Oct 31, 2009

KELAS ADVANCE HIAS CUPCAKE

Salam dan aloo untuk semua...Hari ni kelas advance hias cupcake. Kelas pertama saya buat lepas cuti sebelum puasa hari itu. Yang confirm datang dan dah bayar deposit 8 orang tapi yang datang 6 orang - Kak Zaini, Ain, Suria, Kazidah, Faezah n Liza. Semua student baru kecuali Ain. Mulanya, masing-masing malu-malu kucing. Dah masuk gear, riuh rendah...hias cupcake sambil layan lagu-lagu lama siaran radio Sinar....lawak betoi depa ni...
'
Kelas hari ni saya start dengan bagi penerangan mengenai cara nak buat dua jenis krim - buttercream dan fondant.  Fondant tu untuk buat bunga. Yang fondat tu saya tunjukkan cara nak buat. Tapi lepas tunjuk masing-masing start mengeluh sebab memikirkan nak kena beli mesin penguli besar sebab kalau mesin kat rumah memang tak bleh nak buat fondant ni sebab adunan gula, gelatin, liquid glukose memang agak keras untuk dibancuh guna mesin kat rumah.

So, penyelesaiannya saya suggestkan student beli fondant siap yang sekarang ni semakin banyak dijual di kedai-kedai ingredients. Tak pun, kalau nak senang lagi, beli jer bunga fondant yang siap....hehheheh...

Tapi kos bunga yang kita buat berbanding yang beli mesti la berbeza. JAUH sangat murah yang kita buat tu.
Untuk kelas hari ni, student-student menggunakan kreativiti masing-masing buat bunga guna flower cutter. Macam-macam colour ada.

Sementara tunggu bunga masing-masing kering, semua student buat latihan menconteng. Ni untuk buat garis-garis halus atas cupcake. Tapi sebelum tu masing-masing kena berlatih bungkus kajang putih dulu - buat piping beg dari kertas. Kalau guna plastik tak halus.



Faezah tengah pulun menconteng...                        ....lagi aksi-aksi pulun menconteng....(hehehe)


                                               

Lepas semua dah pas menconteng mulalah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Menyetim (stim laa...) butterccream dan mencurah atas cupcake. Masing-masing terpegun dengan hasil cupcake yang licin n berkilat....


                                        
Ni hasil kerja sapa tah....tak ingat. Licin kan...?(Errr...yang tak berapa licin tu, maafkan lah mereka. Mereka budak baru belajar....kan, kan, kan....)
Ni satu lagi....yang kat belakang tu, bunga-bunga yang dibuat student. Tengah tunggu bagi kering sat.

Lepas semua dah habis menyetim, maka masing-masing sibuklah menghias dengan bunga-bunga fondat yang dibuat sendiri dan menconteng mengikut kreativiti masing-masing. Asalnya saya bagi setiap student 16 biji setiap seorang. Tapi memandangkan ada lebih cupcake yang saya dah siapkan untuk student yang tak hadir, so, saya tambah lagi sembilan biji setiap seorang. So, jadi semua 25 biji. Elok-elok untuk masuk dalam bekas cupcake standard 25 lubang yang ada kat kedai saya. Maka hari ni terjual lah dengan banyaknya bekas cupcake saya tu....(hehehhe).





 Student-student ni masa 10 biji pertama hias cupcake tu memang nampak  berkobar-kobar. Mencurah-curah idea.... tapi lepas tu masing-masing dah kering idea. Mula la berjalan melawat kawan. Nak tiru idea la tu....hehhehe..Tak lah....lawak saja. Dia orang ni bersemangat waja nak hias ke semua 25 biji cupcake tu. Setiap satu dengan corak eksklusif tersendiri. Tengok gambar-gambar student berbanga dangan hasil masing-masing ni....


Faezah dengan penuh bangga tunjuk cupcake yang dia buat. Faezah kata sayang nak makan cupcake-cupcake yang dia buat tu. Dia nak balik n tengok saja...(siannnn kat suami n anak-anak Faezah ni....bleh tengok, tak bleh makan....nasib korang laaaa...hehehe)

                                                                    
Ni plak Liza. Kreatif n halus keja Liza ni. Liza kata pas ni dia akan sponsor cupcake kat semua cousin dia yang nak kawen.....cepat-cepat...sapa-sapa cousin Liza yang belum kawen, tempah siap-siap. Liza bagi freee.......(ehehhe sorry yea Liza)

Kak Zaini yang tekun. Tak cakap banyak tapi keja jalan.


                                                                      
Kazidah yang datang jauh dari KL ni pun sama. Tak cakap banyak (cuma nyanyi sket-sket lagu retro sambil buat keja...heheh). Hasil Kazidah pun halus dan kemas.


Ni Suria. Orang Sarawak, tapi dah 12 tahun dok Semenanjung ni. Cakap pun tak bunyik Sarawak lagi. Suria ni lawak n sempoi budaknya. Suka kata `i like.....' - i like u too la Suria....hehehheh


                                                            
Ni plak pelajar senior - Norain. Saya paling suka bunga daisy yang Ain buat. Cantik. Kawan-kawan lain jelez ngan bunga tu....

KEK KAHWIN CHERRY BLOSSOM....

Salam dan aloo untuk semua. Hari ni siapkan kek kahwin 3 tingkat untuk Yana. Kalau tak silap saya, Yana ni datang survey kek kat kedai sejak bulan Januari lagi. Masa tu dia kata dia tengah tengok-tengok n cari kek yang sesuai. Tapi akhirnya dia pilih saya....TQ Yanaaaa....

Yana nak kek chocolate moist tiga tingkat, colour maroon. Hiasan dia Yana nak bunga cherry blossom. So, ni lah hasilnya. Selamat Pengantin Baru Yana...
                    
Kek chocolate moist dihias dengan steamed buttercream


Selain tu, hari juga saya buatkan 100 cupcake vanila kosong untuk Rohana dari Salak Tinggi. Dia nak cupcake untuk isi dalam dalam gift pack birthday anak dia esok. Rohana dah ada packaging dia sendiri.



cupcake vanila

Semalam plak, saya siapkan dua kek Rosila untuk birthday daughter dia - Darmia. Masa Rosila datang kedai nak order kek tu dia kata nak kek untuk anak pompuan dia. Dia nak letak sugar image. So, saya ni pun keluarkanlah sugar image barbie n karektor kartun yang budak pompuan suka. Rosila kata Darmia ni lain sket. Dia suka kartun-kartun budak lelaki. Dia paling suka Ben 10. Lawak betoi Darmia ni. Satu lagi Rosila order cheese cake blueberry untuk makan dengan family.



Kek Ben 10 Darmia. Yang ni nak bawak ke tadika.




Baked blueberry cheesecake

Ni ada satu lagi gambar yang sepatutnya saya postkan lama dah. Cupcake tema pasukan bola Liverpool untuk husband saya sempena birthday dia 19 Oktober hari tu.Tapi masa tu, saya tertinggal memory card. So, save dalam camera jer. Jenuh cari kabel nak transfer gambar...ni baru jumpa. Niat hati nak hadiahkan  husband tiket team dia main kat stadium Anfield. Tapi tak mampu lagi.... Buat masa sekarang yang mampu hanyalah buat cupcake logo Liverpool saja. Ok la tu kan.....?hehhehehe



Saya buat cupcake perasa kiwi






Ni plak, lebihan cupcake. Saja-saja picit krim pastu hadiah kat adik kedai photostate sebelah kedai saya....

Oct 29, 2009

COKLAT UNTUK BUDAK CONVENT

Salam dan aloo untuk semua....

Semalam mini reunion saya dengan budak-budak Father Barre;s Convent Sungai Petani (1987). Tak ramai pun. Tujuh orang saja. Saya, Soh Fong, Annie, Azlinda, Neng, Liza. Kami saja nak makan-makan dengan sorang lagi geng kami - Emmaline. Dia ni pramugari kat Singapore Airline. Dah lama keja sana. Rasanya lepas SPM lagi - lebih 20 tahun. Dia ada kursus kat KL. So, kami ambik kesempatan jumpa Emma ni. Kami panggil dia Aci Kebaya. Pinggang 3 inci (hehehe). Tapi yang peliknya dia kaki makan. Tak tau ke mana makanan yang dia makan tu p. Semalam kat restoran nasik daun pisang di Nirvana, Bangsar, dia tambah nasik 2 kali. Pastu sambung makan coklat yang saya bawak untuk geng-geng Convent saya. Saya buat tema retro. Filling semua badam.



Tapi bagi saya semalam bukan sangat kepada acara makan tu, tapi lebih kepada kami lepak dan borak-borak cerita-cerita lama dan baru. Sebelum ni kami jumpa dalam group yang besar. Tak sempat borak macam semalam. Kadang-kadang terpikir gak, boleh ka budak-budak sekolah zaman-zaman sekarang ni pada masa-masa depan buat mcam kami buat. Saya bangga ngan Emma, Soh Fong n Lisa yang masih tak boleh buang loghat Kedah yang pekat tu. Emma terutamanya yang dah lebih 20 tahun dok Singapore, bekerja dan kahwin ngan orang sana. Tapi bila kami semua jumpa semula (tq kat Facebook...), kami mesra macam zaman sekolah dulu. N yang penting dia tak boleh buang loghat Kedah dia. Lawak betoi. Ada sorang lagi senior kami Christina Ho nama dia. Yang ni lagi loklaq bahasa Kedah dia. Dia duduk di Singapore gak, tapi semalam dia tak dapat joint. Ada hal.

Lebih touching lagi (tak tau mungkin saya sorang yang rasa), masa jumpa semalam, Azlinda bawak novel lusuh  Seorang Tua Di Kaki Gunung'. (ni novel wajib untuk subjek sastera masa Form 5 dulu). Saya tanya untuk apa. Dia kata Soh Fong n Emma nak baca. Bila kami start discuss pasai novel tu, Soh Fong dengan bahasa Kedah pekatnya kata: `` wei, hampa jangan la crita, aku nak baca balik...aku memang lama cari buku ni....''

Saya rasa budak-budak la susah nak jadi macam kami dulu. Berkawan tanpa kira bangsa dan agama. Kami boleh kongsi makan sama. Gadoh tetap gadoh, tapi pastu baik balik macam biasa. Tak tau la kat mana yang silapnya...sedih gak sebenarnya bila fikirkan benda-benda ni...

Sorry la terkeluar sedikit daripada landasan blog masakan. Tapi tu lah...sayang, ciri-ciri masyarakat majmuk kita dah semakin terhakis. Nampak cantik atas kertas saja.....Harap geng-geng huru hara kami ni akan terus kekal sampai bila-bila. Tq kat Annie (tukang karut..!Tak dak dia tak meriah) n Neng yang kalau ada majlis perjumpaan dia la yang akan jadi orang penting- kira macam ketua penanggah.



Oct 28, 2009

SUGAR IMAGE

Salam dan aloo untuk semua...

Ni saja nak tunjuk kot-kot ada yang berminat nak beli atau nak tempah cupcake yang ada sugar image. (Sugar image ni boleh makan yeaa- diperbuat daripada antaranya - glukos, tepung jagung dan pewarna makanan yang dibenarkan).

Nak gambar apa sahaja, semua boleh. Kalau nak gambar muka sendiri macam ni pun bleh. Tapi yang ni kena order 1 set la. Kalau size cupcake tu ada 24 pcs. Rega RM20. Kena order sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.



Tapi kalau nak gambar lain (yang bukan gambar sendiri) satu dua jer, saya kira sekeping (saiz cupcake shouffles 2.5 oz) 50 sen. Kalau nak jimat, tak yah la boh semua cupcake dengan logo-logo ni. Contohnya kalau u all nak order cupcake dengan saya - 1 set 25 biji RM55. Yang letak sugar image 5 jer. So xtra RM2.50 jer lah...Tapi kalau nak letak semua, lagi saya SUKAAAA.......hehehe

Ni antara contoh-contoh gambar sugar image untuk cupcake.






Gambar-gambar watak cartoon


Yang kat bawah ni plak logo-logo pasukan bola sepak. Kalau ada yang nak surprisekan suami ka, abang ka, boyfriend bleh oder cupcake yang ada logo-logo 4 pasukan bola sepak yang famous ni. Tapi make sure la u all tahu apa pasukan kegemaran orang yang disurprisekan tu...Jangan buat lawak ngan orang-orang yang fanatik ngan bola ni. Suami minat Manchester United, tapi u all boh logo Liverpool....Mau nangis dibuatnya dapat hadiah cupcake tu....hehhehe




CERITA BALIK KAMPUNG (PART 2)

Ok, ni cerita balik kampung part 2 plak...Jumaat tu bapak nak p ambik dokumen maid kat Penang. (Mak tiri saya orang Medan. Dia ni kira agen kami-kami yang nak maid kat sini. Dia cari orang-orang kampung yang nak keja. So, sebelum maid boleh masuk, majikan kat sini kena setllekan dokumen ngan imigresen kat sini dulu la, baru bleh wak masuk maid).

So, bila kami ni dengar saja bapak nak p Penang, apa lagi terbeliak la bijik mata terbayangkan nasik kandaq, laksa, rojak n aih kacang...(hehhehe). Kena plak kat Kedah ni Jumaat cuti, apa lagi...ikut laaa.....


Turun saja dari feri, air liur dah kecur...macam terbau-bau saja kari nasik kandaq...Ingat nak pekena nasik kandaq Line Clear. Tapi adik lelaki saya, Sharil rekomen satu tempat best - Kapitan. Dia kata kat sini famous ngan nasi beriani claypot. Dia kata gerenti tak menyesal la makan nasi beriani claypot ni. So, apa lagi, pusing-pusing la cari. Senang saja tempat ni. Kat area Little India. Kat ngan area jeti gak.



Setelah berhempas pulas cari parking, kami masuk kedai n teruih order nasik beriani claypot. Kami order kambing n ayam. Memang sedap. Saya paling suka nasi dia. Makan saja pun dah sedap. Tapi adik saya kata dah tak ori sangat. Dulu masa dia makan memang dia masak dalam claypot. Tapi la ni dia cuma ambik nasi n boh dalam bekas yang ala-ala claypot. Chehhh....tapi nasib baik rasa dia sedap gak. Tak tau la kot kalau betoi-betoi masak dalam claypot lagi terangkat.



Ni claypot beriani ayam                                                         Ni kambing

Saya sbenaqnya bukan excited sangat ngan nasik beriani ni. Saya lebih suka makan dia punya dessert. Cheese cake kecik-kecik ni.




Kat gambar kotak memang la nampak strawberry punya la melimpah ruah kannn...tapi hakikat dan realitinya ialah cuma `sapuan' filling strawberry saja...Pun begitu (cheewaah....bahasa klasik), rasa cheese cake tu memang la sedap dan yum-yum....serius. Memang sedap. Lepas strawberry, kami cuba blueberry plak. Memang best. Reganya saya lupa nak tanya. Rasanya dalam RM3 atau RM4 kot...biasala kan...cara mamak kira .....gedebuk, gedebak, gedebuk gedebak...RM48. (kalau saya suruh kira skali lagi mesti panik...) tapi rasanya berpatutan n boleh dikatakan  murah. Sebab kami makan 4 nasik beriani claypot, dua cheese cake, air lagi, n  anak sedara saya yang 2 orang tu makan aiskrim...kira murah la kann....?

So, berbalik pada kek cheese tu, kalau sapa-sapa yang dah blajar Cheese cake ngan saya, idea menarik untuk buat bisnes. Kalau susah sangat nak jual besar-besar, buat kecik-kecik. Letak kat kedai-kedai. Tapi kena ada peti sejuk la. Cheesecake kat kedai Kapitan ni memang keluaran local. Orang Penang sendiri yang buat.

O.k pas lunch tu, kami p melepak kat Feringghi beach. Pekena rojak n ais kacang. Memang ni kombinasi yang wajib. Kalau makan rojak, mesti ada ais kacang (ABC).



                                  
Rojak kaw ngan ais kacang best. Makan plak tepi pantai....fuhhh...mak mentua lalu belakang pun tak nampak laahhh....hehehhe

Sepatutnya kena pekena laksa penang skali. Baru la lengkap satu set. Tapi saya `simpan perut' untuk pekena laksa yang famous masa saya student kat USM dulu. Kami panggil laksa Gama sebab lokasi gerai yang jual laksa tu dekat ngan supermarket Gama (depan KOMTAR). Tapi punya la frust sebab tengok-tengok tutupppppp.......arrrghggg...tension betoi. Balik daripada Penang tu, kami singgah pasar malam cari laksa kat pekan Tikam Batu....Fuhhhhh...memang hari makan sedunia....Seluaq dah ketat n pinggang yang memang sedia ada kurang lekuk ni dah jadi semakin straight....arrrgghhh...lantak laaah...yang penting COMEI....kan, kan....hehhehhehe

CERITA BALIK KAMPUNG (PART 1)

Salam dan aloo untuk semua ....sorry sebab agak lama tak updatekan blog saya ni. Minggu lepas balik Sungai Petani (SP). Tengok bapak n teringat kat anak-anak menakan. Saya balik hari Khamis. Pukul 5 petang baru bertolak. Lepas buatkan coklat untuk customer - Izani dari Senawang. Dia nak satu kotak besar (yang ada 35 biji). Nak hadiah kat boyfriend yang nak balik bercuti dari Sydney weekend lepas. Memandangkan saya nak balik SP, so, saya siapkan coklat tu awal sket. Dah siap, saya call Izani mintak datang ambik hari tu gak.


coklat Izani nak bagi kat boyfriend dia....bestnya boyfriend dia dapat coklat sekotak ni....

Dah alang-alang buat coklat untuk Izani, saya buat skali untuk nak bawak balik ke SP. Bapak memang suka sangat makan coklat walaupun kencing manis dia tinggi. Tak pa lah skali skala....Dia happy sangat saya bawak balik coklat ni kat dia. Coklat homemade la katakan....





Yang ni untuk anak sedara saya - Adam n Adelin...

Sehari sebelum tu, saya buatkan cupcake yang diorder oleh Nurul untuk tunang dia yang dok kat PD. Birthday tunang Nurul ni 21 Oktober. Dia mintak saya buat delivery nak bagi surprise kat tunang dia. Hazrul ni suka pasukan bola Chelsea. So, saya letakkan la sugar image Chelsea.  Memang betul muka surprise si Hazrul ni bila saya p bagi cupcake kat dia. Masa tu lunch hour. Dia orang ni dok geng-geng bujang. Balik rest sat la kot....tetiba saya datang ketuk pintu bagi cupcake. Mau tak surprisenya....