Nov 28, 2011

Sapa nak menyelit..?

Asskm dan aloo untuk semua...untuk minggu depan, ada 2 kelas saja yang boleh diselit kalau ada sapa yang berminat

TARIKH: 30 NOVEMBER (RABU) - Kak Norizan
MASA: 11 pagi - 6 petang
APA YANG PERLU DIBAWA MASA KELAS : APRON dan duit baki yuran
YURAN: RM720
DEPOSIT: RM360 (Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195)

Kak Norizan akan belajar:
1. Russian Black & White

2. Chocolate Indulgence
3. Tiramisu
4. Opera

Sapa yang nak join call/sms saya - 019 282 0053 - Zalina Yahaya. Terhad untuk 2 tempat sahaja

TARIKH: 2 DISEMBER 2011 (JUMAAT) - Julia
MASA: 11 pagi - 6 petang
APA YANG PERLU DIBAWA MASA KELAS : Apron dan duit baki
YURAN: RM800
DEPOSIT: RM400

Julia akan blajar:
1. Kek Kahwin steamed BC 3 tingkat
2. Package kek slice(4 jenis)

Sapa yang nak join call/sms saya - 019 282 0053 - Zalina Yahaya. Terhad untuk 1 tempat sahaja

Nov 26, 2011

Kelas Demo last untuk tahun ni...

Asskm dan alooo untuk semua...Alhamdulillah..pejam celik, pejam celik kita dah sampai ke kelas demo last untuk thun ni. Mcm tak caya saja dah nak habis tahun. Rasa baru sangat sambut New Year.. ni dah nak sambut New Year skali lagi.

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi sepanjang tahun ni. Tq atas sokongan semua. Saya amat-amat menghargai.

Kelas demo kek kontinental modul 1 ni kira macam acara penutup bagi aktiviti kelas demo setiap hari Sabtu untuk tahun ni. Tapi kelas-kelas lain - DIY dan DIY berkumpulan akan diteruskan macam biasa. Kalau saya rajin n boring dok rumah lama-lama, insyalllah saya akan penuhi hari Sabtu saya ngan aktiviti kelas praktikal ramai-ramai (maksimum 14 student satu kelas)- contohnya kelas pastry kerr, kelas kek gulung kerrr, kelas roti kerr atau kelas-kelas lain yang dirasakan sesuai dan boleh dibuat secara praktikal. Apa-apa pun saya akan umumkan dalam blog. Tu pun insyallah kalau rajin lerrrr.....hehehhehe...

Ok, untuk kelas demo last untuk thn ni, saya ajar 4 kek continental resepi eksklusif saya - Carrot Walnut With Cream Cheese, Chocolate Indulgence, Opera dan Italian Rainbow. Alhamdulillah 28 yang majoritinya student-student yang baru tahu pasal kelas saya join kelas hari ni.

Tq untuk 28 student yang join class demo hari neh - Kak Nurul, Kak Jamaliah, Siti Fatimah, Elmi, Idayu, Hafizah, Min, Adaw, Myra, Rozi, Siti Gauyah, Hanisah, Ram, Lyn, Maznita, Hasimah, Marzila, Emelliya, Yim, Melissa, Nurl Hidayah, Salbiah, Norimi, Fida, Norah, Haniza, Samsuriah dan Marhaini...

Chocolate Indulgence

Carrot Walnut Wth Cream Cheese


Italian Rainbow

Opera



Sukaaa sebab dah dapat kek masing-masing. Masa untuk balikkkkkkkkkk



Untuk semua student hari ni dan juga yang sebelum-sebelum ni, selamat menyambut MAAL HIJRAH yeaaa...Semoga kita terus diberkati Allah dalam semua aspek. Aminnnn

Nov 25, 2011

Noni Johor datang lagi....

Asskm dan alooo untuk semuaaa.....Rahani @ Noni dari Johor mulanya janji nak start class kul 10. 30. Tapi kul 12.30 baru sampai. Dia sangkut kat highway dekat exit Seremban sebab ada lori rosak.Tapi tambah lambat sebab Noni ni bertolak lambat dari Johor. Ngantar tempahan dulu.

Masa mula dia sampai rasa macam nak denda di ketuk ketampi. Tapi pas tengok keletah anak dara kechik dia Umairah yang cute sangat tu, tak jadi marah n tak jadi denda. Saya cuma berleter jer jap...Saya dah penah jumpa Umairah masa Noni datang blajar sebelum ni. Memang tak reti dok diam budak neh....hobi dia suka masuk bawah working table saya. Tadi sempat jap dia masuk bawah working table saya sementara nunggu abah dia gi toilet. Pas tu Umairah, kakak dia n adik bongsu dia terus ikut abah dia gi lepak di hotel. Petang baru datang ambik Noni..tapi tak turun keta sebab ujan....alaaa...kalau tak bleh ngusik si Umairah neh...hehhe

Hari ni Noni ambik 6 kek - 3 kek terbaru saya - Royal Caramel, Nutty Caramel, Chocolate Mascarpone, Double Chocolate Cheese Cake, Strawberry Mousse dan dessert yang tengah hot sekarang neh - Pavlova.

Cepat Noni ni buat keja. Kami start dah dekat kul 12.45. Kul 4.30 ptg settled kesemua 6 items. Apa taknya Noni ni dah biasa sangat buat kek. Bab-bab melepa tu, dia buat sambil tutup mata jerrrr...hehehe. Noni pun dah bukak kelas kek kontinental yang dia dah blajar ngan saya sebelum ni. Alhamdulillah sambutan ok..tambah-tambah kelas untuk Russian Black n White lerrr...Untuk kelas kali ni pun kata Noni dah ada student book soh ajar kek-kek terbaru saya. So, mereka-mereka di sebelah selatan yang tak berkesempatan nak datang belajar ngan saya di Seremban ni, bleh gi blajar kek-kek baru saya ngan Noni. Ni contact no Noni - 010 826 3357 atau 0197452114.


Semua kek dah siap...last tinggal Pavlova. Noni tengah mengerim Pavlova ngan Vanila Cream

Rezeki Noni - dapat passion fruit...fuuhhhhhhh....saya ni setiap kali tengok passion fruit, mesti kecoq ayaq lioqqq....


Royal Caramel


Nutty Caramel


Chocolate Mascarpone

Strawberry Mousse

Double Chocolate Cheese Cake


Add caption

Pavlova

Noni dah tak tahan tunggu balik rumah...``Perrrgghhh, peerrrggghhh...peeeerrgggg....sedapnya kak,'' Ni Noni kata..bukan saya kata aaaa...

Ok Noni, suksess yeaaaa...

Nov 24, 2011

Minggu Portugese Egg Tart....

Asskm dan aloooo untuk semua.... minggu ni macam minggu Portugese Egg Tart plak...start dari Idza, selasa lepas, pas tu semalam group 5 sekawan dari Singapore dan hari ni plak Julia dari Melaka - semua blajar Portugese Egg Tart...mcam berjangkit plak.

Semalam, Salamah (dari Kajang), cousin dari Singapore -  Kak Yam n 3 kawan dia - Kak Asiah, Kak Jo n Kak Ana menerbangkan diri khas dari Singapura ke Seremban ni. Dia orang mintak class special request. Demo untuk Kek Carrot Walnut, Chocolate Mascarpone, Oreo Cheese Cake dan Portugese Egg Tart. Untuk Russian Black n White plak, masing-masing nak DIY. Nak wak balik sorang sebijik kek untuk puas makan.

Alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Kecoh n riuh rendah dalam class. Yea laaa...datang ngan geng-geng. Dah tu pas lunch plak, kami semua dapat rezeki rimau. Ada orang bagi durian kampung - durian saka dari Kuala Pilah lagi...Banyak plak tu - 4 biji. Semua isi KAWWW!!!!..So, pas makan nasik, masing-masing bertungkkus lumus mengopek dorian...fuhhhh...best. Tengkiu untuk Maziah - caterer tetap dan berpencen saya yang setiap minggu masa kelas demo, saya order lauk dari dia tu...

Ni gambar-gambar sekitar class semalam
Baru masuk gear 1 - start buat kek

Mencanai pastry untuk Portugese Egg Tart

Melepa untuk Russian Black n White

Dah siap curah ganache - berkilat-kilat bleh buat cermin

Kak Yam (kiri) tengah tolong cousin dia Salamah

Portugese Egg Tart baru kluaq oven


Oreo Cheese Cake

Carrot Walnut


Chocolate Mascarpone

Kak Asiah n geng-geng tengah berusaha keras mengopek dorian last - susah betoi. Tapi betoi la kata orang - durian yang susah bukak isi nya sangat sedapppp....

Durian yang berjaya di kopek setelah berhempas pulasss...

Ok...hari ni, Julia dari Melaka yang sponsor passion fruit (buah marqisa) dalam kelas pavlova kita dua minggu lepas datan gberDIY ngan saya. Dia blajar package sweet bun, cupcake dan hiasan Buttercream dan Portugese Egg Tart. Julia ni memang selalu join kelas demo saya. Kali ni DIY plak sebab nak mendalami ilmu dengan lebih mendalam dan privasi.

Portugese Egg Tart Julia

Himpunan pelbagai jenis bun, cupcake vanila, n cupcake chocolate yang Julia buat hari ni...Julia tension pikiaq sapa nak makan semua neh....

Cupcake bertema Pesta flora dan fauna

Tengah pulun hias cupcake ...terang ati Julia neh...ajaq skali teruih dapat.

Nov 22, 2011

Idza orang kampung den datang laeiii....

Asskm dan alooooo untuk semua....Idza orang Perlih tapi mengajaq di Batu Pahat masa 1st time mai blajaq ngan saya baru pregnant 2 bulan. Masa tu ligat lagi dia buat keja. 2nd time ni dah kandungan dah masuk 5 bulan. Nampak dia mengah sket. Sian. Tapi kuat gak budak ni. Sepanjang pagi buat keja, rileks jerr dia berdiri. Dah petang pas lunch n pas penat mencanai pastry untuk Chicken Pie n Portugese Egg Tart, baru dia duduk. Baru nampak dia letih...siannnn. Mesti senang branak Idza ni sebab dia aktif. Insyallah ya Idza. (ni anak sulung Idza).

Idza saja-saja tambah ilmu. Semua subjek yang dia pilih hari ni memang favourite dia. Selain Portugese Egg Tart n Chicken Pie tu Idza ambik Carrot Walnut With Cream Cheese, Cream Puff n Eclairs dan Bluberry Muffin.

Cream Puff n Eclairs tu, kawan Idza, Kam yang penah blajaq ngan saya la yang recomend. Pas Kam datang blajaq ngan saya hari tu, dia bagi Idza rasa. ``Pas Kam bagi rasa hari tu, saya  cakap tak bleh jadi...kena blajaq gak ngan kak. Cream Puff kak lain. Cream dia sedap sangat.Tak macam yang kita besa makan...,'' kata Idza...(hehhhe.... ni Idza kata aaaa, bukan saya kata....)

Ok, ni gambaq sekitar class hari neh...


Bluebery Muffin

Cream Puff

Chicken Pie

Portugese Egg Tart yang memang favourite Idza - ``Sedapnya kakk....puaih makan,'' (ni Idza kata...bukan saya kata aaa...)

Eclairs

Idza ngan kek evergreen paling popular resepi eksklusif Bzee Bakery  - Carrot Walnut With Cream Cheese. Idza kata sempoi gila buat kek neh...

TQ Idza - Selamat menjadi ibu yea...saya doakan segalanya selamat. Nanti ada peluang kita makan laksa Kola nooooo...hehheh

Nov 21, 2011

PENGUMUMAN


PENGUMUMAN:

Saya dah senaraikan date-date baru untuk kelas DIY bagi bulan APRIL dan MEI tahun depan - sebelah kanan anda scroll ke bawah sekali. Date yang tak nama bermakna masih kosong. Date yang saya tak bagi bermakna saya tak buat class. Pilih date yang disenaraikan saja.

tq
Zalina Yahaya

Sapa nak menyelit...?

Asskm dan aloo untuk semua....Ni saya senaraikan subjek-subjek yang 2 student DIY nak ambik minggu ni - Idza dan Julia. Yang lagi dua tu tak bleh nak selit sebab dia orang ambik maksimum.

IDZA
Tarikh: 22 November (Selasa)
Dia nak blajar:
1. Cream puff n eclairs
2. Chicken Pie
3. Portugese Egg Tart
4. Carrot Walnut With Cream Cheese
5. Blueberry Muffin

Sapa berminat nak selit sila call saya - 019 282 005. Untuk 2 tempat sahaja

JULIA
Tarikh: 24 November (Khamis)
Dia nak blajar:
1. Package Sweet Bun
2. Sandwich Loaf
3. Vanila dan Chocolate Cupacake dan hiasan Buttercream.

Sapa berminat nak selit sila call saya - 019 282 005. Untuk 2 tempat sahaja

Kelas Demo Russian BW, Red Velvet, Snowy Peach n Tiramisu

Asskm dan alooo untuk semua...Sbenaqnya hari Sabtu lepas saya dah hampir-hampir cancel class. Bangun pagi tu dah rasa tak larat sangat. Ingat dah makan panadol malam sebelum tu, pagi dah ok. Rupanya tak brapa ok. Tapi mengenangkan jenuhnya saya nak call sorang-sorang cakap class postpond dan juga mengenangkan wajah Yang Dipertuan Agong (ahaksss)...maka saya gagahkan juga kaki ineh melangkah longlai ke bakery.

Kena kuatkan semangat mengajar yang terbaik pada student. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Cumanya pas jer membahagi-bahagikan kek pada student, saya terus chow...tak sempat lepak-lepak n sembang ngan student mcm selalu. Balik rumah terus rebah. Badan panas sangat. Pas tu husband bawak gi hospital. Kena inject nak bagi turun suhu badan. Alhamdulillah, sekarang dah ok sket. Cuma tekak ni tak baik-baik lagi. Kalau dok demam gak hari ni nak kena p check darah. Doktor takut denggi plak...mintak simpangggg....Insyallah tak kot...

Alhamdulillah, kelas Sabtu lepas berjalan lancar. 33 orang student lama dan baru join kelas hari ni. Sorry, list nama tertinggal kat bakery. Saya ajar kek-kek TERPOPULAR Bzee Bakery Russian Black n White, Red Velvet, Snowy Peach dan Tiramisu.

Ni gambar-gambar class . Tak dan nak ambik banyak-banyak mcm selalu




Snowy Peach

Tiramisu

Russian Black n White

Red Velvet

Add caption

Untuk semua student - tq sebab sudi join kelas saya. Suksess untuk semua