Sebabnya, husband saya lupa nak inform saya yang 27 tu kami kena p kenduri kat Parit, Perak. Selalu sebelum saya buat jadual kelas saya akan tanya dia apa-apa program supaya senang nak adjust.
Tapi ada gak kelas-kelas yang dah masuk jadual, tapi terpaksa dibatalkan. Contohnya kelas kek butter 18 Disember (Jumaat) . Sebabnya, saya kena p konvo adik saya kat Kota Bharu. Ni pun last minute punya conformation. Nanti saya akan ulang balik semua kelas-kelas yang saya dah kansel tu pada bulan Januari.
Tapi harap maklum: KELAS KEK CHOCOLATE (26 Disember 09 - SABTU) ON SEPERTI MANA YANG DIJADUALKAN...
Masa: 11 pagi - 2 ptg
Harga; RM80
(Tempat masi ada. Sila confirmkan kehadiran anda selewat-lewatnya Khamis)
O.k ni ada 2 kek yang saya buat. Satu untuk Puan Robashah n satu lagi untuk Azlindar. Dua-dua kek chocolate moist dihias guna teknik steamed buttercream.
Ni kek untuk Puan Robashah
Yang ni plak untuk Azlindar. Dia nak bunga Lily. Tema colour turqoise dan peach.