Dec 31, 2010

JADUAL KELAS SEPANJANG JANUARI dan FEBRUARI 2011

SALAM dan aloooo untuk semua....Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ni lebih baik dan kita juga jadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Insyallah. Di bawah ni adalah senarai jadual kelas untuk bulan JANUARI DAN FEBRUARI 2011. Ok, sesapa yang berminat nak joint kelas saya, sms nama dan kelas yang nak diikuti ke nombor saya  - 019 282 0053.

Deposit selewat-lewatnya pada hari Jumaat (sehari sebelm kelas) memang diperlukan sebab:
i. Saya nak siapkan bahan untuk kelas.
ii. Saya nak siapkan makan untuk anda. Untuk semua jenis kelas (praktikal & handson) saya memang siapkan makanan ringan sebab kelas saya start pukul 11 pagi hingga petang. So, penyediaan makanan bergantung kepada berapa ramai peserta. Kerjasama anda untuk betul-betul confirm kehadiran  sangat-sangat diharapkan. TQ

JADUAL KELAS JANUARI DAN FEBRUARI 2011


Tarikh: 8 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 5 petang
Kelas: Kelas menghias kek kahwin 3 tingkat menggunakan teknik Steamed Buttercream.
Harga: RM250
Deposit: RM150
Deposit:
Kelas praktikal sepenuhnya
Nota: Kelas deco sahaja menggunakan kek sponge. Resepi kek sponge akan diberikan
-------------------------------------------------- -----------------------------

Kandungan kelas:

i. Teknik terkini menghias kek menggunakan steamed buttercream yang memberikan hasil yang halus, licin dan nampak seperti fondant.
ii. Membuat bunga ros, daun dan pelbagai hiasan border yang yang akan menampakkan kek anda seperti profesional.
iii. Cara meletakkan tiang pada kek ATAU membuat stack. Pilih salah satu


iv Setiap pelajar akan menerima 3 biji kek (1 kg, 1/2 kg dan 350gm) untuk dihias

Peralatan yang perlu dibawa: Apron, kain lap dan turn table. Peralatan lain seperti spatula, piping bag dan nozel akan disediakan.


Tarikh: 15 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Kelas: Kek Italian Rainbow 
            Opera
Harga: RM150
Deposit: RM100
Kelas Demo sahaja (yang berminat untuk kelas praktikal/buat sendiri boleh joint KELAS DIY - click Kelas DIY di sebelah kanan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KELAS DIY)

Kandungan kelas:
i. Cara membuat kek butter rainbow
ii. Cara membuat Italian Buttercream yang rasanya sangat sedap dan cair dimulut.
iii. Menghias kek cara mudah
iii. 5 proses mudah langkah demi langkah membuat kek Opera yang terkenal dengan kesedapannya....
iv. Menghias kek opera

Peralatan yang perlu dibawa: Container untuk bawak balik kek yang dipelari.

Tarikh: 22 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Kelas: 3 Jenis Tart popular yang senang dijual - Chocolate Tart, Fruit Tart dan Blueberry Cheese Tart
Harga: RM120
Deposit: RM60
Kelas praktikal sepenuhnya - Anda akan membacuh dan membuat sendiri shell tart, kemudian menghias tart tersebut dengan filling chocolate, cheese dan custard.
Resepi dan Demo percuma: Cara membuat Chocolate Tart Shell





Kandungan kelas:
i. Cara mudah dan eskpress membuat kulit tart yang ranggup, rapuh dan tahan lama
ii. Cara membuat filling tart - chocolate, cheese dan custard yang sedap dan boleh dijual
iii. Cara mengekalkan kerangupan pastry tart walaupun telah diisi dengan filling
iv. Cara menentukan harga untuk tujuan jualan.

Tarikh: 29 Januari 2011 (Sabtu)
Kelas: Kek Chocolate Indulgence
           Kek American Chocolate
            Carrot walnut with cream cheese topping
Harga: RM120
Deposit: RM70
Kelas: Demo sahaja (yang berminat untuk kelas praktikal/buat sendiri boleh joint KELAS DIY - click Kelas DIY di sebelah kanan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KELAS DIY)

 Carrot Walnut wit cream cheese
American Chocolate

Chocolate indulgence
Kandungan  kelas
i. Pelajari 3 jenis kek top selling n paling hot Bzee Bakery - chocolate indulgence, American chocolate dan carrot cake.
ii. Cara mudah dan paling sempoi buat kek carrot, tapi gerenti sedap.
iii. Cara membuat creamcheese topping yang lemak berkrim.
 iv. Cara mudah dan sempoi membuat hiasan sugar carrot
v. Cara membuat 2 jenis kek chocolate yang moist dan sedap dimakan begitu saja
vi. Cara senang membuat chocolate ganache yang berkilat macam cermin...
vii. Cara menghias dan cara memotong kek supaya kek nampak cantik, bersih dan kemas seperti kek yang dibeli di kedai
Sila bawa container untuk bawak balik kek yang dipelajari

Tarikh: 12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 - 4 petang
Kelas: Hiasan Kek Slice
Harga: RM120
Deposit: RM70
Kelas: 1/2 praktikal, 1/2 demo - (demo masa buat dan melapis kek, praktikal semasa menghias kek)

  Kek slice kiwi - 36 pcs sekotak ni boleh dijual dengan rega RM25

Kandungan kelas:
Dah bosan asyik-asyik hadiah kuih talam untuk kenduri kendara...? Ni ada idea baru untuk anda jual atau hadiah kat kawan-kawan yang nak buat kenduri kendara - tahlil ker, birthday ker, office party kerr dlln...- hadiah kek slice comei ni..

i. Pelajari cara betul buat kek sponge - chocolate, strawbery dan vanila
ii. Cara buat buttercream yang putih dan gebu
iii. Cara melapis dan memotong kek sponge supaya kemas dan cantik semasa dipotong
iv. Cara menghias kek slice yang comel-comel - kek slice strawberry, kek slice kiwi dan kek slice chocolate
v. Cara packaging dan cara menentukan rega...

Perkara yang perlu dibawa: Container untuk bawak balik kek yang dipelajari





 Tarikh: 19 FEBRUARI 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
 Kelas: Advanced Cheesecake - Double Chocolate Cheesecake, BlackForest Cheesecake dan Japanese Cotton Cheesecake
Harga: RM150
Deposit: RM100
Kelas: Demo sahaja (yang berminat untuk kelas praktikal/buat sendiri boleh joint KELAS DIY - click Kelas DIY di sebelah kanan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KELAS DIY)


 Japanese cotton cheesecake
 Blackforest cheesecake
 Double chocolate cheesecake
Kandungan kelas
  1. Pelajara cara buat 3 jenis cheesecake yang sangat YUM, YUMMMM....- cotton cheesecake yang gebu dan halus teksturnya, Blackforest cheesecake lemak dan masam-masam manis dengan rasa buah black cherry dan double chocolate cheesecake yang lemak dan kaya dengan rasaa chocolate.
  2. Juga pelajari cara membuat traditional base cheesecake yang ranggup dan sedap. 
  3. Pelbagai tips penting membuat cheesecake yang cantik dan insyallah gerenti menjadi
Bawak container untuk bawak kek yang dipelajari...

 Tarikh: 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Kelas - Cream Puff dan Eclairs
Harga: RM80 
Deposit: RM40
Kelas: Demo sahaja (yang berminat untuk kelas praktikal/buat sendiri boleh joint KELAS DIY - click Kelas DIY di sebelah kanan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KELAS DIY)



Kandungan kelas:
  1. Jom belajar rahsia buat cream puff yang gebu dan ringan ni. Sesusi untuk kenduri kendara.
  2. Cara membuat custard cream yang sedap, lemak dan berkrim
  3. Anda juga akan belajar cara buat eclairs -yang confirm budak-budak akan suka
  4. Cara menentukan harga untuk jualan terutama untuk creampuff tu sebab ramai yang suka order untuk kenduri kendara....

Dec 27, 2010

Kelas DIY ngan Khalijah

Salam dan alooo untuk semua...hari ni Khalijah dari Rembau datang belajar buat cupcake dan hias sekali. Ni kelas DIY. Lawak Khalijah ni. dia sms saya 2 hari sebelum kelas - ``kak, tak sabar nak masuk kelas akak...sampai termimpi-mimpi,''. Tadi masa tengah buat keja tu saya tanya la dia `` u mimpi apa..?'' Dia kata dia mimpi buat cupcake pastu, dah start jual. Ada orang beli...hehehe...insyaallah harap-harap mimpi menjadi kenyataan.

Khalijah ni memang tak dak basic langsung dalam baking ni. Masa mula-mula jumpa tu, dia buat pengakuan ikhlas ``Kak, saya ni memang zero, zero dan zero. Tak penah buat langsung,'' hehhehe...sian budak ni. Tak pa dik, kalau masuk kelas akak, mesti bleh buat punya. Cara saya senang. Insyallah jadik punya.

Pas pakai apron,  saya terus suruh Khalijah masuk dapur n start buat cupcake dia. Dalam kelas ni Khalijah buat cupcake vanila n chocolate. Pastu buat buttercream dan seterusnya hias cupcake yang dia buat tu.



 Khalijah tengah timbang barang-barang untuk buat cupcake

 Dua jenis cupcake - vanila dan chocolate yang Khalijah buat petang tadi. Semua gobu-gobu n cantik naiknya. Cuma yang Vanila tu sedikit overbaked sebab terlebih masa. Silap set time. Yang chocolate tu lombut sangat..walaupun masa dok bancuh tu macam ada unsur-unsur tak berapa jadi.....hehehhe. Tahniah yea dik sebab baru 1st time buat pun dah cantik macam ni.  
Khalijah tengah dok masukkan nozzel ke dalam piping beg. Masa untuk menghias...

 Tengah hias. Khalijah ni bagi saya ada tangan seni. Senang dapat. Walaupun nilah 1st time dia pegang piping beg,  ajar sket jer dah bleh buat sendiri. Senang keja saya....hehehhehe
 Pulun, jangan tak pulun....
 Antara hasil-hasil yang Khalijah buat.

Bangga ngan hasil titik peluh sendiri...hehehhe. Harap-harap pas  balik ni Khalijah terus buat cupcake tu. Pastu bleh start jual kat kengkawan dulu. Dia nak buat untuk birthday mak dia bulan Januari ni.

Ok, sapa yang berminat ngan pakej Kelas DIY cupcake ni, rega dia RM250. Dalam kelas ni u all akan buat:
i. Cupcake vanila (dapat lebih kurang 25 biji)
ii. Cupcake chocolate (dapat lebih kurang 30 biji)
iii. Buat buttercream yang putih, gebu dan sedap
iv. Belajar cara sapu cream atas cupcake dengan betul, kemas dan licin
v. Belajar pelbagai jenis hiasan popular cupcake
vi. Hias sendiri 16 biji cupcake anda menggunakan pelbagai motif yang dah dipelajari. Kalau ada masa dan kalau saya baik hati hari tu macam mana saya baik hati masa ngan kelas Khalijah, u all bleh hias semua cucpake yang u all buat tu sebab SEMUA cupcake tu memang u all punya....(serius ni....)




Dec 26, 2010

Steamedbuttercream Barbie Cake untuk Sarah

Salam dan aloooo untuk semua.....semalam siapkan Barbie cake untuk anak sepupu saya. Orang Kedah kata anak menakan pupu....Cute budak ni. Nama Sarah. Birthday yang ke 5. Mak dia, Zeti, cousin saya kata Sarah ni memang suka sangat main party-party kat rumah dia. Sejak lebih sebulan lalu, keja dia dok main sambut birthday party. Hampir setiap hari....Lawak betoi budak ni.

Dia cakap kat mama dia untuk birthday party ni, dia nak kek Barbie yang ada anak kucing Barbie n strawberry. Colour plak dia nak pink n purple. Yang best lagi, Sarah siap kirim patung Barbie n anak kucing Barbie kesayangan dia. Dia nak saya `pakaikan skirt' Barbie tu  ngan kek, pastu letakkan anak kucing tu. Mama dia kata, Sarah ni memang sayang betoi ngan anak patung Barbie n kucing tu. Selalu  bawak tidoq.

Saya buatkan sarah chocolate moist cake ngan steamedbuttercream. Ni hasil dia...:

 
Nampak aaak patung anak kucing yang kat depan belah kiri tu. Tu lah anak kucing Barbie kesayangan Sarah. Kecik jer - sebesar ibu jari budak-budak jer. Tapi Sarah punyalah sayang anak kucing ni - siap bawak tidoq...hehhehe


Selain kek Barbie ni, Zeti order beberapa makanan untuk party tu - chocolate n fruit tart, sandwich telur n cheese, makaroni bakar n meehun goreng singapore. Chocolate n fruit tart ada gambar...yang lain lupa plak...


Fruit tartlet

Chocolate tartlet


Kemarin gak saya siapkan kek tunang untuk sorang lagi Zeti. Tapi ni Zeti lain - Zeti dari Rembau. Kebetulan plak ada dua order dari Zeti...heheheh. Chocolate moist ngan steamed buttercream. Satu lagi cupcake fondant colour grey untuk Zura. Ni order bidan terjun. 
Kek chocolatemoist steamed buttercream untuk Zeti (atas) n cupcake bidan terjun untuk Zura (bawah)

Satu lagi ni plak penangan kek opera masa saya buat kelas ngan LeaOven. Maziah dari Seremban teringin tengok kek ni. Dia nak satu. Nak rasa.
Opera cake untuk Maziah...


Dec 25, 2010

Step by step kek padang bola....

Salam dan alooo untuk semua...sempena final bola piala Suzuki AFF 2010 Ahad ni, saya nak kongsi cara sempoi n mudah buat kek padang bola. Dengan tersiarnya artikel step by step ni, maka  tersangat besarlah harapan saya supaya Malaysia boleh kalahkan Indonesia....hehehhee...

Sajer jer...lewat petang tadi, saya siapkan kek Liza untuk 3 hero dia - kongsi birthday ni. Nama pun hero...dia orang nak kek padang bola. Kebetulan mood  baik sket dan keadaan kedai pun agak tenang n sejuk sebab mendung (hehhe), maka saya pun menyenep (snap lerrrr...) gambar-gambar yang patut untuk tunjuk kat sapa-sapa yang berminat untuk buat sendiri. Sonang jerr buat kek ni sebab u all tak perlu kemahiran menyapu krim yang cantik. Ni kira kek main picit krim jerrr.

Ok, mola-mola kena la bakaq kek dulu. Liza nak sponge chocolate saja. Untuk kek 2 kg ni saya pakai 1 kg punya sponge mix. Saya guna loyang 10 x 10. Guna 4. Setiap satu loyang saya timbang lebih kurang 600 gm adunan. So, pas bakar,  ni lah hasilnya:

kek sponge chocolate
Pas sejuk, dengan menggunakan kemahiran idup yang ada (hehhehe...), kita potong dan lapis kek ni untuk dimuatkan atas cake board bersaiz 16 X 16 inch.Tak kira la potong macam mana pun. Asalkan berbentuk 4 segi dan tak banyak  yang kita kena buang - macam gambar kat bawah ni. tengah-tengah tu lapis ngan buttercream.
Langkah seterusnya ialah sapu nipis krim kat sekeliling kek. Lupa plak...sebelum start melapis tu, kena lah buat krim dulu macam ni .....
Yang ni tak yah boh colour apa, biar putih. Sebahagian lagi boh colour hijau sebab kita nak buat rumput. Kalau nak dapat hijau yang cantik, kena campur biru + kuning + coklat.Kalau pakai colour terus dari botol tu, colour dia tak cantik...
Ni colour ijau yang saya buat hasil campuran kuning, biru dan coklat. Kalau nak hijau lagi gelap, tambah la colour coklat


Ok, ok...pas kita dah potong n adjust mana patut tu, macam mana saya sebut kat atas, kita sapu krim sekeliling kek. Tak yah tension-tension nak sapu bagi cantik, berkilat atau licin. Ni kira sapu nipis tak bagi nampak kek jerrr - macam ni: Satu lagi sebab tak nak bagi abuk-abuk kek tu terkeluar. Tak chantekkkk...


Langkah seterusnya ialah memicit `rumput' atas kek ni. Untuk buat rumput kita perlukan nozel macam ni:
Rupa nozel bentuk rumput ni dia orang kata macam acuan buat cendol...yea kerrr..? Ntah, saya tak penah buat cendol, so saya tak tau. Kalau tak sure, masa gi beli kat kedai yang jual baking ingredients tu, tanya jerr kat dia orang mana nozel untuk buat rumput. Yang plastik tu plak ialah piping beg. Nak boh krim.
Pastu, isilah krim ijau dalam piping beg yang ada nozel rumput - macam ni:


Pastu, apa lagi, paip jer lah atas kek yang kita dah sapu krim nipis tadi tu sampai penuh. Cara nak paip - picit kat kek, pas tu sentap ke atas...(errrr....paham tak...). Kalau masuk kelas deco saya, saya akan ajar semua ni (hehhehe...harap maap, iklan sebentar...)
Paip saja sampai habih tutup semua kek, termasuk kat tepi-tepi. Senang kan....? hehehhe memang keja senang. Tak yah nak tension-tension sapu cream kat kek...So, bila dah siap boh rumput, rupanya macam ni:

Kek yang dah penuh ngan rumput
Pas dah settle tu, apa lagi, cari jer lah set patung orang main bola macam ni:
Set ni siap ngan tiang gol n enam pemain bola tengah beraksi. Team mana saya tak tau....Bleh beli kat kedai yang jual barang-barang kek, bukan kedai basikal yea...ahakssss...
Pastu, apa lagi, keluarkan patung-patung tu dari plastik, letakkan jer lah kat mana-mana tempat yang kita suka.So, siappppp......Kalau rajin nak hias lagi, hias lah ngan garisan-garisan yang selalu ada kat padang bola tu.

Maap lah yea...rumput padang bola ni panjang sangat sampai tak berapa nampak players dia... Majlis Bandaran tak buat keja ni...heeheh

Sekian, selamat menonton final piala Suzuki AFF Ahad ni....(errrrrr...kenapa nama piala ni Suzuki aaaa? Kenapa tak Honda ker, Toyota kerrr...hehehe...nak kena cari kat wikileaks...eh silap...wikipedia - ahaksss...)


Dec 23, 2010

CHOCOLATE Deco - kongsi idea

Salam dan alooo untuk semua... Tengah dok `kemaskan' gambar-gambar dalam laptop ni tetiba baru terjumpa ada beberapa keping gambar menarik mengenai chocolate deco yang saya nak share. Ni gambar  masa saya gi tengok Panda kat Chengdu baru-baru ni

Kalau tak silap ni kat Jinlin Street. Minah ni jual pelbagai jenis chocolate kat pushcart tepi jalan jerr. Kita orang tak beli lerr chocolate tu. Tengok saja. Cantik-cantik deco chocolate dia. Tapi kena rajin dan teliti gilerrr lerr. Ya laaah...nak menulis atas chocolate yang comei-comei tu.. Tapi cute lerrr...

 Mana tau ada antara u all terutamanya yang rajin mendecorate chocolate untuk cilok sket idea-idea. Buat chocolate, pastu tu tulis mesej-mesej romantik atas chocolate tu. Try laaa...mana tau ada customer yang minat. Sayaaaa...hehehe, tak berapa rajin sangat (atau dalam bahasa mudahnya - MALAS) bab-bab yang rumit macam ni.....

Ok, jom tengok beberapa gambar yang ada dalam koleksi saya....





Amacammmm.....? rajin aaak nak buat macam niiii...hehhehhe?

Dec 22, 2010

KELAS DIY ngan cikgu Leaoven....

Salam dan alooo untuk semua....Lea dari  www.leaoven.com sms saya lama dah kata dia nak kelas DIY ngan saya. Kalau tak silap masa tu minggu pertama cuti sekolah. Masa dia call tu, tengah bergumbira ngan anak-anak sedara kat funfair di Senawang. Saya tak berapa nak dengar masa tu....biasalah kat funfair. Bising. So, saya suruh dia emel jer apa dia nak belajar.

Beberapa hari pas tu baru saya bukak emel sebab sibuk ke hulu ke hilir ngan anak-anak sedara. Saya tengok senarai Lea...mak aiii....macam lepas geram jer si Lea ni nak belajar kek...hehehe. Lea yang sebelum ni penah belajar steamed buttercream ngan saya kata, dia nak blajar:

i. Chocolate indulgence
ii. American chocolate
iii. German Blackforest
iv. No bake Oreo Cheese Cake
v. Opera cake
vi. Rainbow cake
vii. Cream puff
viii. Cupcake bouquet

HARGA UNTUK PAKEJ NI - RM1,380
(Harga berbeza mengikut jenis kek dan bilangan kek yang anda belajar)

Tapi kalau ada yang berminat, tak semestinya ikut pakej ni. Bleh pilih apa saja kek yang u all suka. Rujuk kat sebelah kanan. Click kat KELAS DIY. Kat situ ada details kek/kelas yang boleh pilih. Just emel kat saya - bzeebakery@gmail.com jenis-jenis kek yang nak belajar dan tarikh nak datang bila (weekday sahaja  - isnin - jumaat) . Saya tak buat kelas DIY masa weekend. Weekend untuk kelas biasa - kelas ramai) . Saya akan bagi tau harga. Kalau setuju, bayar deposit separuh daripada harga kelas.


Memandangkan ramai yang masih confused mengenai kelas biasa dan DIY, ni saya ringkaskan balik perbezaan kelas DIY ngan Kelas Biasa


PERBEZAAN KELAS DIY n KELAS BIASA 

1. Kelas DIY ni kelas personal - Kelas biasa - kelas ramai-ramai. Selalunya buat secara demo. Dan kalau ada pun praktikal, minimum 5 orang peserta

2. Dalam kelas DIY - pelajar akan buat sendiri keja-keja - daripada timbang bahan, adun, bakar dan hias. Kiranya dalam kelas ni saya akan bagi tunjuk ajar dan tips-tips untuk menghasilkan produk tu. Keja lain, anda yang buat daripada awal sampai la siap semua.
Kelas biasa terutama kelas demo, pelajar hanya TENGOK. Saya yang buat semua kerja.

3. Dalam kelas DIY - semua produk kek yang dibuat, adalah milik 100 % pelajar. Kalau  belajar 10 jenis kek, maka 10 jenis tu (semua) u all punya. Dalam kelas biasa - hanya sepotong - untuk rasa.

4. Anda berhak menentukan bila dan apa yang anda nak belajar dalam kelas DIY. Tapi untuk kelas biasa, saya yang akan tentukan jadual dan apa yang nak dipelajari.

4. Bagaimanapun , semua senarai kek yang ada dalam KELAS DIY juga akan diajar dalam kelas biasa. BEZANYA tarikh dan apa yagn dipelajari tu kena ikut jadual saya. Harga dalam kelas biasa lebih murah (contoh 3 kek untuk RM150 - tapi ni kelas demo - tengok sahaja)

So, harap penjelasan saya ni clear sebab ada ramai yang terkedu-kedu n melahirkan rasa terkejut yang TERAMAT SANGAT  (hehhehe...) bila saya bagi tau harga kelas DIY saya . - Secara purata untuk kelas DIY, harga untuk satu kek yang dipelajari minimum adalah RM200. Diskaun RM180 kalau ambik lebih daripada 2 jenis kek.


_______________________________________________________________________________

Ok, berbalik pada citer Lea ... dia tanya bleh kerr habis dalam sehari....?hehhehe..Mana bleh cik ooii...Kena 2 hari kalau nak settle semua tu. Tapi biasalah kalau ngajar cikgu ni, laju jerr Lea pulun. Hari pertama semalam, dia dah selesai bake semua kek tu, termasuk buat cream puff n custard dia skali. Punya la laju macam lipas kudung si Lea ni buat keja, dia bleh siapkan semua kek semalam kecuali german black forest dan chocolate indulgence. Yang lain - American, rainbow (siap bakar dan hias), opera (siap lapis semua), cheese cake (siap hias) n cream puff (siap semua termasuk siap makan...hehehheh. Lea memang suka cream puff...).

So, hari kedua, hari ni, Lea hias american chocolate, german black forest dan buat cupcake bouquet. Cupcake yang dah cover ngan fondant tu Lea bawak dari kedai dia. Yang lain - hias n gubah dia buat kat kedai saya. Best gak mengajar cikgu ni...cepat jer...hehehe. Saya pun banyak blajar beberapa tips best-best dari Lea. Tma kasih yea Lea. Ok, kita layan gambar-gambar sepanjang kelas...


Hari pertama (semalam). Cream puff Lea dah siap.Lea tengah dok hias rainbow cake. Yang kat depan tu kek, kek yang belum hias

Ni hari kedua - buat cupcake bouquet
Hasil-hasil yang Lea buat sepanjang kelas 2 hari
 Lea ngan hasil kerja 2 hari
Rainbow cake ngan Italian Buttercream Filling
Operca cake
 Cream puff



American chocolate

 No bake Oreo cheesecake

 German Blackforest

 Chocolate indulgence
Cupcake bouquet