Dec 27, 2009

JADUAL KELAS BZEE BAKERY SEPANJANG JANUARI N FEBRUARI 2010

JANUARI

2 Januari (Sabtu)
Kelas: Hiasan kek kahwin 3 tingkat menggunakan teknik steamed buttercream
Masa: 11 - 4 ptg
Yuran: RM250



Info kelas: KELAS PRAKTIKAL SEPENUHNYA. Pelajari teknik terkini yang mudah menghias kek menggunakan kaedah steamed buttercream - kek nampak seperti fondant - licin dan  berkilat. Setiap pelajar akan menerima 3 biji kek sponge untuk dihias. Pelbagai teknik dan hiasan akan diajar termasuk `buat sampai boleh' bunga ros, border-border yang sesuai untuk kek kahwin dan cara memasang tiang pada kek kahwin.

Setiap pelajar akan membawa pulang kek kahwin 3 tingkat.

Peralatan yang perlu dibawa: Apron, turn table, spatula dan kain lap.


3 Januari (Ahad)
Kelas: 5 jenis muffin - Chocolate chips, blueberry, jagung, banana poppy seed n cheedar cheese.
Masa: 11 pagi - 4 petang
Yuran: RM70

Info Kelas: KELAS DEMO. Sila bawa bekas untuk membawa pulang muffin yang dipelajari



9 Januari (Sabtu)
Kelas: 3 jenis kek kontinental menggunakan fresh cream (whipping cream) - Blackforest, Kiwi dan kek dengan sugar image
Masa: 11 pagi - 4 petang
Yuran: RM150
(Terhad kepada 6 orang pelajar sahaja)





Info kelas:  KELAS PRAKTIKAL .Pelajari cara betul mengendalikan fresh cream (whipping cream). Cara pukul, tips-tips menjadikan sapuan kek kemas, cantik dan juga cara betul meletakkan sugar image diatas kek.

Setiap pelajar akan membawa balik 3 biji kek (1/2kg) - Blackforest, Blueberry dan kek dengan sugar image pelbagai karektor kartoon.

Peralatan yang perlu dibawa: Turn table, spatula, kain lap dan apron

10 Januari (Ahad)
Kelas: Asas menghias cupcake menggunakan buttercream
Masa: 11 pagi - 4 ptg
Yuran: RM80



Info kelas: KELAS PRAKTIKAL. Pelajari cara asas menghias cupcake menggunakan buttercream dengan pelbagai motif menarik.
Resepi percuma: Vanila n chocolate cupcake
Peralatan yang perlu dibawa - apron, kain lap dan bekas untuk membawa balik cupcake yang telah dihias.
Setiap pelajar akan membawa balik 16 biji cupcake yang telah dihias


14 Januari/Khamis) (Cuti umum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan)
Kelas: Menghias Cupcake (advance) guna teknik steamed buttercream
Masa: 11 pagi - 4 ptg
Yuran: RM180




Info kelas: Pelajari teknik terkini menghias cupcake menggunakan teknik steamedbuttercream. Permukaan cupcake akan nampak licin, berkilat seperti fondant. Anda juga akan diajar membuat pelbagai jenis bunga mudah daripada fondant (resepi akan diberikan) , buttercream dan menghia cupcake menggunakan pelbagai motif halus.

Peralatan yang perlu dibawa: Apron dan kain lap.










16 Januari (Sabtu)
Kelas: 3  jenis cheese cake (asas) - Marble cheese cake (baked), Peach Cheese cake (chilled) n Blueberry Cheesecake
Masa: 11 pagi - 3 ptg
Yuran; RM80

Info kelas: KELAS DEMO. Resepi dan cara mudah membuat cheese cake. Anda akan diajar  2 cara membuat cheese cake -  bakar dan chilled (non baked cheese cake)

Peralatan yang perlu dibawa: Bekas untuk membawa balik kek yang dipelajari.

Info kelas:

23 Januari (Sabtu)
Kelas: 3 jenis puff pastry popular - Sardine Puff, Chicken Pie dan Portugese Egg Tart
Masa: 11 pagi - 4 ptg
Yuran: RM150




Info kelas: KELAS PRAKTIKAL. Pelajari teknik betul dan mudah bagaimana menghasilkan puff pastry macam yang anda selalu beli di bakery. Pelbagai petua dan tips menarik menghasilkan puff pastry yang berlapis-lapis, ringan dan cantik.

Peralatan yang perlu dibawa: Pencanai, kain lap, apron dan bekas untuk bawa balik puff pastry yang anda buat sendiri






24 Januari (Ahad)
Kelas: 3 Jenis kek chiffon - Chiffon Pandan, Nenas dan Coffee

Masa: 11 pagi - 1 petang
Yuran: RM50

Info kelas: KELAS DEMO. Pelajari teknik mudah dan gerenti jadi membuat kek chiffon yang lembut dan gebu. Bonus: Beberapa tips/petua menarik bagaimana menghias kek chiffon menggunakan fresh cream

Sila bawa bekas untuk membawa balik kek chiffon yang dipelajari.


30 Januari (Sabtu)
Kelas: Home Made Chocolate
Masa: 11 pagi - 4 petang
Yuran: RM250


Info kelas: KELAS PRAKTIKAL SEPENUHNYA. Pelajri teknik mudah membuat homemade chocolate yang setanding dengan rasa chocolate import. Teknik terkini tanpa menggunakan peralatan canggih seperti termometer, marble slab dan sebagainya.

Peralatan yang perlu dibawa: Kain lap, apron, bekas untuk membawa balik coklat yang disediakan:

Percuma: Termos ATAU Chocolate Mould (pilih salah satu)




FEBRUARI 2010

6 Februai (Sabtu)
Kelas: DANISH PASTRY - Croissant n Danish (blueberry danish n custard & fruit danish)
Masa: 11 pagi - 4 ptg
Yuran: RM150




Info kelas: KELAS PRAKTIKAL. Pelajari cara betul dan mudah menghasilkan croissant dan danish pastry macam yang selalu anda beli di bakery.

Peralatan yang perlu dibawa: Pencanai, kain lap, apron dan bekas untuk membawa balik hasil yang yang anda buat.




7 Februari (Ahad)
Kelas: 3 jenis kek kontinental - Kek Moouse Kiwi, Moouse Chocolate dan Kek icecream
Masa: 11 pagi - 3 ptg
Yuran: RM50

Info kelas: KELAS DEMO.
Peralatan yang perlu dibawa: Bekas untuk membawa balik kek yang dipelajari



20 Februai (Sabtu)
Kelas: Intensif  pelbagai jeni roti untuk bakeri
Masa: 10 pagi - 6 ptg
Yuran: RM300

(TERHAD KEPADA 6 orang pelajar sahaja, minimum 2 orang - daftar segera)

Info kelas: KELAS PRAKTIKAL . Kelas intensif sesuai untuk mereka yang tercari-cari tempat mempelajari pelbagai jenis rot dalam masa singkat. Sesuai untuk mereka yang bercadang-cadang untuk berjinak-jinak dengan perniagaan roti/bakeri.

Resepi terbahagi kepada 4 jenis utama:

1. Pelbagai jenis sweet bun - Mini pizza, sausage roll, an pan roll, red bean petal, mexican bun, cheese plait, cheese stick, ikan bilis bun, sardine bun, kaya bun, butter bun, chicken floss dan mix fruit bun.

2. Doh pizza (termasuk untuk frozen) - italian pizza (sosej supreme n seafood)

3. Sandwich loaf - menggunakan teknik straight dough dan sponge & dough method

4. French loaf

Peralatan yang perlu dibawa: Apron, kain lap, pencanai dan bekas untuk membawa balik semua hasil yang anda dah buat.


27 Februari (Sabtu)

Kelas: CHOUX PASTRY - Cream Puff (dengan custard filling) dan Eclairs
Masa: 11 pagi - 3 ptg
Yuran: RM80





Info kelas: KELAS DEMO. Pelajari cara membuat cream puff dan filling custard yang sedap. Pelbagai petua dan tips. Resepi gerenti menjadi.

Barang yang perlu dibawa: Bekas untuk membawa balik cream puff dan eclairs yang dipelajari.





NOTA: 
1. Semua jadual tertakluk kepada perubahan
2. Kelas hanya akan diadakan jika terdapat minimum 4 orang pelajar (kecuali kelas intensif roti bakeri).
3.Sila sahkan kehadiran dengan menghantar SMS (bersertakan nama anda) kepada Zalina (019 282 0053).
4. Untuk kelas PRAKTIKAL, deposit 50% daripada yuran perlu dibayar selewat-lewatnya 2 hari sebelum kelas bermula.
5. Kelas hari biasa (Isnin - Jumaat) juga diadakan atas permintaan. Bagaimanapun, minimum pelajar mestilah sekurang-kurangnya 4 orang.

HARAP MAKLUM...
Tiada kelas sepanjang bulan Mac - saya akan bercuti. Nantikan pelbagai kelas baru untuk bulan April, Mei dan Jun. Antara yang terbaru - Kelas kek gulung dengan pelbagai motif menarik, hiasan kek dengan Royal Aising, Pelbagai jenis donut lembut, pelbagai jenis kek gulung n swiss roll, Roti Taiwan dan hiasan cupcake dengan pelbagai karektor cute 3D menggunakan sugar paste. So, tungguuuuu.....

Dec 26, 2009

KELAS 3 JENIS KEK CHOCOLATE

Salam dan alooo untuk semua. Hari ni kelas 3 jenis kek chocolate famous yang selalu orang buat. Tak kiralah buat jual atau buat makan sendiri ngan family.

Tiga jenis kek chocolate yang diajar dalam kelas hari ni ialah Chocolate Indulgence, American Chocolate n Chocolate Fudge.

Walaupun ketiga-tiga kek ni moist dan heavy rasa coklatnya, tapi resepi berbeza-beza. Bukan setakat resepi berbeza, tetapi dari segi kos pun berbeza. Terserah masing-masing mana yang rasa sesuai untuk dibuat jualan.

Lepas kelas, saya bagi diaorang rasa ketiga-tiga jenis kek coklat ni.Masing-masing pening tak tau mana yang lebih sedap. Tak perr, balik cuba buat satu-satu n biar family atau jiran-jiran rasa. Biar dia orang yang bagi komen...(mesti best sapa-sapa yang berjiran ngan student saya hari ni, kannn....hehehhe. Tapi tak pa, bagi yang nak mula berjinak-jinak ngan bisnes dari rumah, ni lah caranya. Kita buat n bagi jiran atau kengkawan rasa dulu. Bila sedap, orang akan bercakap. Insyallah kalau ada rezeki orang akan start order).


O.k jiran-jiran atau kengkawan atau sedara-sedara anda yang joint kelas saya hari ni ialah Mira, Yana, Fizah, Kak Rosnah, Izzati, Lisa dan Kak Aini. So, buat-buat lah bertandang ke rumah diaorang kalau nak rasa 3 jenis kek coklat yang dia orang blajar hari ni....hehhehe



Chocolate Indulgence



American Chocolate


Chocolate Fudge

Dec 25, 2009

Sambung keja semalam

Salam dan aloo untuk semua...pagi ni, pukul 8, pas buatkan breakfast kat rumah terus bergegas ke kedai. Nak siapkan kek chocolate n 3 kotak coklat. Selain tu semalam ada customer baru - Mala. Dia nak hamper Christmas untuk kawan dia esok. Selain biskut, Mala nak saya masukkan 1 kotak coklat (yang 15 biji) tu. Kawan Mala, Azlindar penah hadiahkan coklat yang saya buat kat Mala bulan lepas. Mala suka coklat tu n dia nak kawan dia plak rasa. Harap-harap lagi ramailah yang suka coklat saya ni yea...hehhehe

Saya ada masa tak sampai 4 jam untuk siapkan semua tu sebab pukul 12 saya kena gi Shah Alam. Ada hal sket. Sampai kedai, basuh bekas-bekas yang saya tak sempat basuh semalam. Dekat pukul 9 baru start buat kek coklat.... punya la pulun. Orang Kedah kata pulun sampai ketaq kepala. Alhamdulillah semua siap. So, ni lah hasil keja dalam masa tak sampai 4 jam tu...


Kek coklat yang baru siap. Kek-kek kat blakang tu kek yang buat semalam. Tunggu customer datang ambik.



Ni coklat pelbagai filling. Dua kota besar tu diorder oleh Kak Ipar saya. Hari tu bagi dia try kotak kecik (umpan...heheheh). Semalam dia order 2 kotak besau. Dia kata  coklat yang saya buat ni sedap. Lemak berkrim n puas makan. Lebih sedap daripada coklat-coklat mahal yang dia selalu beli kat supermarket. Lagi pun memang confirm halal n fresh. Tak dak pengawet. Handmade plak tu... (ni dia kata aaa, bukan saya kata...hehehe



Ni plak hamper yang diorder oleh Mala - hadiah Christmas untuk kawan dia. Kotak merah kat depat skali tu coklat yang saya buat.

Dec 24, 2009

KEK TUNANG, HANTARAN, KAWEN....

Salam dan aloo untuk semua... Hari ni sehari suntuk kat kedai buat tempahan-tempahan kek yang orang nak ambik esok. Ada 6 biji semuanya. Semua untuk hantaran. Satu kek 2 tingkat. Cupcake plak ada 3 kotak. Dua untuk hantaran, satu untuk sajer-sajer nak makan.

Selain tu kena siapkan kek carrot walnut ngan cream cheese n kek american chocolate. Errr...american chocolate tu tak siap lagi. Esok baru saya siapkan. Sempat la rasanya sebab customer nak ambik dalam pukul 11. Chocolate ganache dah buat.

Pastu sepatutnya hari gak saya kena siapkan 2 kotak chocolate (35 biji setiap satu) n satu lagi yang kotak kecik (15 biji), tapi tak sempat gak...(sbenarnya saya seriau nak dok lama-lama kat kedai tu sebab dua-dua jiran saya tutup hari ni...so, tingggal saya saya jerr bukak. Pukul 8 tadi dah gelap...so, sambung esok jer lahh jawabnya....Tak pa, yang ni customer saya nak ambik petang.

Gambar-gambar kat bawah ni adalah kek-kek n cupcake yang sempat saya buat hari ni....


Kek chocolate moist yang tunggu untuk `dimake-up'. Sib baik semua order chocolate moist...so, senang, bancuh n bakar skali jerr...



Ni plak lepas boh fondation....(hehheh)



Ni yang dah boh bedak...tunggu boh eyeshadow, lipstik, mascara hehhehe.......beratur-beratur...jangan berebut...


Ni kek kawen 2 tingkat yang dah siap bedak..
 
OK, yang setelah dimakeup beginilah rupa masing-masing....





Kek ni untuk Kak Umi. Kenduri anak dia Sabtu ni. Tema biru n putih.



Kek Kazidah tema purple n putih ni saya buat macam corak lace bunga rose



Ni plak ...(errr sapa punya aaa...lupa plak...) esok saya check nama yerr..Tema putih n merah.



Ni plak tema gold...(pon saya lupa nama....apa raaa saya ni...maaf yea...resit tinggal kat kodai...)



Kek 2 kg ni untuk kawan lama saya kat Sekolah Menengah Convent Sungai Petani  - Azalina. Dia ni dulu Ketua Darjah. Kek ni untuk saja-saja nak makan lepas majlis tunang adik perempuan dia esok petang.



Cupcake tema biru putih ni plak untuk orang yang sama order kek tema merah kat atas tadi.



Ni pun tema biru putih gak. Diorder oleh Yana



Yang ni plak diorder oleh Kazidah


Satu lagi kek carrot walnut n cream cheese. Yang ni lupa nak ambik gambar. Alaa kek carrot yang biasa tu laa...Dah penah tengok kannn?


Dec 23, 2009

MARI MELAWAT BZEE BAKERY

Salam dan aloo untuk semua....ramai yang call saya nak datang kedai - nak tengok tempat belajar. Tapi kebetulan selalu saya tak dak di kedai. Saya ni keja sorang. So, kalau ada di kedai , saya bukak la...kalau saya keluar cari barang atau menguruskan benda-benda lain, saya terpaksa tutup. Sebab tu saya lebih kerap ambil tempahan melalui phone atau emel saja. Tapi kalau hari kelas - Sabtu/Ahad, memang saya buka sampai petang..

So, untuk mereka-mereka yang tertanya-tanya mengenai bagaimana rupanya tempat belajar di Bzee Bakery ni, ni saya postkan gambar-gambar untuk pengetahuan semua. Jangan bimbang, tempat belajar di Bzee Bakery memang selesa dan dijamin bersih. Ada aircond tau...hehehhe

Ok, secara keseluruhannya, Bzeebakery ni dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian depan, tengah (kelas)  dan belakang (dapur).


Pandangan dari luar...




Ni bahagian depan. Kat sini ada chiller 3 pintu. Sangat sesuai untuk letak chocolate banyak-banyak masa belajar buat chocolate.  Kat bahagian ni saya letakkan barang-barang untuk buat kuih. Tapi tak banyak la...Selalunya saya akan jual barang yang saya ajar pada setiap kelas...



Ni bahagian tengah (ada aircond) - tempat kelas.  Antara peralatan utama kat sini ialah working table (ada 3), mixer (3 kilo), sealer dan dapur.
 Ruan ni sesuai untuk kelas praktikal 8 orang. Tapi untuk kelas demo boleh muat lebih ramai orang.

Kat dalam kelas juga saya sediakan sofa lepak. Rak kat tepi tu ada banyak majalah n buku-buku berkaitan masak, fesyen n deco. Meja kat kanan tu selalu digunakan oleh student untuk makan/minum.



Ok, ni plak dapur. Antara perlatan utama ialah segala acuan, dough devider untuk buat roti, working table (2), mixer (5kg), oven besar 2 tingkat, chest freezer, chiller 2 pintu dan rak tray. Kat dapu ni panas sket. Tak dak aircond. Kipas jerr...saya lebih suka buat coklat kat dapur daripada buat kat dalam kelas...

Ni sebahagian peralatan dalam dapur - rak tray, oven, prover, mixer....




Dec 19, 2009

CARA BUAT SPAGHETTI SEMPOI...

Salam dan aloo untuk semua...ni, sajer nak share sket cara saya buat spagethi sempoi. Semalam tanya husband, nak makan nasik tak...? ``I nak makan, tapi kalau tak nak nasik bleh tak...''. Sbenarnya jawapan-jawapan macam ni selalu saya dapat dari husband saya ni. So, kena la pikir benda apa yang lain daripada nasik tu. Sebab tu lah kat rumah saya ni selalu siap sedia ngan bahan-bahan mentah untuk menghadapi situasi yang macam ni...(ehheheh).

So, semalam saya ambik keputusan untuk buat spaghetti jer.. Bagi yang jarang atau tak biasa buat spaghetti ni, sebenarnya, sonang jerr cara nak buatnya. Memang la ada resepi khusus untuk buat sos dia tu. Tapi memandangkan ni dalam keadaan darurat, saya boh apa yang ada saja. Yang penting sos spagethi ni kena banyak tomato dan sos dia masam-masam manis sket. Tapi bagi yang nak sesuaikan dengan selera perut kita yang suka makan pedas, bleh la boh cili boh saja. Saya lebih suka sos yang masam n rasa banyak tomato.

Saya slalu pakai tomato cincang dalam tin. Lebih senang nak simpan yang dalam tin ni daripada beli yang biji tu. Sebabnya kadang-kadang tak pakai, busuk macam tu jerr...So, tomato cincang ni memang selalu ada kat rumah saya.. Selain tu, spagethi, tomato puree n rempah spagethi bolognese pun memang dok ada dalam peti sejuk tu. Antara benda-benda tadi, yang wajib ada rempah spagethi bolognese la. Kalau tak dak, tak rasa sos spagethi. Kalau tak jumpa rempah ni, pakai jer rempah Mix Spices ker, pizza spices kerr.. (ni ada jual kat kedai-kedai yang jual baking products) Tomato tu, bleh cincang/ramas tomato biji yang ada saja. Lagi banyak lagi best. Kalau tak masam, bleh tambah tomato sos.

Rempah spagethi bolognese ni bleh beli kat supermarket. Saya selalu beli barang kat Tesco. P kat bahagian yang jual pasta. Kat situ semua ada - termasuklah sos-sos tomato, tomato cincang, tomato puree. Sos spagethi yang dah siap pun ada. Tapi tak yah lah beli yang siap tu...mahal. Kita bleh buat sendiri. Senang jerr...

O.k, bahan utama yang saya guna untuk spagethi sempoi saya ialah seperti di bawah ni laa...



Yang depan tu spaghetti (beli jer cap apa yang anda suka).
Kiri sekali tu tomato puree (tak dak pun tak pa...pakai jer tomato sos),sbelah dia rempah spaghetti , kanan skali tu tomato cincang (kalau tak dak pakai tomato biji yang masak). Ramas/cincang kasar.

Cara buat:

i. Tumis bawang besar (potong dadu) - pakai yang sederhana besar. Potong dadu. (Sbenarnya bleh pakai bawang putih. Tapi bawang putih saya habih...so, pakai apa yang ada jerrr...)
ii. Bila dah layu sket, masukkan 3 sudu besar rempah spaghetti tu. Kacau sampai naik bau
iii. Masukkan daging apa yang kita nak (saya pakai daging burger jer - sebab daging cincang tak dak..Kalau pakai daging burger, hancur-hancur kan sket ngan garfu. Tapi daging burger ni tak seberapa sedap berbanding daging cincang. Tapi...bleh laaa daripada tak dak ....)
iv. Pastu masukkan tomato cincang tin (saya pakai semua), tomato puree (1/2 tin), Sos tomato (dalam 2 sudu besar), sos cili (dalam 3 sudu besar), sos tiram (2 sudu besar - tak dak pun tak pa), garam n gula secukup rasa (kena ada rasa masam-masam manis) Kalau ada tomato biji, bleh gak potong dadu. Nak bagi kaw lagi....
iv. Boh air sket kalau kering sangat. Tapi jangan banyak sebab sos ni kena pekat baru best.
Dah siap.....n bleh dituang atas spaghetti. (cara nak masa spagethi ni - rebus dalam air yang diboh minyak sket sampai lembut - toskan, pastu tu tuang minyak sket (dalam 2 sudu besar) - tak nak bagi spaghetti tu melekat)
Masa nak makan tu, kalau nak bagi kaw n sedap lagi (dan untuk menambahkan lagi kecomelan rupa dan bentuk badan (hehehhe), percik la cheese....fuuhhhhhh...memang sodap....)




Spaghetti sempoi. Yang kat belakang tu, cheese serbuk...kasi percik atas itu spaghetti, baru kaw...!!!


KEK HANTARAN N 800 CUPCAKE

Salam dan aloo untuk semua...Hari ni pulun buat 800 cupcake untuk  customer Zahariah. Mula-mula Zahariah order 600 jer, tapi pagi tadi dia call mintak tambah lagi 200 biji lagi. Saya start buat pukul 9 pagi tadi. Nasib baik Zahariah nak datang ambik petang lepas pukul 6. Semalam tak sempat buat sebab ada urusan kat KL. Zahariah ni tinggal kat Shah Alam, tapi balik buat kenduri adik pompuan dia, Zura,  kat Serting, Jempol. Petang tadi pukul 3 majlis akad nikah. Esoknya kenduri.

Terima kasih Zahariah sebab sanggup turun ke Seremban semata-mata nak ambik cupcake n kek hantaran. Tahniah yea sebab dapat adik ipar baru - Fadli. ``Satu-satunya menantu ayah orang nogori...'' Yang lain kata Zahariah, semua orang luar.Hehhehe....tak per lah Zahariah jodoh pertemuan di tangan Tuhan...



Cupcake yang baru masak. Yang pink tu perasa strawberry, yang ijau plak perasa epal hijau...Yang coklat tengah dok bakar dalam oven

Ni yang dah siap masuk bekas. Rega 50 sen satu (kalau order lebih 500 pcs). Kurang daripada tu rega 60sen

Ni kek hantaran - chocolate moist (1 kg ++). Dihias ngan steamed buttercream n bunga fondant. Colour gold/cream - rega RM75


Kalau sapa yang nak bekas PVC ni, tambah lagi RM8. So total RM83

Dec 18, 2009

SEMALAM DI KOTA BHARU...

Salam dan aloo untuk semua...Kelmarin saya n husband ke Kota Bharu. Nak raikan konvokesyen adik lelaki saya - Shahril. Dia bawak bapak, ibu (mak tiri saya), adik n anak saudara saya dari Sungai Petani. Saya, husband n anak saudara naik AirAsia.


Kami sampai dah pukul 6 lebih. Lepas check in kat hotel, Shahril tanya ``...nak makan dak nasik kukus yang paling best kat KB ni...'' Shahril kat KB setahun lebih. So, dia tau la sket sebanyak tempat-tempat makan yang best kat KB ni. Kata Shahril tempat ni memang famous gila. Selalunya orang akan beratur panjang untuk dapatkan nasik kukus ni. Nama nasi kukus ni  - Warisan Nasi Kukus. Tapi Shahril orang-orang kat sini panggil nasi kukus Kebun Sultan saja. Sebabnya gerai nasi kukus ni terletak kat Jalan Kebun Sultan.


Gerai nasi kukus ni biasa saja - gerai tolak. Tapi yang meriahnya ialah ayam goreng dia digoreng kat tepi jalan (sbenarnya tempat parking keta). Nasi pun dikukus kat situ. Saya tak sempat nak ambik gambar sebab masa tu hujan. Tapi nasi tu diletakkan siap-siap dalam bekas aluminium (alaa macam acuan kek kecik-kecik) tu - untuk satu portion. Pastu diletakkan dalam pengukus. Saya rasa nasi tu dah siap masak dan diletakkan balik dalam pengukus tu untuk panaskan. Saya rasa laaa....tak tau betul ker tidak...


Ni ha, periuk pengukus untuk kukuskan nasi tu. Ada banyak lagi periuk pengukus ni kat belakang keta....berasap-asap. Kena plak ngan ayam goreng panas-panas...makan plak dalam suasana sejuk, hujan...fuhhhh....cakap pun talak guna laaah...heheheh

So, bila ada orang yang nak beli, pekerja akan ambil satu bekas nasik, masukkan dalam ketas, boh lauk apa yang kita nak pastu kuah campur n last skali sambal belacan.... Ada macam-macam lauk. Tapi yang famous  ayam goreng panas-panas tu lah...Shahril kata, masa dia blajar dulu, dia n geng-geng akan sewa keta datang KB pastu mesti singgah kat gerai ni. Makan kat situ gak panas-panas....memang best. Gerai ni start berniaga petang sampai habis nasik tu. Tapi slalunya lepas pukul 9 dah licin. Masa saya p beli tu orang tak ramai sangat beratur sebab hujan. Shahril kata kalau hari-hari biasa memang berbaris-barislah orang  beratur...fuhhh...masyuk, masyuk....
Malam tu, kami beli n bawak balik makan kat hotel jer...Tak berapa selesa nak lepak kat situ sebab hujan. Lagipun ada budak-budak.

Esoknya majlis konvo Shahril start pukul 2 ptg. Tapi saya n adik saya sempat lagi la terkejar-kejar p jamu mata kat kedai-kedai di sekeliling hotel tu. Kami dok kat Renaissance. Tu yang tak best sket. Tak banyak yang boleh dijamu mata. Kalau p ke Pasar Siti Khadijah, best laaa.. Kat sekitar hotel tu ada 2 kedai saja. Sebelah hotel tu kedai batik n sutera Hazel, n depan hotel tu kedai jual tudung-tudung. Saya tak beli apa pun..beli tudung kat mak mertua saja...

Pukul 1.30 kami masuk dewan. Buat kat hotel tu gak. Kalau ikut syarat, 2 orang jer bleh masuk, tapiiiii....dah alang-alang datang jauh-jauh ni, saya ajak semua orang masuk. Tak der orang marah punnn...hehheheh. Suami saya jer tak ikut sebab nak tengok bola (Malaysia lwn Vietnam) kat bilik.

Biasalah...majlis konvokesyan.Mana ada yang tak boring...bukan konsert...kan..? hehhehe...Tapi memandangkan kami pilih tempat tepi skali, senang la 2 orang anak sedara saya - Adam n Adelyn jalan-jalan keluar masuk dewan. So, tak lah dia orang boring sangat. Majlis konvo ni kira skali ngan jamuan High Tea skali. Tapi yang lawaknya, anak sedara saya yang 2 orang tu, walaupun dah selalu makan kek (mak dia orang pun buat biz kek), tetap berebut nak makan kek potong hotel ni....budak-budak...



Kek slice yang baru sampai kat meja...Masih elok n belum sempat dikerjakan oleh 2 orang anak sedara saya yang mak sedara dan mamanya memang kerja buat kek hari-hari......


Adam tengah pulun kek. Adelin plak tengah try pujuk abang dia. Dia pun nak sket...


Kami  3 bradik - saya, Shahril n Ija. Sorang lagi abang saya - tak datang. Errr....gambaq ni tak dak kena mengena ngan sebarang lampu atau apa-apa di atas sana...Kami kalau ambik gambaq memang saja suka buat perangai bukan-bukan...heheheh...



Kiri skali tu, bapak saya....Pak Ya.

Yang best ngan majlis konvo ni ialah persembahan dikir barat dia. Live. Sebelum ni tengok kat TV saja kan...Tak pun tengok budak-budak sekolah buat persembahan. Kali ni depan mata. Best walaupun tek berapa nak paham dia dok cakap apa...

Adelyn dengan tenangnya p tengok orang berdikir barat dekat-dekat...

Majlis konvo settle lebih kurang dalam pukul 5 ptag. Pas tu saya terus ajak Shahril bawak saya p cari Murtabak Raja. Saya tak tau nak crita kat mana. Ni bukan p beli kat tempat buat dia, tapi kat kedai yang jadi agen. Nak bawak balik. Flight saya pukul 9.15 (tapi biasa laaa Airasia - delay sampai pukul 10.20...boring betoi....) Penah makan tak...? Sedap murtabak ni. Berlapis-lapis. Rega RM14 satu. Besar. Rasanya, berat murtabak ni 1 kg lebih. Ada ayam n daging. Murtabak ni dibuat secara frozen la. Dah siap bungkus dalam kertas minyak. Saya selalunya akan potong 4 dan balut ngan cling wrap. Pastu boh dalam freezer. Kalau nak makan defrost jap, baru bakar balik. Boh sket minyak. Kalau tak ramai yang makan, lebih baik buat macam ni sebab kalau tak tak larat nak habiskan semua tu. Besar sangat. Rugi..1 portion murtabak ni sbenarnya untuk 6 orang.

Nak tau tak kenapa murtabak ni dipanggil murtabak Raja. Asalnya murtabak ni memang dibuat untuk hidangan kerabat Diraja Kelatan saja. Ni crita dulu-dulu la - zaman 1950 an dulu. So, dulu murtabak ni memang tak mampu la untuk orang biasa nak makan. Satu, sebab rega dia yang mahal. Satu lagi sebab nak buatnya rumit.


Yang kiri tu bungkusan sebelum potong, yang kanan ni saya dah potong 4. Tengok lapisan dia...tebal n banyak daging...memang sedap. Kalau kita beli murtabak ni, dia orang akan bagi bawang jeruk skali...



Ni yang siap masak - 1/4 daripada saiz asal. Yang kat blakang tu bawang jeruk... Disebabkan murtabak ni tebal, saya slalunya akan masukkan dalam microwave jap supaya bila kita bakar, tak perlu lama-lama sebab yang kat luar tu mudah garing.