Jul 21, 2016

KELAS DECO CHOCOLATE CAKE- LILI JAMALUDIN- AHAD - 25 SEPT 2016


Okeh.. ni plak khas untuk yang minat deco Kek Coklat. Kalau minat dua2 pun apa salahnyaa...kann?

Ni asas deco. Kalau customer mintak deco cake guna buttercream, buat yang BC ngan Fondant tu...kalau customer mintak kek coklat..hah..dah tau buat. Kan senang tuuu

(...dan saya rasa kalau nak serius mendeco cake..kena tau dua-dua ni..kan? tapi tak pa...pilihan di tangan anda. Tiada paksaan dalam bercinta...gittewwww..kann?

Okeh, ni juga satu lagi modul terbaik Lili Jamaluddin. Belajar daripada dia untuk dapatkan semua tips penting menghasilkan kek chocolate yang kemas dan bersih deco ni.

Kelas Deco Chocolate Cake
Bila: Ahad 25 September (BULAN 9) 2016
Masa: 10 pagi - 5 petang (sila hadir tepat pada masa yang ditetapkan. Kelas tidak akan diulang jika anda lewat)
Tempat: Bzee Cafe & Bakery, Seremban 2. Saya akan share location bila anda dah confirm deposit nanti

Pengajar: Lili Jamaluddin (sila tengok wall dia untuk anda mengagumi hasil kek2 yang kemas dan bersih)

Kelas ni sesuai untuk sapa: Sapa-sapa saja walaupun tak dak basic. Lili Jamaluddin kata dia akan ajar dari mula menggunakan teknik asas yang mudah dan senang.

Apa yang nak kena bawak masa kelas: Sila click kat gambar untuk senarai peralatan yang anda kena bawak. Kalau tak sure apa benda tu, sila google untuk tengok gambar. Kalau tak dak kena beli. Jangan datang dengan tangan kosong.

Apa yang anda akan belajar dalam kelas yang best ni
1. Basic deco dari mula hingga habis. Tips penting melepa coklat ganache supaya kemas dan bersih
2. Bagaimana nak buat teknik mirror glaze
3. Menyediakan kepingan2 coklat untuk hiasan
4. Membentuk bunga ros dari chocolate
5. HARAP MAKLUM...ni adalah kelas deco. So tidak ada sebarang demo membuat kek atau membuat ganache ditunjukkan.

Tetapiii anda akan diberikan resepi dan step by step:
. American Chocolate Cake
. Chocolate Ganache
6. Lili Jamaluddin juga akan share semua tips penting dari segi costing/berapa nak letak harga/cara nak bawak ke customer/cara nak simpan supaya tahan lama dan macam-macam tips berharga lain.
7. Makan tengahari akan disediakan
8. Kotak dan cake board juga akan diberikan pada anda

Yuran: RM350
Deposit: RM100

Berbaloi tak...? terserah...tepuk dada tanya akal. Jika anda rasa semua ilmu dan tips ni berbaloi dan penting untuk menjadikan anda seorang yang pandai deco cake yang cantik, kemas dan bersih mcam yang Lili Jamaluddinbuat, jom daftar segera.

Cara daftar:
1. Bank in RM100 ke acct Maybank Bzee Cafe & Bakery 5051 76100 195
2. Pas bank in wasap bukti pembayaran ke nombor saya 019 282 0053

Sila nyatakan mcam ni (ni contoh) : Zalina, RM100 deco kek coklat 24 september

3. Deposit tidak akan dipulangkan jika anda gagal menghadirkan diri. Sila cari pengganti jika tak boleh datang
4. Tempat terhad kepada 15 pelajar sahaja. Tiada tarikh akhir bayar deposit. Cukup 15 pelajar, saya tutup penyertaan. SO, jangan tunggu saat akhir. Daftar segera.

Nota Kaki:
Hanya yang dah bayar deposit dan dah wasap saya bukti pembayaran dikira confirm

Yang taip kat comment...kak..kakkk..akkkaaaa..saya nak..saya nak. Nanti petang pas saya balik kenduri saya bank in kat akak. Akak chupkan tempat untuk saya naaa...

ni saya anggap tak achi..saya akan buat-buat tak nampak...hehhe

Okeh.. tu jer..harap-harap saya dah sampaikan semua mesej.

Labiu
Zalina

KELAS DECO CAKE- BUTTERCREAM & FONDANT- LILI JAMALUDIN- SABTU/ 24 SEPT 2016


Salam semua...seperti mana yang dijanjikan, ni saya bagi maklumat terperinci mengenai kelas deco cake yang melatops oleh Lili Jamaluddin di tempat saya.

(harap adik-adik baca sampai habis..sampai Labiu Zalina ...hehhe)

Kelas Deco Cake Menggabungkan Penggunaan Buttercream dan Fondant

Bila: SABTU 24 SEPTEMBER (bulan 9) 2016
Masa: 10 pagi - 5 petang (sila hadir tepat pada masa. Kelas tidak akan diulang jika anda lewat)
Tempat: Bzee Cafe & Bakery, Seremban 2, Seremban. Nanti dah bayar deposit dan cfrm nak datang, saya akan share location.

Pengajar:Lili Jamaluddin (anda boleh tengok wall dia untuk mengagumi hasil2 kek dia yang sangat kemas dan bersih)

Kelas ni sesuai untuk sapa: Untuk sapa-sapa saja walaupun tak dak basic. Sebab Lili Jamaluddin akan ajar teknik asas yang sangat mudah untuk mendeco kek bagi jadi cantik, kemas dan bersih.

Apa nak kena bawak: Sila click kat gambar. Semua list yang nak kena bawak ada kat situ. Bagi yang baru tak tau apa dia... harap dapat google tengok gambar alat-alat yang disebutkan tu.

Kalau tak dak, anda kena beli.

Apa yang anda akan belajar dalam kelas yang best ni:
1. Basic deco daripada awal habis. Tips mcm mana nak dapatkan sapuan cream yang licin akan diterangkan dengan terperinci.
2. Tips macam mana nak menggabungkan fondant dan buttercream dalam hiasan kek anda supaya dapat hasil yang kemas dan bersih.
3. Membuat figurine menggunakan FONDANT saja...tak perlu susah-susah guna gumpaste.
3. Cara menggunakan beberapa jenis alphabet cutter
4. Costing/cara letak harga/cara penyimpanan/dan macam2 tips lain akan dikongsi Lili Jamaluddin.
5. Sila ambik perhatian: Kelas ni TIDAK AKAN melibatkan sebarang demo baking atau cara buat cream. TETAPI ANDA AKAN DIBERIKAN:
Resepi vanila sponge cake
Resepi buttercream (butter cream yang digunakan Lili Jamaluddin untuk buat bunga)
Resepi Fondant
6. Makan tengahari akan disediakan
7. Kotak dan cake board juga akan disediakan

Yuran: RM420

Deposit: RM200

Kalau anda rasa semua ni berbaloi untuk memberikan anda ilmu mendeco yang kemas, cantik dan bersih macam yang Lili Jamaluddin hasilkan ni, jom daftar.TEMPAT AMAT TERHAD.

Cara mendaftar:
1. Bank in deposit RM200 ke account Maybank Bzee Cafe dan Bakery 5051 76100 195
2. Selepas bank in wasap bukti pembayaran ke nombor saya ni 019 282 0053 - nombor wasap dan nombor phone sama yea

Sila nyatakan mcm ni: Zalina, RM200, Deco BC & Fondant 24 September (ni contoh..contoh.

Sila tukar nama zalina kepada nama anda yang sebenar...hehehhe (saya terpaksa sebut benda ni sebab ada yang tiru sejibik2. Bila saya kata..eh..nama kita sama. kebetulan pulak yea..? .baru dia melatah..eh..tak kak..nama saya Hayati...saya ikut jer contoh akak...gittewwww....hehhehe)

3. Deposit tidak akan dipulangkan jika anda gagal menghadirkan diri. Anda harus mencari penganti jika tidak dapat hadir.

4. Tempat terhad kepada 15 orang sahaja. Tiada tarikh akhir bayar deposit. Cukup 15 orang saya tutup. So, jangan lepaskan peluang keemasan ni. Ayuh daftar segera.

Nota kaki:

1. Hanya yang dah bayar deposit dan dah wasap saya bukti pembayaran dikira confirm.

Yang taip kat comment...Kak..saya nak...saya nak...saya nakkkkkkkkkk...esok pas open house saya bank in yea kak... ini saya anggap TAK ACHI. Saya akan buat-buat tak nampak...

Okeh, itu saja. Saya harap tak saya tak tinggal apa-apa maklumat lagi.

Labiu
Zalina

Jul 20, 2016

Kelas Roti Bakar Bandung dan FREE class Sandwich untuk catering- AHAD 24 JULY





Salam semua...

Harap maklum...kelas Roti Bakar Bandung dan FREE kelas assorted sandwich pada Ahad 24 Julai ni dah penuh.

Tapi jangan gusar dan gundah gulana sebab kita akan repeat skali lagi pada:


AHAD 31 JULAI 2016

Lain2 syarat sama. Tapi tak pa lah..saya ulang sekali lagi naaa..

Masa: 10 pagi - 3 ptg
Tempat Bzee Bakery Seremban 2, N.S

Pengajar Aiza Cookies
Jenis class: spara hands on

Yuran RM250
Deposit RM100
Bnk in ke acct maybank bzee cafe & bakery 5051 76100 195
Pas bnk in wasap bukti pembayaran ke 019 282 0053

Labiu
Zalina


Kelas Roti Bakar Bandung & FREE class sandwich AHAD 24 Julai Rm250

Salam semua... ada yg berminat nak belajaq buat ROTI BAKAR BANDUNG resepi ori pakar roti dari Indonesia - Pak Agus?


Jom join kelas anak murid Pak Agus - Aiza Cookies di tempat saya Ahad 24 Julai ni.

Bonus Hari Raya: FREE CLASS (Demo dan resepi) sandwich dengan 3 jenis filling. Normal price ni rm150 perclass. Kali ni Free saja.

Apa yg anda akan belajar:
1. Hands on buat sandwich loaf yg tebal tu
2. Salinan Resepi ori Pak Agus
3. Resepi 8 jenis filling roti bakar bandung. Akan demo 5 jenis.
4. Cara buat premix sandwich loaf
5. Cara simpan loaf supaya tahan lama
6. Costing/packaging dan brapa nak jual.

Class FREE sandwich
1. Demo cara buat 3 jenis filling (tuna/egg mayo/ beef/chicken) yg melatops dan paling dapat permintaan dari customers.
2. Cara utk pastikan sandwich tahan lama dan fresh
3. Cara packaging supaya tahan lama
4. Costing dan brapa kena jual

Dan macam2 tips lain.

Sangat sesuai bagi anda yg nak cari side income buat sandwich untuk catering. Sandwich ni comfort food yg orang order sepanjang masa.

Okeh..pada yg berminat ni details

Kelas Roti Bakar Bandung dan FREE class Sandwich untuk catering
Tarikh: Ahad 24 Julai
Masa: 10 pagi - 3ptg
Tempat: Bzee Cafe &Bakery seremban 2
Jenis class: Demo dan separa hands on

Pengajar: Aiza Cookies

Yuran: RM250
Deposit : RM100

Cara mendaftar:
1. Bank in deposit rm100 ke acct maybank bzee cafe & bakery 5051 76100 195
2. Pas bnk in mesej/wasap ke nombo saya zalina 019 282 0053
Bagi details contoh zalina rm100 roti bakar 24 julai
3. Sila hadir tepat pada masa yg ditetapkan. Kelas tidak akan diulang jika anda lewat.
4. Class akan dibatalkan jika kurang 8 peserta
5. Last date utk cfrm kehadiran ialah pada Jumaat 22 Julai.

Labiu
Zalina