Apr 30, 2009

Jom belajar enam lagi resepi biskut raya terbaru...

Blackcurrant crumbles

Japanese Snowball


Peanut butter crunch

Kalau free, ajak kengkawan ramai-ramai blajar enam lagi resepi terbaru biskut raya 2009, sabtu ni pukul 11 pagi kat Bzee bakery, Seremban 2 (dekat kompleks mahkamah seremban 2). Pasni saya tak buat lagi kelas biskut raya. Kita blajar benda-benda lain plak yea...

Antaranya kelas advance hias cupcake n mini swiss roll, kelas advanced bun, pelbagai jenis roti sandwich yang best-best n senang nak buat, kelas makanan frozen, masakan western (ramai yang mintak lasagne, mushroom soup (bukan yang segera tau.., ni hasil air tangan sendiri punya..), kelas puding dllln.

Ramai gak yang mintak saya ulang kelas-kelas basic macam cupcake n basic buttercream decoration. So, kena rajin-rajin tengok jadual.
Hari ni sempat buat empat jenis biskut untuk sesapa nak tengok rupa biskut-biskut tu. Tapi daripada empat tu, satu tak sempat buat finishing sebab dok pulun buat kek fondant untuk majlis pertunangan nursafira (pukul 5 ptg baru start buat fondant ni.....)
Tapi tak pa, tengok yang tiga ni dulu - japanese snowball, peanut butter crunch n blackcurrant crumbles...Yang lagi tiga, kalau sempat saya siapkan esok. Kalau tak sempat, hari ahad baru saya masukkan dalam blog.

kek tunang abu bakar & nursafira

Mak saudara Nursafira order kek ni semalam. Nak pakai esok. Tema colour putih n merah n tak nak bunga banyak. So, ni hasilnya...Sapa nak tempah, jom singgah di Bzee Bakery untuk tengok banyak lagi contoh-contoh kek fondant terkini.

Ok, ok, nak tau rega...?yang ni reganya RM180. Beratnya kalau campur skali ngan fondant dekat 2 kilo setengah. Isi dalam, kek chocolote moist.

Apr 27, 2009

Jadual Kelas Mei 2009

KELAS MASAKAN BZEE BAKERY SEPANJANG MEI 2009
MINGGU PERTAMA

JUMAAT 1 MEI
11.00 PAGI
(CUTI HARI BURUH)
KEK CONTINENTAL
HARGA: RM50
I. KEK MOUSSE KIWI
II. KEK MOUSSE MANGGA
III. ICE CREAM CAKE

SABTU 2 MEI
(11 PAGI)
Kelas biskut raya lagi....
RM60
Enam jenis biskut raya ciptaan terbaru
1. Casablanca
2. Blackcurrant crumbles
3. Peanut butter crunch
4. White almond
5. Chocolate poppyseed
6. Japanese snowball
_______________________________________________________________
MINGGU KEDUA

SABTU 9 Mei
11 PAGI
Kelas kek Chiffon
Harga: RM50
i. Chiffon Coffee
ii. Chiffon nenas
iii. Chiffon pandan
Pelajari teknik mudah dan gerenti jadi membuat kek chiffon yang lembut dan gebu
Beberapa tips/petua menarik bagaimana menghias kek chiffon menggunakan fresh cream

AHAD 10 Mei
11 PAGI
Harga: RM50
Kelas Kek Cheese
i. Tiramisu
ii. Cotton Cheese cake
____________________________________________________________________
MINGGU KETIGA
Ahad 17 Mei
Kelas Cheese Cake
RM50
i. Chocolate Mud Cheese Cake
ii. Blackforest Cheese Cake
___________________________________________________________________
MINGGU KEEMPAT
Ahad 24 Mei
11 PAGI
Kek Butter
RM80
Koleksi resepi kek-kek butter asas menggunakan teknik pembuatan baru yang gerenti menjadi...!
Sesuai untuk mereka yang tercari-cari resepi kek butter yang betul-betul sedap dan enak sama ada untuk makan sekeluarga atau untuk jualan.
i. Kek butter asas
ii. Kek butter susu
iii. Kek pelangi
iv. Kek orange lembab
v. Kek kurma lembab
___________________________________________________________________
MINGGU KELIMA
Sabtu 30 Mei
11 pagi
3 Jenis kek chocolate popular
RM70
i. American chocolate
ii. Royal chocolate cake
iii. Chocolate Fudge

Ahad 31 Mei
11 pagi
Masakan western popular
RM80
i. Meatball spaghetti
ii. Chicken chop with brown sauce
iii. Lambshoulder with black pepper sauce
iv. Sos mashed potato
v. Coselow

Syarat-syarat:
1. Sila sahkan kehadiran anda selewat-lewatnya pada KHAMIS setiap minggu dengan menghubungi/sms : ZALINA – 019 – 282 0053. Sila nyatakan nama anda dan kursus yang ingin diikuti.
2. Tertakluk kepada perubahan

Apr 26, 2009

Kelas Kek Fondant Miniature







Hari ni buat kelas Kek Fondant Miniature - kek fondant mini. Selalunya orang buat untuk VIP gift, untuk hantaran atau untuk cenderahati meja makan pengantin.
Memang cerewet buat kek ni. Kena sabar dan teliti sebab kek ni kecik n comel. Walaupun remeh, tetapi student-student hari ni bagi full comitment untuk siapkan lima jenis hiasan kek mini dengan pelbagai hiasan yang cantik.
Pada akhir kelas, pelajar juga diajar macam mana nak buat packaging kek ni supaya nampak lebih menarik untuk dijadikan cenderahati.

Apr 22, 2009

Kek Butter Cream













Ni antara contoh-contoh kek butter dan sponge (pelbagai perasa - orange, strawberry, mocha, cuppucino, cofffee) yang dihias menggunakan buttercream. Harga bergantung kepada saiz dan jenis hiasan. Tapi, secara puratanya, harga bermula dari RM35 sekilogram.
Kalau ada yang berminat nak tempah, boleh hubungi saya (019 282 0053) untuk keterangan lanjut.

Kelas Biskut Raya 2009


Atas permintaan ramai, kelas biskut raya 2009 yang saya buat 2 minggu lepas akan diadakan sekali lagi. Tapi kali ni, bukan di kedai saya. Saya buat di kedai kawan, Adriana di Okland Industrial Park (dekat kedai saya juga sebenarnya.....)
So, sesiapa yang terlepas kelas tu dua minggu lepas, boleh datang ke Amore Bake di 282G,Jln Haruan 5/7, Oakland Industrial Park, Seremban, Sabtu, 25 April ni pukul 10 pagi. Semua resepi biskut raya tu, saya cipta khas. Kiranya semuanya resepi terbaru dan terkini. Tak dak dalam pasaran lagi.
Semuanya ada 6 jenis biskut terbaru yang akan diajar - Snow Lemon, Thousand Nuts, Sweet isabella, Chocolate Heaven, Crunchy Croquant n Black Forest.
Call tuan punya kedai, Puan Adriana (017 265 2636) untuk mendaftarkan diri.

Apr 12, 2009

CARA MENDAFTAR


CARA MENDAFTAR:

1.Bank in deposit (seperti mana yang tertera pada setiap kelas yang anda nak join).
Deposit dikira burn/not refundable/tidak boleh foward ke kelas lain jika anda tarik diri dalam masa seminggu (7 hari) sebelum kelas)

2.Bank in ke accountMaybank BZEE CAFE & BAKERY -5051 76100 195.

3. Pastu SMS ke nombor 019 282 0053 (saya ULANG SMS).SMS: nama, kelas apa, tarikh dan jumlah bank in

Contoh: ZALINA YAHAYA KEK CONTINENTAL, 30 JUN, RM100
(Sila bagi nama penuh untuk elakkan kekeliruan semasa semakan)

LOKASI BZEE BAKERY, SEREMBAN 2

Ramai yang bertanya kat mana kedai saya ni...senang saja.KALAU DARI KL/UTARA - ikut highway. Ambik exit SEREMBAN LABU.Pas tol, ambik kanan, terus himpit ke kiri. Terus, anda akan jumpa traficlight. Terus ikut sign board ke Seremban 2. Jusco akan berada di kiri anda. Terus...anda akan nampak signboard yang tulis Kompleks Mahkamah Seremban 2. Ikut jer signboard tu sampai jumpa Kompleks Mahkamah Seremban 2 yang ada bumbung Minangkabau tu. (tapi jangan masuk kompleks Mahkamah tu...nanti pak guard marah...hehehhe) O.k depan Kompleks Mahkamah tu ada dua blok kedai. Kedai saya di blok blah kanan, tapi kat blakang - ngadap tasik city park/sebaris ngan Maulana Foodcourt

KALAU DARI SELATAN - ambik exit SEREMBAN (bukan Seremban Senawang, BUKAN Seremban Port Dickson TAPI exit SEREMBAN. Pas tol, ambik kiri terus. Anda akan jumpa trafic light. Terus ikut signboard ke Seremban 2. Jaya Jusco akan berada di sebelah kiri anda. Terus...anda akan nampak signboard yang tulisKompleks Mahkamah Seremban 2. Ikut jer signboard tu sampai jumpa Kompleks Mahkamah Seremban 2 yang ada bumbung Minangkabau tu. (tapi jangan masuk kompleks Mahkamah tu...nanti pak guard marah...hehehhe) O.k depan Kompleks Mahkamah tu ada dua blok kedai. Kedai saya di blok blah kanan, tapi kat blakang - ngadap tasik city park/sebaris ngan Maulana Foodcourt

Apr 11, 2009

Kelas biskut raya 2009

Enam jenis yang diajar hari ni

Student-student tengah dok sibuk membawa pulang bahagian masing-masing. Yang kat depan (warna gelap) tu biskut black forest yang saya janji nak postkan gambar tu. Tapi dalam dok sibuk-sibuk tu, saya lupa plak nak ambik gambar fokus. SOrry sangat-sangat.






Walaupun raya jauh lagi, tapi student-student saya ni dah start mintak resepi-resepi biskut raya terbaru - yang belum ada dalam market la kiranya. So, sebagai memenuhi permintaan student-student yang setia ni saya ciptakan khas enam resepi biskut terbaru - snow lemon, sweet isabella, blackforest, Crunchy Croquant, thousand nuts dan chocolate paradise.

Ada enam lagi resepi biskut-biskut terbaru yang akan saya ajar bulan depan. So, rajin-rajinlah check jadual.


Just nak inform, sepanjang minggu depan, saya tak akan updatekan blog saya ni sebab nak balik kampung di Perlis. Sepanjang seminggu tu, hajat hati nak stop beberapa tempat - Ipoh, Penang, Kepala Batas, Sungai Petani/SP (rumah adik, nak jumpa anak-anak menakan...rindu walaupun baru jumpa bulan lepas), Alor Setar n Perlis.

N alang-alang dah ke SP saya nak singgah kat Magic Mix . Kedai ni jual pelbagai jenis tepung-tepung campuran yang best-best termasuklah mix chilled cheese cake. Saya penah cuba guna mix ni. Senang sangat, cuma campur mix dengan air dan terus sejukkan. Memang best cheese cake ni. So, sesapa yang susah nak dapatkan Philadelphia Cream Cheese atau tak confident nak buat chilled cheese cake, bleh cuba mix ni.


Satu lagi nak cuba mix fruit cake. Katanya ada seorang customer dari KL yang banyak buat duit dengan mengeksport mix fruit cake ni ke India. Tak per, nanti saya try. Kalau o.k bleh saya bagi demonstrasi free untuk student-student.

Selain itu, antara destinasi penting yang mesti saya p ialah Kepala Batas. Nak cari acuan-acuan kuih special kat Kompleks Kailan. Kat situ ada satu kedai (tak ingat la plak apa nama kedai tu...) yang jual macam-macam jenis acuan kuih berkualiti tinggi dengan design terkini. N yang best, boleh tempah acuan yang macam mana kita nak. Nanti saya akan postkan jenis-jenis acuan yang boleh anda beli di Bzee Bakery.

Kat Penang plak, nak cari satu kedai ingredients yang katanya menjual tepung-tepung roti antarabangsa yang berkualiti tinggi dan special. Kiranya tepung-tepung roti kat sini kalau dah jadi roti rasanya setaraf ngan roti kat hotel-hotel 5 bintang . Kebanyakan hotel 5 bintang banyak order tepung-tepung roti dari kedai ni. Nak beli n buat experiment sket sebab ada student yang tanya mengenai roti-roti special ni macam Artisan Bread, Baguette, Bagels, Focacia, Country Loaf , dsbnya...

Apr 10, 2009

Snow lemon & Sweet Isabella

Sweet Isabella
Snow Lemon
Ni dua lagi biskut yang akan diajar di kelas esok - Snow Lemon & Sweet Isabella. Tapi yang satu lagi, blackforest tak sempat buat. Esok terus buat dalam kelas la yea..nanti saya postkan. Biskut black forest ni saya buat untuk jualan raya tahun lepas n memang hit. Tapi tahun ni memandangkan dah ajar kat kelas, kurang la order saya nanti...heheheh.....

Jom Join Kelas Biskut (Semua resepi terbaru...!)

Pack mini biskut raya 2009 yang semua berhaga RM5 untuk dicuba
Crunchy Croquant

Thousand Nuts

Chocolate Paradise

Ni nak buat promosi sket kelas biskut Sabtu ni. Ada enam jenis semuanya - Chocolate Paradise, Thousand Nuts, Crunchy Croquant, Black Forest, Sweet Isabella n Snow Lemon.


Hari ni saya tunjukkan 3 jenis biskut dulu (sebenarnya 3 ni yang sempat saya buat dulu....heheheh). Esok saya tunjukkan gambar lagi tiga jenis. Semua biskut best-best dan confirm dan gerenti (ada waranty lagi...) semua resepi yang baru dicipta khusus untuk raya 2009.

So, sesiapa yang dah mula-mula mencari biskut-biskut raya baru untuk tahun ni, sesuai sangat datang kelas ni. Tapi sesiapa yang nak rasa dulu, sila ke Bzee bakery di Seremban 2 untuk beli mini pack biskut. Semua rega RM5 satu.


Apr 8, 2009

Order `kilat' dari Puan Zu

Kek Carrot Walnut Cheese dengan Cream Cheese topping untuk bos Puan Zu

Muffin kurma moist yang kaya dengan serat untuk doktor-doktor
di jabatan Puan Zu

Petang semalam (pukul 5.30 ptg), dapat order kilat Puan Zu dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Puan Zu order Kek Carrot Chesee (1 1/2 kg) dengan topping cream cheese n 250 biji muffin kurma untuk surprise birthday party bos kat jabatan dia esok pagi...(nampaknya, bukan bos dia jer yang disurprisekan, tapi saya pun surprise gak dengan order kilat Puan Zu ni hehehehhe...tapi tak pa, demi pelangan setia, saya buat kan juga)

Tapi saya kena deliver malam ni gak sebab esok pagi-pagi nak teman hubby ke Kuantan. So, lepas jer letak phone, apa lagi, terus kayuh la. Nasib baik la semua bahan-bahan mentah ada, terutamanya Philadelphia Cream Cheese untuk buat kek carrot tu.

Kurma plak, ada lebih masa buat kek kurma untuk Haliza n geng-geng kelmarin. Alhamdulillah, berjaya deliver kat rumah Puan Zu pukul 10.30 semalam. Fuhhh....kelam kabut gilerrrr....

Apr 4, 2009

KELAS HANDS ON PIZZA

Student sibuk mengisi fillling atas pizza doh.

Ni pun sama, sibuk isi filling, tapi maap, saya sendiri dah confused filling untuk pizza mana, hawaian ker, pescatora ker, mexican ker...


Ni pizza Hawaian yang belum dibakar...banyaknya cheesee.....imagine nanti bila dah bakar...yum, yum....


Ni pun pizza yang belum bakar dan skali lagi confused nama pizza sebab bila dah letakkan cheese, semua nampak sama..


Yang ni kalau tak silap hawaian pizza lepas dah bakar.



Ni rasnya pescatora pizza kot....heheheh, tak sure la...
Empat jenis popular yang diajar dalam kelas hari ini ialah:

i. Hawaian Pizza (ciri utama pizza ni mesti ada nenas potong. Kalau tak dak, kena boh nama lain..)
ii. Pescatora (ni sebenarnya nama glamour untuk pizza seafood)
iii. Pizza Indiano (atau ada gak orang bagi nama margherita. Tapi sebenarnya pizza ni merujuk pada pizza yang toppingnya semua guna sayur-sayuran dan cheese)
iv. Pizza Mexicana (topping pizza ni selalu pakai sosej yang ada berempah sket)


Dalam kelas hari ni, saya ajar:
i. cara sempoi buat pizza base yang lembut. Kiranya lepas sejuk pun pizza base ni akan terus lembut.
ii. Cara nak buat pizza base frozen macam selalu jual kat supermarket tu. (tapi lebih baik buat sendiri. Jimat banyak. Kat supermarket, dua keping RM8 lebih. Kalau buat sendiri, kos untuk buat lebih kurang 6 keping pizza base yang dijual kat kedai tu kurang daripada RM5 (tak sampai singgit pun sekeping...)
iii. Cara buat sos pizza
iv. Mengenal cheese-cheese yang sesuai untuk pizza - Mozarella, Cheedar, Parmesan/Parmagiano
v. Mengenal jenis-jenis pizza popular dan ciri-ciri utama topping untuk setiap jenis pizza (tapi last-last lepas dah faham tu, student-student saya ni main taruh jer topping yang dia orang suka....hehhehe).

...dan banyak lagi tips-tips lain seperti cara canai yang betul untuk dapat hasil pizza base yang mempunyai ketebalan yang sama, cara nak frozen dlln.

Saya juga tunjukkan cara nak buat pizza express 5 minit jer...

Selain tu, saya juga bagi free resepi satu lagi jenis topping pizza best - Turkish Pizza. Toping pizza ni menggunakan resepi makanan popular orang Turki - Lahmajun. Masa saya gi Istanbul dulu, penah lerr merasa makan Lahmajun ni. Lahmajun ni lebih kurang macam inti karipap lerr makan dengan roti dia orang (macam roti pita tu). Orang sana banyak makan daging kambing daripada lembu. Tapi untuk kelas hari ni, saya gantikan dengan daging lembu, takut ramai yang tak makan kambing. Filling untuk pizza Turki ni rasa pedas dan berempah sket. Antara rempah yang saya guna - all spices, serbuk bunga cengkih dan lada hitam. Satu lagi yang penting kena ada dalam filling ni ialah daun parsley dan jus lemon. Fuhhh...terangkat. Makan plak panas-panas masa baru keluar oven. Tapi kalau nak real rasa Turki, pizza ni tak perlu letak Mozarella Cheese tu. Kiranya, sapu jer filling ni atas pizza base, tabur daun parsley, tabur minyak cair panas n kalau nak kick lagi, perah sket jus lemon. Pastu bakar. Memang terangkat.
Memandang ni kelas hands on, setiap pelajar hari ni berpeluang untuk buat sendiri 4 jenis pizza masing-masing dan bawak balik kesemua pizza yang dia orang dah buat.
Rugi tau sapa yang tak masuk kelas pizza ni. So, sapa yang dah terlepas, bleh selalu check jadual kalau-kalau ada repeat class lagi pada bulan-bulan akan datang.

Apr 1, 2009

KEK KURMA


Kek kurma ni sangat-sangat moist. Haliza order untuk 3 orang member-member yang akan datang esok. Kata Haliza, geng-gengnya dia ni terutama Mariani suka cuba makana-makanan baru. Sebelum ni, Haliza selalu order kek Carrot Walnut dengan topping cream cheese. So, kali ni, Haliza nak cuba rasa kek kurma pulak.

So, kalau anda nak rasa kek kurma ni, boleh order. RM30 (1/2 kg ++) dan RM45 (1 kg ++).
Dan kalau nak belajar sendiri, boleh joint kelas Ahad ni - RM50 untuk tiga jenis kek butter special - Kek Kurma, Kek Prune dengan cream prune dan Kek Blueapple (Bluebrry + Pineapple).