Jun 29, 2014

CERITA CHOCOLATE SANA CHOCOLATE SINI dan JANGAN DERHAKA CAKAP SUAMI...

Asskum semua....

Ni lah yang menghuru harakan saya sejak dua menjak ni....hehehe - Triple Dark Chocolate Chips. Saya mulakan projek chocolate chips ni akhir bulan April. Hasil cabaran suami saya.

Dia kata: `` U create macam-macam jenis resepi. U buat kelas. U ramai student. U tak boleh ker create satu resepi yang u bleh buat production secara besar-besaran.
``I tak mintak banyak..i mintak sattttuuuu jerrrr,''

Saya tergamam dan rasa tercabar. Saya kata : ``ada. Chocolate Chips.Tapi i tak confident nak buat secara besar-besaran. Sebab ramai dah yang buat. Nak ker orang beli Chocolate Chips i. Tokey-tokey biskut ramai kat luaq tu. Depa dah bertahun-tahun buat,''

Satu jawapan suami saya yang menyebabkan saya nekad nak buat juga projek ni: ``okeh, kenapa tokey-tokey tu buat chocolate chips..? Kenapa satu dunia orang buat chocolate chips...? Sebab ada market... sebab tu orang buat,''

Dengan cabaran-cabaran itu dan juga DUA cabaran lain yang saya tak nak cerita kat sini (biarlah rahsia..hehhe) maka saya BUAT GERAM..hahhaha. Buat geram start projek ni. Tapi jauh di sudut hati saya  (wapun saya dah buat geram), saya masih simpan rasa tak yakin yang produk saya bleh pergi jauh.

Bila ada rasa mcam tu, saya jerit dalam hati ``ZALINAAAA...kalau hang tak yakin ngan produk hang sendiri, mcam mana hang nak yakinkan orang!,''  Pastu saya rasa lega sket dan start kayuh perlahan-lahan.

Ini pengalaman pertama saya buat projek biskut secara besar-besaran. Sebelum ni saya buat sket-sket ala-ala manja. Kali ni projek saya melibatkan pembelian lebih 600kg ANCHOR BUTTER!!! ha..ambik KO! Bagi orang baru setahun jagung mcam saya, 600kg butter tu memang terlalu banyak!!!

Maka bermula la episode saya buat plan itu, plan ini untuk projek ni. Cabaran tak yah cakap laa kan... Macam-mcam. Saya masih sangat-sangat baru dalam production biskut secara besar-besaran, wapun dalam dunia baking saya dah masuk tahun yang ke 8.

Cabaran paling getir ialah untuk dapatkan pekerja. Fuhhh..kecut perut saya. Saya hanya bergantung pada dua orang pekerja sambilan. Ana - pekerja dari Thailand. Dia keja kat kedai satay belakang kedai saya. Ana cuma nak keja pagi kul 9 sampai 3.

Shift petang plak - Mai - Indon yang keja kat kedai makan kawan saya. Mai nak keja shift malam - 4 sampai 10 malam.***

Untuk bulan-bulan pertama saya hanya bergantung pada dua pekerja ni. Fuhhhh...suspend gila.  Lebih suspend sebab husband saya sendiri terlibat dengan projek ni. Sebelum ni saya buat suka-suka hati saja dengan biz saya. Kali ni husband sudah masukkk....hhehehhehe....So tak bleh main-main suka-suka buat, tak suka tinggall.. (perangan buruk saya).

Perkara pertama yang paling kecut ialah target sales untuk raya. Untuk rasa selamat, saya dengan rasa serba salah bagi tau husband target saya 100 carton (2400 bekas). Bagi saya tu dah cukup banyak. Target dibuat selepas saya buat andaian sapa yang akan beli chocolate chips saya tu. Target tu juga saya buat berdasarkan perkiraan bahawa saya adalah PEMAIN BARU dalam bidang kuih raya neh.

Husband membantah keras. Dia nak saya target lebih. Dia bagi angka yang menyebabkan saya terkebil-kebil dan kata dalam hati ``hilang akai ka hapa dia neh... sapa nak beli sampai banyak tu!!!,''

Dalam keterpaksaan dan rasa takut-takut maka saya pun upkan lah persiapan saya ke arah target yang husband tetapkan tu. Tapiiii dalam diam-diam.(hehhehe) saya cuma buat persiapan 1/2 daripada apa yang husband saya target..hehhehe. Saya still takut..hehhehe...

Sebab saya tak dengar cakap suami (hehhehe..ampunnn), saya telah menerima `hukuman' setimpal. Saya target jual 100 carton untuk raya. Blom pun start puasa, saya dah jual 120 ctn. Dan order terus masuk dari agen-agen...padan muka saya sebab degil cakap suami..hehhe

Alhamdulillah..sambutan terhadap Triple Dark Chocolate Chips saya sangat-sangatlah di luar jangkaan. Saya menggunakan sistem agen. Agen saya yang paling aktif - Faridah dan suaminya Taufek di Bangi. Hampir setiap minggu akan order paling kurang 2 carton. Agen-agen lain insyallah akan aktif tak lama lagi. Insyallah.

Paling menggembirakan saya ramai yang saya tak kenal call bagi tau yang dia orang penah rasa chocolate chips saya dari kawan kepada kawan kepada kawan. Sekarang dia orang sendiri nak jadi agen.

5 customers datang terus ke bakery saya beli 2 hingga 3 carton selepas rasa sampel yang kawan dia orang bagi. Alhamdulillah.

``Sekali rasa, kami tau Chocolate Chips ni guna barang berkualiti,''
``Rasa lagi sedap dari Chocolate Chips Famous Amos,''
``Akak...mati lah saya macam ni...anak saya makan chocolate chips akak sekali hadap jerr satu bekas. Pastu habis nak lagi,''

Ni antara komen-komen yang membuatkan penat lelah saya hilang. Terus hilang. Rasa berbaloi.

 Alhamdulillah syukur saya atas sambutan di luar dugaan ni. Saya sangat-sangat mempertaruhkan kualiti dalam resepi saya ni. Saya guna butter Anchor sepenuhnya, Chocolate Powder dan Chocolate Chips import.

Saya nak bawak Chocolate Chips ni `pergi jauh'. Insyallah jika diizinkan Allah, projek yang lebih besar menanti kami selepas raya ni. Triple Dark Chocolate Chips saya bukan sahaja akan dihasilkan masa musim perayaan, tapi juga bila-bila masa.

CHOCOLATE SANA CHOCOLATE sini akan berada di sana-sini selepas ni. Kami perlukan doa anda semua sebab perjalanan kami masih terlalu jauh. Tapi saya dah sangat bersyukur sebab digerakkan hati untuk menyahut cabaran suami untuk membuat langkah pertama. Klu kita tak melangkah, kita tak tau kemampuan kita. Betulkan.

Sekali lagi, doakan kejayaan kami untuk terus melangkah jauh.

Kepada yang berminat untuk jadi agen, boleh call/sms/whatsap saya 019 282 0053 untuk maklumat lanjut.

Tarikh akhir untuk order ialah 6 Julai 2014 (ahad).

*** Alhamdulillah, sekarang masalah pekerja bukan kritikal lagi. Bermula bulan puasa ni saya ada 6 pekerja yang bagi saya adalah rezeki dari Allah untuk memudahkan perjalanan saya. Bila diberikanNya kemudahan secara `tiba-tiba' ni saya selalu lihat balik apa yang saya dah `mudahkan' hidup orang sebelum ni. Sayar rasa saya temui jawapan. Terima kasih atas doa anda - anak-anak murid saya. Sayang anda semua.

Jun 28, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan 2014

Asskum semuaa.....lamanya tak jengah kat sini. Keharubiruan yang melampau. Tapi kannnn bukan keharubiruan yang melampau. Sebenaqnya tak pandai manage time...hehhee...

Okeh, apa apa pun, sebelum saya melalut panjang, saya nak ucapkan dulu Selamat Menyambut Ramadhan pada semua yang tak jemu-jemu follow blog saya. Saya mintak ampun dan maaf jika ada tulisan-tulisan saya yang menyingung perasaan anda.

Semoga puasa tahun ni mampu menambah nilai hidup kita dan menjadikan kita insan yang bernilai di di sisi Allah.


Chocolate Sana Chocolate Sini
Labiu
Zalina

Jun 21, 2014

Kelas Bangkit hari ni ditunda pas raya

Asskum semua...
Harap maklum, Kelas Kuih Bangkit yang sepatutnya di adakan hari ni terpaksa ditunda ke tarikh lain selepas raya. Cikgu yang mengajar ada hal lain yang tak dapat dielakkan.

Kepada yang dah membayar deposit, sila sms nombor accout, nama, date pembayaran dan jumlah pembayaran ke nombor 019 282 0053 untuk tujuan refund.

Segala kesulitan amat dikesali.

Zalina

Jun 16, 2014

KELAS KUIH BANGKIT TRADISIONAL - SABTU 21 JUN 10 PAGI RM200 DEPOSIT RM100

 




 

 

 

Asskum semuaaa... ada sapa yang berminat nak blajaq buat kuih tradisional turun temurun warisan tradisi sepanjang zaman ? (haaa..tudddiaaa...hehhehe) .
Nama kuih tu - KUIH BANGKIT

Selalu orang kata susah nak buat kuih ni kan. Banyak pantang larang. Susah kalau nak ikut sukatan. Kena ada instinct sendiri adunan ok ka dak...kena tau sendiri adunan lembut ka keraih..semua kena ikut gerak hati...

Hmmm..payah la klu mcam tu kan. Tak pa, Azura Aris dah p menunut ngan sorang makcik yang memang buat berniaga kuih di sejak zaman berzaman. Bukan senang. Jenuh gak la pujuk untuk dapat ilmu.

Alhamdulillah, pas buat berkali-kali, Azura dah tau mcam mana nak layan `meroyan' kuih bangkit neh. Dan lagi best..memang ada sukatan dan timbangan tepat. Bukan main ikut lembut atau ikut sesedap rasa.
Sapa berminat untuk mewarisi resepi tradisi ni, jom join kelas ni kat tempat saya.
Ni detailsnya:

KELAS: Kuih Bangkit Tradisi
Bangkit Santan, Bangkit Kerisik, Bangkit Cheese, Bangkit Gula Merah
Tarikh: Sabtu, 21/6/14
Masa: 10 pagi - 4 petang
Tempat: Bzee Bakery, No 23, Ground Floor Magistrate Square, Seremban 2.
Jenis kelas: Demo
Pengajar: Azura Aris

Yuran: RM200
Deposit: RM100


Cara mendaftar:
1. Bank in deposit RM100 ke account Maybank Bzee Cafe & Bakery - 5051 76100 195
2. Pas bank in, sms ke nombor 019 282 0053 - nama, jumlah bnk in, date class dan class
Contoh: Zalina, RM100, bangkit, 21 jun
3. Apa yang perlu dibawak ke kelas: Pen dan baki yuran
4. Yang tak boleh dibawa: Peneman, sedara, jiran dan tukang tulih resepi. Hanya yang bayar yuran dibenarkan masuk kelas
5. Tarikh tutup pembayaran deposit : KHAMIS, 19 Jun. Kelas akan dibatalkan jika kurang 10 pelajar.
Chocolate Sana, Chocolate Sini
Labiu
Zalina

PERHATIAN
KELAS akan dibatalkan jika kurang 10 peserta. Tarikh last bnk in deposit - Khamis 19 Jun
Mereka yang confim hadir:
1.Melissa Melissa Goh
2. Kak Nurul Klang
3. Kak Nora Lavender
4. Kak Morniwati 

5. Nissa 
6. Kak Yati
7. Aini
 

Jun 13, 2014

KELAS NASI DAGING ESOK SABTU, 14 JUN DIBATALKAN

Asskum semuaaa...

Harap maklum, kelas Nasi Daging esok, SABTU, 14 JUN terpaksa dibatalkan sebab kekurangan perserta.

Kepada yang dah bayar deposit, sila sms ke nombor 019 282 0053 - nombor account, bank, nama, jumlah bank in dan tarikh bank in untuk tujuan refund.

Zalina

Jun 1, 2014

Kelas Nasi Daging Ngan Chef Amer - Sabtu 14 Jun RM350, Deposit RM150

DAFTAR SEGERA. LAST BAYAR DEPOSIT KHAMIS 12 JUN. KURANG 10 PESERTA, CLASS AKAN DIBATALKAN


 
ASSKUM semuaa....
Penah makan nasik daging dak...? Antara makanan favourite orang-orang utara neh. Fuuuuhhh....terangkatttt... Paling penting kena blajaq ialah mcam mana nak buat `ayaq asam' (sambai tomato) yang kick!

Dan sudah pasti lah mcam mana nak buat nasik daging yang lembut dan sedap.
Sapa berminat jom join kelas Chef Amer kat tempat saya Sabtu, 14 Jun neh. Selain nasik daging n `ayaq asam' power ni, Chef Amer juga akan tunjukkan mcam mana nak buat Ayam Tandoori yang juicy, Sup Tulang Power dan salad buah-buahan.


Dannnn...sapa yang penah masuk kelas chef Amer, mesti tau perangai Chef Amer yang suka tetiba bagi macam-macam lagi resepi free...
Soooo, sapa yang free 14 Jun tu atau ada cita-cita nak juai nasik daging masa bulan posa kat pasar Ramadhan, jom join kelas ni...

Ni detailsnya:
Kelas: Nasi Daging dan Ayam Tandoori
Jenis kelas: Demo dan Rewang
Tarikh: Sabtu, 14 Jun 2014
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Bzee Cafe & Bakery, No 23, Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban

Pengajar: Chef Amer
Yuran: RM350
Deposit: RM150

Cara mendaftar:
1. Bank in deposit RM150 ke account Maybank Bzee Cafe & Bakery -
5051 76100 195

2. Pas bank in, sms nama penuh, jumlah bayaran dan nama kelas ke phone saya -019 282 0053
Contoh: Zalina, RM150, Nasi Daging 14 Jun
3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan masa kelas. Tanpa bukti pembayaran anda dianggap belum bayaq lagiii
Apa yang perlu dibawa masa kelas:
1. Baki yuran dan pen. Barang lain tak yah. Semua chef siapkan.
2. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman,kawan, anak/sedara yang nak tolong tulis resepi dan yang sewaktu dengannya. Hanya yang bayar yuran saja dibenarkan masuk kelas.
Tarikh akhir bayar deposit - KHAMIS, 12 JUN. KURANG 10 PESERTA,CLASS AKAN DIBATALKAN
CSCS - Chocolate Sana, Chocolate Sini
Labiu
Zalina


CONFIRM HADIR
1. KAK YATI
2. MELISSA GOH
3. AQILA