Asskm dan alooo untuk semua... Saya sepatutnya berehat jap dalam dua tiga hari ni sebelum berhempas pulas buat kelas kat tempat adik saya di Sungai Petani (cuitcutecakes.blogspot.com) pada 29 dan 30 neh. Tapi hari ni saya dengan suka dan rela sanggup mengenepikan jap masa rehat saya untuk berDIY ngan Lea Oven...tokey kek n macaron tersohor tu.
Sebabnya saya sangat terhutang budi ngan Lea ni. Dia adalah antara orang terawal yang memberi kepercayaan pada saya masa saya mula-mula offer kelas DIY ni hujung thn 2009. Banyak gak kek yang Lea blajar masa tu. Kalau tak silap saya 2 hari dia berkampung di bakery saya. Antara kek yang Lea blajar ialah Italian Rainbow.
Pas selesai kelas, Lea balik n post semua gambar-gambar kek yang dia blajar ngan saya kat FB. Saya ingat lagi, masa tu saya ni baru berjinak ngan FB. Rasanya friends pun ada la sekerat dua. Kawan-kawan pun dari kalangan kawan-kawan sekolah, kawan masa blajar kat USM dulu n kawan-kawan reporter masa saya keja ngan Utusan Malaysia .
Tak aktif berFB pun masa tu. Tapi pas Lea post gambar-gambar kek yang dia blajar ngan saya tu terutamanya kek Italian Rainbow, sambutan yang diterima sangatlah mengejutkan saya. Pastu yang paling saya terhutang budi, Lea siap bagi recomend kat sesapa yang nak blajar kek continental supaya datang blajar ngan saya. Lea masa tu dah ada lebih 1000 friend list dia...so tu merupakan antara titik tolak penting kepada perkembangan kerjaya saya dalam penganjuran kelas DIY kek continental.
Makin banyak permintaan untuk kelas DIY terutamanya untuk blajar kek Italian Rainbow. Sampai sekarang dengan pengenalan kek-kek baru, Alhamdulillah syukur, kelas saya terpaksa dibook sekurang-kurang 3 bulan lebih awal. Saya sangat-sangat terhutang budi ngan Lea. Selain tu saya gak tak lupa ngan student-student lain selepas tu yang memberikan feedback positive dari mulut ke mulut mengenai class saya kat orang lain. Tq sangat-sangat atas sumbangan anda semua. Alhamdulillah. Saya doakan rezeki anda juga murah dan melimpah ruah.
So, atas faktor ni lah maka saya sangat tidak keberatan bila Lea call nak kelas DIY ngan saya wpun dia tak booking dari awal. Apa lah sangat masa rehat saya ni berbanding budi Lea kat saya kann...?
Hari ni Lea blajar Pavlova - dessert yang mula mendapat perhatian ramai pas saya post kat FB hari tu. Selain Pavlova, Lea gak blajar Carrot Walnut With Cream Cheese, Red Velvet dan Tiramisu. Semua kek ni Lea tau dan dah penah buat. Tapi dia direcomend oleh student-student lain yang dah blajar kek-kek ni ngan saya. Recomend yang positive. Alhamdulillah...Murah lah rezeki orang yang recomend tu...ameeennnn...
Ni gambar-gambar sekitar class hari ni. Cepat Lea buat keja - kami start kul 10.30, siap semua ambik gambar kul 2 petang. Lunch break 1/2 jam. Kira tak sampai 4 jam...fuhh...syabbbasssss Lea
|
Lea kata dia nak buat untuk raya aji neh....sapa nak order bleh call Lea 012 283 9337 |
|
Red Velvet |
|
Carrot Walnut With Cream Cheese |
|
Tiramisu |
|
Lea ngan semua hasil yang dia siapkan dalam masa tak sampai 4 jam...terror, terrorrrr |
|
Ni plak macaron Lea yang tersohor tu....dia hadiah kat saya.. tqvm Lea...best, best...patutlah orang gila....hhehhehe |
|
|
Untuk Lea...TERIMA KASIH TAK TERHINGGAAAAA atas apa yang u dah buat...Saya doakan u happy n rezeki u bertambah dan melimpah ruah....ameeeennn...
Untuk student-student lain yang juga sentiasa menyokong saya dan merekomenkan class saya kat orang lain, jasa anda juga saya tak lupa sampai bila-bila...(tapi errrrrrrrrrrr...cumanya...tak bleh la nak kelas DIY awalll....ahaksssssssssssssssss...ya ampunnnnnnnnnnn...lariiiiiiiiiiiiiiii)