Showing posts with label stepbystep. Show all posts
Showing posts with label stepbystep. Show all posts

Dec 25, 2010

Step by step kek padang bola....

Salam dan alooo untuk semua...sempena final bola piala Suzuki AFF 2010 Ahad ni, saya nak kongsi cara sempoi n mudah buat kek padang bola. Dengan tersiarnya artikel step by step ni, maka  tersangat besarlah harapan saya supaya Malaysia boleh kalahkan Indonesia....hehehhee...

Sajer jer...lewat petang tadi, saya siapkan kek Liza untuk 3 hero dia - kongsi birthday ni. Nama pun hero...dia orang nak kek padang bola. Kebetulan mood  baik sket dan keadaan kedai pun agak tenang n sejuk sebab mendung (hehhe), maka saya pun menyenep (snap lerrrr...) gambar-gambar yang patut untuk tunjuk kat sapa-sapa yang berminat untuk buat sendiri. Sonang jerr buat kek ni sebab u all tak perlu kemahiran menyapu krim yang cantik. Ni kira kek main picit krim jerrr.

Ok, mola-mola kena la bakaq kek dulu. Liza nak sponge chocolate saja. Untuk kek 2 kg ni saya pakai 1 kg punya sponge mix. Saya guna loyang 10 x 10. Guna 4. Setiap satu loyang saya timbang lebih kurang 600 gm adunan. So, pas bakar,  ni lah hasilnya:

kek sponge chocolate
Pas sejuk, dengan menggunakan kemahiran idup yang ada (hehhehe...), kita potong dan lapis kek ni untuk dimuatkan atas cake board bersaiz 16 X 16 inch.Tak kira la potong macam mana pun. Asalkan berbentuk 4 segi dan tak banyak  yang kita kena buang - macam gambar kat bawah ni. tengah-tengah tu lapis ngan buttercream.
Langkah seterusnya ialah sapu nipis krim kat sekeliling kek. Lupa plak...sebelum start melapis tu, kena lah buat krim dulu macam ni .....
Yang ni tak yah boh colour apa, biar putih. Sebahagian lagi boh colour hijau sebab kita nak buat rumput. Kalau nak dapat hijau yang cantik, kena campur biru + kuning + coklat.Kalau pakai colour terus dari botol tu, colour dia tak cantik...
Ni colour ijau yang saya buat hasil campuran kuning, biru dan coklat. Kalau nak hijau lagi gelap, tambah la colour coklat


Ok, ok...pas kita dah potong n adjust mana patut tu, macam mana saya sebut kat atas, kita sapu krim sekeliling kek. Tak yah tension-tension nak sapu bagi cantik, berkilat atau licin. Ni kira sapu nipis tak bagi nampak kek jerrr - macam ni: Satu lagi sebab tak nak bagi abuk-abuk kek tu terkeluar. Tak chantekkkk...


Langkah seterusnya ialah memicit `rumput' atas kek ni. Untuk buat rumput kita perlukan nozel macam ni:
Rupa nozel bentuk rumput ni dia orang kata macam acuan buat cendol...yea kerrr..? Ntah, saya tak penah buat cendol, so saya tak tau. Kalau tak sure, masa gi beli kat kedai yang jual baking ingredients tu, tanya jerr kat dia orang mana nozel untuk buat rumput. Yang plastik tu plak ialah piping beg. Nak boh krim.
Pastu, isilah krim ijau dalam piping beg yang ada nozel rumput - macam ni:


Pastu, apa lagi, paip jer lah atas kek yang kita dah sapu krim nipis tadi tu sampai penuh. Cara nak paip - picit kat kek, pas tu sentap ke atas...(errrr....paham tak...). Kalau masuk kelas deco saya, saya akan ajar semua ni (hehhehe...harap maap, iklan sebentar...)
Paip saja sampai habih tutup semua kek, termasuk kat tepi-tepi. Senang kan....? hehehhe memang keja senang. Tak yah nak tension-tension sapu cream kat kek...So, bila dah siap boh rumput, rupanya macam ni:

Kek yang dah penuh ngan rumput
Pas dah settle tu, apa lagi, cari jer lah set patung orang main bola macam ni:
Set ni siap ngan tiang gol n enam pemain bola tengah beraksi. Team mana saya tak tau....Bleh beli kat kedai yang jual barang-barang kek, bukan kedai basikal yea...ahakssss...
Pastu, apa lagi, keluarkan patung-patung tu dari plastik, letakkan jer lah kat mana-mana tempat yang kita suka.So, siappppp......Kalau rajin nak hias lagi, hias lah ngan garisan-garisan yang selalu ada kat padang bola tu.

Maap lah yea...rumput padang bola ni panjang sangat sampai tak berapa nampak players dia... Majlis Bandaran tak buat keja ni...heeheh

Sekian, selamat menonton final piala Suzuki AFF Ahad ni....(errrrrr...kenapa nama piala ni Suzuki aaaa? Kenapa tak Honda ker, Toyota kerrr...hehehe...nak kena cari kat wikileaks...eh silap...wikipedia - ahaksss...)


May 11, 2010

MARI MENGENAL NOZZLE/TIPS

Salam dan aloo untuk semua...

Ni saya nak kongsi ilmu yang tak seberapa mengenai penggunaan tips atau nozzle semasa menghias kek.
Ilmu ni saya ambil daripada website make-fabulous cakes. com. Saya nak ambik gambar sendiri tak secantik n seterang gambar-gambar kat website ni. So, saya ambik dari sini n bagi penerangan ikut bahasa Kedah campur Negeri Sembilan supaya lebih senang pahammm....

Ok, nozzle ni kalau kita tengok kat kedai-kedai ada macam-macam jenih. Nozzle ni kena la cari kat kedai-kedai yang jual bahan-bahan bakery....(errr...jangan p cari kat kedai hardware yeaa....hehehhehe). Sekarang ni ada gak kita jumpa kat Jusco n Tesco. Kat Family Store pun kekadang ada. Tapi yang plastik. Kalau pun yang stainless steel, tak tahan...nipis sangat. Senang crita...  tak berapa elok sangat. Lebih baik la p beli kat kedai yang jual-jual bahan-bahan bakery. Mahal la sket (sekupang dua....tapi tahan lama..) Kalau kat Somban ni haaa...kedai yang selalu saya p ialah Bakers Mall di Kemayan Square. Kat hospital KPJ tu. Blok kedai yang kedua yang mengadap KPJ. Sebaris ngan kedai mamak  (apa tah...Wazerr rasanya....tak ingat plak...tapi MAMAK  laaa....hehehe)

Kat Kedah atau negeri-negeri lain saya tak pasti...

Ok, jangan pening dan panik tengok nozzle yang bermacam-macam rupa paras tu. Untuk permulaan bagi saya, cukup la rasanya kalau kita  kenal 5 jenis nozzle utama dulu. Ni kira basic laaa..Basic-basic pun kalau anda dah masuk kelas hias kek BZEE BAKERY... (hehehhe....maaf no....iklan sat...), mesti dah bleh buat kek cantik dan dipuji oleh anak-anak, suami dan jiran tetangga....

Nozzle pertama ialah ni: Nozzle bulat (round tips). Saiz dia ada daripada yang sebesar-besarnya sampai lah yang sekecik-keciknya. Saiz paling kecik - 0. Nozzle ni bleh buat macam-macam hiasan daripada garisan biasa, dot-dot, bunga, tulisan dan macam-macam lagi. Contohnya macam kat bawah ni....




Nozzle yang kedua: BINTANG (star). Nozzle Star ni terbahagi kepada dua plak...yang TERBUKA, yang TERTUTUP...(open n closed star). Selalunya nozzle bintang ni digunakan untuk buat borders kat atas n tepi. Selain tu, kalau kita nak buat rossettes atau shells, kita guna nozzle ni laaa...Ok, kat bawah ni, gambar START TERBUKA


(nampak aaak bentuk bintang yang terbuka (orang KEDAH kata  ternganga atau orang Negeri Sembilan kata TELOPONGG...HEHHEHE)

Dan ni la antara bentuk-bentuk hiasan yang kita bleh buat ngan nozzle BINTANG TERNGANGA/TELOPONGGG



Yang tertutup plak macam ni....:
haaa....nampak dak...tertutup malu jerrr bintang ni...

Ni hasil-hasil yang bleh kita buat guna bintang tertutup ....coraknya lebih kurang jer kann...tapi lebih halus.
TAPI KANNNNNN........kalau u alll masuk kelas hiasan kek saya...dengan mengunakan hanya SATU JENIS NOZZLE CLOSED STAR (saya ulang SATU JENIS....closed star sahaja), u all bleh buat macam-mcam border macam kat bawah ni.... (betoi, saya tak tipu.....hehehhe). Border-border ni cantik terutamannya kat kek-kek kawen....



Nozzle yang ketiga - kelopak bunga atau orang putih panggil PETAL. Nozzle ni memang kegemaran ramai laa sebab kita boleh buat macam-macam jenih bunga guna nozzle ni terutamanya rose laaa. Selain itu nozzle juga kita guna untuk buat scallops (orang kampung panggil ropol-ropol), ruffles (errr...orang kampung panggil apaaa aaa....) dan juga ribbons.



Ni haa nozzle PETAL dan hasil-hasil yang boleh kita buat selain bunga rose macam kat cupcake kat bawah ni



 
OK, yang keempat ialah macam ni...ada gigi...tak tau nak panggil apa dalam bahasa melayu tapi omputih kata BASKET WAVE. Rupanya macam ni...

Ni contoh nozzle basket wave dan hasilnya. Selalu kita boleh buat guna nozzle ni untuk buat corak basket kat kek.

Yang kelima plak ialah nozzle daun. Nozzle ni penting ada selain yang PETAL tadi...Ya laaa...kalau dah buat bunga mesti ada daun kan...Tapi selain daripada daun...kegunaan nozzle daun ni sbenarnya pelabgai. Kita boleh buat ropol-ropol dan hiasan border mcm contoh kat bawah ni....


Contoh hasil dan nozzle daun....

Ni la saja sedikit sebanyak ilmu yang bleh kita kongsi bersama....Kalau nak blajar cara memicit...jom aaa joint kelas saya. Nanti yeaaa, saya buat jadual...harap bersabar....

May 3, 2010

STEP BY STEP STACK CAKE

Salam dan aloo untuk semua... ni saya tunjukkan step by step cara buat stack cake guna teknik steamed buttercream. Pelajaran hari ni sangat sesuai untuk mereka-mereka yang dah blajar steamed buttercream ngan saya sebelum ni....

Mola-mola...buat kek macam biasa la. Terserah la nak pakai kek apa pongg.....Tapi saiz kek kena beza antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Contohnya yang paling bawah saiznya 14 inci, yang kedua, 12'' atau 10'' (bergantung pada hiasan yang kita nak buat), pastu yang paling atas bleh pakai  10'' atau 8''.

Ok, untuk kek paling bawah sekali, board yang kita kena pakai kenalah sekurang-kurangnya 2 inci lebih besar daripada kek. So, katakan kalau kek kita tu besaunya 14 inci, kena lah pakai board 16 inci. Nanti senang nak boh dalam kotak dan nak hias dengan berbagai-bagai hiasan.

Untuk kek kedua plak kena pakai board yang lebih kecik (saya ulang...lebih kechik....hehhehe - takut u all ingat saya silap....) Contohnyanya kalau saiz kek 12, kena board 10 ker, atau 8 pun bleh...
Masa nak boh steam buttercream tu, letak kek ni atas spatula besar supaya nanti kita senang nak angkat n letak atas kek lain..

So, kek yang ketiga (yang paling kecik) pun sama...kena board yang lebih kecik dari saiz kek.

Pastu tu kita cover ngan steamedbuttercream setiap satu, secara berasingan...

Bila dah siap cover setiap satu tu....kalau bleh cepat-cepat sebelum krim membeku, kita kena cucukkan tiang  supaya kek yang kita letak atas dia tenggelam masuk dalam kek lain.

Selalunya saya pakai straw besar (yang kita guna untuk makan cendol tu...). Kalau kek tu berat sangat, saya selalu boh lidi satay dua atau tiga batang untuk menampung berat kek diatasnya. Kalau kek ringan macam kek sponge yang saya guna dalam kelas tu, tak yah la boh lidi. Boh straw saja macam ni...


Potong straw sama paras ngan permukaan kek. Kalau ke dalam sket pun tak pa...Jangan biar tertonjol kat atas kek tu. Takut nanti bila tak kek kedua tak stabil...Bilangan straw yang nak dicucuk tu agak-agak la besar board yang akan diletakkan diatas kek tu. Kiranya nanti board stack yang kedua tu akan berada di atas straw tu....so, kek kedua tak akan tenggelam atas kek yang pertama tu....(errrr....paham tak ni....? ..tak paham, angkat tangan....)


Pastu letak lah kek yang kedua. Macam ni...Kalau kek ringan, u all bleh la angkat ngan tangan macam Lea buat ni. Tapi kalau kek berat, kena angkat ngan spatula besar secara berhati-hati... Jangan bimbang kalau krim kat tepi-tepi tu tak kemas sebab kita akan tutup ngan hiasan boarder yang u all blajar ngan saya...(ingat lagi tak....?hehhehe)


Straw yang satu yang u all nampak tu pun untuk support kek yang diatasnya...Memandangkan kek yang paling atas tu ringan (sebab kek sponge saja), Lea pakai satu jerr...Tapi kalau kek coklat, jangan buat lawak pakai satu yeaa....pakai sekurang-kurangnya 3 batang...
So, ni dah selesai boh tiga stack...So, sekarang masa untuk menghias dan menutup segala kecacatan yang kelihatan....

Terima kasih kepada model saya - Lea (hehehe) sebelum ni tak bleh nak ambik gambar sebab saya sorang-sorang kat kedai. Tak reti saya nak ambik gambar sambil stackkan kek....mau tunggang terbalik kek saya...hehehe...

Ok, ni kek kawen 3 tingkat yang saya buat kat Kak Pah kelmarin. Tq Kak Pah...

Dec 19, 2009

CARA BUAT SPAGHETTI SEMPOI...

Salam dan aloo untuk semua...ni, sajer nak share sket cara saya buat spagethi sempoi. Semalam tanya husband, nak makan nasik tak...? ``I nak makan, tapi kalau tak nak nasik bleh tak...''. Sbenarnya jawapan-jawapan macam ni selalu saya dapat dari husband saya ni. So, kena la pikir benda apa yang lain daripada nasik tu. Sebab tu lah kat rumah saya ni selalu siap sedia ngan bahan-bahan mentah untuk menghadapi situasi yang macam ni...(ehheheh).

So, semalam saya ambik keputusan untuk buat spaghetti jer.. Bagi yang jarang atau tak biasa buat spaghetti ni, sebenarnya, sonang jerr cara nak buatnya. Memang la ada resepi khusus untuk buat sos dia tu. Tapi memandangkan ni dalam keadaan darurat, saya boh apa yang ada saja. Yang penting sos spagethi ni kena banyak tomato dan sos dia masam-masam manis sket. Tapi bagi yang nak sesuaikan dengan selera perut kita yang suka makan pedas, bleh la boh cili boh saja. Saya lebih suka sos yang masam n rasa banyak tomato.

Saya slalu pakai tomato cincang dalam tin. Lebih senang nak simpan yang dalam tin ni daripada beli yang biji tu. Sebabnya kadang-kadang tak pakai, busuk macam tu jerr...So, tomato cincang ni memang selalu ada kat rumah saya.. Selain tu, spagethi, tomato puree n rempah spagethi bolognese pun memang dok ada dalam peti sejuk tu. Antara benda-benda tadi, yang wajib ada rempah spagethi bolognese la. Kalau tak dak, tak rasa sos spagethi. Kalau tak jumpa rempah ni, pakai jer rempah Mix Spices ker, pizza spices kerr.. (ni ada jual kat kedai-kedai yang jual baking products) Tomato tu, bleh cincang/ramas tomato biji yang ada saja. Lagi banyak lagi best. Kalau tak masam, bleh tambah tomato sos.

Rempah spagethi bolognese ni bleh beli kat supermarket. Saya selalu beli barang kat Tesco. P kat bahagian yang jual pasta. Kat situ semua ada - termasuklah sos-sos tomato, tomato cincang, tomato puree. Sos spagethi yang dah siap pun ada. Tapi tak yah lah beli yang siap tu...mahal. Kita bleh buat sendiri. Senang jerr...

O.k, bahan utama yang saya guna untuk spagethi sempoi saya ialah seperti di bawah ni laa...



Yang depan tu spaghetti (beli jer cap apa yang anda suka).
Kiri sekali tu tomato puree (tak dak pun tak pa...pakai jer tomato sos),sbelah dia rempah spaghetti , kanan skali tu tomato cincang (kalau tak dak pakai tomato biji yang masak). Ramas/cincang kasar.

Cara buat:

i. Tumis bawang besar (potong dadu) - pakai yang sederhana besar. Potong dadu. (Sbenarnya bleh pakai bawang putih. Tapi bawang putih saya habih...so, pakai apa yang ada jerrr...)
ii. Bila dah layu sket, masukkan 3 sudu besar rempah spaghetti tu. Kacau sampai naik bau
iii. Masukkan daging apa yang kita nak (saya pakai daging burger jer - sebab daging cincang tak dak..Kalau pakai daging burger, hancur-hancur kan sket ngan garfu. Tapi daging burger ni tak seberapa sedap berbanding daging cincang. Tapi...bleh laaa daripada tak dak ....)
iv. Pastu masukkan tomato cincang tin (saya pakai semua), tomato puree (1/2 tin), Sos tomato (dalam 2 sudu besar), sos cili (dalam 3 sudu besar), sos tiram (2 sudu besar - tak dak pun tak pa), garam n gula secukup rasa (kena ada rasa masam-masam manis) Kalau ada tomato biji, bleh gak potong dadu. Nak bagi kaw lagi....
iv. Boh air sket kalau kering sangat. Tapi jangan banyak sebab sos ni kena pekat baru best.
Dah siap.....n bleh dituang atas spaghetti. (cara nak masa spagethi ni - rebus dalam air yang diboh minyak sket sampai lembut - toskan, pastu tu tuang minyak sket (dalam 2 sudu besar) - tak nak bagi spaghetti tu melekat)
Masa nak makan tu, kalau nak bagi kaw n sedap lagi (dan untuk menambahkan lagi kecomelan rupa dan bentuk badan (hehehhe), percik la cheese....fuuhhhhhh...memang sodap....)




Spaghetti sempoi. Yang kat belakang tu, cheese serbuk...kasi percik atas itu spaghetti, baru kaw...!!!


Dec 3, 2009

STEP BY STEP - CHOCOLATE INDULGENCE

Salam dan aloo untuk semua...hari ni jom tengok macam mana saya buat kek chocolate indulgence. Kek ni sebenarnya untuk girlfriend adik saya - Dayah...Dia sms malam kemarin kata nak kek chocolate ni. Dia teringin lepas tengok gambar kat blog saya ni...So, alang-alang dah buat kek  ni, saya tunjukkan kat u all cara`memasang' kek chocolate indulgence ni.....Tapi untuk resepi penuh, kena masuk kelas saya la...hhehehe.. Kelas 3 jenis kek coklat popular (termasuk kek ni, american choc dan chocolate fudge)  akan diadakan pada 26 Disember (Sabtu) - 11 sampai 3 ptang. Harga RM80. Tak rugi masuk kelas ni...ni himpunan kek-kek chocolate terbest saya....semuanya moist...

O.k mola-mola, buat kek chocolate dulu


Dah masuk dalam acuan, bakar dan hasilnya macam kat bawah ni...


Satu adunan kek ni dapat 2 biji kek acuan saiz 7 inci. Sejukkan dulu kek ni sebelum potong 3 macam ni...


Alat macam hanger ni ialah  pemotong kek. Guna alat ni senang sebab kita akan dapat permukaan kek yang sama rata. Sapa yang dah masuk kelas ni mesti tau macam mana nak guna alat ni...senang sangat...
So, potong kepada 3 macam kat bawah ni..


Pastu tu, kita buat chocolate ganache macam kat bawah ni...


Bahagi 2 ganache ni. 1st part guna untuk siram atas kek, satu lagi guna untuk boh dalam fresh cream yang dipukul sampai soft peak (dalam kelas nanti, saya akan ajar macam mana nak tengok cream yang dipukul tu soft peak atau tidak....)
(Errrr..lupa plak nak ambik gambar fresh cream yang dah dicampur dengan chocolate ganache)
Ok, pas dah siap krim tu, mula melapis kek yang dah dipotong tadi. Untuk kek ni tak perlu tension-tension untuk buat bagi licin. Yang penting kemas sebab nanti kita akan siram dengan chocolate ganche yang 2nd part tu..




Pastu lapislah sampai habih yea...



Lepas lapis ketiga-tiga ni, kat luar pun kena sapu gak...(sapu semua yeaa - macam kat bawah ni...)





Step seterusnya, boh dalam peti sejuk jap biar beku dulu sebelum disiram ngan chocolate ganache


Boh dalam peti sejuk jap

Bila dah sejuk, keluarkan dan siram ngan chocolate ganache macam ni...:





Siap...

Pas ni, biar set dalam peti sejuk jap. Last, hias lah ikut macam mana yang kita nak. Masa Dayah sms saya kemarin, dia cuma cakap nak kek ni, tapi pastu adik lelaki saya cakap sambil sengih-sengih n garu kepala ``errr....kak ina, Daya kata kalau boleh, nak chocolate lebih...''So, saya pun parut la chocolate tak kat tepi kek ni macam ni...




Kek ni kalau dah dipotong, akan nampak macam ni...
 
Emmmmm....sedapnyaa..Moist, lemak, berkrim....

Ok, sapa nak blajar, bleh daftar ngan saya...memang tak rugiiiii....(ehhehe, iklan jap...)