Oct 31, 2012

DIY package 4 kek marble ngan Kak Fatimah

Asskm dan alooo untuk semua....Kak Fatimah dari KL berDIY sekali lagi dengan saya. Kalau tak silap, ni 2nd time ngan dia. Tak ingat la last class bila. Tapi pas kelas DIY tu, Kak Fatimah banyak masuk kelas demo saya.

Kali ni dia blajar package kek Marble - Marble Zebra Mambo, Soft Marble, Labanese dan Seroja. Seronok berborak ngan kak Fatimah ni sampai lupa nak ambik gambaq dia.... Tapi yang best hari ni saya dapat confirmkan betoi-betoi sebutan French Dessert yang tengah diangaukan oleh bakers sekarang ni  iaitu CREPE. Bukan KRIP yeaaa...tapi: kHREAIP ..... tekan sket kat perkataan di depan tu macam orang france cakap...hehehe

Nak lebih confirm click kat `listen' di bawah....hehhehehe.

  (play /ˈkrp/;[1] French: [kʁɛːp] ( listen))

Sebutan ni disahkan oleh  Kak Fatimah  yang merupakan bekas cikgu bahasa Peranchis di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) . So...confirm betoi....hehhehhe..

Untuk Mille Crepe tu plak kata kak Fatimah, bukan disebut MILLIE..tapi MIEL (mil)

So sebutan betul ialah MIEL  kHREAIP...

(HEHHE...sorry yeaaa..blajaq sebutan bahasa sket hari ni....) so...selama ni saya salah sebut. Maapkan saya....ahaksss.

Tapi kata Kak Fatimah, tak salah gak sebut Crepe tu Krip sebab tu sebutan orang Amerika..tak pa lah...tak kisah nak sebut apa...asalkan bahagia....hehehe...gelak sekali lagi...

Ok, sebagai hadiah kepada tuisyen singkat bahasa Peranchis Kak Fatimah tu, saya bagi dia kelas DIY free buat DURIAN kHREAIP...hehhe...jangan maraahhh no...

Takkk..melawak sajaaaaa..sbenaqnya Kak Fatimah akan join kelas Crepe  saya di TDT Sabtu ni. Kebetulan petang tadi saya nak buat DC. So, saya pun offer la kak Fatimah untuk try buat sendiri DC tu secara.DIY - buat Crep, balut dan terus dengan packaging lagi.. So dengan pertolongan Kak Fatimah, siap jugakalh 10 pck DC....TQ kak...hehhehe. Tapi resepi lengkap ambik masa kelas noooo.....

TQ kak sebab tolong saya.....

 Ok, ni gambaq kek-kek marble yang kak Fatimah buat masa kelas hari neh...



Seroja

Zebra Mambo

Labanese

Soft Marble



Oct 30, 2012

DIY ngan Nazlin....

Asskm dan alooo untuk semua...Hari ni saya berDIY ngan Nazlin. Nazlin blajar buat dessert yang engah malatop sekarang ni - Durian Crepe dan satu lagi French Vanilla Mille Crepe.

Nak tau naper Nazlin blajar buat DC...? sebabnya...kakak ipar dia ada dusun durian di Mantin. Macam-macam jenis buah ada..Nak Musang Musang King pun adaaa....fuuuuuuhhhhhhhhhhh..bestnyaaaaaa....tak yah penat-penat cari derian kat Tesco macam saya...

Nazlin kata, selama ni durian-durian tu tak termakan n tak tau nak buat apa.

``Habis sangat, buat cokodok durian..,'' kata Nazlin...

Uwaaaaaaaaaaaaaa...Nazlinnnnn...mai akak senaraikan antara dessert yang  akak memang berangan nak buat kalau ada dusun derian....ataupun kalau musim durian morah nanti...

1. Kek Durian Musang King
2. Aiskrim Durian
3. Cream Puff Durian
4. Durian Portugese Egg Tart
5. Durian Mousse Cake
6. Durian Cheese Cake
7. Durian Butter Cake
8. Durian Chocolate Cake
9. Durian Mille Crepe Cake
....errr apa lagi aaaa....ok...tu saja yang bleh terpikiaq setakat neh..hehhehhehe...Tapiiii..gud idea juga kan...nanti masa musim durian, apa kata saya buat kelas semua berasaskan durian.... hehhe...kita namakan `KELAS DESSERT MUSIM DURIAN''..hehehheheh...idea bernas yang boleh dipertimbangkan...

ok, ok...sorry, melalut sket.....jom kita tengok kecekapan Nazlin buat DC n Mille Crepe. Terang ati Nazlin ni...ajar sket-sket dia balut DC, dah terror...mcam pro. Dia dapat buat balutan yang montok dan munggillll...


DC Nazlin yang montok dan munggill...

Nazlin tengah pulun melipat DC

French Vanilla Mille Crepe Cake...tak bleh potong lagi sebab blom set


JOM JADI TOKEY KUIH TALAM....




Jenis-jenis talam yang akan diajar

Cara potong yang kemas dan cantik serta pacakging yang menawan juga antara petua penting yang akan diperturunkan di dalam kelas ni...

JOM belajar satu lagi produk yang boleh jadi ibu duit. Anda tidak perlu modal yang besar untuk memulakan biz talam ni - cukup dengan pengukus dan loyang 10x10 atau 12x12.

Santan, tepung tu confirm laaa...tapi yang penting anda boleh mula berniaga dengan modal kecil. 
Daripada modal kecil ni, boleh kumpul jadi besar. Pastu bleh beli oven, mixer dan lain-lain lain untuk buat baking plak...tambah produk jualan...

Dalam kelas ni Yuslindhia akan ajar semua tips dan petua penting untuk menghasilkan talam yang cantik dan sedia dikomersialkan.
Resepi INSYALLAH sedap dan boleh buat terus...tak yah nak try test lagi bila balik rumah...

So, kalau berminat, ni detaiils dia...


KELAS: 10 jenis kuih talam komersial paling laris di pasaran
1. Serimuka Delima Pandan.
2. Talam Cendol.
3. Talam Sekoteng.
4. Talam Keladi.
5. Talam Suji.
6. Talam Peanut Butter.
7. Talam Jagung.
8. Talam Dhia.
9. Talam Roti.
10. Talam Tokyo
 
TARIKH: 11 NOVEMBER 2012 - AHAD
TEMPAT: BZEE BAKERY, SEREMBAN 2, SEREMBAN
MASA: 10 PAGI - sampai selesai
PENGAJAR: Yuslindhia Zamani, Skudai, Johor


YURAN: RM250 SEORANG
DEPOSIT: RM100

KALAU berminat, ikut langkah berikut:

1. sila bank in deposti ke dalam account
MAYBANK ZALINA YAHAYA - 11 22 500 16852

2. Pas bank in sms nama, jumlah bank in dan nama kelas:
contoh: KASIM MASDOR, RM100, KELAS TALAM 11 NOV

No. phone saya: 019 282 0053
TARIKH LAST BANK IN DEPOSIT: KHAMIS, 8 NOV 2012
TARIKH LAST TARIK DIRI DAN DEPOSIT AKAN DIPULANGKAN..JUGA - KHAMIS, 9 NOVEMBER.
YANG CANCEL LAST MINUTE ATAU SELEPAS TARIKH TU, DEPOSIT DIKIRA BURN

MINIMUM PENYERTAAN IALAH 6 ORANG...kalau kurang daripada 6 orang, saya berhak membatalkan kelas dan memulangkan deposit.

tq

Oct 29, 2012

KELAS 7 NOV DAH ADA ORANG...

 HARAP MAKLUM...KELAS NI DAH ADA ORANG BAYAR DEPOSIT....

TQVM..



Asskm dan alooo untuk semua....

Ada student tarik diri untuk kelas DIY pada RABU, 7 NOVEMBER NI...Kalau ada yang berminat nak ganti, sila SMS/CALL saya segera. No phone saya 019 282 0053.

Sila PERKENALKAN DIRI ANDA...(saya selalu terima mesej tanpa nama...harap maaf, saya tak save nombor anda....)

 JANGAN EMEL...saya ulang...JANGAN EMEL..

Syarat:
1. Kena ambik minimum 2 item. Maksimum 8 item
2. Kena bank in deposit 1/2 daripada  total yuran.
3. Saya akan dahulukan pada yang BANK DEPOSIT. Tak achi Chop, chop angin....

tq

zalina yahaya



Oct 24, 2012

Dua hari mencanai....

Asskum dan alooo untuk semua....FUuuuuhhh....dua hari - kemarin n hari ni rasa macam dok practice angkat dumbells untuk naikkan muscle..hehheee...apa taknya...kebetulan -  Selasa, Iswarti blajar package Puff Pastry - Chicken Pie, Portugese Egg Tart dan Sardine Puff. Hari ni plak, Melissa Goh blajar package lengkap Croissants n Danish pastry.

Dua-dua package tu memerlukan keja-keja mencanai. Untuk Puff Pastry ok lagi sebab cuma pakai tepung gandumg biasa. Tapi kena ngan Croissants n Danish Pastry, lagi la rasa macam muscle-muscle di tangan ni mula naik..hehhehe. Sebabnya untuk pastry ni kena pakai tepung roti. Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.

Hari ni, selain Croissant n Danish Pastry, Melissa juga ambik dua jenis cheese cake - Oreo Cheese Cake (Chilled) dan Boston Cheese Cake (baked)

Jom layan gambar-gambar kelas...sorry noo gambaq student lupa nak ambik....

Ni yang Iswarti blajaq - Puff Pastry
Sardine Puff

Chicken Pie

Portugese Egg Tart
Yang ni plak yang Melissa blajaq: Croissants n Danish Pastry, Oreo Cheese Cake n Boston Cheese Cake







Oreo Cheese Cake

Boston Cheese Cake

Oct 21, 2012

KELAS KEK KAWEN NONI PART II

Asskm dan alooo untuk semua...hari ni 2nd day kelas kek kawen Noni. Sembilan orang join kelas hari neh yang penuh warna warni.

Kalau semalam ramai student yang pilih colour terang, hari ni soft colour plak. jom kita tengok gambar-gambar sekitar kelas.

Selesai proses menyetim


Kuliah petang oleh Noni



Ni semua kek-kek yang dibuat oleh 9 student yang join kelas semalam. Sorry saya dah confused mana satu tuannya...Tapi apa ponggg..semua orang buat kek kawen yang cantik....bravo dan tq 4 joining the class...Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua..maaf zahir batin










KELAS KEK KAWEN RAHANI (NONI) - HARI PERTAMA

Asskm dan alooo untuk semua....Alhamdulillah kelas hias kek kawen tiga tingkat guna teknik steamed buttercream oleh Rahani (Noni) dari Johor selesai dengan jayanya hari ni. Semua kek yang student buat cantik-cantik. Terkesima saya tenggok hasil student.... Ni 1st day untuk kelas ni. Esok ada lagi satu group 9 orang akan join kelas ni.

Untuk hari ni 11 orang join. Riuh n gempak gempita kelas hari ni sebab kebanyakan yang join dah kenal antara satu sama lain...

Okeh, jom tengok gambaq sepanjang kelas yang penuh warna warni dan meriah  hari ni.


Sesi menyetim

Cikgu Noni tengah bagi tips penting untuk mendapatkan kek yang licin dan halus



Selesai proses menyetim dan stack

Sesi menconteng



Sesi buat bunga plak








NI HASIL KESEMUA 11 student hari ni...sorry saya tak ingat tuan punya....banyak sangat...dah confused...















Cikgu Noni (tudung biru) ngan student-student yang cemerlang, gemilang dan terbilang...

Untuk semua student. tahniah sebab dapat buat kek kawen yang sangat cantik dan macam pro. Pas ni bleh terus ambik order..... Tq juga pada cikgu Noni yang sabar mengajar.

 Okeh, hari ni gak, kami makan sedap sebab salah seorang student - Hasnah Saidin dengan baik hati sudi menyemonsor NASI LEMAK KUKUS SAMBAI SOTONG...hhehhehe fuuuuuuhhh...sedap juling mata.

Hasnah memang buat kelas package Nasik Lemak Kukus ni....Nak tau details mengenai kelas tu, call dia 019 664 7769


Sambai sotong yang power mower.....Tq Hasnah....labbiuuu