May 27, 2011

DIY ngan Kakak n Adik

Salam dan alooo untuk semua...Kak Asmah n adik dia Kak Yati antara student tetap saya. Kalau tak dak kenduri kerr atau hal-hal lain, dia mesti joint kelas weekend saya setiap Sabtu tu - tengkiu kak sebab bagi sokongan kat saya.

Kelas DIY semalam dia orang dua beradik ni ambik advance cupcake deco - steamed butercream dan fondant. Suka tengok dia orang dua beradik ni. Dah laaa sama saiz -( sama-sama saiz S). Hari ni plak dua-dua datang  ngan baju merah n seluar hitam.

Kak Asmah kata tak janji pun nak pakai sama colour. Dah jumpa kat keta baru sedar...hehhehe...tu lah yang dikatakan sehati sejiwa kan...? Tapi yang paling saya sejuk hati ngan dua beradik ni bila dia orang bercakap antara satu sama lain. Kak Asmah still panggil Kak Yati `adik' - ``Dik, tolong ambikkan, dik, tolong tulis...,'' Dia orang ni sure ngam gila punya kan..?. Mana taknya, dia orang duduk sebelah menyebelah. Kak Asmah crita tiap-tiap hari dia orang akan masak sama-sama. Selalu kat rumah Kak Asmah.

Kak Yati pun sajer jer pencen awal sebab nak temankan kakak dia yang dah pencen. Sejuknya hati dengar hubungan dia orang ni kan.....?

Hari ni, macam biasa lah, kalau kelas DIY, dia orang buat semua. Dia orang bake dulu cupcake vanila dan kemudian hias ngan steamed buttercream n fondant. Cantik n kemas hiasan Kak Asmah n Kak Yati walaupun ni lah 1st time dia orang hias.

Seperti biasa, dia orang ni macam tak percaya dia orang bleh hias cupcake macam yang selalu tengok kat Internet.

``Dok tengok orang buat, selalu pikir, macam mana laaaa nak buat semua ni...rupa-rupanya macam ni...,'' Kak Yati cakap. hehhehe...Kak, kalau dah blajar, senang jerr....yang penting tahu teknik.

Ok, jom tengok gambar-gambar sepanjang kelas:

cupcake vanila sebelum hias


Ni cupcake yang dihias ngan steamed buttercream

Ni ngan fondant

Kak Asmah (kanan) dan Kak Yati tengah pulun hias cupcake masing-masing

Dua beradik, Kak Asmah n Kak Yati ngan hasil masing-masing....
Kak Asmah n Kak Yati, tengkiu sebab sudi joint kelas saya. Nanti jumpa lagi yeaaa...(.Kak Asmah n Kak Yati datang skali lagi untuk kelas DIY 19 Julai ni untuk mengguli roti plak)