Jun 30, 2011

DIY ngan Suhana sambil dibantu oleh maid saya dari Taiwan....

Salam dan alooo untuk semua....kemarin n hari ni, Suhana dari Melaka datang belajar macam-macam jenis kek ngan saya. Masa dia mula-mula book class ni ngan saya kira-kira 2 bulan lepas...(eh, 2 ker 3 aaaa? heheheh - sorry yea dik sebab kena tunggu lama...) saya cakap ngan dia kena start awal - kul 9. Kalau tak takut tak sempat habis. Sebab hari pertama kelmarin Suhana buat 7 kek - Chocolate Indulgence, Carrot Walnut with cream cheese, Opera, Snowy Peach, Chocolate Moist ngan buttercream, Red Velvet n German Black Forest. Saya kata, kalau start lambat, alamatnya habis pas isyak lerrr....

Tapi kemarin, bila Suhana sms saya tanya sama ada nak start kul 9 atau 9.30, saya dengan tenang dan penuh yakin bagi tau dia - ``kita start kul 11 pagi,''.  Sebabnyaaaaaa....saya dah ada maid baru didatangkan khas dari Taiwan yang akan membantu mempercepatkan keja....

Dan ternyata maid baru saya ni sangat la cekap. Kami start kul 11 pagi. Break dalam 45 minit untuk lunch. Tapi kesemua 7 biji kek berjaya disiapkan kul 8 malam...fuhhh....terror kan Suhana nih...

Selain Suhana yang cekap, maid saya dari Taiwan lah yang banyak membantu mempercepatkan keja-keja kami...

Ni lah rupa maid saya dari Taiwan tuhh.....(ahakssss...)


Saya buat geram, beli lagi 2 mixer. So, total ada 3 mixer. Next week kalau ada masa insyallah saya akan gi ambik satu lagi mixer lama saya  -Kenwood yang dah dekat 2 tahun kasi orang repair...(hmmmm...dah 2 tahun baru siap...sabor jer lah). So kalau ambik mixer tu, saya akan ada 4 mixerrrr...hahahahahah..!!!!!( gelak pelakon yang sedang melakonkan aksi jahat dan sombong....ahaksss).

So, dalam kelas Suhana kemarin dan hari ni, saya jalan serentak ketiga-tiga mixer ni. Saya bagi penerangan kat Suhana, pas tu terus mix ketiga-tiga kek. Wpun kami start agak lewat (kul 11), tapi kami selesai bake kesemua 7 kek dalam pukul 2.30.

Tapi secara keseluruhannya, walaupun mixer saya bertambah, sebenaqnya cepat atau lambat keja bergantung pada student gak. Suhana ni cekap n serius gila masa belajar. Dia tak lambat loading - errr...dalam erti kata lain, dia cepat paham. Daripada emel n sms kat saya sebelum ni, saya ingatkan Suhana ni jenih kepala gila-gila. Saya dok bayangkan sure riuh rendah punya kelas nih..

Tapi, dia punya lah serius n tekun belajar - buat nota, buat praktikal. Cakap benda-benda perlu jerr...Cuma masa makan n  pas kek semua siap baru perangai gila-gila dia muncul. Fuhhhh...buat suspend jer Suhana ni...takut gak...mana tau kot orang lain salah masuk kelas kerrr...ahakssss...

Hari kedua Suhana blajar 3 jenis mika mousse dan 4 jenis kek slice. Satu lagi tambahan ialah kek butter marble resepi tujuh keturunan...

Ok, jom tengok gambar-gambar kek yang Suhana buat
Suhana bersama produk yang dihasilkan selama 2 hari.

Hamparan kek-kek dan desert yang Suhana buat. Suhana kata pas ni dia nak buat birthday party dia skali lagi....

Kek Chocolate Moist ngan Buttercream

Carrot walnut with cream cheese

Red Velvet

Russian Black n White

Snowy Peach Custard cream cake

Chocolate Indulgence

Opera

Fresh fruit slice cake

Chocolate Slice

Ala-ala opera slice cake

Koleksi Mika Mousse - strawberry, blueberry n chocolate

Kek marble resepi tujuh keturunan....

Kek tunang anak  Kak Asmah. Chocolate Moist ngan steamed bc. Ni kira kek express gila. Buat pas kelas ngan Suhana. Kena siapkan dalam masa 1/2 jam. Sebab ada hal nak kena balik cepat. Alhamdulillah, jadi gak....

Jun 28, 2011

Wana dari KL yang tengah sarat....

Salam dan alooo untuk semua.. Dua hari ni (Isnin dan Selasa) saya ngan Wana dari KL. Lama dah Wana book class ni. Daripada masa tu kandungan 3 bulan, la dah 6 bulan..hehhehehe..Sian Wana ni. Dia tak berapa larat sangat. Tapi dia nekad nak mai blajar gak sebab dia kata, pas branak ni, dia terus nak fokus buat biz ni. Lagi pun, pas beranak ni, susah nak datang class sebab susah nak tinggal baby. Betul gak tu kann...

Wpun perut Wana ni tak berapa nampak lagi, tapi Wana nampak letih. Sian...dia. Dah tu, cita-cita besar ..hehehehhe. Mula-mula dia emel saya cakap nak blajar 3 kek saja, pastu tambah lagi satu. Pastu masuk-masuk jer bakery saya, terus cakap ``Kak, kalau saya nak tambah lagi 3 bleh tak....,''

Hmmm...dik, akak ni, kurang tapak tangan, dulang, mixer kecik, mixer besau, bekas-bekas plastik butter n apa yang ada, akak sanggup tadahkan. Tapi awak tu, larat kerrr. Sebab saya tengok Wana ni macam letih sket. Dia kata memang dia tak bleh berdiri lama-lama. Sakit kaki.

`` Tak per kak, saya buat pelan-pelan.,'' dia kata.

Memang kuat semangat betul budak ni. Memang la dia buat slow-slow. Tapi Wana ni  jenis yang memang nak blajar. Kalau boleh semua dia nak buat. Dia tak puas hati kalau saya setakat demo kat dia. Kalau dia tak buat, dia akan bangun, berjalan (dalam-dalam tak larat tu..) n datang tengok dekat-dekat.

1st day, Wana blajar 6 kek - Opera, Italian Rainbow, Tiramisu, Chocolate Indulgence, Carrot Walnut with cream cheese dan Blueberry Cheese Cake. Kira cepat gak laaa kami berdua buat keja. Start kul 11 lebih n settle pas maghrib. Ok gak lerrr, dalam slow-slow Wana ni kan...?

Sian Wana. ``Letih sangat kak...tapi tak bleh tido. Tido jap, terjaga kul 3 pagi,''...(bezanya Wana ngan akak. Akak ni kalau dah letih, letak kepala jerrr, tak sampai 5 minit dah solosaiiii....ribut petir pun tak sedaq...)

Hari kedua, kami sambung buat kek kawin 3 tingkat guna teknik steamed buttercream n sambung satu lagi kek - Strawberry Mousse. Hari ni kira Wana kurang sket la bergerak. Cuma dia dok lama masa menghias.

Ok, ni gambar-gambar kek yang Wana buat...gambaq Wana tak dak sebab dia kata dia seorang ibu hamil yang pemalu..ahakssss

Ni semua Wana buat tau.....dalam slow-slow dia pun bleh siap 6 kek sehari....tahniah dik..So, cabaran pada mereka yang tidak hamil. Mesti bleh siapkan lebih banyak kek daripada apa yang Wana buat nih...(hehehhehe...kaedah melariskan kelas dengan cara perbandingan ngan ibu hamil...ahakssss...gelak lagi)

Italian Rainbow

Carrot Walnut - Wana kata, ni kek paling senang nak buat...

Tiramisu

Blueberry cheesecake

Opera

Chocolate Indulgence

Strawberry Mousse

Kek kawin 3 tingkat guna teknik steamed bc. Bunga rose tu Wana buat. Cantik, tapi bleh improve lagi. Bangga laa sebab sebelum ni Wana tak penah buat bunga.

Untuk Wana, nanti kita jumpa lagi. Wana ada book satu lagi kelas DIY bulan Julai ni. Nak blajar Creampuff n eclairs, fruit tart, cheese tart n satu lagi yang saya tanya dia banyak kali - Hiasan Kek Fondant.  Masa tu dia dah 7 bulan.

``Dikkk...larat lagi kerrr nak mencanai fondant ni,''

`` Tak per kak...insyallah boleh. Saya cuba. Kalau tak larat, saya buat sket, akak buat sket. Yang penting dapat blajar ngan akak sebelum saya branak,'' bersemangat sungguh Wana ni. Respect betul saya ngan semangat dia. Ok dik..harap dapat tido hari ni yea. Esok bleh rileks....

Jun 26, 2011

Kelas Cream Puff n Eclairs Sabtu, 2 Julai 2011

creampuff
.


KELAS: CREAM PUFF N ECLAIRS

TARIKH: 2 Julai 2011
MASA: 11 pagi - 4 petang
HARGA: RM80
DEPOSIT: RM40
Sila bawa bekas untuk bawak balik cream puff dan eclairs yang dipelajari
  1. Jom belajar rahsia buat cream puff yang menjadi antara trademark kepada Bzeebakery. Dah ramai ramai buat duit dengan menjual creampuff n eclairs resepi Bzeebakery. Senang crita - bleh jadi ibu duit...hehehhe
  2. Cara membuat custard cream yang sedap, lemak dan berkrim. Testimoni student - cream custard cream puff Bzeebakery memang sedap dan tak sama dengan apa yang dia orang penah blajar sebelum ni.
  3. Anda juga akan belajar cara buat eclairs -yang confirm budak-budak akan suka
  4. Cara menentukan harga untuk jualan terutama untuk creampuff tu sebab ramai yang suka order untuk kenduri kendara
  5. Cara packaging
Kalau berminat nak joint, ikut langkah mudah nih:

i. Bank in deposit RM40 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 1 JULAI.

(DEPOSIT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN boleh dibuat mulai sekarang/hari ni...)

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS CREAM PUFF 2 JULAI  . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

Diy ngan Laillatul Hadianna

Salam dan aloooo untuk semua ... Kelas DIY ngan Laillatul Hadianna ni patutnya last week. Tapi memandangkan saya ada kelas ngan JPW, saya buatkan kelas ganti untuk dia hari ni. Hadianna ambik 5 jenis kek - Marble Cheesecake, Chocolate Indulgence, American Chocolate, Red Velvet dan Carrot Walnut With Cream Cheese.


Tak banyak cakap Hadianna ni. Buat keja jer. Cepat dia buat keja. Kami start kul 10 pagi, settle semua kul 5 ptg. Tu pun sebab ada masalah ngan Red Velvet. Kalau tak rasanya kul 4 dah settle. Errr...sebenarnya salah saya. Saya terlepas pandang. Confident jerrr ingat banyak lagi fresh cream banyak lagi dalam freeze. Rupa-rupanya tak cukup.

So, saya pun kelam kelibut gi Jusco cari fresh cream ni. Kedai baking ingredients yang saya biasa beli ke Somban ni tutup hari Ahad. Biasa la, kalau kat Jusco, mana ada brand Rich Gold Label yang selalu saya pakai. So, saya ambik jenis Emborg - sebab tulis kat situ whipping cream. Ada 3 brand lain. Tapi saya tak berani nak beli sebab rega murah dari Emborg ni. Macam tak confident jerrr.

Hmmmmmm....rupa-rupanya hat mahai pun tak bleh harap...!!! Mula-mula pukul naik sket. Pastu ingatkan kalau pukul lagi akan naik lagi lerrr...Rupa-rupanya bila pukul lagi, dia jadi cair balik....hampehhh. So, last-last, terpaksa pakai buttercream. Nak lari gi beli kat Bangi, tak logik la plak kan...? KESIMPULANNYA...len kali, jangan beli whipping cream kat tempat lain selain kedai yang khas jual baking ingredients.

So, red velvet Hadianna hari ni kiranya bercreamkan buttercream la. Sorry yea dik...nanti balik cuba buat yang betul-betul punya. Insyallah jadikkk..

Ni gambaq-gambaq sekitar kelas hari ni: Sorry yea, gambaq kek potong tak der..kita tunggu Hardianna emel nanti yea...
Lima jenis kek yang Hardianna blajaq hari ni

Marble cheesecake n Red Velvet berkrimkan buttercream

Carrot Walnut with cream cheese

American Chocolate

Chocolate Indulgence

Ni lah Hardianna - berposing manis dihadapan semua kek yang dia buat hari nih...

Sesi 2 kelas Jabatan Pembangunan Wanita

Salam dan aloooo untuk semua...

Alhamdulillah....seisi kedua dan terakhir kelas ngan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan berakhir dengan jayanya kelmarin. Macam minggu lepas, kali ni JPW hantar 15 lagi peserta kursus yang terdiri daripada kalangan ibu-ibu tunggal (balu/janda).


15 peserta berkenaan ialah Kak Siti Zaiton, Kak Siti Hawa, Nadia, Yatie, Kak Yam, Kak Sarimah, Kak Bibi, Noraini, Kak Mei Ling, Kak Ita, Gheta, Susila, Lechmy, Jeya dan Punes.

Produk yang dia orang belajar, sama gak dengan apa yang group pertama belajar sebelum ni:

HARI PERTAMA
KEK-KEK KOMERSIAL ALA PASAR MALAM
i.kek pisang
ii.kek marbel
iii.kek pelangi
iv.Aneka kek sponge (sponge chocolate, vanilla dan oren)
v.Kek coklat ekonomi (dengan toping coklat ekonomi)
vi.Aneka Chiffon (Chifon Pandan, Kopi dan Nenas)

HARI KEDUA
PRODUK SEJUK BEKU 
i.Kuih bakar jagung
ii.Kuih pulut inti ayam
iii.Pulut panggang
iv.Karipap pusing
v.Samosa
vi.Cucur badak
vii.Cek mek molek
viii.Sardin roll
ix.Murtabak mini
x.Kuih kasturi

HARI KELIMA
ANEKA TALAM POPULAR

i.Talam keladi
ii.Talam cendol
iii.Talam suji
iv.Talam ubi kayu
v.Talam Serimuka
Talam Serimuka pulut hitam
HARI KEEMPAT
KUIH  MINUMAN PETANG POPULAR

i.Cara berlauk
ii.Cara pandan
iii.Donut biasa
iv.Donut sambal
v.Pau
vi.Koleh kacang
vii.Apam gula hangus
viii.Apam warna warni
ix.Kuih bakar bijan
x.Kuih tako

HARI KELIMA 
ANEKA PUDING KOMERSIAL
i.Puding triffle
ii.Puding kelapa
iii.Puding caramel
iv.Puding blackforest
v.Puding soya fruit coktail
vi.Puding cendol
Macam gak group yang pertama, kesemua perserta datang dengan pelbagai pengalaman dan perit getir hidup yang banyak memberi iktibar dan kekuatan pada diri saya sendiri. Mendengar pengalaman hidup kesemua peserta kursus kali ni menjadikan saya semakin bersyukur dengan apa yang Alllah bagikan pada saya selama ni. Betullah kata orang, kalau kita rasa diri kita susah, sebenarnya, kat luar sana, ada orang yang lebih susah dari kita.

Nadia, antara peserta yang saya begitu ingat pengalaman hidup susah dia masa membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan suami. Saya suka cara Nadia bercerita mengenai pengalaman perit hidup dia. Sebabnya, Nadia ni jenis yang tidak meratapi kisah sedih dia. Dia ni jenis rock n selamba. Pengalaman hidup yang mungkin bagi orang lain kalau crita balik akan menyebabkan sebak, tapi Nadia twist jadikan crita tu  crita lawak. Bagi Nadia, tak yah nak bersedih ngan crita yang lepas-lepas. Hidup mesti diteruskan.


``Saya dulu penah, gi ngintip bekas suami saya yang suka gi suka-suka - minum, perempuan, judi. Nak jadikan crita, satu hari, suami saya sampai dulu ke rumah dari saya. Alih-alih, dituduhnya saya yang berfoya-foya kat luar...
``Padahal saya yang ngintip dia dan tahu dia yang buat keja tak betul kat luar rumah. Saya pulak yang salah,''
Tapi crita Nadia mengenai pengalaman dia ngendong anak 4 tahun menoreh getah pagi-pagi buta sambil pasang ubat nyamuk di badan, walaupun disampai dalam nada yang lawak, betui-betui buat saya bersimpati.
``Mula-mula saya tak reti. Bawak anak, letak kat belakang saya sambil noreh getah.  Alih-alih saya tengok, penuh nyamuk kerumun kat anak saya tu. Jadi, saya pun pasang ubat nyamuk plak kat pinggang saya. Ok la sket, tak dak nyamuk lagi,'' kata Nadia.

Nadia bawak anak dia gi  noreh sampailah anak dia masuk sekolah - tiga tahun.
 Selain crita pengalaman hidup yang boleh dijadikan iktibar semua, saya juga bertuah n bernasib baik sebab macam gak peserta lepas, peserta kali ni sangat ringan tulang. Masing-masing tolong saya untuk mengemas. Kiranya sebelum balik, kelas siap disapu n dimop lah. Kurang la sket penat saya. Terima kasih semua yea....

Selain tu, hubungan sesama peserta sangat akrab. Kami sempat meraikan hari jadi salah seorang peserta - Lechumy. Terima kasih pada Kak Siti Zaiton dan Pumes yang buat surprise belikan kek untuk Lechumy.



Happy 46th birthday untuk Lechumy. Kek disponsor oleh Kak Siti n Pumes...
Ok, jom kita tengok gambar-gambar lain sekitar program berlangsung...


Hari Pertama - Kek Komersial
kek sponge
kek pisang

kek marble

kek pelangi yang student pilih colour

Dari kiri - Pumes, Nadia, Kak Siti n Yatie. Kak Siti ni kira macam ketua darjah. Saya bagi tugas mengagih-agihkan hasil produk untuk peserta. Yatie plak adala asistant dia yang paling cekap. Yatie ni keja macam lipas kudung . Laju jerrrr...


chiffon kopi


Hari Kedua - Produk Sejuk beku
pelbagai produk sejuk beku

karipap pusing
 Hari Ketiga - Pelbagai Jenis Talam
Kak Siti tengah agih-agihkan hasil dibantu setia oleh Yatie.

Serimuka pulut hitam

Talam cendol

Talam keladi

Talam berlauk

Talam suji
 Hari Keempat - Kuih popular minuman petang
Apam polkadot

Apam Blossom

Apam berinti

Donut

Tako

Cara berlauk

 Hari Kelima - Puding Komersial

Puding soya koktail

Puding caramel

Puding triffel


Puding cendol



Puding soya koktail


Jelly kelapa
 Semua student - luv u allzzzzz....


Untuk semua student, kuatkan azam dan semangat untuk berjaya. Saya yakin anda boleh berjaya.  Terimaskasih juga  sebab jadi student yang baik n banyak menolong saya.

Kepada JPW Negeri Sembilan khususnya Puan Ummi, Syura dan Zura, terimas kasih sekali lagi sebab bagi kepercayaan pada Bzee Bakery untuk mengendalikan kursus ni. 

Saya sangat, sangat terharu n bangga bila Puan Syura cakap ``Kak, pihak jabatan sangat-sangat berpuas hati dengan kursus yang akak bagi dan ni adalah antara kursus yang paling baik.''.

Terima kasih Puan Syura.