Jun 25, 2012

Kelas last sebelum choti panjang 2 mengguuu

Asskm dan alooo untuk semua...Hari ni dan semalam kelas praktikal buat bun, loaf, piza dan donut ngan Pak Agus dari Indonesia. Pas ni bakery saya akan ditutup untuk kunjungan orang ramai (ahaksss) selama 2 minggu. Nak menguruskan kerja-kerja kawen adik. Akad nikah Sabtu ni (30 Jun) di Cheras. Kenduri belah kami di Kangar minggu satu lagi - 7 Julai. Saya memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi dalam projek ni...tapi APA PUN TAK BUAT LAGIIIII.....esok baru nak start buat. Gift, kek hantaran n kek kawin.

Tak pa, insyallah harap dipermudahkan Allah. Sib baik ada pembantu saya yang cekap lagi berwibawa - Kak Mas. Adik bertuah kat SP tu hari Jumaat baru nak mai. Tapi tak pa...tak bleh harap sangat kat dia sebab muatan dia tengah berat...takat nak ikat-ikat riben bleh lerrrr...nak soh buat keja-keja berat takut terberanak plak kat Somban neh...

Ok, tak paaaa..untuk kelas Sabtu n Ahad lepas, 4 orang join kelas Pak Agus ni. Ni kira mereka-mereka yang tak boleh join kelas April lalu yang dah full. 15 orang join kelas leps.

4 orang terpilih dan bertuah tu ialah Azimah, Saripah, Nazreen dan Suzi. Dua hari berDIY, Pak Agus ajar teori dan juga praktikal menghasilkan pelbagai jenis  bun, loaf, donut dan piza. Meriah walapun 4 orang yang join.

Saya plakkk..hehehhe, beruntung sebab dapat khatam kali ke 2. Pas ni saya akan buat kelas donut. Sebab saya suka sangat donut yang gebuzz dan berwarna-warnni dan rasanya macam donut Big Apple tu...

Jom layan gambar sekitar kelas...


Assorted Donut ala-ala Big Apple



Assorted sweet bun

Sandwich loaf a.k.a roti tawar.a.k.a roti  benggali

Roti Kasur a.k.a roti tilam

Donut gebuzz sebelum dimake up

assorted pizza













Ni plak Portugese Egg Tart - hidangan minum petang untuk student n Pak Agus dari bzeecabakery....best makan ngan kopi o kaw panaz-panaz buatan Kak Mazz

Dari kiri - Suzi, Saripah, Pak Agus, Azimah n Nazreen dari Singapore
Untuk semua, jumpa lagi dua minggu dari sekarang...sayonara n byeeeeee

Jun 22, 2012

Miza, mimpi datang lambat n kek kawen untuk adik tercinta..

Asskm dan alooo untuk semua...hari ni kelas DIY last saya sebelm cuti panjang untuk keja kawen adik. Saya cuti sampai 16 Julai. Esok dan lusa cuma ada kelas roti Pak Agus...Saya jadi tuan rumah saja.

Hari ni saya berDIY ngan Miza dari PD.Miza ni antara student paling banyak join kelas saya. TQ Miza sebab tak jemu-jemu tengok muka saya ni walaupun dia kata saya garang...hehhehe

Dia blajar hiasan kek kawen tiga tingkat guna teknik steamed buttercream. Pelan asal memang 3 tingkat, tapi Miza ubah plan. Dia nak jadikan yang satu lagi tu kek untuk hantaran. So dapat dua set kek lah...

Lawak Miza ni...punya la xcited nak mai kelas saya hari ni, sampai boleh termimpi-mimpi semalam.

``Betulll kaaaakkk..semalam mimpi Miza datang kelas kak ni dah dekat pukul 6 petang. Pastu kak marah saya...soh saya keluar sebab datang lambat...,'' hmmm dik oooiii....kalau dalam realiti, akak tak marah dikkk...aku senyum jerrr. Sebabnya akak akan ambik deposit ko...akak lagi sukakkk...ahaksss

Apa raaa budak ni sampai termimpi-mimpi...

Kemas keja Miza ni n saya respect dia sebab dia bleh bunga bunga ros yang cantik. Sebelum ni takat tengok kat Youtube jerrr..Tak penah sekali pun pegang nozel n piping beg. Tapi hasilnya sangat membanggakan. Kalau rajin practice sekali dua lagi mesti lagi chunnn...

Miza blajar kek ni sebagai persiapan untuk adik dia yang nak kawen tak lama lagi. Baguih betoi kakakkkkk....Alhamdulillahhhh


Jom tengok hasil kerja Miza

Ni hasil design Miza....colour n design, Miza yang buat....cantik n meriah kannn?

Ni kek hantaran -

Ni Miza yang 1st time buat kek kawen 2 tingkat....Taniah Miza....insyallah ada rezeki kita jumpa lagi...

DIY ngan Elly. Siti n Anis menyelit

Asskm dan aloo untuk semua.... Semalam berDIY ngan Elly - cousin huband punya orang rumah. Elly ni memang homebase bakers. Dua lagi student menyelit - Siti n Anis. Dia orang belajar 7 item semuanya....RV, Russian, Carrot Walnut, Pavlova dan 4 jenis slice cakes - Ala-ala Opera, Strawberry Slice Cake, Fresh Fruit Slice Cake dan Chocolate Slice Cake.

Dah kat pukul 8 baru settled. Yang lambat tu sebab membelek 4 jenis slice cake tu lerrr...Tapi apa pun dia orang bertiga ni terus bersemangat waja meneruskan kerja sampai selesai. Sebabnya...bila nampak lesu jerrr..saya akan jerit `CARDAS! CARDAS!CARDAS! (cerdas laaaa).

Lagi satu kelas semalam tak boring...riuh rendah dengar coleteh Siti. Punya kechik dunia ni..Siti ni rupanya junior saya dua tahun masa sekolah menengah dulu - masa kat Sekolah Menengah Father Barre's Convent Sungai Petani. So banyak la crita-crita zaman-zaman sekolah kluaq. Wpun kami tak kenal, tapi nampak gayanya...kami sebagai budak Convent SP buat perangai-perangai yang hampir sama...perangai-perangai budak sekolah yang nakal...hehehhe

Turut berkongsi kegilaan pada masa-masa tu ialah hobi kami yang suka sangat tengok crita-crita bersiri - crita cina, jepun, brazil...habis semua nama-nama crita bersiri keluaq -  The Brothers, Chiaki, Oshin, Izaura, bla, bla, bla......lawak betoi. Hmmmmm tak sangka kami buat perangai sama...hehehhhheee.

``Masa tu mana ada baca buku...balik, tengok tv n tidoq...dekat ngan exam baru la pulun...'' Kata Siti...hehheh. Sama la kita Siti.....Tetiba saya teringat kenangan lama zaman sekolah di Sungai Petani...tiada yang lebih indah dari semua tu...

Ok laaah...tak mo mengarut panjang....ni gambar-gambar sekita kelas semalam. Sorry sebab tak berapa cantik. Gambaq diambil dah kat senja...lighting dah out...







SIti


Elly - tuan tanah


Anis (kawan Elly)
Ni sms dari Siti yang buat saya kembang semangkokk..hehehe

As salam sis...Terima kasih banyak-banyak la atas susah payah u semalam mengajar kami dan x lokek langsung berkongsi ilmu. Kek2 & pavlova ter" very very sedap okes...Moga terus berjaya menghasilkan lbh byk kek2 roti &desserts yang meletopss. Tq for sharing



Jun 20, 2012

DIY 3 jenis tartlet terlaris untuk jualan

Asskm dan aloo untuk semua...Hari ni berDIY ngan Bihah. Bihah ganti kawan dia untuk kelas 3 jenis tartlet - Fruit Tart, Double Indulgence dan Blueberry Cheese.

Fruit Tart

Blueberry Cheese Tart

Double Chocolate Tart

DIY Group Puff Pastry

Asskm dan alooo untuk semua....Kelmarin (Selasa), saya buat kelas DIY group. Ni kelas ganti untuk DIY. Ada student cancel. Miza, Bihah, Kak Zi, Aru, Kak Fadzilah, Farah, Nisa n Nazreen dari Singapore join kelas kelmarin.

Patutnya ada sorang lagi - Kak Faezah dari Aloq Staq. Kak Faezah penah datang kelas DIY saya sebelum ni.Tapi sian dia...malam masa nak ke bus station ke Seremban kelmarin dia kena ragut. Habis semua beg-beg dia. Nasib baik handphone ada dalam poket seluar. So dia bleh call dapatkan bantuan. Harap Kak Faezah ok sekarang. Mesti trauma kalau kena macam ni. Saya nak pulangkan deposit Kak Faezah tapi dia cakap tak pa..nak carry foward ke kelas lain nanti. Ok kak..nanti bila dah tenang-tenang sket, kita arrange kelas lain.

Ok...kelas hands on puff pastry kelmarin memang happening la...riuh rendah macam tongkang pecah. Apa taknya...semua student yang datang tu memang dah kenal satu sama lain...memang dah penah jumpa dalam kelas-kelas sebelum ni. So apa lagiiiii...riuh rendah la. Gamat kelas.

Group kali ni ada ong sket..sebabnya dia orang berpeluang rasa semua 8 kek n 8 jenis biskut yang saya buat untuk keluaran Saji 15 Julai ni...so...semakin riuh rendah la kelas ngan gelagat masing-masing masa merasa setiap jenis kek n cookies.

Jom layan gambar sekitar kelas:

Chicken Pie

Sardine Puff

Portugese Egg Tart yang yummmmyyyyy kinggg

Sesi mencanai

Dah mula gadohhh....hehehehhee
N i plak ada dua tetamu - Sue Vission dan Syira Loke yang datang untuk merasa kek n cookies tapi telah `terperangkap' sebab saya soh dia orang tolong potong kek kechik-kechik dan bahagikan biskut untuk diagihkan pada yang datang...tq Sue, tq syira...lappp uuuu

Bihah n Nazreen tengah potong kek Magic Mousse Cake

Kak Zi n Aru. Aru tengah pening-pening lalat sebab dia keja shift malam. Aru ni nurse kat wad bersalan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Aru bagi tau malam sebelum tu dia sambut 17 kelahiran!...fuuuuuhhhh...dan hari ni dia kena mencanai plak...ahakssss....nasiblah Aruuu...

Kek-kek yang tunggu masa diagih-agihkan

Ok...ni bukan bahagian yang diwak balik oleh semua student..tapi ni bahagian yagn saya hadiahkan pada editor Saji - Aishah dan photographer dia - Shahril....Tq Aishah n Shahril...