May 12, 2011

KELAS MACARON oleh NORA RASHID di BZEE BAKERY

Macaron Nora Rashid
Ni Macaron Laduree kat Paris....saya bagi markah 6 (daripada 10) untuk macaron Nora Rashid (berbanding Laduree punya) dari segi rasa dan rupa bentuk....


Salam dan alooo untuk semua... saya dengan ini mengumumkan saya surrender, angkat tangan n kaki...tak sempat nak buat xperiment untuk mendapatkan macaron ala-ala Laduree. Kalau tengokkan jadual kelas saya, nampak gayanya saya cuma bleh buat xpriment sebelum raya - masa 2 minggu terakhir posa tu....kiranya berjanggut lerrr kalau u all nak menunggu kelas saya....hhehhehe....So, bagi tidak mengecewakan anda semua, saya dengan ini mempersembahkan...(hehhehe) cikgu macaron Bzee Bakery, Nora Rashid.....

Ok, kenapa saya nak Nora Rashid (dari redvelvetinc.blogspot.com) ajar macaron:
i. saya dah rasa macaron dia DAN macaron Nora saya bagi markah 6/10 daripada macaron Laduree.
ii. macaron Nora hampir-hampir menepati ciri-ciri macaron perfect iaitu: rangup di bahagian luarnya (bukan keras) tapi lembut gebu (chewy) di dalamnya.
iii. Nora bukan baru belajar atau baru buat macaron ni. Dia dah lama buat dan dah lama jual kat bakery dia kat Seremban ni. Cumanya sebelum ni orang-orang kat Somban di terutamanya kurang terdedah ngan macaron ni, so, tak ramai yang berani cuba. Tapi Nora banyak dapat order dari orang luar yang pernah n biasa makan macaron.
iv. Nora memang selalu buat macaron dan dia tahu selok belok serta tips n petua penting untuk memastikan macaron menjadi.
v. Saya suka bila Nora kata, dalam kelas macaron dia nanti, student akan dapat FREEEEEE..3 peralatan penting yang perlu ada kalau nak buat macaron iaitu : templates macaron (supaya macaron kita sama besar dan cantik, nozel Wilton yang sesuai untuk paip macaron dan stopper (penyepit).





So, pada sesiapa yang berminat untuk blajar teknik betul buat macaron, jom joint KELAS MACARON NORA RASHID. Detailsnya kat bawah ni yea...

Tarikh:  SABTU 28 MEI (kelas barbie doll yang dalam jadual tu ditangguhkan yea..)

Masa: 11 pagi - 4 petang

Yuran:  RM200 


Deposit: RM100


Apa yang akan anda pelajari:
i. Resepi dan cara step by step buat macaron menggunakan 2 teknik - FRENCH dan ITALIAN
ii. Anda akan diajar membuat 3 jenis macaron - Vanila, Chocolate dan Strawberry bersertakan pelbagai jenis filling yang sedap nyumm, nyummm
iii. Cara penyimpanan macaron
iv. Cara packaging
vi. Cara menentukan harga

PERCUMA: Anda akan menerima set peralatan penting membuat macaron iaitu (so, bila balik rumah dah bleh terus buat dan practice....)

Templates khas untuk menghasilkan macaron yang sama saiz

Nozel Wilton

Stopper/penyepit
BONUS:  Nora juga akan ajar cara menghias macaron untuk hantaran kawen macam nih:

 
Cara nak confirm kehadiran:

i. Bank in deposit RM100 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya Jumaat, 27 Mei.

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS MACARON, 28 MEI . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)