May 3, 2011

Kak Shima Ghanuuu datang lagi....

Salam dan alooo untuk semua....Kak Shima yang penah joint kelas saya sebelum saya cuti dulu `merasmikan' sesi kelas DIY semester baru ...(ahakssss). Pas kelas yang dia joint Mac lepas (kalau tak silap), dia terus book untuk date semalam. Dan pas kelas hari ni, Kak Shima terus book kelas untuk 11 Julai plak...``Akak ingat nak ambik kelas Jun, tapi dah penuh plak...Julai lah Na..''...woookay kak. Tq atas sokongan dan kepercayaan.
Saya nak bagi kad keahlian seumur idup lah kat kak Shima ni...hehhhe

Macam sebelumnya, Kak Shima dan hubby tercinta datang dari Ghanu sejak semalam. Dia orang stay kat hotel S2 blakang Jusco tu. Sampai jer semalam, Kak Shima call saya cakap dia nak singgah kedai bagi kepok lekor n kepok kering...Tq banyak-banyak kak....saya sangat berbesar hati atas ingatan Kak Shima.

Seperti sebelum ni gak, kak Shima ni kalau datang kelas saya mesti `buat geram'. Dia akan ambik semaksimum mungkin. Hari ni dia blajar:

. Double chocolate cheesecake
. Blackforest cheese cake
. Kiwi Mousse cake
. Chocolate Mousse cake
. Japanese cotton cheesecake
. Strawberry slice cake
. Chocolate slice cake
. Ala-ala opera slice cake
. Fresh fruit slice cake
. Chicken pie
. Portugese egg tart

Kami start pukul 9, habis pun pukul 9...fuhhhh....tu pun saya cakap kat Kak Shima, kalau tak nak balik pukul 10 atau 11, saya kena siapkan sponge kek untuk kek-kek yang pakai sponge kek dan inti untuk chicken pie.

Kak Shima ni memang baker...so, dia ok jer sebab dia dah tau buat semua tu. Keja pun cepat. Kita orang pulun buat semua kek dan siap pukul 5. Pukul 5 baru stop lunch. Pas lunch baru mencanai pastry. Alhamdulillah semua settle kul 8.Yang sampai kul 9 tu sebab buat sesi photography n mengotakkan semua hasil. Ok, jom layan gambar-gambar sepanjang kelas DIY ngan Kak Shima semalam..

Strawberry slice cake kak Shima yang kemas n chomei


Chcocolate mousse Kak Shima

Kiwi Mousse

Double chocolate cheesecake

Blackforest cheese cake

Japanese cotton cheescake

Chicken Pie Kak Shima yang cantik jadiknya walapun mencanai dah dekat nak maghrib...

Portugese egg tart pun sama  - cantik...

Ni semua jenis slice cake yang Kak Shima buat semalam

Kak Shima tengah boh nama kek kat kotak....takut confused sebab banyak sangat

Anak bongsu Kak Shima yang blajar kat MMU tolong pack