Jul 31, 2012

KELAS DEMO 8 RESEPI TERBARU SAYA YANG AKAN KELUAR SAJI 15 OGOS

COFFEE NUT

KEK DURIAN MUSANG KING

Kek Cream Nangka Mastura Jambu

Magic Mousse Chocolate Cake

Kek Pisang Berempah

Kek Butter Peach

Kek Buah Bakar

Kek Chocolate Orange

DURIAN CREPES a.k.a Kuih Bantal Durian a.k.a pancake durian
Asskm dan alooo untuk semua.... semua senarai kek diatas (LAPAN JENIS SEMUANYA) adalah ciptaan terbaru saya untuk keluaran majalah SAJI pada 15 Ogos ni..

Atas permintaan student, saya akan buatkan kelas demo untuk semua jenis kek yang akan kluar Saji tu. Ok, saya tak nak anda salah paham. Takut satgi ada yang kata saya ajar resepi yang dah memang kluar kat majalah. 

Bagi anda yang tak nak bayar mahal untuk kelas demo ni,  anda boleh mendapatkan semua resepi ni kat majalah Saji yang akan mula berada di pasaran mulai 15 Ogos ni. Harga Saji kalau tak silap RM10. Tapi bagi yang anda yang nak tengok sendiri cara nak buat...yang tak puas sekadar baca resepi, boleh datang kelas demo ni.

Dan untuk kelas ni gak, saya akan perkenalkan satu resepi desert yang semakin mendapat perhatian - DURIAN CREPES (resepi ni tak dak dalam Saji). Pelajari cara buat crepes yang halus, nipis dan tidak mudah koyak menggunakan 5 jenis tepung.

Ok, ni details mengenai kelas bagi yang berminat.


TARIKH: AHAD 12 OGOS
MASA: 9 PAGI - 4 PETANG
HARGA KELAS: RM200

 BERMINAT...? Ikut langkah mudah berikut:

1. Bank in deposit RM100 ke account MAYBANK BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
(Deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN atau DIFOWARD  ke kelas lain bagi mereka yang cancel last minute. Tarikh akhir nak cancel - KHAMIS 9 OGOS.
2. Pas bnk in, sms ke 019 282 0053 dan nyatakan: NAMA dan KELAS 12 OGOS.
contoh: SITI MUSLIHA, KELAS 12 OGOS
3. Bayaran boleh dibuat mulai sekarang. TARIKH AKHIR bnk in deposit: JUMAAT 10 OGOS

Jul 30, 2012

DIY ngan Ratu Port Dickson...

Asskm dan alooo untuk semua....hari ni berDIY ngan Ratu PD - Miss S. Enggan dikenali atas faktor-faktor keselamatan dalam negeri.

Miss S ambik 4 items - Italian Rainbow, Opera, Painted Rolls dan Kek Kukus Anam Bulan.

Ni hasil hari neh...

Kek Kukus Anam Bulan Mini

Opera ...kemas Miss S buat opera neh...

Italian Rainbow 10 lapis
Painted Rollss

BerDIY ngan editor n reporter Utusan Malaysia

Asskm dan alooo untuk semua...Ahad semalam saya berDIY ngan kawan-kawan lama kat Utusan Malaysia. Kawan-kawan masa jadi reporter dulu. Tapi la ni semua berpangkat besau...dah jadi editor-editor belaka...

Dah lama depa ni mintak nak blajar ngan saya biskut-biskut raya lama-lama neh...Biskut yang setiap tahun dia orang buat secara gotong royong. Dan yang lawaknya hampir setiap tahun depa ni akan call saya tanya resepi. Sebab buat asyik tak jadi jerrr...Tahun ni resepi lain, tahun depan jadi lain...hmmmm, frust punya pasai, depa ni nekad nak mai blajaq ngan saya.

Depa ni nak blajaq buat samperit, makmur, jem tart dan biskut nestum. 5 sekawan ni diketuai oleh Ana Man. Taiko-taiko lain ialah Rosni, Aziah, Rajmah dan Norzie.

Pecah perut seharian berDIY ngan depa neh...macam-macam perangai. Tapi apapun syabbasss....depa semua berjaya menyiapkan 4 jenis biskut ni sebelum kami berbuka puasa. Setiap jenis, semua dapat sorang satu balang setengah. So, bab biskut raya tak yah pikiaq lagi..dah selesai....Pas ni pikiaq baju raya saja.....

samperit ni Ana soh saya try resepi yang kawan dia bagi...cantik n sodap. Tapi bahan dan cara buat dia cerewet....

tengah bakaq

makmoooorrrr

masa ni bleh tunjukk tangan saja....sebab masing-masing dah bukak tudung...hhehehe

cekap gak depa ni menggulung tart

Biskut-biskut lama yang berjaya dihasilkan hari neh

Berposing ngan hasil masing-masing sebelum berbuka posa. Tapiii...dalam gambaq ni hanya 2 orang saja posa...lagi 3....baguih punya dok rasa biskut. Siap p beli mee mamak Maulana lagi.....hmmmmm sabor jer lahh...

Jul 27, 2012

Memperkenalkan.....DURIAN CREPES a.k.a KUIH BANTAL DURIAN a.k.a PANCAKE DURIAN

Asskm dan alooo untuk semua.... awal minggu ni tekak teringin nak makan durian crepes atau ada orang panggil kuih bantal. Saya penah makan dessert ni masa makan kat restoran vietnamese di KLCC. Pas tu terjumpa skali lagi kat Mid Valley...Dah lama teringin nak buat sebab sedap sangat....kacau jiwa sungguh rasa dia..hehhehe.

Pastu baru saya teringat saya penah belajar buat crepes ni kat sorang chef cina - Chaterine ,5 tahun lepas...memang lama gila punya crita ni. Pastu tak penah cuba. Tup, tup teringat, punya la punggah file-file resepi lama. Sib baik jumpa. Apa lagi... sepantas kilat la cuba. Masa tu tengah berdiy ngan Rose n Nana...sambil tunggu kek buah kukus dia orang masak, saya siapkan kulit dia. Kebetulan isi durian pun ada. Isi durian yang difrozenkan.

So, ni lah hasilnyaaaaa....makan pas balik terawih malam tu...fuhhhhhhhhhhhhhhh...nangisss lah..!! sedap. Macam makan aiskrim durian. Saya sangat berpuas hati dengan resepi crepes chef Chaterine ni. Nipis tapi tak mudah terkoyak. Gabungan 5 jenis tepung halus. Tak boleh guna sejenis tepung saja. Sebab nanti rasa dia macam kuih ketayap plak kan....hehehhe

Creamnya pula saya ubahsuai daripada resepi asal yang hanya menggunakan fresh cream dan isi durian. Seperti biasa saya suka pastry cream. So saya gabungkan pastry cream dengan isi durian. Rasanyaaaa....walllaaaaaaaaaaaa....tak sabar nak buat lagi.

saya sangat berpuas hati dengan tekstur crepes ni. cuma nak improve dari segi saiz dia. nak buat bagi kechik..bagi chomel dan senang gulung...dah terbayang kuali non stick Teffal...hehehhe


Durian Crepes yang sangat-sangat yummmmyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

DIY SEPANJANG MINGGU PERTAMA POSA...

Asskum dan aloo untuk semua....rasanya tak terlambat sangat saya nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua...sorry yea tak update blog. Saya update gambar kelas DIY kat FB saja (FB saya - Zalina Yahaya).

Kelas DIY sepanjang bulan posa berlangsung seperti biasa.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semua student masih berjaya menahan diri daripada dugaan berhadapan dengan kek dan pastry yang dia orang buat...hehhee

Ok, jom kita tengok gambar-gambar kelas DIY sepanjang minggu ni...

 DIY 27 JULAI - Kak Rose n Elmi - Cream Puff n Eclairs dan Chocolate Walnut With Cream Cheese

Cream Puff

Eclairs



Depan - Kak Rose dan Elmi

Walnut Torte

 DIY 26 JULAI - Zue n Ana - Portugese egg tart dan carrot walnut with cream cheese


Portugese Egg Tart tengah masak

Zue

Ana




DIY 25 JULAI - Kak Zie n Kak Nurul - Cupcake Bouquet









 DIY 24 JULAI - Mis xxy - (enggan dikenali atas faktor keselamatan dalam negeri) - Italian Rainbow, Red Velvet, Pavlova dan Double Indulgence Chocolate Cake











DIY 23 JULAI  - Rose n Nana - Carrot Walnut, Pavlova dan Kek Kukus Anam Bulan



Gambaq pavlova dics saja....sebab depa dua ni nak wak balik boh buah kat rumah....

Jul 18, 2012

DIY deco CC 3in1 n prepare cc bouquet n coklat untuk merisik

Asskm dan alooo untuk semuaa....Hari ni berDIY ngan Suhaiza. 2nd time ngan saya. Hari ni Su ambik deco cup cake saja. Dia blajar hias cupcake guna 3 teknik - sapuan butter cream biasa, steamed butter cream dan fondant.

Strawberry cupcake baru masak...

Steamed bc n bc biasa dah beres...tengah cover cc ngan fondant plak

Dari kiri ke kanan - cc yang dilepa ngan bc, steamed bc dan fondant

CC dicover ngan steamed bc dah dihias oleh Su...rajin Su buat...halus-halus bunga dia..

Ni plak fondant

BC

Check notes sebelum balik....

Hari ni , sambil-sambil tengok Su hias cc dia, saya buat cupcake bouquet. Ni untuk anak sedara saya. Esok rombongan kami akan ke Stualang Laut, Johor. Urusan merisik anak dara. So untung la Su sebab dapat tengok saya buat cupcake bouquet..hehehe...rezeki Su


Ada 48 biji cc fondant dalam bouquet ni....

Ni plak homemade coklat.. Ni buat semalam.

CC bouquet dan coklat - buah tangan merisik untuk esok. satu lagi cincin