Jul 27, 2009

CARA BUAT COSTING & KEK CHOCOLATE BERSUGAR IMAGE

Kek pertunangan Anis untuk sedara. Anis nak design yang simple n bunga yang sket

Ni kek suprise pelanggan misteri saya untuk bos dia...hehhehe


Kek Birthday Chocolate Indulgence dengan sugar image keempat-empat anak Zurida.



Salam dan Alooo untuk semua....minggu ni buat 3 biji kek jer untuk customer. Satu kek tunang n 2 lagi chocolate indulgence untuk Zurida n pelanggan yang enggan dikenali.....(heheheh). Kek suprise untuk bos.

Ok, minggu ni memandangkan tak kelas, saya buat kelas online untuk u all....

Ramai yang selalu tanya macam mana nak buat costing n letak rega produk makanan yang kita buat untuk jualan. So, di bawah ni saya sertakan guideline ringkas cara-cara buat costing.


Langkah 1


Katakan u all nak buat costing untuk cupcake (vanila). Mola-molaaaaa, senarai semua bahan-bahan yang digunakan untuk buat cupcake tu:


250 gm butter - RM5.50 (anchor butter)
180gm gula kastor - RM0.63 (anggaran sekilo RM3.50)
4 biji telur gred A - RM1.20 (anggaran sebiji RM.30 x 4 biji)
50 ml fresh milk - RM.20
1 sudu teh vanila - RM0.05 sen (ni saya agak-agak jerr...)
280 gm tepung naik sendiri - RM1.036 (anggaran 1 kg tepung RM3.70)

Langkah 2

Pas tu, kenalah tau rega setiap bahan yang kita guna. Caranya mestila kita kena tengok balik resit pembelian.

Ni mesti ramai yang garu kepala sebab tak berapa nak tau macam mana nak kira rega 1 sudu teh vanila atau 50ml fresh milk.....heheeh

Cara dia macam ni....


Katakan rega 1 kotak fresh milk yang kandungan dia 1 liter (1000ml) ialah RM3.90. So, kalau kita nak tau berapa rega 50ml, kita ambik rega RM3.90 tu dan bahagi 1000 (sebab 1 liter bersamaan ngan 1000ml supaya senang kita tau berapa rega 1 mliter n pastu bleh kali terus berapa ml yang kita pakai - kalau nak tau macam mana nak tukar kg ke gm ker, pound ke gram kerr atau sebagainya, p ke website http://www.convert-me.com/).

Errr....ni kena pakai culcalator anak jappp....susah nak kira pakai jari ni....banyak titik perpuluhannya....hehheh)

So, jawapannya ialah RM0.0039 sen untuk 1 ml.

Kalau kita nak tau berapa rega 50 ml, so kali la 50ml tu ngan RM0.0039, maka dapatlah jawapan RM0.195 sen atau kalau nak genapkan jadikan la 20 sen untuk senang crita.

So untuk barang-barang lain pun sama gak la cara nak kira. Tapi saya selalunya yang barang terlau sket macam secubit garam, 1/4 sudu teh baking powder atau 1 sudu teh baking powder tu, saya pakai logik akal agak-agak jer laaa....5 sen, 10 sen....

So, dah dapat semua rega setiap barang tu, kita campur la semua sekali... RM8.62 sen

Tapi ni baru kos keseluruhan bahan. Kita kena tambah sekurang-kurangnya 30 peratus untuk kos elektrik, air, buruh dan lain-lain.

So, 30 peratus daripada RM8.62 sen ialah RM2.60 (ni kira kos-kos lain laaa)

Jadi RM8.62 + RM2.60 = RM11.22

O.k, kita nak tau berapa rega 1 cupcake. Katakanlah untuk satu adunan tu kita dapat 30 biji cupcake yang saiz L so, RM11.22 bahagi 30 biji = RM0.37 sen.

Uppppssss....ni tak habih lagi....0.37 sen tu tak masuk bekas. Kalau pakai yang shouffle, rega untuk satu lebih kurang RM0.15 hingga RM.0.20. Katakanlah RM0.20 satu. So, kena la campur RM0.37 sen + RM0.20 = RM0.57 sen.

Ha...RM0.57 sen ni lah kos sebiji cupcake kita....(ni tanpa krim tau...kosong...)

So, bila dah dapat kos sebenarnya, terserahlah kepada budi bicara masing-masing nak letak untung banyak mana. Seperti yang selalu saya kata kat student-student saya, kalau kita bersifat pemurah dan ada niat nak bersedekah sambil berniaga (hehehhehe....) letaklah RM0.80 jer satu. Kalau nak kaya cepat, RM1.20 satu.....(gelak lagi......hehheheh....)
Tapi serius ni....sebenarnya, banyak faktor yang akan menentukan harga/untung yang kita bleh ambil. Ada yang tak kisah ambil untung sket, tapi banyak order, ada yang kata tak kisah letak rega murah sebab dia homebase, ada yang kata tak kisah sebab customer dia cuma bleh bayar dengan harga tu. Semua terserah pada budi bicara n strategi pemasaran masing-masing....Tapi satu yang saya nak ingatkan, jangan lupa, walupun kita kira-kira kos kita tu rendah, kita juga kena ambil kira masa dan kreativiti/kemahiran yang kita gunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Sebab tu, rega cupcake yang dihias dengan buttercream tinggi sket. Kita kena ambil kira masa dan kreativiti yang kita guna untuk buat cupcake tu. Dan sebab tu jugalah rega kek-kek fondant tinggi. Sebenarnya bukan sangat pada kosnya, tapi ketelitian, kemahiran, artistik n masa yang digunakan untuk buat kek tu menjadikannya yang mahal. So, kalau ada customer yang tak berapa nak menghargai hasil kerja kita, yang selalu complain kata mahal, saya nasihatkan u all semua, buatlah yang sesimple mungkin design. Tapi jangan marah customer tau.....(hehhehhe) Maaafkan la dia orang sebab dia tak berapa reti bab-bab costing, kreativiti n kepayahan membuat hasil seni yang cantik tu...

O.k...paham tak....?Kalau ada yang tak paham, bleh emel saya.....


Jul 22, 2009

Jualan Amal Dr. Noorulainah

Chicken Curry Puff

Sardine Puff


Chicken Pie


Kek Mini - Carrot Walnut With Cream Cheese, Chocolate Indulgence n Blueberry cake


American Chocolate slice untuk Azlinda


Salam dan aloo untuk semua...

Minggu ni selain dok ulang alik seremban - kl untuk siapkan stok barang-barang hamper, saya juga kena siapkan tempahan ex- schoolmate kat Sekolah Menengah Father Barre's Convent, Sungai Petani - Dr. Norulainah.


Dia nak buat jualan amal untuk kanak-kanak spastik di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Dr. Norulainah order 50 pcs chicken pie, 50 pcs chicken curry puff n 50 pcs sardine puff. Selain tu dia gak nak 6 biji kek mini - Chocolate Indulgence, Carrot Walnut n Blueberry.

Staff kat RB Land, Azlinda plak nak 2 biji American Chocolate untuk birthday anak dia yang ke 13 tahun. Tapi Azlinda nak kek tu potong siap-siap. So, senang anak dia nak bawak ke sekolah n bahagikan kat kawan-kawan. Semua 50 pcs.

Jul 20, 2009

LOKASI BZEE BAKERY


LOKASI BZEE BAKERY, SEREMBAN 2
Ramai yang bertanya kat mana kedai saya ni...senang saja.
KALAU DARI KL/UTARA - ikut highway. Ambik exit SEREMBAN LABU. Pas tol, ambik kanan, terus himpit ke kiri. Terus, anda akan jumpa traficlight. Terus ikut sign board ke Seremban 2. Jusco akan berada di kiri anda. Terus...anda akan nampak signboard yang tulisKompleks Mahkamah Seremban 2. Ikut jer signboard tu sampai jumpa Kompleks Mahkamah Seremban 2 yang ada bumbung Minangkabau tu. (tapi jangan masuk kompleks Mahkamah tu...nanti pak guard marah...hehehhe) O.k depan Kompleks Mahkamah tu ada dua blok kedai. Kedai saya di blok blah kanan, tapi kat blakang - ngadap tasik city park/sebaris ngan Maulana Foodcourt.KALAU DARI SELATAN - ambik exit SEREMBAN (bukan Seremban Senawang, BUKAN Seremban Port Dickson TAPI exit SEREMBAN. Pas tol, ambik kiri terus. Anda akan jumpa trafic light. Terus ikut signboard ke Seremban 2. Jaya Jusco akan berada di sebelah kiri anda. Terus...anda akan nampak signboard yang tulisKompleks Mahkamah Seremban 2. Ikut jer signboard tu sampai jumpa Kompleks Mahkamah Seremban 2 yang ada bumbung Minangkabau tu. (tapi jangan masuk kompleks Mahkamah tu...nanti pak guard marah...hehehhe) O.k depan Kompleks Mahkamah tu ada dua blok kedai. Kedai saya di blok blah kanan, tapi kat blakang - ngadap tasik city park/sebaris ngan Maulana Foodcourt

Jul 17, 2009

AKTIVITI MINGGU NI....

Birthday cake Lia untuk anak dia Maisarah yang ke 4
Kek akad nikah Hasanah untuk anak cousin dia


Kek hantaran Zurida (tokey restoran DZ) untuk anak saudara (lelaki) yang akan menikah ngan orang Terengganu

Salam dan aloo untuk semua..., sorry sebab lama tak updatekan blog. Minggu ni, dalam dok sibuk-sibuk ke hulu ke hilir cari bahan-bahan untuk projek hamper raya 2009 dan buat presentation kat beberapa customer, saya sempat curi-curi masa sket buat kek kahwin n harijadi untuk customer.
Semalam plak mengejar masa buat 500 cupcakes untuk sorang kawan yang akan kenduri esok. Punya terkejar-kejar sampai lupa nak snap gambar. Tak pa lah....semua dah biasa tengok kan...semalam saya buat empat perasa - orange, strawberry, mocha n chocolate.

Jul 9, 2009

HAMPER RAYA 2009


Engkau Laksana Bulan - RM250




Lagenda- RM500

Malam Bulan Di Pagar Bintang - RM300

Getaran Jiwa - RM200

Dendang Perantau - RM100


Uda dan Dara - RM80


Malam Ku Bermimpi - RM50

Pok, Pok, Pok Bujang Lapok - RM35

Saat Yang Bahagia - RM15

Salam dan alooo untuk semua - seminggu dua ni saya buat-buat sibuk sket dengan kerja-keja persampelan untuk hamper raya 2009. Macam baru saja buat hamper untuk 2008...dahhhh buat yang baru pulak. Ni yang buat saya rasa pendek umur n makin cepat tua...tapi tak pa lah, apa nak buat kan, dah keja kita.

So, tak pa, kali ni saya tak mau beleter panjang-panjang. Saya just nak tunjukkan pakej-pakej hamper yang saya ada. Tahun ni saya pilih tema lagu-lagu seniman agung kita, P. Ramlee untuk dijadikan nama-nama hamper saya.

Kalau ada yang berminat nak bagi hamper sempena Ramadan atau Syawal ni boleh contact saya. Harga bermula dari RM15 hingga RM1,000. N kalau ada yang berminat nak jadi agen pun bleh contact saya untuk keterangan lanjut. Tarikh last untuk order hamper ialah sehari sebelum puasa. So, mudah crita, bila dah start bulan posa, saya dah tak ambik order lagi...

Jul 4, 2009

KELAS TARTLET SEKALI LAGI....

blueberry cheese tartlet
chocolate tartlet

fruit tartlet

Salam dan alooo....sesapa yang terlepas kelas 3 jenis tartlet baru-baru ni, bleh joint kelas ulangan Selasa (7 Julai) ni. Start pukul 10. Dalam pukul 1 habih laaa kot........Rega RM80 seorang.

Ni kelas praktikal sepenuhnya. Setiap student akan buat sendiri satu adunan pastry tart, pastu hias dan pastu bawak balik semua yang u all buat sendiri tu untuk dimakan bersama keluarga dan jiran tetangga....Pastu, bleh start ambik tempahan, pastu bleh kayoooo....(brapa banyak pastu laaaa....hehehhehe)
O.k sapa yang berminat, confirmkan ngan saya - zalina - 019 282 0053

Jul 3, 2009

TWO THUMBS UP untuk kelas steamed buttercream

Ni kek Hasnah...dia dapat nombor satu sebab paling awal siapkan kek
Ni Mira tengah dengan bangganya menyusun kek kawin 3 tingkat yang dia buat. Dia kata ``macam tak cayer jer saya bleh buat kek ni...''

Ain tengah bersungguh-sungguh menyiapkan kek dia yang last. Debaran semakin memuncak sebab kek orang lain dah siap tersusun depan dia...hehhehe. Tapi dia relaks dan tenang siapkan keja


Ni ha, kek-kek Mira, Ain n Hasnah. Yang depan tu kek cikgu. Buat lucky draw, Ain yang bertuah....

Dari kiri, Mira, Ain n Hasnah ngan hasil masing-masing

Salam dan alooo untuk semua.... Kelas steamed buttercream ni dibuat khas atas permintaan tiga mak dara - Ain, Mira n Hasnah. Dia orang bertiga ni excited sangat dengan kelas hari ni...memang tertunggu-tunggu terutamanya Ain. Selalunya Ain terbabas lambat datang kelas, tapi hari ni, dia paling awal. Terkejut gak saya...(hheheh....sorry yea Ain - dah pecah tembelang...).
Tapi tak pa, hari ni Ain jadi pelajar cemerlang. Dia satu-satunya student yang tak kena cubit atau rotan ngan saya......(hehehhe Mira n Hasnah jangan marah aaa...dia orang berdua ni kena jentik telinga sebab tak dengar cakap....hehheheh) Ain tekun buat keja dia n nampak sangat dia puas hati dengan kelas hari ni. Ain kata dia bagi two thumbs up untuk kelas hari ni....

Mira n Hasnah plak tak habis-habis merenung kek kawin 3 tingkat yang dia orang buat. Dia orang kata, macam tak sangka bleh buat kek kawin 3 tingkat yang cantik macam tu...(ni kira kes puji diri sendiri laaa...hehehhe).

Tapi betul.... saya masa zaman awal-awal belajar cake decoration dulu, tak penah nak rasa puas hati n bangga dengan hasil decoration sendiri. Tambah-tambah yang guna buttercream laaa.... Kalau tak dak basic, jangan harap la dapat hasilkan kek yang licin, halus, mulus n kemas macam dia orang buat petang tadi.

Dah cuba, cuba n cuba banyak kali baru bleh. Sebabnya dolu-dolu mana ada teknik steamed ni...kena sapu krim guna spatula bagi kemas dan cantik..... So, selalunya pada peringkat awal belajar buat decoration dulu, memang malu lah tengok hasil. Cepat-cepat jer nak potong...takut orang tengok betapa comotnya kek kita masa tu.
Tapi dengan teknik steamed buttercream yang saya ajar hari ni, sapa-sapa saja yang tak dak basic pun bleh buat kek yang cantik n cun. Kek yang dihasilkan memang kemas dan permukaan kek nampak macam fondant. Dan selalunya dalam kelas saya, saya akan ajar sampai dapat buat bunga ros yang memang menjadi bunga wajib/standard untuk hiasan. Kelas hari ni memang pecah rekod. Mula pukul 11 pagi, pukul 6 baru solosai....student-student pulun buat bunga sampai boleh.
Untuk Mira, saya kagum ngan semangat dia. Walaupun dia kidal dan dapat nozel rose yang paling susah, dia usaha gak sampai boleh. Last-last, bila dah tukar nozel yang lebih senang, dia bleh buat n bunga rose dia memang cantik.

Hasnah n Ain pun sama...dia orang dah ada basic untuk bunga rose. Memang cantik bunga ros yang dia orang buat. Tapi yang paling saya puas hati Ain, Hasnah n Mira semua pass masa buat teknik curahan steamed buttercream. Semua cantik, halus n mulus.
O.k harap-harap pas ni dia orang balik try kat rumah n dah bleh start ambik tempahan..

Jul 1, 2009

Kelas Puff Pastry

Shafinaz (yang datang lambat sejam sebab saya salah info) dengan tenang dan penuh bersopan santun menyiapkan hasil kerja
Dari kiri ke kanan - Ita, Aini, Kak Esah n Kak Zu senyum sampai ke telinga sebab semua puff yang dia orang buat naik berlapis-lapis

Ni Portugese Egg Tart hasil tangan student baru - Kak Siti

Sardine puff dan Chicken Pie yang dibuat student.Hilang suspen student-student bila tengok hasil yang menjadi

Salam dan alooo untuk semua. Hari ni buat kelas khas untuk geng-geng yang nak belajar puff pastry - Kak Zu, Aini, Ita, Kak Nor, Shafinaz, Kak Esah dan dua student baru (kawan-kawan Aini) - Kak Siti dan Ida.

Best n enjoy sebab semua hands on. Walaupun masa mencanai tu semua suspen dengan doh dan pastry masing-masing, tapi hasil lepas bakar sangat-sangatlah membanggakan. Sardine puff, chicken pie dan Portugese egg tart yang dia orang buat semua cantik-cantik dan menjadi. Senang cakap semua lulus cemerlang laah... Semua saya bagi A.
Shafinaz yang datang lambat sejam pun bleh buat express dan hasilkan pastry yang berlapis-lapis dan cantik..(hehehe ....sebenarnya saya yang silap inform kat dia...saya kata kelas pukul 11. Kat orang lain saya kata pukul 10...sorryyssss ya Finaz....tapi tak pa...walaupun lambat masuk kelas, semua hasil cantik-cantik kaannn...???)