Feb 25, 2011

Dari KAY KAY lagiiiii....kali ni Fizah dari Papar...

Salam dan alooo untuk semua.....errrr...la ni musim orang Kaykay datang blajar kaaa...? ahaksss...bukan pa, kelmarin, Lydia, hari ni, Fizah plak. Belajar pun kek yang hampir sama. Bezanya Ldyia ambik Redvelvet, Fizah, Russian black n white....Tu pun list awal Fizah memang sama ngan Ldyia. Dia tukar last minit sebab tergoda tengok kek Russian Black n White. Tak pa lah dik...yang penting bagi tau awal-awal.

FIzah ni bersemangat waja betul. Dia sampai jer kat LCCT, ambik cab n terus ke bakery saya. Dia sampai dalam pukul 2 ptg. Pas tarik nafas jap (hehhehe...dramatik skett), terus sinsing lengan buat kek. Memandangkan Fizah inform saya dia akan sampai lambat, so, saya tolong dia timbangkan bahan siap-siap. Menakjubkan Fizah berjaya siapkan ketiga-tiga kek tu (termasuk hiasan) dalam pukul 5.30 ptg. Chayaaa lah Fizah...

Fokus betul budak ni buat keja. Sepanjang dia dok pulun buat  keja tu kekadang jer dengar sora dia. Tu pun antara dengar ngan tidak jerrr. Pas settle baru dia bersembang. Dan antara ayat pertama yang Fizah cakap ``pas ni nak tunggu tiket murah Airasia .... nak datang blajar ngan akak lagi lah..,'' hheheh...tengkiu dik. Bangga akak dengar...sila lah, silaaaaa...

Ok, jom kita tengok gambar-gambar kelas DIY Fizah yang terror buat kek Tiramisu ni. Fizah banyak jual kek Tiramisu kat kampung dia...1 box RM25. Kalau kat sini, mesti saya dah order dikkk.....
Tengah hias kek Italian Rainbow

Italian Rainbow Fizah

Tengah menung memikirkan macam mana nak wak balik kek ni naik komuter


Kek opera n kek italian rainbow yang sebahagiannya dah dimasukkan dalam plastic container



Fizah tersenyum gembira sebab dah tau macam mana senangnya nak buat kek Russian Black n White ni...senang jer kannn? hehheh

Beginilah akhirnya nasib kek-kek ni. Terpaksa dipotong kechik-kechik n wak masuk dalam plastic container sebab Fizah nak naik komuter gi tidoq kat rumah mak dia di PUtrajaya. Fizah balik Kaykay Ahad ni. Ok, fizah, selamat yaaaa....ada rezeki, kita jumpa lagi....Len kali nak datang, saya nak order Tiramisu Fizah. Dengar dia citer tadi pun rasa macam terliurrr jerrrr....


Msg dari Fizah:
 
Assalammualaikum Kak...

semua kek siap d bahagi,HAPPY dpt feedback yg sangggattt la

bagus..masa kelas macaron dgn kak nomie,fiza sempat bg dia rasa
italian rainbow.Dia kata cntik wrna kek n Sedap..
insyAllah,pastii dtg lg bljr dgn akak..huhuuu moga kak ina masih sudi
menerima khadiran fiza...mohon maaf jika fiza ada buat silap.
 
Alhamdulillah n  tq Dik...mestilah sudiiiiii....sila, sila n silalah datang lagi....