja kat kanan tu selalu digunakan oleh student untuk makan/minum.
Ok, ni plak dapur. Antara perlatan utama ialah segala acuan, dough devider untuk buat roti, working table (2), mixer (5kg), oven besar 2 tingkat, chest freezer, chiller 2 pintu dan rak tray. Kat dapu ni panas sket. Tak dak aircond. Kipas jerr...saya lebih suka buat coklat kat dapur daripada buat kat dalam kelas...
Ni sebahagian peralatan dalam dapur - rak tray, oven, prover, mixer....