Feb 21, 2011

Bibik baru saya yang pandai buat figurine....senangnya hati saya....


Salam dan alooo untuk semua....sejak Khamis lepas, saya dapat bibik baru....dari Medan. Tersangatlah senangnya hati saya. Bibik saya ni bukan saja pandai buat keja, tapi yang paling mengejutkan saya, dia tersangat pandai buat figurine. Terkejut berok saya bila saya tengok hasil dia. Jom tengok hasil figurine bibik saya yang sorang ni....hhhmmmmmm....pas ni senang la keja saya nak hias kek n cupcake....sayang betoi saya kat bibik yang sorang ni. Harap-harap dia tak lari ngan pacar yang hina...


Bibik kesayangan saya yang mempunyai bakat tersembunyi buat figurine








Figurine baby ni paling cute..




Waaakakakkkaaaaa.....hheheheh...MELAWAK jerrr...sebenaqnya ni lah antara punca utama saya tak update blog beberapa hari...melayan kerenah adik bertuah...Ija dari cuitcutecakes.blogspot.com. Dia mai Somban Khamis lepas. Nak buat crash course untuk belajaq serba sedikit selok belok nak buat kelas. Seperti biasalahhh  - belajaq secara PERCUMAAAAA....Sebabnya....insyallah kalau semua berjalan lancar, dia nak bukak kelas kat Sungai Petani. Tapi masalah adik bertuah saya ni - dia suka sangat buat keja-keja rumit atau mengulit ni. Dia jumpa saya punya mould dan fondant. Pastu apa lagi.....ada jer peluang n masa lapang, dia akan mengulit benda ni.  So, nanti sapa-sapa yang berminat nak belajar ngan Ija benda-benda mengulit ni bleh start tengok jadual kat blog dia.