Dec 27, 2015

KELAS Chicken Manggo dengan 2 sos berhantu - SABTU 30 JAN 2016/ 10 PG - 4 PTG



Salam semua... okeh, bagi yang tertunggu-tunggu kelas ibu duit yang tengah meletop-letop sekarang ni jangan lepas peluang belajar direct dari Dee.

Ni resepi ibu duit. Senang buat, Senang jual. Nanges tengok Dee dok menayang kat FB hari-hari. Telan ayaq lioq saja lah sebelum ni. Tapi la ni bleh belajar terus rahsia ibu sos.

Dee akan tunjukkan cara buat manggo chicken dan 2 sos ibu duit.Costing, cara packaging, penentuan harga dan cara penyimpanan.

Jangan lepaskan peluang jadi antara yang terawal belajar buat Mango Chicken ni. Pas belajar boleh terus pulun jual. Jual kat pasar malam panas-panas sure best ni....fuhhh cfrm orang beratoq panjang!

Tak pun, bukak order hantaq kat opis-opis masa lunch...fuhhhh. Takut tak menang tangan jer nanti. Mango Chicken ni ratah makan saja pun dah nanges. Tak yah nasik. Sesuai untuk yang diet Atkins ala-ala manja....ahhahah.

Okeh, ni detailsnya ya:

Kelas: Chicken Manggo dengan 2 sos berhantu:
1. Chicken Mango Sauce
2. Thai Sauce

Free Demo Siakap with Mango Sauce & Siakap with Thai Sauce

Tarikh: 30 Januari 2016 Sabtu
Masa: 10 pagi - 4 petang
Tempat: Bzee Cafe & Bzee Bakery, No 23, Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban.
Pengajar: Dee Cooking Class

Yuran: RM250
Deposit: RM100
Tarikh last cfrm kehadiran dan bayar deposit: Rabu, 27 Januari
KELAS TERHAD KEPADA 25 ORANG SAHAJA.
Kelas akan dibatalkan sekiranya kurang dari 15 orang.

Cara mendaftar:
1. Bankn in deposit RM100 ke acct Maybank Bzee Cafe & Bakery,
5051 76100 195
2. Pas bnk in wasap bukti pembayaran ke 019 282 0053. Sila bagi details: COntoh: Zalina, RM100, Mango Chicken 30 Jan.
3. Hanya perlu bawak pen dan bukti pembayaran semasa datang kelas. Yang lain kami siapkan.
4. Psssttt.....jangan bagi tau kat comment: Kak, saya cfrm nak join, nanti saya bank in yea... bank in, terus wasap. Senang kan...?
Hanya yang dah hantar bukti pembayaran dikira cfrm.
5. Cepat bertindak, tempat terhad.

Labiu
Zalina

Dec 17, 2015

KELAS MILLE CREPE CAKE AHAD 20 DISEMBER 2015

Salam semua...bagi yang terlepas kelas Mille Crepe Cake saya, boleh join nxt class saya di:
1. Tempat saya Bzee Bakery, Seremban 2, Seremban** Ahad 20 Disember - 11 pagi - 2 ptg RM200
2. Citra Klasik, Kajang - RM250 - SELASA 22 Disember - 10 pagi - 2 ptg. Contact Kak Pau @ Ummul Amira
Saya akan demokan:
1. Nutella Mille Crepe Cake - produk kami yg paling laris & laku keras
2. Lemon Mille Crepe Cake
3. Rainbow Mille Crepe Cake
Resepi Free Gula Melaka Mille Crepe
Saya akan perturunkan semua tips2 penting buat crepe secara home base dan juga secara banyak untuk kedai
1. Cara buat crepe yg nipis n macamana nak melapis supaya crepe anda cantik tersusun kemas bila diporotong.
2. Cara penyimpanan crepe supaya tahan lama
3. Guide harga jualan n kos
4. Cara bagaimana nak create macam2 crepe lain 
Dannnn banyak lagi tips2 lain yg anda hanya boleh dapat dari saya sebab bakery kami buat crepe ni hari2...hehehe
Cara daftar:
1. Utk kelas di Citra Klasik Kajang contact terus penganjur
2. Untuk bzee bakery bank in deposit RM100 ke acct maybank Bzee Cafe & Bakery 5051 76100 195.
3. Pas bnk in wasap saya 019 282 0053 bukti pembayaran dan nama penuh.
4. Kelas akan dibatalkan jika kurang penyertaan minimum - 10 orang (di Bzee Bakery) 15 orang di Citra Klasik.
5. Hanya bawak pen dan balance yuran masa ke kelas.
Labiu
Zalina
**Bzee Bakery
No 23 ground floor
Magistrate square
Seremban 2
Seremban
Waktu operasi:
SETIAP HARI
9 pagi - 7 mlm
(Kecuali diberitahu tutup)
019 282 0053
Klu guna waze: waze kompleks mahkamah seremban 2. Depan kompleks mahkamah ada 2 block kedai.
Kedai saya belakang block kedai mamak Rahman Bistro.