May 30, 2011

JADUAL KELAS SETIAP SABTU SEPANJANG JULAI 2011

Salam dan aloo untuk semua 

Sepanjang Julai ni saya akan  tumpukan pada semua kelas-kelas yang mendapat permintaan yang paling banyak untuk kelas DIY.

SEMUA kelas diadakan secara demo.
Ada yang tanya saya apa tu kelas demo:
i. saya akan tunjukkan cara buat dari awal sampai habis. Anda anda lihat saja.
ii.kelas akan melibatkan penyertaan minimum 4 orang pelajar dan maksimum 25 orang pelajar
iii. setiap pelajar akan berkongsi bawak balik produk yang dipelajari
iv. dan semestinya saya akan bagi resepi...(sebab ada yang tanya saya, dapat resepi tak....mestilah dapat...tak kan tengok jerrr...hehhe)

PERHATIAN: Sila buat pengesahan dan bayaran deposit HANYA pada minggu sesuatu kelas diadakan.

CONTOH: Kalau kelas Sabtu 2 Julai, anda boleh mula buat pengesahan dengan membayar deposit bermula Isnin, 27 Jun sampai last day Jumaat 1 Julai.

Minta kerjasama anda supaya tidak membuat pengesahan awal daripada minggu berkenaan untuk mengelakkan kekeliruan dengan kelas-kelas lain. Kerjasama anda sangat-sangat dihargai.

creampuff
.


KELAS: CREAM PUFF N ECLAIRS

TARIKH: 2 Julai 2011

MASA: 11 pagi - 4 petang


HARGA: RM80


DEPOSIT: RM40

  1. Jom belajar rahsia buat cream puff yang menjadi antara trademark kepada Bzeebakery. Dah ramai ramai buat duit dengan menjual creampuff n eclairs resepi Bzeebakery. Senang crita - bleh jadi ibu duit...hehehhe
  2. Cara membuat custard cream yang sedap, lemak dan berkrim. Testimoni student - cream custard cream puff Bzeebakery memang sedap dan tak sama dengan apa yang dia orang penah blajar sebelum ni.
  3. Anda juga akan belajar cara buat eclairs -yang confirm budak-budak akan suka
  4. Cara menentukan harga untuk jualan terutama untuk creampuff tu sebab ramai yang suka order untuk kenduri kendara
  5. Cara packaging
Kalau berminat nak joint, ikut langkah mudah nih:

i. Bank in deposit RM40 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 1 JULAI.


(DEPOSIT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN hanya boleh dibuat mulai Isnin 27 Jun)

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS CREAM PUFF 2 JULAI  . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

 ---------------------------------------------------------------------------

KELAS :  KEK CONTINENTAL POPULAR BZEE BAKERY (MODUL 1)

i. Chocolate Indulgence
ii. Carrot Walnut With Cream Cheese
iii. Italian Rainbow
iv. Opera

Chocolate Indulgence

Carrot Walnut With Cream Cheese

Italian Rainbow With Italian Buttercream

Opera
TARIKH: SABTU, 9 JULAI 2011


MASA: 11 PAGI - 4 PETANG


YURAN: RM 180

DEPOSIT: RM100

1. Pelajari cara buat kek chocolate indulgence yang superb YUMMMYYY...
Pelbagai petua dan tips menarik bagaimana mendapatkan hasil ganache yang licin dan berkilat
2. Kek Carrot walnut yang lain dari lain
3.  Italian Rainbow cake yang menjadi kegilaan bakers sekarang
4. Opera - kek ekslusif yang kaya dengan rasa coklat dan coffee. Apa itu Jaconde sponge dan belajar cara paling mudah dan tak pening kepala cara nak buat Jaconde sponge.

Kalau berminat nak joint, ikut langkah mudah nih:

i. Bank in deposit RM80ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 8 JULAI.


(DEPOSIT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN hanya boleh dibuat mulai Isnin 4 Julai)


ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK 9 JULAI  . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)
 ---------------------------------------------------------------------------------------

KELAS: KEK CONTINENTAL POPULAR BZEE BAKERY (MODUL 2)
Red Velvet

Russian Black n White

Snowy Peach Custard Cream Cake

Tiramisu

i. RED VELVET
ii. RUSSIAN BLACK N WHITE
iii. SNOWY PEACH CUSTARD CREAM CAKE
iv. TIRAMISU



TARIKH:  16 JULAI 2011
MASA: 11 Pagi - 4 petang
YURAN: RM180
DEPOSIT: RM80

1. Pelajari resepi ekskusif Bzee Bakery untuk menghasilkan kek paling hot masa kini - RED VELVET yang super moist dan creamcheese topping yang lain dari lain....(ada yang tanya saya....resepi Redvelvet ni sama ngan yang kat Internet kerrr....errrr...sorryyyyyyy....saya tak ciplak resepi internet yeaaa..hehehhe)
2. Kek Russian Black n White - belajar macam mana nak hasilkan kek yang berkotak-kotak nih...
3. Snowy Custard Cream Cake - ramai yang cair iman dan melupakan diet, kolestrol, kencing manis dan lain-lain lagi sebab nak makan kek ni...hhehehhe. Antara kek yang mendapat 4 1/2 bintang daripada student dan client
4. .Tiramisu - sapa yang tak suka rasa mascarpone cheese n coffee yang lemak berkrim. Belajar cara mudah dan tak memeningkan kepala buat Tiramisu ..

Kalau berminat nak joint, ikut langkah mudah nih:

i. Bank in deposit RM80ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 15 JULAI.


(DEPOSIT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN hanya boleh dibuat mulai Isnin 11 Julai)


ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK  16 JULAI . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)
 _____________________________________________________

 KELAS: KEK CONTINENTAL POPULAR BZEE BAKERY (MODUL 3)


German Blackforest

Strawberry Mousse

Chocolate Mousse

American Chocolate

i. German Blackforest
ii. Strawberry Mousse cake
iii. Chocoalate Mousse cake
iv. American Chocolate Cake




TARIKH: SABTU 23 JULAI 2011
MASA: 11 PAGI - 4 PETANG
YURAN: RM180
DEPSOSIT: RM80


1. Dalam package kali ni anda akan belajar buat mousse cara senang (German Blackforest) dan cara  buat mousse yang sebenar menggunakan asas `cream anglaise' bagi menghasilkan mousse yang rasa macam aiskrim.
2. Juga pelajari resepi kek chocoalate yang sangat-sangat rich - American chocolate.

Kalau berminat nak joint, ikut langkah mudah nih:
i. Bank in deposit RM80ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 22 JULAI.


(DEPOSIT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN hanya boleh dibuat mulai Isnin 18 Julai)


ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK  23 JULAI  . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)
 ___________________________________________


KELAS ADVANCE CHEESECAKE  BZEE BAKERY



 Tarikh: 30 JULAI 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
 Kelas: Advanced Cheesecake
- Double Chocolate Cheesecake, BlackForest Cheesecake dan Japanese Cotton Cheesecake
Harga: RM150
Deposit: RM50




 Japanese cotton cheesecake
Blackforest Cheesecake

Double Chocolate Cheesecake


  1. Pelajara cara buat 3 jenis cheesecake yang sangat YUM, YUMMMM....- cotton cheesecake yang gebu dan halus teksturnya, Blackforest cheesecake lemak dan masam-masam manis dengan rasa buah black cherry dan double chocolate cheesecake yang lemak dan kaya dengan rasaa chocolate.
  2. Juga pelajari cara membuat traditional base cheesecake yang ranggup dan sedap. 
  3. Pelbagai tips penting membuat cheesecake yang cantik dan insyallah gerenti menjadi
Kalau berminat nak joint, ikut langkah mudah nih:
i. Bank in deposit RM50ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 29 JULAI.


(DEPOSIT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN hanya boleh dibuat mulai Isnin 25 Julai)


ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS CHEESECAKE 30 JULAI . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

PERHATIAN: 
1. SEMUA KELAS TERTAKLUK KEPADA PERUBAHA

2. KELAS HANYA AKAN DIADAKAN JIKA CUKUP MINIMUM 4 PELAJAR



May 28, 2011

Kelas Macaron yang happeninggggg...

Salam dan alooo untuk semua.....Best sangat kelas macaron ngan Nora Rashid hari ni. Riuh rendah n masing-masing happy. Kak Ana, orang kampung saya banyak  buat riuh. Biasa laaa jumpa saya - apa lagi speaking utara kaw-kaw laaa...

Mereka yang joint kelas sulung Nora hari ni - Kak Asmah n adik dia Kak Yati, Kak Ana, Amalina, Liyana, Sue dari Singapore dan Salina dari Penang

Tapi sebenarnya yang paling best sekali, dapat semua tips-tips penting untuk menghasilkan macaron yang cantik dan perfect. Selain tu, Nora juga ajar cara buat costing n siap bagi tau student brapa sebenarnya kos sebiji macaron....fuuuuuhhhhhh...untung banyakkkkkkkkkk.....hehehe

Nora ajar cara buat macaron guna dua teknik - French dan Italian. Hari ni Nora buat tiga perasa - Chocolate, Strawberry n Blueberry berasama filing yang best n nyum-nyum.

Lagi satu yang best, pas siap isi filling, Nora ajar cara packaging plak. Macam-macam idea packaging macaron termasuk untuk hantaran dan juga macaron bouquet. Pendek crita, rugilah sapa tak joint kelas hari nih...hhehhhehe

Ok jom kita tengok gambar-gambar sepanjang kelas hari ni

Nora tengah tunjuk cara buat macaron guna teknik Italian

Cara paip yang betul

Salina tengah try skill - errrr...Kak Ana kat sebelah tu tengah tahan gerammmm....geram n tak sabaq-sabaq nak buat..heheh

Sue dari Singapore tengah practice

Itu diaaaaa...Kak Ana...merebut peluang keemasan cuba memaip macaron

Kak Ana merampas kuasa ...hehhehe..dia cuba buat sendiri chocolate macaron

Liyana

Nora tengah ajar Kak Yati buang angin...hehhee

Macaron yang cantik n comei..


Ni lagi....sweeeetttt kan colour dia...

 salah satu packging

Untuk hantarann...

Chocolate Macaron Bouquet untuk hantaran....
Untuk semua student, tengkiu kerana sudi joint kelas yang best hari ni. Jangan lupa buat  no...kena practice

May 27, 2011

DIY ngan Kakak n Adik

Salam dan alooo untuk semua...Kak Asmah n adik dia Kak Yati antara student tetap saya. Kalau tak dak kenduri kerr atau hal-hal lain, dia mesti joint kelas weekend saya setiap Sabtu tu - tengkiu kak sebab bagi sokongan kat saya.

Kelas DIY semalam dia orang dua beradik ni ambik advance cupcake deco - steamed butercream dan fondant. Suka tengok dia orang dua beradik ni. Dah laaa sama saiz -( sama-sama saiz S). Hari ni plak dua-dua datang  ngan baju merah n seluar hitam.

Kak Asmah kata tak janji pun nak pakai sama colour. Dah jumpa kat keta baru sedar...hehhehe...tu lah yang dikatakan sehati sejiwa kan...? Tapi yang paling saya sejuk hati ngan dua beradik ni bila dia orang bercakap antara satu sama lain. Kak Asmah still panggil Kak Yati `adik' - ``Dik, tolong ambikkan, dik, tolong tulis...,'' Dia orang ni sure ngam gila punya kan..?. Mana taknya, dia orang duduk sebelah menyebelah. Kak Asmah crita tiap-tiap hari dia orang akan masak sama-sama. Selalu kat rumah Kak Asmah.

Kak Yati pun sajer jer pencen awal sebab nak temankan kakak dia yang dah pencen. Sejuknya hati dengar hubungan dia orang ni kan.....?

Hari ni, macam biasa lah, kalau kelas DIY, dia orang buat semua. Dia orang bake dulu cupcake vanila dan kemudian hias ngan steamed buttercream n fondant. Cantik n kemas hiasan Kak Asmah n Kak Yati walaupun ni lah 1st time dia orang hias.

Seperti biasa, dia orang ni macam tak percaya dia orang bleh hias cupcake macam yang selalu tengok kat Internet.

``Dok tengok orang buat, selalu pikir, macam mana laaaa nak buat semua ni...rupa-rupanya macam ni...,'' Kak Yati cakap. hehhehe...Kak, kalau dah blajar, senang jerr....yang penting tahu teknik.

Ok, jom tengok gambar-gambar sepanjang kelas:

cupcake vanila sebelum hias


Ni cupcake yang dihias ngan steamed buttercream

Ni ngan fondant

Kak Asmah (kanan) dan Kak Yati tengah pulun hias cupcake masing-masing

Dua beradik, Kak Asmah n Kak Yati ngan hasil masing-masing....
Kak Asmah n Kak Yati, tengkiu sebab sudi joint kelas saya. Nanti jumpa lagi yeaaa...(.Kak Asmah n Kak Yati datang skali lagi untuk kelas DIY 19 Julai ni untuk mengguli roti plak)

May 25, 2011

DIY ngan Kak Ijan n Suzana

Salam dan alooo untuk semua....sorry tak update blog semalam. Semalam (Selasa) Kak Ijan (Wan Norizan) datang kelas DIY ngan saya. Dia ambik semua yang berasaskan deco - Basic Cupcake n Buttercream dan Basic Fondant Deco.

Kak Ijan ni pendiam jer orangnya. Tak banyak cakap...jadi malu pulak saya...hehehhe. Yea lah, sehari sebelum tu kan ngan Labu Labi yang riuh macam nak pecah kedai. Tetiba datang Kak Ijan, pendiam. Memang terasa la perbezaannyerrr... Buat keja jerrr. Tapi cepat Kak Ijan ni buat keja walaupun masih baru dalam bidang baking ni. Mesti buat keja rumah pun cekap ni.

Pendiam-pendiam pun, sempat gak la saya korek asal usul Kak Ijan. Ya lah kan...nama dia kan Wan Norizan. Wan ni kan selalunya orang Kelantan. So saya tanya dia macam mana bleh dok kat sini walapun saya dah bleh agak...ni mesti kawen ngan orang nogori...macam saya lerrrr. Kalau kawen ngan orang nogori, alamatnya dok nogori lerrrrr..tak bleh pi mana dah...ahakssss...(tak paaa apa nak buattttt...kalau my hubby terbaca post ni...``i tak complaint aaaaa,  i suka dok somban sebab somban ada Nilai Tigo...ahakssss!!!!!)

Tekaan saya betoi. Dia memang kawen ngan orang nogori.Kak Ijan ni dah dekat 20 tahun dok Negeri Sembilan ni. ``1 Jun ni genap 20 tahun akak duduk Negeri Sembilan ni...,'' wuihhhh....lamanyaaaaaaaaa..saya baru masuk 8 tahun..(ehhh...dah 8 tahun saya dok sini...tak sangkanya. Macam baru semalam jerrr datang Somban nih.)

Ok, ok, nak pendekkan crita, jom kita tengok hasil yang Kak Ijan buat semalam
Kak Ijan tengah bagi final touch kat kek fondant dia

Ni kek fondant Kak Ijan

Ni cupcake Kak Ijan. Semalam pas sampai rumah, dia sms kata cupcake tu dah tinggal 1/2. Tu pun anak-anak dah chop nak wak gi sekolah esoknya. Kek Fondant plak tak dak orang nak usik lagi...sayang kot sebab cantik...hehheh

Untuk Kak Ijan - tengkiu yea sudi berguru ngan saya.

Tergelak saya - sebelum balik saya tolong Kak Ijan masukkan kek dalam keta dia. So, masa salam tu saya cakap lerrr ``Kak, jangan serik yea, datang lagi,''

``Eh..takkk lah....orang cakap u garang...mana ada,ok jerrr,'' kata Kak Ijan..

hehehhehe.....kak, cakap cepat, sapa yang cakap saya garang tu, cakappppp....nanti saya bagi kelas free kat dia untuk membuktikan saya tak garang...muka saya jer garang kak...hatiiii....Allah saja yang tahu....hehehe...

-------------------------------------------------------------------------------------

Ok, hari ni plak DIY ngan Suzana dari KL. Suzana ambik kelas DIY ni:

Italian Rainbow

Chocolate Indulgence

Red Velvet

Cupcake n Steamed Buttercream

Chocolate Indulgence n Red Velvet tu sebenarnya Suzana dah blajar masa kelas demo yang saya buat sebelum ni. Tapi dia nak puaskan hati...nak belajar one to one ngan saya gak...Haiii...kalau lah semua student saya macam ni, lagi cepat saya gi buat Haji nih...hehhehe

Suzana ni dah biasa baking. Walaupun secara kecil-kecil n partime kat rumah, dia ada basic lerrr..So, keja pun cepat. Masa demo cupcake pun skali ajar dah bleh buat. Jom kita tengok hasil usaha keras Suzana hari ni..

Suzana ngan semua kek yang dia buat tadi..

Chocolate Indulgence

Italian Rainbow

Red Velvet
Cupcake dengan steamed buttercream

Tengkiu yea Suzana sebab tolong buatkan saya RedVelvet. Dah lama teringin tapi tak dan nak buat. So, hari ni memandangkan kek tak banyak nak buat, saya suruh Suzana buatkan 2 adunan. Satu untuk dia, satu untuk saya...fuhhhhh....sedapnya RedVelvet saya...ni saya tengah makan sambil mengupdatekan blog....(hehehheh....perasan tahap gaban..)

May 24, 2011

Nasib Labu Labi - kena siapkan kek sampai tengah malam....


Salam dan aloooo untuk semua.....fuhhhhh...semalam pecah rekod betoi ngan pasangan Labu dan Labi - Aimi Jalina (kamalina-cakes.blogspot.com) n Rani Changlun (bakedecorate2U.com). Cita-cita asalnya nak break record nak siapkan 16 biji kek dalam masa paling singkat, tapi jadi terbalik kot plak...tapi actually rasanya tak la lama sangat. 

Kami start class kul 9.30 pagi. Habih buat ke semua 16 biji  kek dalam kul 10 malam mcam tu. Ambik gambaq semua kek-kek tu, dah kat kul 11.00 baru balik.

Tapi actually Rani n Ami settle bake semua kek kul 2.30 petang. Break for lunch jap. Pastu sambung ngan keja-keja buat krim dan hias.

Kira ni rekod gak tu sebab siap bake awai tapi yang jadi sangkut sket sebab chocolate ganache untuk kek chocolate indulgence buat perangai. Biasa laaa coklat ni, klu ada masa dia nak buat perangai, buruk jadiknya. So pasangan Labu Labi kita ni kena buat 2, 3 kali untuk dapat hasil yang perfect. 

Errrr....kenapa saya panggil pasangan Labu Labi kat Aimi n Rani ni....? Bukan saya yang panggil, dia orang la sendiri yang mendeclarekan. Actualy Rani yang cakap.

``Kita ni macam Labu Labi no.....'' (dalam bahasa Kedah yang pekat)

``Pasai pa plak,'' Aimi tanya (dalam bahasa orang Temerloh cakap Kedah - lawak betoi....hehheh)


``Ha laaa..hang kan kuruih, aku ge...uk, macam Labu Labi laaa,''' hehhehehhehe.

Ahakssss......tapi memang betoi...depa dua orang ni memang macam Labu Labi.....buat lawak, gaduh, buat lawak, gaduh.....Dari mula start pegang tepung sampai pegang beg nak balik kui 11.00 malam. Ingatkan makin lewat malam, bateri depa habih, tapi sama jerrr huru hara budak dua orang nih....Haru betoi....
Ok, jom tengok gambag-gambaq kek yang dihasilkan oleh pasangan Labu Labi nih....Dia orang ambik 8 jenis kek seorang. (tu pun ada ati nak tambah jadi 10 jenih...kalau 10 jenis rasanya sembahyang Subuh kat kedai saya la jawabnya...)

. Ni senarai kek yang Aimi n Rani blajar semalam:



GERMAN BLACKFOREST

CHOCOLATE INDULGENCE

OPERA

DOUBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE

BLACK FOREST CHEESE CAKE

ITALIAN RAINBOW

RED VELVET

SNOWY PEACH CUSTARD CREAM CAKE





Red Velvet

Italian Rainbow

Peach Custard Cream Cake - pertama kali dalam sejarah kelas buat kelas ni, cream custard tu tak cukup.....errrr..rasanya Labu Labi ni mesti meratah krim sambil melepa.....

Blackforest cheesecake

Chocolate indulgence

German Blackforest

Opera

Double chocolate cheesecake

Rani dok pening mana nak tak kek banyak-banyak

Aimi - sambil menghias dan sambil-sambil tu bleh dok buat lawak lagi...

Pasangan Labu dan Labi dihadapan susunan kotak kek berbentuk `L' - Labu dan Labi...ahakssss

Untuk Aimi n Rani - otai muda dalam bidang baking ni, tengkius yea sebab sudi joint kelas saya. Semoga terus suksesss... Really enjoy kelas ngan hampa dua semalam walaupun penat.....