Apr 30, 2011

KELAS DIY BULAN JUN DAN PENUH....HARAP MAKLUM....Bulan JULAI, OGOS...ada banyak lagi ....


Salam dan alooo untuk semua....Mintak maaf banyak-banyak kat Hadiana dan Fazrina sebab kena batalkan kelas DIY dia orang pada 13 dan 14 Jun. Tak pa, saya dah emel mintak dia orang cadangkan date baru. Saya bagi kelonggaran buat weekend. Sian sebab dia orang dah  bayar deposit.

Sbenarnya terus terang cakap, saya kecut perut sejak dari masa saya bercuti lagi. Pegawai di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan call bagi tahu yang dia orang dah hantar surat tawaran untuk buat kursus masakan selama 2 minggu. Mula-mula dia orang cakap nak buat bulan MEI....dalam hati kata....``mati lah akuuuuu kena sumpah ngan student-student yang dah book awal-awal kelas. Tapi dalam pada tu jauh di sudut hati dok doa, ``Ya Allah,  jangan la bulan Mei, jangan la bulan Meii....''.

Saya balik dari bercuti n call tanya orang JPW . Diorang cakap belum ada keputusan. Tak tentu lagi. So, dengan beraninya saya masukkan jadual bulan JUN. Dalam pada tu hati tak sedap gak...Kemarin, saya terus gi JPW hantar surat setuju terima. Terus saya jumpa bos dia Cik Ummi. Apa lagi...merayu-rayu la supaya jangan bulan Mei. Sib baik cik Ummi bertimbang rasa. Lembut jer orangnya. Dia cakap tak pa kak, kita buat bulan Jun sebab kalau bulan Julai lambat sangat.

Harap u all semua memahami situasi saya...ditelan mati mak, diluah mati bapak...JPW dah banyak membantu saya sebelum-sebelum ni. So...``saya yang mengikut perintah'' ler jawabnya...

Tapi tak perrr....saya dah keluarkan jadual penuh untuk bulan JULAI. Mintak maaf yea sebab kena tunggu lama. Sepanjang bulan puasa (dijangka bermula 1 Ogos) pun saya akan buat kelas - DIY dan Demo pada hujung minggu. Sapa-sapa yang berminat bleh emel saya yea. Seperti biasa kelas DIY saya hanya pada Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Apr 28, 2011

Percubaan sulung buat macaron - Laaa,macaron ka...? (nak lawan macaron Laduree..hehehe)

Salam dan alooo untuk semu...Ni pengakuan iklhas saya....lepas saya rasa macaron kat Laduree masa saya cuti hari tu, saya sebenarnya tersangatlah TERGEDIK-GEDIKNYA nak cuba buat. Punya la lama simpan perasaan tergedik-gedik tu...Hari ni baru kesampaian. Tu pun saya butakan mata dan pekakkan telinga dengan semua tempahan-tempahan kek dan cupcakes yang saya kena siapkan hari ni. Nekad saya, apa pun, saya nak try buat gak hari ni. Balik lambat pun lambat lahhhh....

 So, sampai jer kedai hari ni saya terus ambik kertas, rujuk 3 buku mengenai macaron yang saya beli kat Paris n London, satu resepi yang student saya bagi dan resepi lama yang saya blajar dari Chef Gina beberapa tahun lalu (tapi tak penah-penah cuba buat sampai sekarang)

Saya bandingkan teknik semua rujukan tu, pastu buat formula sendiri. Dannnnn....inilah hasilnya percubaan sulung saya...:
Macaron - Laaa, macaron ka...? (ni jenama macaron saya...hehhehehe)

Macaron Laduree....


SUKANYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....!!!!!.sebabnya walaupun ni lah 1st time saya buat saya berjaya:

i. mewujudkan `kaki' pada macaron saya..dan kaki tu macam kaki macaron Laduree - cuba bandingkan...hampir sama kannnn (hehehhe....kes puji diri sendiri) ?

ii. permukaan yang licin dan tak mengerutu. Cuma kena  betulkan teknik paip supaya jambul kecik kat atas tu tiada langsung....
iii. dan yang penting rasa rangup dia dah ala-ala Laduree punya  (hehehhe..masuk lift tekan sendiri tingkat 99 - ahakssss)

Ni bermakna resepi saya ni tak salah dan boleh dipakai. Senang plak tu buat dia...Cuma kena buat lagi dan lagi untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dibawah:

i. terlalu manis - kena kurangkan gula
ii. warna saya terlalu pudar - kena lebihkan warna  supaya nampak menarik macam Laduree punya.
iii. Saya tidak begitu berpuas hati dengan tekstur macaron ni lepas kita gigit kulit atasnya. Agak berrongga. Sepatutnya kena lebih padat dan ada rasa merringues..

Kesimpulannya....bukan susah sangat buat macaron ni. Saya akan cuba beberapa kali lagi termasuk cuba buat macaron menggunakan teknik french merringues (teknik buat merrengues biasa - pukul putih telur sampai kembang, masukkan gula. Pastu masukkan paste badam).

Hari ni saya guna teknik Italian Merringues - air gula panas dimasukkan ke dalam telur putih. Pastu baru masuk paste badam.

Ok, bila saya dapat resepi yang tepat, mudah dan insyalah gerenti jadi...saya akan share ngan u all...(tapi share dalam kelas lerrr...hehhehheh - nak cover balik kos gi cuti...ahaksss...gelak lagi skali)

(P/S: sorry yeaaa sebab saya asyik dok citer pasal macaron jerrrr....tengah syok tengok n buat macaron ni...nanti saya stop yeaaa...kita buat kek n biskut raya plak....tak lama lagi puasa kan...? hehhehe)

Apr 27, 2011

Kelas kek continental popular di Sungai Petani

Salam dan aloo untuk semua -  Saya akan berada di Perlis dan Sungai Petani dari 1 sampai 9 Jun ni. Ada kenduri kat Perlis. So, dah alang-alang ada kat sana, saya  akan buat kelas kek continental popular kat Sungai Petani, Kedah sempena pembukaan kedai adik saya (blog dia cuitcutecakes.blogspot.com)

Kalau ada geng-geng belah Utara atau mereka-mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya yang berminat nak joint kelas ni, ni details dia...


Tarikh:  Selasa, 7 Jun 2011

Masa: 11 pagi - 4 petang 

Tempat: Sungai Petani (nanti saya updatekan add yea )


Yuran - Special offer sempena pembukaan bakery Cuitcutecakes.blogspot.com - RM 150
(Harga asal - RM180)
Deposit: RM50

 Jenis Kelas: Demo

Kelas: 4 jenis kek continental popular -
i RED VELVET
ii.  RUSSIAN BLACK N WHITE
iii. SNOWY PEACH CUSTARD CREAM CAKE
iv. ITALIAN RAINBOW

NOTA: Sila bawa: Plasctic container untuk bawak balik sepotong kek setiap jenis
Sila confirmkan kehadiran selewat-lewatnya pada Isnin, 6 Jun 2011.
 
Cara nak confirm kehadiran:

i. Bank in deposit RM50 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK SUNGAI PETANI . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

Akak yang confuse (...lagi....)

Salam dan aloo ....

Ni ada kecelaruan  minda sket...Tolong angkat tangan/sms/call/emel saya, sapa yea yang ambik kelas untuk date berikut:

(errr...Noor Putrajaya, tak  yah angkat tangan yea...hehehhe)

i. 9 Mei -
ii. 24 Mei - Wan Norizan

(OK...masalah settle..rasa-rasanya.... saya nak kenakan xtra charge kat Noor Putrajaya  lerrr  sebab dia yang menjadi PUNCA UTAMA kecelaruan ni....)

Saya yang selalu confuse.....hehehhehe




Misi mencari rasa sebenar macaron di Paris

Salam dan alooo untuk semua....banyak keja nak settlekan pas lama bercuti ni. Saya sampai balik sini Jumaat malam. Sabtu dan Ahad buat kerja-kerja membasuh kain, mengemas n mop rumah yang dah dekat sebulan tak bersapuh...fuhhhh....sakit pinggang. hhehehe...

Semalam gi buat keja-keja perbankan - bayar bil-bil wajib termasuklah bil tepon yang kena block sebab terlebih guna masa kat oversea...hehehhehe...Masa guna kat sana tak hingat dunia...sib baik kena potong pun dah ujung-ujung masa nak balik. Tu yang saya tak jawab sms masa saya dah balik tu...maap yeaaa. Phone `masuk semut'..hehheheh... Hari ni plak seharian kat bakery...menjalankan tugas yang sama - mengemas, mengemop dan menyimpan apa yang patut. Alhamdulillah bakery dalam keadaan yang baik macam saya tinggalkan dulu.

Ada orang petua kalau nak tinggal lama-lama, baca ayat kursi di keempat-empat penjuru kedai/rumah. Tu yang saya buat. Syukur sebab Cik T (tikus comel....) pun tak kacau, semut n lipas pun tak kacau barang-barang saya. Alhamdulillah  syukur sekali lagi... Kat rumah pun saya buat benda sama - baca ayat kursi di empat-empat penjuru. Selamat....pokok daun kari, limau purut n cili (itu jer yang menjadi...hehhehe) yang saya sayang pun tak kering. Mungkin hujan kot Alhamduillah...

Sepanjang 3 minggu ni saya bercuti ngan suami. Kami gi Amsterdam, Paris, Italy n London. Sebenarnya tiket flight ni husband saya beli sejak Disember 2009 - sebelum suami saya disahkan ada canser. Kami sepatutnya gi Mac tahun lepas. Tapi masa tu husband tengah buat kimoterapi. Alhamdulillah, syukur suami saya sihat. So kira ni  lebih kurang macam meraikan juga `kemenangan dan kejayaan' kami berdua mengharungi dugaan Allah sepanjang tahun lalu. Syukur dan Alhamdulillah kerana Allah memberi kekuatan pada kami berdua. Dan syukur juga dengan rezeki yang Allah bagikan pada kami. Syukur, syukur dan syukur Ahamdulillah.

Antara yang paling best semasa holiday kali ni yang saya nak share ngan u all semua ialah mengenai peluang saya untuk merasai, rasa sebenar pastry yang paling hot sekarang ni - macaron (orang France sebut ma-kah-ron - ron ni kena tekan sket - sebut ditekak....hehehheh).

Sebelum ni saya ada merasa macaron daripada beberapa kengkawan kita yang jual macaron ni. Setiap macaron tu berbeza. Saya pun confused mana macaron yang betul, mana yang tak betul...hehheh.. So bila dapat tau yang kami akan ke Paris, hati riang ria la. Saya cakap ngan husband, antara benda penting yang saya akan buat kat sana ialah nak rasa the real macaron.

Sebabnya France memang famous ngan macaronnya.  Kegilaan orang sini ngan macaron samalah ngan kegilaan negara barat lain ngan cupcake. Wpun asal usulnya orang Italy yang memperkenalkan makanan ni - sejak kurun ke 18 lagi.. biskut amarreti, (ada perdebatan pasai asal usul ni...tapi tak pa lah...kita ambik yang selalu orang sebut lah yeaaa ...hehhehe) , tapi orang France yang mempopular dan menglamerkan makanan ni. Orang Italy buat macaron guna teknik Italian Merringues  n orang France plak guna cara depa la - french merringues...

Sbenaqnya bahan untuk buat macaron ni senang sangat - telur putih, gula, badam serbuk dan pewarna makanan. Memang tak pakai tepung langsung.... Tapi cara buat n cara bakar dia yang leceh tu. Kena betul teknik. Ciri penting macaron ialah kulit luar rangup, isinya lembut dan masih rasa macam merringues dan satu lagi ciri penting ialah mesti ada kaki.


Di Paris, macaron yang paling famous sudah semestinya lah di Laduree. Menurut citernya...(checiter, checiter....ahakssszs...) 2nd cousin (orang kampung saya kata dua pupu ) kepada pengasas bakery Laduree, Louis Ernest Ladurée ni lah yang mula-mula memandai-mandai (hehhee) ambik macaroon ni kemudian boh jam pastu cantum jadi dua, macam ropa macaroon la ni. Sebelum ni, macaron ni orang makan macam biskut besa tu laaa...satu-satu. Lama punya crita ni - awal abad 20 nuhhh..... Laduree ni pun wujud sejak 1862. Sejak dari tu la dia famous dan orang mula ikut.

So saya rasa saya buat keputusan yang betul la kalau nak betoi-betoi nak tau rasa sebenar macaron, kena rasa yang Laduree punya. Saya nasib baik masa tu sebab orang yang beratur tak ramai. Sebab selalunya ramai. Kawan saya kata dia penah gi Paris masa winter, tengok orang beratur sampai ke luar nak masuk Laduree ni.

Dah tergedik-gedik tak sabar nak masuk bakery Laduree ni n rasa macaron dia...hehehhe

Gambar curi-curi ni....sebab tak dibenarkan ambik gambaq dalam bakery tu...hmmmm... busannn

Selain famous ngan macaron, Laduree ni gak ada jual macam-macam jenis pastry n kek. Buku pun ada...saya capai tengok...ingatkan ada resepi Laduree, tapi jangan harap lerrrr....citer pasai sejarah dia, produk dia...hmmmm...boring.. Tapi semua tu tak penting...yang penting dapat makan macaron dia...hehheh

Dah dapat macaron idaman.....sebijik 1.5 Euro atau pun RM6.40. Saya beli satu dozen ni rega 16 euro (RM68.80)....hmmmm...patutlah pakcik Laduree ni kayooo...ahaksss.
Laduree ni ada gak cawangan di bandar-bandar besar lain contoh London. Kat London, saya jumpa tapi rega dia lagi boring - 1.6 pound sterling ( RM8.32).
 Rasa macaron ni....hehehhe....ternyatalah berbeza ngan apa yang saya makan kat tempat kita...Tapi macaron tempat kita tak lah tak betul atau salah....saya boleh katakan apa yang saya makan kat tempat kita cuma 20% sama ngan apa yang Laduree punya....ya laaaa...dah memang makanan diaorang n diaorang yang cipta kannnn....? Cuba suruh orang France buat sambal belacan, mana bleh sama ngan sambal belacan kita kannn.....? hehehhe


Saya suka colour-calour macaron ni. Packaging n colour tema Laduree ni pun cantikkkk...Ntah lerrr ada orang kata, hijau Laduree ni unik. Dia orang panggi Laduree green....ntah betoi , ntah tidak....

Rasa sedap macaron Laduree ni bukan saja terletak pada filling dia tapi gak pada keunikan rasa ranggup ringan bahagian luar macaron ni dan pada tekstur gebulembut (ringkasannya GEBUT...hehheh) sebaik sahaja kita gigit bahagian rangup tu....tak liat. Kulit plak tak keras...kata orang putih just nice jerrrr....dan paling saya suka dia tak manis sangat macam yang kita makan kat sini.

Untuk adil, sepanjag 3 hari kat sana, saya gak try beberapa macaron di tempat-tempat lain. Ada 3 bakery lain. Errrmmmmm...memang tak sama dan bagi saya tak bleh lawan tekstur yang Laduree punya. Senang citer, Laduree punya yang terbest lah....(hhehehhe...errrrr...saya tidak mendapat macaron percuma yea untuk mempromosi macaron Laduree ni...memang dia punya paling best...)




Ni masa saya rasa kat sebuah bakery di Provence, France (bandar dulu-dulu kala). Unik bakery ni (lupa plak nama bakery ni.......hampir semua hiasan kek dia guna macaron. Tapi saya tak berapa suka sangat macaron dia sebab merringue dia agak liat..tak GEBUT macam Laduree punya...


Yang ni plak di kedai coklat yang agak famous di Paris  - La Maison di muzium Louvre, Paris. Kedai ni kedai coklat, tapi ada gak jual macaron. Macaron dia pun tak bleh lawan yang Laduree punya, tapi best lagi daripada yang bakery kat Provence tadi.
Yang satu lagi saya tak sempat ambil gambar. Saya beli macaron ni kat bakery masa nak naik train balik ke hotel. Yang ni lagi tak best....agak keras kulit dia dan agak manis. Tapi rega sama ngan Laduree punya...

Husband saya sebenarnya dah fobia nampak kedai yang ada jual macaron ni...sebabanya semuanya saya nak cuba..hehhehe....Tapi tak salahkan.....baru la kita tau rasa sebenar...kann...? hehhehe

Sebenarnya, sebelum p Paris ni saya dah google kat internet kot-kot ada mana-mana tempat yang offer short course untuk buat macaron ni. Memang ada....kat hotel The Ritz di Paris. Nyebut nama pun dah takut sebab ni hotel 5 bintang. Pastry chef dia yang ajar. Rega kelas untuk buat sejenis macaron jerr - 98 euro (RM420). Terkebil-kebil gak tengok rega kelas tu...tapi masa tu saya kata lantaklah...aku nak gak...Korek tabung pun korek lah...Bukan senang nak belajar direct ngan dia orang ni. Tapi punya la frust bila p sana dia kata kelas dah full. Kelas terdekat 3 hari selepas tu. Masa tu tak bleh tunggu lerr sebab kami dah book flight ke Italy esoknya....alaaaaaaa.....

Tak pa lah...bagi mengubatkan hati yang lara..., saya beli 2 buku resepi macaron ni.  Saya dah blajar sebelum ni, tapi rasa macam macaron Malaysia lerrr...Memandangkan saya dah rasa macaron yang sebenar, saya akan cuba buat dan buat dan buat sampai boleh dapat rasa macam Laduree punya. Tak dapat 100 peratus, 70 peratus sama pun ok lah kan...? hehhehe...insyallah saya akan buat sampai boleh....YAKIN BOLEH....hehehheh

Apr 25, 2011

SALAM SEMUAAAAAA......

Salam dan aloooo untuk semuaaaa yang dirinduiii...(hehheheheh over nihh)....lamanya tak berblog. Saya berhambah SEHAT...harap u all semua pun sihat sejahtera.

Just nak maklumkan kelas ujung minggu ni - Sabtu, 30 April 2011 - akan diadakan seperti mana yang dijadualkan....

Tarikh:  SABTU, 30 APRIL 2011

Masa: 11 pagi - 4 petang


Yuran:. RM180 seorang
Deposit: RM80

 Jenis Kelas: Demo

Kelas: 4 jenis kek popular - RED VELVET, RUSSIAN BLACK N WHITE, SNOWY PEACH CUSTARD CREAM CAKE N TIRAMISU

Kepada sesiapa yang dah sms saya nak joint kelas atau dah masukkan deposit, sorry banyak-banyak saya tak dapat nak balas sms tu sebab phone saya problem sket....Insyallah saya akan settlekan hari ni dan saya akan balas semua sms tu.....AMPUN DAN MAAF DIPINTA......

Ok, sekian dulu penguman sehingga hari ni, nanti malam-malam sket saya kita berblog lagi.

SATU LAGI PENGUMUMAN PENTING....- Ada sorang customer yang order cupcake dari saya sebelum saya bercuti hari tu....MINTAK TOLONG HUBUNGI SAYA SEGERA... Saya tak ingat nama dan saya tak tau letak mana no phone.

Sekian, terima kasih...
Saya yang alpa....