Dalam kelas hari ni gak saya bagi tau semua maklumat penting macam mana nak dapatkan kotak murah untuk packaging coklat, costing coklat, modal, macam mana nak kira costing, rega logik yang patut kita letakkan untuk jual coklat n macam-macam lagi laah....Senang crita lepas kelas ni, kira student dah bleh mula buat bisnes sendiri sebab semua maklumat ada. So, rugi taaaauuuu sapa yang tak joing. Tak pa, saya akan ulang lagi kelas ni bulan Januari. Nanti check jadual yea...Tapi kalau sapa nak cepat, bleh kumpul kawan sekurang-kurangnya 4 orang, saya bleh start bila-bila hari biasa (bukan hari minggu). Rega kelas ni RM250. Semua bahan saya siapkan. U all bawak apron n kain lap saja....
Saya bagi free termos, kotak coklat untuk 4 biji n satu lagi free gift - kotak coklat yang bleh isi 25 biji coklat.
Ok, jom layan gambar-gambar student dalam kelas hari ni...
Tengah pulun buat proses tempering coklat...
Suziana bersungguh-sungguh sampai berpeluh-peluh memasukkan coklat yang dah berjaya ditempering dalam acuan ...
Siti n Kak Hasnah tengah`memungut' hasil..
Hasanah tengah deco coklat n sedang berbangga dengan hasil yang diusahakan...Siti plak tengah angan-angan nak buat coklat untuk majlis tunang dia...hehhehe
Ni antara hasil-hasil student hari ni..
Ni lagi....(errr..saya dah konpius ni hasil sapa tah...tak ingat...)