Oct 24, 2010

Kenyang makan kek....

Salam dan aloo untuk semua....Lima orang student -   Lyana, Junaidah, Sue, Azwan dan Khai  kenyang makan kek Sabtu lepas..hehehhe..Apa taknya, depa pakat wak balik tiga biji kek sorang - black forest, blueberry dan kek dengan sugar image. Semua ni hasil daripada kelas praktikal cara betul guna fresh cream. Cara pukul yang betul, cara menentukan fresh cream tu dah ok ker sebelum disapu, cara sapu supaya kek nampak licin macam kat bakery tu n cara hias. Selain tu juga petua nak letakkan sugar image atas kek supaya tak berkedut dan mengerutu.....Ni antara gambar-gambar sepanjang kelas Sabtu lepas. Layannnn
 Khai tengah pulun `comb' kek
 Ni Sue
 Junaidah tengah adjust kek sugar image yang baru siap dihias

 Aktivii paling best lepas kelas - membungkus semua hasil yang dibuat
Semua kek yang dihasilkan student hari ni

Ok, sepanjang minggu depan saya ada class untuk peserta Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Sabtu plak jangan lupa yaaa, kelas advance cupcake.  Rugi sapa tak mai...heeheh. Saya akan ajar cara nak hias cupcake guna steamed buttercream dan ready folled fondant. Pelbagai teknik hiasan yang mudah n cepat saya akan kongsi. Selain tu saya juga akan ajar dan tunjuk demo cara buat cupcake vanila n coklat. Rega kelas RM180. Kelas praktikal sepenuhnya. 

Ok, sapa nak joint bleh bnk inkan deposit RM100 selewat-lewatnya Jumaat ni yea...

 Cupcake yang dihias guna teknik steamed buttercream akan nampak macam fondant....licin, halus n berkilat


Cupcake yang dihias menggunakan steamed buttercream n fondant...





Oct 18, 2010

Kelas kek kawen steamed buttercream

Salam dan alooo untuk semua. Pas kelas Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) tu, saya sambung kelas kek kawen 3 tingkat guna teknik steamed buttercream kemarin (Ahad - 17 Oktober). Lima orang joint - Salina dari Bukit Mertajam, Rikha (Temerloh), adik dia, Zarina (Ampang, KL), Linda (PD) n Siti (Seremban 2).

Antara lima orang ni yang biasa ngan bab hias kek ni Salina (dari Inasally blogspot) n Rikha saja. Lagi tiga belum pernah n tak dak pengalaman langsung terutamanya Siti. Tapi seperti biasa, hasil tunjuk ajar n teknik mudah yang saya gunakan, dia orang bleh buat kek tiga tingkat masing-masing. So, kita layan gambar-gambar sepanjang kelas semalam. Ok, layannnnnnn.....


 Tengah pulun menghias
 Salina dari inasally bakery tengah menghias kek
 Ni Linda dari PD. Dia kek colour purple. Sama colour ngan baju dia....
 Siti, Rikha n Zarina tengah pulun menghias kek masing-masing
 Linda n Salina ngan kek masing-masing
 Kek Salina yang sweeeeeetttt
 Kek Linda yang glam
 Dari kiri ke kanan - kek Rikha, kek Siti n Kek Zarina yang cantik n glam...
 Rikha, Siti n Zarina

Untuk yang berminat nak belajar cara betul penggunakan Fresh cream (cream putih yang selalu kita tengok kat bakery tu), jangan lupa kelas 23 Oktober ni yea. Kita akan blajar 3 jenis kek (anda hias sendiri) - Black Forest, Blueberry dan kek ngan sugar image.

Kursus anjuran Jabatan Pembangunan Wanita

Salam dan aloo untuk semua. Sorry sebab lama gak tak update blog ni. Saya janji nak cita bahagian kedua crita-crita menarik di Chengdu tu kan..tapi tak dan. Balik dari China hari tu, saya sibuk ngemas bakery. Rearrange balik kedai supaya nampak lebih kemas n lebih luas untuk menerima 20 peserta yang dihantar oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan. Dia orang ni berkursus selama 5 hari dengan saya bermula 11 Oktober hari tu. Kursus asas keusahawanan bakeri. Semua peserta terdiri daripada ibu tunggal (sama ada bercerai mati atau idup). Jabatan Pembangunan Wanita nak bagi kemahiran asas kepada ibu-ibu tunggal terpilih seluruh negeri sembilan ni supaya boleh digunakan untuk menambahkan pendapatan keluarga. Macam-macam cerita sedih, suka, duka n yang memberikan semangat pada saya pun ada sepanjang lima hari bersama-sama ibu tunggal ni. Tapi terus terang saya katakan, saya memang tabik n pandang tinggi pada ibu-ibu tunggal yang tak penah patah-patah semangat mencari rezeki untuk menyekolahkan anak-anak.

Ada dua tiga orang peserta kursus hari tu  berjaya menghantar anak-anak sampai ke universiti hasil titik peluh mencari rezeki dengan menjual kuih muih. Masing-masing berkongsi cerita suka duka menjalani idup sebagai ibu tunggal. Saya doakan dia orang semua ni berjaya.

Sepanjang lima hari berkursus ni, saya dedahkan peserta dengan pelbagai kemahiran yang boleh dibuat duit. Semua kursus dijalankan secara praktikal atau hands on. Timbang, adun dan buat sendiri. Hari pertama saya mulakan dengan membuat 10 jenis bun daripada doh sweet bun. Semua peserta suka resepi dan cara buat roti saya yang menurut dia orang senang.Kak Long dari Port Dickson yang penah ikuti kursus sama kat chef terkenal di KL pun kata cara saya buat roti senang. Tak cerewet. NI bukan saya kata aaa..ni dia orang yang kata...hehhehe. Hasilnya pun dia orang puas hati. Yang lawak, esoknya peserta datang cerita anak-anak n sedara dia orang yang rasa roti yang dia orang buat tu tak pecaya dia orang yang buat...hehheh...```tak kannnnnn lah mak nak tipu ko Sabariah...'''(ingat tak dialog dalam filem ibu mertua ku..heheh).






Hari kedua plak saya fokuskan kepada penghasilan sandwich loaf atau dalam bahasa orang kampung roti benggali. Saya kat utara panggil roti benggali tapi student-student saya kata kat sini dia orang panggil roti  bai. Selain roti benggali, saya juga ajar 2 jenis loaf lain iaitu Pandan n Mixfruit loaf dan Marble Loaf. Bila roti masing-masing masak, semua terpegun dengan hasilnya...semua roti naik menggunung n gebu.
Selain loaf, hari kedua juga saya ajar cara buat pizza base untuk dimakan terus dan juga untuk frozen.











Hari ketiga kelas lagi riuh rendah sebab masing-masing happy dapat blajar buat cupcake, krim dan hiasan. Ramai yang sangat-sangat berminat nak blajar buat cupcake dan cara menghias. Maklumlah sekarang ni kan trend orang buat cupcake. Saya tunjukkan cara buat vanila n chocolate cupcake. Pastu semua student dapat 15 biji cupcake seorang untuk dihias.












Peserta didedahkan dengan cara buat buttercream, cara membuat bunga, daun, hiasan menggunakan piping jelly dan pelbagai corak lain yang popular. Memang riuh rendah kelas..

Hari keempat plak saya fokus kepada hiasan kek. Kelas dimulakan dengan pengajaran cara membuat kek butter dan kek sponge. Pastu masing-masing student dibagi sebiji kek sponge setiap seorang. Sebelum tu saya pastikan setiap student dah pas buat bunga, daun dan border masing-masing. Ramai gak yang kena leter ngan saya sebab tak ikut teknik yang betul...hehhe..Tapi semua leteran n teguran tu demi kebaikan, kann....Lepas semua dah lulus dia orang ni kena hias kek sebiji. Ni bukan nak puji, tapi kenyataan...saya bangga gak ngan dia orang ni. Walaupun baru pertama kali pegang krim, pegang piping beg, tapi semua bleh hias kek dengan agak baik. Tahniah untuk semua yea....

















Hari kelima plak peserta `bermain' dengan fresh cream plak. Hari kelima ni lebih mencabar sebab fresh cream ni cerewet sket. Kalau lama sangat sapu kat kek tu, krim akan cair dan kek tak akan nampak licin. Tapi alhamdulillah lebih 80 peratus daripada peserta bleh buat. Krim dia orang tak rosak. Mungkin pengalaman sapu krim butter masa hari ke empat tu menyebabkan dia orang ni tak kekok lagi bermain ngan krim. Dua jenis kek dia orang buat iaitu kek black forest dan kek blueberry. Satu lagi saya ajar cara nak letakkan sugar image cara betul supaya tak mengelembung bila dikeluarkan daripada peti sejuk.

















Ok saya harap semua peserta dapat memanfaatkan semua ilmu dan petua-petua yang saya perturunkan sepanjang kursus lima hari ni. Yang penting pas balik kursus ni, semua kena buat balik apa yang dipelajari. Kalau tinggal lama sangat nanti lupa. Ok, selamat berjaya untuk semua.