Sep 23, 2015

PROMOSI CREPE CAKE SEMPENA RAYA HAJI...


Salam dan selamat pagi semua ....
Klu ada yg teringin nak rasa dessert Bzee Bakery, singgah naa..
Ada mcm2 termasuk 2 produk best seller kami Durian Crepe & Mango Cheese.
Biskut2 untuk raya haji pun dah ada. Baru buat.

PROMOSI CREPE CAKE SEMPENA RAYA HAJI...
LEMOND CURD MILLE CREPE CAKE, FRENCH VANILLA MILLE CREPE , GULA MELAKA MILLE CREPE, NUTELLA MILLE CREPE
Rega rm9.80 perslice/promosi RM 8.00 perslice sahaja... mai lekaih ramai2.. :) ke...

Bzee Bakery
No 23 ground floor
Magistrate square
Seremban 2
Seremban
Waktu operasi hari ni 9 pagi- 5 ptg Rabu 23/9/2015 
Bzee Bakery tutup beroperasi selama 3 hari bermula 24/9 sehingga 26 /9/2015, kami akan beroperasi seperti biasa pada 27/9/2015 jam 9 pagi Ahad.
017-6425663/biha
Klu guna waze: waze kompleks mahkamah seremban 2. Depan kompleks mahkamah ada 2 block kedai. Bzee Bakery belakang block kedai mamak Rahman Bistro.

Tenkiu...

 DURIAN CREPE
 GULA MELAKA MILLE CREPE

 MIDNITE SONATA
 NUTELLA MILLE CREPE

Sep 21, 2015

Salam semua..



Insyallah dengan izinNya saya dan suami akan berangkat menunaikan haji pada19 September flight kul 6 pagi.

Alhamdulilllah syukur kerana diberikan Allah kesempatan untuk menjadi tetamuNya.
Kepada semua, terima kasih tak terhingga atas doa anda selama ini. Hanya Allah dapat membalasnya.

Saya dengan penuh keinsafan mohon maaf zahir dan batin jika ada selama ni secara sedar atau tak sedar saya telah melakukan kesalahan.

Mohon doakan keberkatan dan dipermudahkanNya perjalanan Haji saya dan suami.

Bakery saya akan dibuka seperti biasa. Sepanjang peninggalan saya, semua urusan bakery saya serahkan kepada orang kanan saya - Bihah- Rabihah Ibnil Hajat .

Anda boleh pm/wasap/msg terus Bihah - 017 642 5663 untuk sebarang pertanyaan, pembelian resepi online dan tempahan.

Labiu
Zalina

Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu.
Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu.
Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu

Sep 1, 2015

Kelas Roti Bajet - Boleh jual murah



Salam semua....

Ada yang berminat nak buat jual roti secara besar-besaran? Hantar ke sekolah/kilang/kantin?

Ni kelas yang sesuai untuk anda. Pakar roti kita, Mamazieza akan kongsi resepi mcam mana nak menghasilkan roti yang lembut gebu dengan menggunakan modal yang sangat rendah.

So pada yang nak supply roti ke sekolah/kantin pejabat/kilang atau pusat-pusat latihan, jangan lepaskan peluang ni.

Mama akan bagi tau tips-tips penting buat roti ekonomi, cara pengiraan kos dan cara packaging sesuai supaya roti ekonomi anda tu nampak premium.
Pada yang berminat ni details:

Kelas Roti Ekonomi
Tarikh - Sabtu 05/09/2015
Tempat: di Bzee Bakery, No 23 ground floor
Magistrate square, Seremban 2.
(Kalau guna waze, sila waze KOMPLEKS MAHKAMAH SEREMBAN 2 - depan kompleks tu ada dua blok kedai. Kedai saya belakang kedai mamak Rahman Bistro)
Masa: 10 pagi hingga selesai (dijangkan pukul 5 ptg)
Jenis kelas: Hands on

 
Apa yang kena bawak: Apron dan baki yuran. Yang lain kami sediakan.
Apa yang akan diajar
1. Roti Bantal Mini
2. Roti Cokelat berkrim
3. Roti Krim Manis
4. Roti Arab
(akan diajar cara packing dan juga bonos cara membuat sos roti Coney

Yuran RM280
Deposit: RM100


Cara mendaftar:
1. Bank in RM100 ke acct Maybank Bzee Bakery 5051 76100 195
2. Pas bnk in mesej/wasap details bukti pembayaran dan maklumat berikut ke nombor 019 282 0053
Contoh: Zalina RM100 kelas roti 5 September
3. Tarikh tutup pendaftaran KHAMIS 3 SEPTEMBER. KELAS AKAN DIBATALKAN JIKA KURANG 5 PESERTA. So jangan last minit naaa...Mama dari jauh. Kena kena prepare barang.



Labiu
Zalina