Feb 28, 2012

Student DIY 29 Feb tolong sms/call saya ASAP....


Asskum dan alooo ...... Pengumuman, pengumuman, pengumumannnnnnn....Mintak tolong student DIY 29 Feb (Rabu) tolong sms/call saya segera. Saya terdelete entry. Tak ingat sapa dan apa yang dia nak ambik kelas DIY Rabu ni....

Tq

Zalina

Feb 25, 2012

Kelas-kelas yang menanti anda April iniiiii....

Asskum dan alooo untuk semua.... Insyallah kalau tak ada aral melintang bulan April ni saya nak buat kelas biskut raya. Tapi ni semua biskut raya dulu-dulu. Atau senang citer ni biskut raya back to basic lerrrr. Dalam modul ni semua biskut raya yang saya akan ajar memang yang lama-lama. Zaman mak-mak kita dulu, tapi still evergreen.

Idea untuk buat kelas biskut raya dulu-dulu ni hasil pengalaman lepas-lepas masa saya dok buat biskut raya. Tiap-tiap tahun, saya akan buat beberapa jenis biskut raya - lama dan baru. Tapi selalunya daripada 10 jenis biskut raya tu, 3 jenis saya akan buat biskut lama la mcam makmur, samperit dan tart. Dan seperti biasa ketiga-tiga jenis biskut raya nilah yang akan habis dulu. Biskut-biskut baru ni...hmmmmmm...kekadang tu hapak macam tu jer...So, tahun ni cita-cita saya (ahaksss..) nak buat semua biskut lama-lama ni. Tapi berapa jenis tu tak sure lagi. Bergantung pada kerajinan....

Ok, sapa yang berminat nak buat biskut lama-lama ni bleh join kelas ni. Tarikh belum confirm lagi tapi insyallah bulan April. Dalam seminggu dua lagi saya bagi jadual penuh untuk bulan April. Sebabnya saya tengah tunggu confirmation daripada pensyarah-pensyarah jemputan saya untuk kelas bulan April. Bulan April ni saya banyak jemput cikgu-cikgu dari luar. Antaranya ialah Azie JB yang akan ajar kek lapis dia yang malatop tu, Ratu Biskut Raya Moden - Kak Ita Delights (biskut raya terbaru), Puan Mirawati yang famous ngan tart buah dia yang chumel-chumel tuuu.

Dan insyallah, saya juga akan menjemput pakar roti dari Indonesia - Pak Agus untuk kelas roti, bun dan donut selama dua hari di bakery saya.

Jadual lengkap - tarikh dan yuran akan dimaklumkan tak lama lagi. Tengah tunggu green light daripada sifu-sifu ni....Insyallahhh...

Kelas Biskut Raya Dholu-Dholuuu....


Kelas Tart Puan Mirawati



Kelas biskut Kak Ita Delights


Kelas Roti Pak Agus

Kelas Demo 3 Jenis Mousse Cake

Asskm dan alooo untuk semua...Hari ni saya demo 3 jenis mousse cake - Strawberry Mousse, Chocolate Mousse n German Black Forest. Strawberry n Chocolate Mousse menggunakan mousse yang sebenar - kena buat creme anglaise manakala yang German Black Foreset plak guna teknik buat mousse ekspress.

Ni kira kelas demo last saya buat untuk modul ni sebab dah banyak kali buat. So pas ni saya tak repeat lagi. Kalau nak blajar kena ambik DIY. Alhamdulillah 11 orang join kelas last ni - Shakinah, Roshayati, Nooraini, Saradiah, Noorlie, Norazreena, SIti Norlaila, Masitah, Haniza, Julia n Marhaini.







Untuk semua yang hadir - Tqvm....selamat menchobaaaa...

Feb 24, 2012

DIY ngan Adamiah, Su n Lin n kek baru

Asskm dan aloo untuk semua...Hari ni berDIY ngan Adamiah. Adamiah book 3 kelas DIY ngan saya. Plan dia nak datang blajar tiap-tiap bulan. Ada dua lagi kelas pas ni. Tapi tak nak blajar banyak skali gus. Skali datang dua jer. Takut pening....Selain Adamiah, ada dua lagi member menyelit - Cik Mek Su n Lin.

Hari ni dia  orang blajar dua kek. Patutnya dia blajar Kek Indulgence versi saya tu dan satu lagi Italian Rainbow. Tapi sajerr jer saya offer dia orang nak tak blajar kek Indulgence yang rupanya lebih kurang macam SR tu...(tapi lagi sedap lerrr sebab saya pakai kek chocolate moist - bukan kek sponge coklat...hehhhe- sorry yeaa, ni kes masuk lift tekan sendiri...ahaksss). Sebabnya saya ada resepi ni. Belum cuba. So, ni first try saya la.

Dia orang cakap ok. Alhamdulillah...tak perlulah saya buat xperiment lagi. Alhamdulillah menjadi ngan cantik n wallllaaaa sedapnya. ``Lagi sedap dari SR la kak,'' kata Adamiah. Sue n Lin pun cakap sedap ya amattt...(ni depa cakap, bukan saya cakap aaaa...hehhhe). Ok, ni lah gambor kek tuh yang saya namakan DOUBLE I CHOCOLATE CAKE (atau nama penuhnya double indulgence chocolate cake)

Pendatang baru - DOUBLE I CHOCOLATE CAKE

Italian Rainbow

Kek Italian Rainbow yang bunga-bunga kat blakang tu Adamiah punya. Dah ada orang chupppp...siap hias ngan bunga

Adamiah (kiri) n Lin. Gambar Cik Mek Su tak bleh dipaparkan atas faktor-faktor keselamatan dalam negeri....

DIY ngan Maz (Ampangan) n Rinie (tokey kadkahwin.com)

Asskm dan alooo untuk semuaaa...Satu permintaan lawak dari Maz sebelum saya start class hari neh - ``Cikgu, jangan la garang yea....''

Saya jawab: ``Eh... saya mesti garang. Tu sifat semulajadi saya. Kalau garang baru orang ingat apa yang blajar,'' hehehhe.

Apa raaa budak-budak ni,ntah dari mana dia orang dengar citer saya garang. Mana adaaaa..garang-garang sayang ada lerrr.

Sebelum balik, saya tanya dia orang berdua..``serik tak 'blajar ngan saya....?'' Dia orang cakap tak. Nak datang lagi ada lerrrr...kan saya cakap, saya tak garang. Garang sket-sket jerrrr. Bukannya perrr... nak bagi paham. Kalau saya garang, tak kan laaaaa student-student lain repeat class saya....kannn...? (hehehhe....chobaan mempertahankan diri daripada gosip-gosip liar...ahaksss).

Tapi syok gak mengulas bab gosip-gosip liar mengenai saya neh. Rasa macam artis plak. Macam macam saya dengar. Selain kata saya garang  (yang ternyata BETUL..heheh), saya juga digosipkan ngan hero Ombak Rindu -  Aron Aziz, eh, eh, silap, silap..(ahaksss).

Silap-silap...saya digosipkan kononya saya tak bagi student yang dah masuk kelas saya buat kelas tempat lain. Macam kentut jerr kan gosip tuh...Saya ni dalam kelas siap bagi tau lagi macam mana nak buat preparation kalau buat kelas. Dah tu, bukan u all tak penah baca blog saya. Siap bagi nombor student lagi kalau ada yang tak bleh datang kelas saya, bleh blajar ngan student tuh...

So di kesempatan ini.. (mcam tulisan di kad raya zaman sekolah...ahaksss) sapa-sapa yang terdengar gosip liar tu, ni saya nak bagi tau...saya tak penah larang student saya buat kelas. Sila la buat kelas di tempat masing-masing sebab bukan semua student yang jauh-jauh ada peluang datang Somban neh.

Tapiiiii...(ahaaaaa...ada tapi dia)...tolong la bagi resepi asal. Jangan la ubah .Apa yang saya bagi ajar la benda sama, tapi kalau nak bagi tipss lebih, silakan. Mungkin u all ada tips yang lagi hebat. Saya pun bukannya pandai sangat. Dalam proses belajar gak.

 TAPIII...(tapii lagiii..)...kalau pun nak ubah, saya tak kisah, ubah laaaaa...TAPIIII (tapi lagiii....tapi kali ke3 yeaaa), sila la ubah nama kek. Jangan la boh nama sama ngan kek yang saya bagi nama. Saya tak kechik ati langsung. Buat laaaa. Sebabnya student konpius...Kata Russian Black n White, tapi pakai kek sponge chocolate, pas tu cream pakai fresh cream coklat n putih jerrr. Design jer sama, rasa jauh panggang dari ayam....

Kata Italian Rainbow, tapi pakai kek sponge, pastu boh colour-colour, pakai buttercream. Boh lerrr nama lain - Tak betul la macam tu kannnn..? Cari nama lain aaaa.- ni saya nak bagi idea - SCOTLAND GLOW kerrr ataupun BOMBAY SAREE kerrr..(ahakksss)

 Saya tak kisah pun nak tiru design saya. Tiru lerrrr. Apa nak buat, dah orang nak tiru. Internet ada. Click jerrr, dah bleh tengok design kek orang. Lagi pun bukan saya daftar design kek saya tu under Hak Cipta Terpilihara ponggg..Tapi tu la saya kata...tukar aaa nama lain.

 Kalau tak nak tukar, ajar lerrr resepi betul yang saya bagi dalam kelas. Tak best aaa main agak-agak. Sian kat student yang datang belajar. Dia orang keluar duit, masa, tenaga nak datang belajar. Nak guna untuk jadi modal untuk tambah pendapatan keluarga. Sian kan....? So, saya rayu la skali lagi...student-student saya kalau nak ajar, ajar semua. Jangan ada yang sorok. Kalau yang tak berapa confident blajar ngan orang lain, senang jerrr...datang terus blajar ngan saya.Habih citer..kan...?

Ok, sorry yea...melalut sat. Ok, ni gambar class hari ni. Maz ngan Rinie tokey kadkahwin.com. Dia orang belajar Russian BW, Snowy Peach, American Chocolate, Pavlova dan kek buat kukus.




Rinie (kiri) n Maz tengah berpeluh-peluh siapkan item terakhir - Pavlova





Feb 23, 2012

Student cancel class, saya gatai tangan....

Asskm dan aloo untuk semua...semalam (Rabu) patutnya saya berDIY ngan Hanim. Tapi Hanim terpaksa cancel kelas dia sebab kena panggil balik ke office. Sian Hanim - orang yang patutnya ganti dia ada problem keta rosak plak. So kata Hanim ngan slipar dia kena gi office. Dia sms kata mungkin lambat. Bila saya tanya `selambat' mana, Hanim kata tak sure. So, saya cakap, klu mcm tu kena postponed sebab tak tau bila bleh sampai. Hanim plak nak blajar banyak gak. Dah dapat satu date baru 6 Mac ni sebab Najah tak jadi datang.

So semalam kiranya tak dak kelas. Saya gi gak bakery. Biasa lah bila dah ada kat bakery, tangan mula gatai nak try buat buat kek baru yang sebelum ni memang berlegar-legar dalam kepala otak neh....So, terhasilkan kek ni...namanya belum daftar lagi. Buat sementara ni saya pakai My Deep Purple.



My Deep Purple - Brown Sugar Chiffon Cake layered with Blueberry & White Chocolate Mousse

DIY ngan Rani bakedecorate2U.com

Asskm dan alooo untuk semua...Kelmarin saya berDIY ngan Rani Changlun - tokey bakedecorate2U.com. Sebelum ni Rani dah penah berDIY ngan saya. Tapi masa tu dia menyelit ngan kawan labu dia - Aimi. Ingat crita Labu & Labi...hehheheh. Lama punya crita tu. Tapi teringat gak kat Aimi. Rasanya dia pencen sat kot dari baking. Mesti pencen kumpul power ni. Pas pencen jap ni mesti jadi lagi powerrrr...

Rani hari fokus kat pastry n roti. Dia ambik package sweet bun n puff pastry - chicken pie, portugese egg tart n sardine puff. Satu lagi Rani mintak saya ajaq dia brownies super power antara 4 brownies yang saya baru introduce minggu lepas - Crunchy Salted Caramel Brownies.

touchup bun sebelum masuk oven

jeguk dalam oven...tak masak lagi...

Dah masak....

Ambik gambaq

Chicken Pie

Sardine puff

Portugese egg tart....favourite saya neh...kalau tak kenangkan badan yang semakin comel ni, 5 biji skali makan pun bleh....

Crunchy Salted Caramel brownies...ni pun favourite terbaru....(banyak sangat favouritenyerrrrr...sabor jer lahhh)

Feb 18, 2012

Modul baru Brownies Premium - kelas pengenalan

Asskm dan alooo untuk semua....Alhamdulillah, hari ni saya melancarkan (cheewwwwahhh..! lancar konon...hehe) satu lagi modul baru dalam siri kelas demo saya - Brownies Premium. Ada 4 brownies best-best yang mampu menggugat jiwa raga (ahaksss) - Rich Chocolate Fudgy Brownie, Crunchy Salted Caramel (resepi esklusif Bzee Bakery), Chocolate Coffee Fluff Brownie dan Cream Cheese Brownie.


Dalam kelas ni saya tunjukkan cara buat dua jenis brownie iaitu fudgy type (Rich Chocolate n Crunchy Salted Caramel)  dan cakey tpye (Chocolate coffee fluff n cream cheese). 


Tq yea untuk semua 21 student lama dan baru yang sudi join.

Shakinah, Fazdina, Bihah, Zety, Rusita, Farah, Kak Yam Singapore, Salamah, Lina, Nurul Izwati, Zaharah, Nora Macaron, Rozie, Munawwarah, Su, Nooraini, Cikgu Su, Mimi , Norish, Norlie n Kak Nora Lavender...

Crunchy Salted Caramel Brownie - resepi esklusif Bzee Bakery

Chocolate Coffee Fluff Brownie

Cream Cheese Brownie

Rich Chocolate Fudgy Brownie









 
Shakinah memperagakan brownie-brownie yang diwak balik student...




 Tq untuk semua...luv u all....