KELAS DIY HAMPER RAYA
Untuk kelas DIY hamper ngan Azwan, saya ajar detail mengenai biz hamper termasuklah cara buat costing, persediaan-persediaan yang perlu dibuat untuk nak mulakan biz hamper, cara mendapatkan customer, cara nak buat quotation dan lain-lain lagi termasuk nama-nama supplier-supplier untuk kotak/bekas dan packaging hamper.
Selain itu, tiga resepi biskut raya juga diberikan.
Pelbagai jenis teknik/idea pembungkusan hamper juga ditunjukkan termasuklah cara menggunakan plastic cling wrap. Selain itu saya gak ajar cara ikatan riben yang betul supaya nampak kemas dan cantik.
Dalam kelas DIY hamper ni gak, saya beri penekanan kepada aspek teknik penyusunan barang dalam bekas-bekas hamper untuk menampakkan kesan lebih kemas dan `berharga' kepada sesebuah hamper.
Rega kelas hamper DIY ni RM450. Student bleh wak balik hamper bernilai RM100
Azwan ngan hamper-hamper yang dipelajari |
Hamper yang menggunakan teknik cling wrap (plastik) ni Azwan buat sendiri. Hamper berharga RM100 ni Azwan bleh wak balik.... |
KELAS DIY NGAN AZIZAH
Azizah dari JB plak ambik kelas DIY tiga jenis kek popular - Chocolate Indulgence, Carrot Walnut with cream cheese dan Blueberry cheesecake.
Lawak Azizah ni, sampai last minute saya smskan dia mintak confirm kek yang dia nak blajar, dia still tak dapat buat keputusan sebab dia macam `geram' jer ngan kek-kek baru yang saya dok promo kat blog ni. Dia cakap dia dah confused mana yang nak blajar....Last-last dia nekad ambik DIY kek-kek asal yang dia emel saya bulan lepas. Tak pa, ada masa len kali datang blajar kek-kek baru plak....
Rega kelas yang Azizah ambik ni RM540
Azizah tengah beraksi |
Blueberry cheese cake yang Azizah buat.... |
Carrot walnut |
Chocolate indulgence |
Azizah ngan kek-kek yang dia buat. Semua kek ni dia nak bawak gi PD sebab anak-anak n hubby dia akan gi bercuti kat PD. Ok, selamat makan kek dalam bilik hotel yeaaa...hehehehee |
Marshuhaila/Su (orang `ganu' tapi dok kat Kelang) ambik pakej 5 kek, choux pastry n blueberry cheese tart. Actually Su ni dah banyak jual bluebrry cheese tart ni, tapi sajer nak mendalami ilmu buat tart shell ni sebab dia kata yang dia dok buat sebelum ni pastry dia cepat lemau. Masuk hari kedua dah lemau. Pastry tart guna resepi saya memang lambat lemau. Dah test. Shell Tart yang isi ngan custard untuk fruit tartlet still rangup wpun simpan dalam peti sejuk seminggu. Cuma buah dia jer yang tak fresh lagi. Untuk cheese tart pun sama. Pastry still rangup wpun simpan dalam peti sejuk lebih 5 hari.
Sambil-sambil buat tart shell tu, tetiba jer Su kata, dia nak blajar skali lah buat filling dia. Senang katanya sebab bleh wak balik Cheese tartlet yang dah siap. Lagi pun ramai sedara mara ada kat rumah sebab berkumpul nak gi kenduri. Yang best, pas rasa blueberry cheese tartlet guna resepi saya ni Su kata ``tak rugi saya blajar kak...saya nak abaikan lah resepi lama yang saya blajar tu. Nak guna resepi akak ni lah,'' ehhehee......
Ok, kita tengok kek-kek yang Su buat sepanjang kelas DIY Jumaat lepas. Rega pakej yang Su ambik ni RM1,200
Tiramisu |
Red velvet |
German Black forest |
Chocolate indulgence |
Cream puff |
Eclairs |
Su ngan semua kek n pastry yang dibuat di petang raya chino baru-baru ni. |
Ok, ni plak kek No Baked Oreo Cheese cake yang saya buat sempena rayo Chino. Nak bagi kat cousin.
No bake oreo cheese cake