May 3, 2011

Kelas 4 Kek Continental MALATOPPPSSSS

Salam dan alooo untuk semua....saya buat sesi `warm-up' Sabtu lepas lepas dekat sebulan cuti. Saya buat kelas yang ramai orang emel dan sms mintak. Kelas 4 kek continental yang paling mendapat sambutan dan permintaan untuk kelas-kelas DIY - Snowy Peach Cream Cake, Red Velvet, Russian Black n White dan Tiramisu.

20 orang joint kelas kali ni. Alhamdulillah syukur. Paling awal Fahrun - antara student 1st batch kelas saya. Dia antara geng-geng student yang paling awal masuk kelas saya sejak saya start buat kelas 4 thn lepas. Dia datang blajar buat semua jenis roti. Rasa bangga sangat sebab dia kata, sampai la dia memang guna resepi saya untuk buat roti. Fahrun, suami dan anak-anak memang tak makan roti beli. So dia akan bake 2 hari sekali. Fuhhh...tabik spring saya kat Fahrun ni.

Ok, selain tu yang datang hari ni, Suzana, Kak Ita tokey biskut Ita's Delight, Kak Asmah, Norhaslina, Kak Ani, Halimatul, Kalai, Rabihah, Kamariah, Rohaya, Siti Khadijah, Izzah, Zehan, Yam, Zakiah, Kak Akma - cikgu talam dan kuih tradisional serta frozen, Azimah (pun ciktu talam dan tokey biskut), Marzila dan Hafizah.

Riuh rendah  kelas sabtu lepas sebab masing-masing saling berkenalan antara satu sama lain...tapi best sebab masa saya ajar, dia orang fokus. Dia orang cuma start bercakap bila saya suruh bercakap dan berkenal-kenalan. Sesi ni saya diwujudkan khas masa saya berlari-lari anak ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk...(hehehhe)...(.arrrrggghhh....sapa nak keja ngan saya?  Nak yang fulltime. Masuk sama ngan saya (pukul 9 n habis bila saya habis...- tak achi nak balik awal. Hari bekerja - Isnin sampai khamis, Jumaat cuti, sabtu keja n Ahad cuti. Setiap tahun dia  berpeluang cuti lama bila saya p cuti...cuti ngan gaji separuh..pas tu dapat souvenir dri saya....hehehhe....serius ni....Sapa berminat bleh kemukakan permohonan. Gaji bleh dirundingkan).

Ok, dah sket-sket mengarut...kita citer pasal kelas. Ramai gak yang confirm last minit. Sib baik saya ikut gerak hati untuk siapkan kek lebih. Kalau tak, sebijik kek tu kongsi 20 orang la nampaknya....pakat dapat merasa krim jer laaahhhh....Tu yang kelas terlajak sampai dekat pukul 5. Patutnya sebelum kul 4 dah habis. Apa taknya...daripada plan asal buat 4 biji kek, saya buatkan semua 8 biji. Tak pa...yang penting student dapat rasa puas sket kek-kek yang dia orang blajar hari tu.

Ni portion 4 jenis kek yang kesemua 20 student wak balik hari tu.....cukup tak..? ok la kan...?.

Ok, jom layan gambar-gambar lain sekitar kelas (sorry yea tak banyak gambar...ambik mana ddannnn jerrr). Gambar sesapa yang tak masuk dalam camera saya minta maap yeaaa...nanti datang kelas lain, saya tangkap gambar u alllzzz yeaaa...ahakssss....


Masing-masing berposing ngan kek Red Velvet

Semua oooo...waaaa.aaaaaa.....bila saya potong kek Russian Black n White

Kak Ani (berdiri), Kamariah (duduk) dan Kak Asmah - antara student yang mendapat markah penuh dari segi kehadiran....hehehhe...(dia orang selalu joint kelas saya - tengkiusss atas sokongan yea)

Kek Red Velvet

Snowy Peach Custard Cream Cake

Tiramisu

Russian Black n White