May 18, 2011

Marshuhaila n citer seribu creampuff

Salam dan aloooo untuk semua....Marshuhaila, cikgu yang ngajar di Klang tapi berasal dari Ghanu kite ni, sekali lagi ambik kelas DIY ngan saya. Datang-datang jer dia cakap ``akak, creampuff yang saya blajar ngan akak tu laku betul....sampai tak larat saya nak buat. ``Customer suka sangat ngan creampuff tu sebab cream dia lain daripada yang lain. Ni dah seminggu saya stop jap sebab dah tak larat buat. Dah jemu hari-hari buat. Nak buat benda lain plak....,''

``....aiiiikkk...bleh macam tu plak...bagus lerrr kalau orang order banyak. Saya yang ngajar ni pun tak dapat order banyak sampai macam tu,'' saya cakap kat dia.

``Tak larat la kak, hari-hari ada order. Penah tu saya kena siapkan ,1000 creampuff. Alhamdulillah la kak, tapi saya cakap ngan customer, creampuff tak buat, buat sementara waktu ni...saya nak siapkan order lain plak. Pas ni sambung balik...hehheheh,'' 

Lawak betoi budak ni. Patutnya pulun lagi lerrr sebab banyak order. Tapi betul la...Su tak leh nak handle sebabnya Su ni ngajar sekolah petang. Pastu balik pulun buat order yang banyak tu. Bukan setakat creampuff, order lain pun Alhamdulillah tak putus-putus. Pembantu plak cuma suami tercinta. Memang la penat. Dia citer bleh katakan setiap hari dia akan bancuh 4 ke 8 adunan creampuff tu. Fuhhh...bleh bayangkan dia ngacau adunan puff tu.

``Tapi kak, masa ngacau tu saya suruh suami saya buat...hehhehhehe,''' hmmmmpphhh...patut lerrrr. Tapi macam mana pun tahniah yea Su sebab order tak menang tangan. Alhamdulillah rezeki bertambah-tambah. Tak pa dik...memang lerr penat, tapi bila tengok `muka agong' masyuk tiap-tiap hari, ilang penat tu kan....?

Hari ni Su ambik DIY untuk menambahkan lagi rezeki dia. Su ambik

Strawberrry mousse cake
Marble cheese cake
No baked Oreo Cheesecake
Snowy Peach Custard Cream Cake
Blueberry Mika Mousse
Pakej Sweet Bun
Ni gambar-gambar hasil kerja Su hari ni:
Su yang tak menang tangan buat creampuff nak jual roti plak....(memang otak bisnes betul budak nih...)

Sweet bun yang gobu-gobu macam tuan yang membuatnya

No baked Oreo Cheesecake

Marble Cheesecake

Strawberry Mousse cake

Ni mini No Baked Oreo Cheesecake. Su kata dia nak jual RM1.50 satu

Blueberry Mika Mousse

Snowy Peach Custard Cream Cake