May 29, 2010

Kek barbie steamedbuttercream




Salam dan aloo untuk semua...kelmarin siapkan order Aju n Maryani. Aju nak kek barbie untuk 21st birthday adik dia. Kek base saya buat buttercream biasa. Tapi yang barbie tu saya buat teknik steamedbuttercream. Ok..nampak mcm fondant...So sesiapa yang dah blajar steamedbuttercream ngan saya, bleh guna teknik sama....




Barbie kek guna tenik steamedbuttercream (barbie) n base (buttercream) (chocolate moist +-2 kg) - RM150

Ni plak kek Maryani. Hadiah untuk kengkawan. Nak ngan casing skali...


Semalam, ada special request nak kelas basic cupcake deco guna buttercream. 11 orang joint...riuh rendah gak laa...Ok, kita layan gambar-gambar tak clear yang sempat saya ambik...hehhee




Aktiviti dan hasil-hasil student




May 23, 2010

Brush embroidery

Salam dan alooo untuk semua....hari ni dan semalam attend class brush embroidery ngan Chef Shahril dari cakexpressions.blogsot.com.  . Dah lama saya teringin nak blajar brush embroidery ni. Selalu tengok kat buku-buku hiasan kek overseas. Nampak cantik n classic sangat. Dok baca kat buku, tengok kat Youtube n penah gak cuba buat sendiri tapi tak confident. Jadi memang la jadi tapi lepas masuk class chef muda ni baru tau teknik yang saya guna hasil daripada mentelaah kat buku ni tak betul. Sebab tu hasil tak cantik n nampak huru hara sket. Dari jauh jer nampak jadi tapi kalau tengok dari dekat kasar n tak cantik.

So, bila Chef Shahril inform dalam blog dia (sebenarnya sejak awal tahun ni lagi) yang dia nak buat class, saya dah booking awal-awal kat dia yang saya nak class ni...Akhirnya dapat gak attend class ni. Memang puas hati. Chef Shahril memang betul-betul ajar step by step n sabar ngan keslowan kami (slow laaa...) memahirkan diri masa nak buat brushing. Tapi alhamdulillah, last-last, dapat gak. Semua puas hati dengan hasil. Chef pun puji cantik...Terima kasih daun keladi Chef....

Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang class

Ni latihan pertama. Tak pandai lagi...hasil masih kasar

Ni hasil hari kedua. Dah terror skett laaa....dah kenal kelopak mana yang kena tebalkan, yang mana yang kena nipiskan....


Ni hasil sebenar atas kek dummy. Saya pilih base hijau muda n bunga putih. Saya memang nak corak lace original. Sangat-sangat berpuas hati dengan hasil sendiri...hehehhe(masuk bakul angkat sendiri ni)...tapi serius aaa, kami (saya, Zie, Syidah, Kak Pah n Wan) datang dengan zero knowledge tapi bleh balik ngan hasil yang boleh dibanggakan.


Ni Chef Shahril kita yang muda belia sedang touch up sket kek Zie...Cantikkan kek Zie ni...bunga memang nampak idup. Chef kita ni baru 28 tahun umurnya. Skarang mengajar kat UNITAR. Dia start menghias kek,  bermain ngan fondant n gula ni sejak umur 17 tahun lagi (form v)...errr...saya masa tu baru terhegeh-hegeh belajar buat madeline cake (ingat lagi takkkk...?) kat kelas Sains Rumah Tangga (SRT).

Ni kek Syidah. Dia pilih tema bunga orkid

Ni plak kek Kak Pah


Kek Wan tak siap lagi. Tapi Wan memang teliti buat keja dia. Paling halus antara kami berempat. Dia kena stayback ngan Chef untuk settlekan keja dia.

Cupcake tema batik

Salam dan aloo untuk semua..Noreen order 2 set cupcake untuk Hari Guru. Tema n colour bebas (lama dah...lupa nak post..) Dia sms kata ``...terpulang kat akak laa,''. So, satu set cupcake tu saya try corak batik guna piping jelly. Yang satu lagi tu saja buat english theme n stiap satu ada writing.



May 16, 2010

Kelas Cupcake Jabatan Pembangunan Wanita dan` kek macam-macam hari..'.



Salam dan aloo untuk semua...Jumaat lepas ada kelas untuk 10 peserta. Dibiayai Jabatan Pembangunan Wanita. Tq untuk geng-geng di jabatan  (Puan Shikin, Puan Syura n Cik Siti)  sebab terus beri kepercayaan kepada saya untuk menganjurkan kursus bagi meningkatkan taraf ekonomi ibu-ibu tunggal di negeri ni.

Kursus ni dah lama plan. Alhamdulillah Jumaat lepas semua berjalan lancar. Semua peserta bersungguh-sungguh belajar n tak sabar-sabar nak balik buat sendiri kat rumah n start menjual.

Saya ajar design-design basic yang senang dibuat atas cupcake iaitu rose (rose simple guna nozle bintang), rosebud, hiasan berasaskan piping jelly dan yang paling mencabar ialah memicit bunga ros terus atas cupcake. Alhamdulillah dia orang bleh buat. Kiranya ada laaa rupa bunga...hehhehe..Tapi tak pa, bab-bab menghias cupcake/kek ni kena selalu praktis...Ok, ni kita layan gambar-gambar. Sorry tak banyak gambar sebab masa saya sibuk pegi dari sorang ke sorang untuk ajar dia orang buat sampai boleh... (10 orang semuanya).




Ni design-design yang dia orang belajar dalam kelas...yang paling mencabar ialah buat bunga ros terus atas cupcake...

Ok ni plak saya tolongkan sorang kawan - Kak Zainon. Dia pun ada kedai kek kat Seremban 2 ni. Tapi dia tak sempat nak buat kek-kek yang diorder oleh Exco Pertanian - Datuk Yunus Rahmat. Kak Zainon ni rajin n kuat keja. Selain ada kedai kek, dia juga buat sewa khemah. Hari ni n semalam kebetulan ramai plak orang nak sewa khemah kat dia. Tu yang tak sempat nak buat kek yang diorder. Dah tu, last minute plak tu....lagi la kelam kelibut....Saya pun dapat order last minute. Lepas balik daripada temankan husband buat followup checkup kat SJMC petang semalam, baru ke bakery start buat kek. Start bakar pukul 3.30 ptg. Siap hias semua kek-kek tu pukul 7.30. Datuk ni nak 4 jenis kek - Kek Hari Ibu, Hari Jururawat, Hari Guru n Hari Belia...atau kesimpulannya kek macam-macam hari...hehehe..... Tiga kek yang dihias dengan buttercream tu saya pakai sponge cake. Yang coklat tu memang kek chocolate moist dengan topping chocolate ganache. tak sangka yea bulan Mei ni ada macam-macam hari...


Kek macam-macam hari - Hari Ibu, Hari Jururawat, Hari Guru n Hari Belia....

May 11, 2010

MARI MENGENAL NOZZLE/TIPS

Salam dan aloo untuk semua...

Ni saya nak kongsi ilmu yang tak seberapa mengenai penggunaan tips atau nozzle semasa menghias kek.
Ilmu ni saya ambil daripada website make-fabulous cakes. com. Saya nak ambik gambar sendiri tak secantik n seterang gambar-gambar kat website ni. So, saya ambik dari sini n bagi penerangan ikut bahasa Kedah campur Negeri Sembilan supaya lebih senang pahammm....

Ok, nozzle ni kalau kita tengok kat kedai-kedai ada macam-macam jenih. Nozzle ni kena la cari kat kedai-kedai yang jual bahan-bahan bakery....(errr...jangan p cari kat kedai hardware yeaa....hehehhehe). Sekarang ni ada gak kita jumpa kat Jusco n Tesco. Kat Family Store pun kekadang ada. Tapi yang plastik. Kalau pun yang stainless steel, tak tahan...nipis sangat. Senang crita...  tak berapa elok sangat. Lebih baik la p beli kat kedai yang jual-jual bahan-bahan bakery. Mahal la sket (sekupang dua....tapi tahan lama..) Kalau kat Somban ni haaa...kedai yang selalu saya p ialah Bakers Mall di Kemayan Square. Kat hospital KPJ tu. Blok kedai yang kedua yang mengadap KPJ. Sebaris ngan kedai mamak  (apa tah...Wazerr rasanya....tak ingat plak...tapi MAMAK  laaa....hehehe)

Kat Kedah atau negeri-negeri lain saya tak pasti...

Ok, jangan pening dan panik tengok nozzle yang bermacam-macam rupa paras tu. Untuk permulaan bagi saya, cukup la rasanya kalau kita  kenal 5 jenis nozzle utama dulu. Ni kira basic laaa..Basic-basic pun kalau anda dah masuk kelas hias kek BZEE BAKERY... (hehehhe....maaf no....iklan sat...), mesti dah bleh buat kek cantik dan dipuji oleh anak-anak, suami dan jiran tetangga....

Nozzle pertama ialah ni: Nozzle bulat (round tips). Saiz dia ada daripada yang sebesar-besarnya sampai lah yang sekecik-keciknya. Saiz paling kecik - 0. Nozzle ni bleh buat macam-macam hiasan daripada garisan biasa, dot-dot, bunga, tulisan dan macam-macam lagi. Contohnya macam kat bawah ni....




Nozzle yang kedua: BINTANG (star). Nozzle Star ni terbahagi kepada dua plak...yang TERBUKA, yang TERTUTUP...(open n closed star). Selalunya nozzle bintang ni digunakan untuk buat borders kat atas n tepi. Selain tu, kalau kita nak buat rossettes atau shells, kita guna nozzle ni laaa...Ok, kat bawah ni, gambar START TERBUKA


(nampak aaak bentuk bintang yang terbuka (orang KEDAH kata  ternganga atau orang Negeri Sembilan kata TELOPONGG...HEHHEHE)

Dan ni la antara bentuk-bentuk hiasan yang kita bleh buat ngan nozzle BINTANG TERNGANGA/TELOPONGGG



Yang tertutup plak macam ni....:
haaa....nampak dak...tertutup malu jerrr bintang ni...

Ni hasil-hasil yang bleh kita buat guna bintang tertutup ....coraknya lebih kurang jer kann...tapi lebih halus.
TAPI KANNNNNN........kalau u alll masuk kelas hiasan kek saya...dengan mengunakan hanya SATU JENIS NOZZLE CLOSED STAR (saya ulang SATU JENIS....closed star sahaja), u all bleh buat macam-mcam border macam kat bawah ni.... (betoi, saya tak tipu.....hehehhe). Border-border ni cantik terutamannya kat kek-kek kawen....



Nozzle yang ketiga - kelopak bunga atau orang putih panggil PETAL. Nozzle ni memang kegemaran ramai laa sebab kita boleh buat macam-macam jenih bunga guna nozzle ni terutamanya rose laaa. Selain itu nozzle juga kita guna untuk buat scallops (orang kampung panggil ropol-ropol), ruffles (errr...orang kampung panggil apaaa aaa....) dan juga ribbons.



Ni haa nozzle PETAL dan hasil-hasil yang boleh kita buat selain bunga rose macam kat cupcake kat bawah ni



 
OK, yang keempat ialah macam ni...ada gigi...tak tau nak panggil apa dalam bahasa melayu tapi omputih kata BASKET WAVE. Rupanya macam ni...

Ni contoh nozzle basket wave dan hasilnya. Selalu kita boleh buat guna nozzle ni untuk buat corak basket kat kek.

Yang kelima plak ialah nozzle daun. Nozzle ni penting ada selain yang PETAL tadi...Ya laaa...kalau dah buat bunga mesti ada daun kan...Tapi selain daripada daun...kegunaan nozzle daun ni sbenarnya pelabgai. Kita boleh buat ropol-ropol dan hiasan border mcm contoh kat bawah ni....


Contoh hasil dan nozzle daun....

Ni la saja sedikit sebanyak ilmu yang bleh kita kongsi bersama....Kalau nak blajar cara memicit...jom aaa joint kelas saya. Nanti yeaaa, saya buat jadual...harap bersabar....

May 5, 2010

Chekelat...(chocolate...)

Salam dan alooo untuk semua...Hari ni lari-lari jap ke bakery untuk siapkan chocolate. Arwah tok nek saya, Tengku Mariam,  panggei chekelat. (tok nek - tok perempuan kepada arwah mak saya....errrr....tak sangka saya ni ada keterunan Tengku, walaupn cuma bau-bau buah bachang......hehhhehhee).Lama dah dia meninggal. Masa saya form 5 rasanya. Rasanya masu tu umur dia dah nak masuk 90. Dia dok Kangar. Kampung ni dekat jer ngan Kangar. Dekat ngan Hotel Puter Palace. Nama kampung - Tok Kandang. Lawak betoi nama kampung ni. Kalau balik Perlih rumah wan saya (kebanyakan kami di utara ni panggilan wan tu merujuk kepada tok lelaki. Kat selatan ni wan rujuk kepada tok perempuan), kami satu family mesti p tengok tok nek ni atau panggilan mesra - Nek Tok Ku Meriam. Kalau p sana, saya tak penah miss tolong dia tumbuk siri pinang dalam tempat tumbuk tu (panggil apa aaaaa.....? alaa...yang panjang tu...lupa aaaa...aisey man...). Tapi saya tak makan pun. Suka tumbuk saja.Pastu saya paksa dia makan...hehehhee...best.

Selain tu, favourite Nek Tok Ku Meriam ialah chekelat la..Selalu gak bawak chekelat kat dia. Kalau tak silap masa tu kami selalu bawak chekelat KANDOS...(hehhehe..ingat lagi dak...?), Cadburry n Vanhouten. Dia memang suka n dia akan sembunyi chekelat-chekelat tu. Takut cucu n cicit dia yang lain perabih. Kalau masa tu saya dah tau buat chekelat mesti saya bawak banyak-banyak kat Nek Tok Ku Meriam. Mesti dia lagi suka sebab chekelat yang kita buat sendiri ni memang best. Lemak berkrim n yang penting memang home made n hand made. Tak dak campur bahan-bahan yang diragui. Senang crita halallll.....

Sorry, banyak membebel plak...Hari ni saya buat chocolate untuk beberapa customer. Zura nak satu set dalam kotak besar (35 pcs) - RM55. Rabihah nak yang set 15 biji (RM24). Enam kotak kecik (9 biji/RM15) pula untuk Kak Min. Semua chocolate yang saya buat ni ada filling. Kalau beli set macam ni saya akan campur - almond, hazelnut, chocolate n strawberry.


May 3, 2010

KELAS.....

Salam dan alooo untuk semua...Ramai sangat yang bertanya mengenai kelas...Kalau ikut perancangan asal bulan Mei ni saya nak fokus kepada biskut-biskut raya terbaru dan hiasan kek. Satu lag kelas yang semakin ramai orang tanya ialah kelas buat hamper...Tapi saya mintak maaf banyak-banyak sebab kesihatan suami tak begitu mengizinkan. Lately ni kerap keluar masuk hospital. So, saya tak brani nak bagi komitment untuk buat kelas dan buat jadual. Nanti asyik kansel....tak sedap plak....

Tapi insyallah...saya akan cuba untuk cari masa yang sesuai dan selamat untuk buat kelas. Nanti saya inform dalam blog ni...apa-apa pun terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan kesabaran anda. (saya faham, mesti u all boring gilerr sebab saya asyik kensel classss....maaafkan saya. Bukan sengaja, dah terpaksa....)

STEP BY STEP STACK CAKE

Salam dan aloo untuk semua... ni saya tunjukkan step by step cara buat stack cake guna teknik steamed buttercream. Pelajaran hari ni sangat sesuai untuk mereka-mereka yang dah blajar steamed buttercream ngan saya sebelum ni....

Mola-mola...buat kek macam biasa la. Terserah la nak pakai kek apa pongg.....Tapi saiz kek kena beza antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Contohnya yang paling bawah saiznya 14 inci, yang kedua, 12'' atau 10'' (bergantung pada hiasan yang kita nak buat), pastu yang paling atas bleh pakai  10'' atau 8''.

Ok, untuk kek paling bawah sekali, board yang kita kena pakai kenalah sekurang-kurangnya 2 inci lebih besar daripada kek. So, katakan kalau kek kita tu besaunya 14 inci, kena lah pakai board 16 inci. Nanti senang nak boh dalam kotak dan nak hias dengan berbagai-bagai hiasan.

Untuk kek kedua plak kena pakai board yang lebih kecik (saya ulang...lebih kechik....hehhehe - takut u all ingat saya silap....) Contohnyanya kalau saiz kek 12, kena board 10 ker, atau 8 pun bleh...
Masa nak boh steam buttercream tu, letak kek ni atas spatula besar supaya nanti kita senang nak angkat n letak atas kek lain..

So, kek yang ketiga (yang paling kecik) pun sama...kena board yang lebih kecik dari saiz kek.

Pastu tu kita cover ngan steamedbuttercream setiap satu, secara berasingan...

Bila dah siap cover setiap satu tu....kalau bleh cepat-cepat sebelum krim membeku, kita kena cucukkan tiang  supaya kek yang kita letak atas dia tenggelam masuk dalam kek lain.

Selalunya saya pakai straw besar (yang kita guna untuk makan cendol tu...). Kalau kek tu berat sangat, saya selalu boh lidi satay dua atau tiga batang untuk menampung berat kek diatasnya. Kalau kek ringan macam kek sponge yang saya guna dalam kelas tu, tak yah la boh lidi. Boh straw saja macam ni...


Potong straw sama paras ngan permukaan kek. Kalau ke dalam sket pun tak pa...Jangan biar tertonjol kat atas kek tu. Takut nanti bila tak kek kedua tak stabil...Bilangan straw yang nak dicucuk tu agak-agak la besar board yang akan diletakkan diatas kek tu. Kiranya nanti board stack yang kedua tu akan berada di atas straw tu....so, kek kedua tak akan tenggelam atas kek yang pertama tu....(errrr....paham tak ni....? ..tak paham, angkat tangan....)


Pastu letak lah kek yang kedua. Macam ni...Kalau kek ringan, u all bleh la angkat ngan tangan macam Lea buat ni. Tapi kalau kek berat, kena angkat ngan spatula besar secara berhati-hati... Jangan bimbang kalau krim kat tepi-tepi tu tak kemas sebab kita akan tutup ngan hiasan boarder yang u all blajar ngan saya...(ingat lagi tak....?hehhehe)


Straw yang satu yang u all nampak tu pun untuk support kek yang diatasnya...Memandangkan kek yang paling atas tu ringan (sebab kek sponge saja), Lea pakai satu jerr...Tapi kalau kek coklat, jangan buat lawak pakai satu yeaa....pakai sekurang-kurangnya 3 batang...
So, ni dah selesai boh tiga stack...So, sekarang masa untuk menghias dan menutup segala kecacatan yang kelihatan....

Terima kasih kepada model saya - Lea (hehehe) sebelum ni tak bleh nak ambik gambar sebab saya sorang-sorang kat kedai. Tak reti saya nak ambik gambar sambil stackkan kek....mau tunggang terbalik kek saya...hehehe...

Ok, ni kek kawen 3 tingkat yang saya buat kat Kak Pah kelmarin. Tq Kak Pah...

Kelas untuk Jabatan Pembangunan Wanita dan Kelas Steamed Buttercream

Salam dan aloo untuk semua...Minggu lepas huru hara sket.Kalau ikutkan track record suami sebelum-sebelum ni, dia ok jer lepas buat chemo. So, saya pun brani la bagi comitment ngan Jabatan Pembangunan Wanita Seremban untuk buat kelas asas keusahawanan bakery untuk 10 ibu tunggal. Kelas tu 3 hari  - Isnin, Selasa n Rabu lepas (27, 28 n 29 April). Nak jadi citer, suami saya tak sihat dan kena masuk ward Ahad lepas sebab white blood count dia rendah sangat. Punya la serba salah nak tinggal dia sorang-sorang. Tapi apa nak buat, dah bagi komitment. So, pagi-pagi pukul 5 adik saya akan datang ambik kat SJMC. Saya buat class kat Seremban, pastu, dalam pukul 6 ptg adik saya hantar balik ke SJMC. Alhamdulillah, semua ok. Husband discharge Rabu. Jumaat kelmarin (masa saya sibuk dok buat kelas Steamedbuttercream), dia masuk ward lagi...kali ni sebab ada jangkitan paru-paru...tadi tengah hari baru keluar...risaunya sayaaaa....

Tapi tak pa, insyallah, semua akan ok. Kena positive thingking. Jumaat ni last chemo dia. Harap-harap lepas ni dia ok sepenuhnya. Insyallllaaahhh....

Ok, ni antara gambar-gambar sepanjang kelas saya minggu lepas (kelas asas keusahawanan bakery dan kelas steamedbuttercream.

HARI PERTAMA DAN KEDUA - SWEET BUN, SANDWICH LOAF DAN PIZZA




Sesi pengenalan dan penerangan oleh Puan Shikin dari Jabatan Pembangunan Wanita



HARI KETIGA - 10 JENIS BISKUT RAYA




KELAS STEAMEDBUTTERCREAM

Lima orang joint kelas kali ni Suri (Seremban), Nora (Seremban), Liyana (Kuala Pilah), Zura (Ampang)  n cikgu kita Lea Oven (USJ).

Semua student nampaknya puas hati dengan hasil masing-masing yang halus mulus. Cikgu Lea ni macam cikgu Zati dihati dari Pekan tu gak laa...Dia orang ni dah blajar banyak tempat steamed buttercream ni. Tapi diaorang kata, lepas blajar kat saya ni kira baru khatam. Ni dia orang cakap aaa...bukan saya cakap...hehhehe. Alhamdulillah sebab dapat murid-murid yang bleh terima ilmu dengan baik. Semua student yang attend class saya hari tu (dan juga student class-class yang sebelum ni pun...) bleh buat kek dengan cantik dan halus mulus. Class kali ni special sket, sebab Lea mintak saya tunjukkan cara buat stack cake. Tak pa...untuk yang nak blajar, nanti saya bagi step by step...

Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang class lepas...

Antara jenis-jenis boarder yang dia orang belajar..




Kek-kek yang dihasilkan student
Pose di depan kek masing-masing....(dari kiri ke kanan - Lea, Liyana, Suri, Nora n Zura)