May 31, 2009

Manis dan Pedaih di ujung Mei...

American Chocolate (depan) dan Chocolate Fudge (belakang)
Chocolate Indulgence/Royal Chocolate

Chicken Chop dengan brown sauce dan coselow

Lamb Shoulder dengan sos black pepper dan mashed potatoe bersama gravy

Meatball spagethi

Salam dan alooo untuk semua...pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 6....cepatnya masa berlalu....dah masuk setengah tahun. Rasa-rasa macam baru sangat sambut new year....esok bulan Jun, pastu Julai, pastu posa, pastu raya....tak lama pastu tu cuti sekolah, pastu 2010...arghhhh....makin tua.....

Tak pa, tak pa...jangan panik...idup mesti diteruskan, yea dak...Ok, sempena menyambut habisnya bulan Mei dan masuknya pertengahan tahun....(boleh gituuu...??? ada pulak sambutan pertengahan tahun...hehheeh), saya buat kelas kek chocolate khas untuk pengemar-pengemar kek chocolate - American Chocolate, Royal Chocolate/Chocolate Indulgence dan Chocolate Fudge....Alhamdulillah, kelas kemarin penuh sampai tak cukup kerusi....Terima kasih kat student-student saya yang sudi rekomen kawan-kawan lain joint kelas saya - ani yang perkenalkan saya ngan Ita, Aini n kak Maznah Hangit (mulai hari ni saya akan panggil dia Kak Maznah Hangit sebab dia dah hangitkan chocolate fudge saya..crita selanjutnya baca kat bawah yeaaa..).

Kak Maznah Hangit yang perkenalkan saya dengan ustazah dan sorang lagi kawan dia, Kak Siti yang juga bawak kawan dia, aini yang perkenalkan saya ngan eda dan ramai lagi student-student (maap yeaaa..kalau saya tak sebut nama...nanti saya masukkan photo dalam blog saya yeaaaa...semalam tak sempat nak ambik gambor......hehehhe)

Tak lupa jugak student-student senior yang tak jemu-jemu datang kelas saya - fahrun, jaya, vimala...(errr sapa lagi aaa....lupa aaa, senarai kehadiran tinggal kat kedai).

Walaupun full house semalam kita orang enjoy gila buat 3 jenis kek coklat yang kaw-kaw...! Tapi yang paling best, mesti tak lupa kejadian Kak Maznah Hangit yang telah menghangitkan chocolate fudge saya ketika orang ramai tertunggu-tunggu dengan sabar untuk siapkan kek chocolate fudge (sebab dah pukul 3). Masing-masing telepon berdering...anak n suami dok tanya bila nak balik. Dan diketika saat dan masa inilah Kak Maznah Hangit buat hal. Saya mintak tolong dia kacaukan chocolate fudge atas api sambil saya menghias kek chocolate yang lain. Kak Maznah yang memang terkenal dengan peramahnya, sambil mengacau, sibuk berbual ngan Vimala yang kebetulan dok dekat dapur tu...apa lagi....hangus la fudge tu. Terpaksa la buat balik....sabor jer laaaa.....Ikut hati memang nak denda Kak Maznah ni, tapi memandangkan dia ni ada kaitan ngan kerabat diraja Seri Menanti, saya kensel jer lah niat tu...takut kena murka....hehehheh...

O.k di akhir kelas, selain dapat bawak balik ketiga-tiga jenis kek chocolate tu, semua student jugak dapat merasa. Masing-masing dah confuse kek mana yang sedap...sebab semua sedap-sedap belaka...tak rugi belajar hari ni dia orang kata.

Macam mana pun, terserah pada student nak guna resepi mana. Ikut selera masing-masing. Tapi, resepi kek chocolate yang saya ajar semalam adalah koleksi tiga jenis kek chocolate terbaik saya. Ikut la mana yang nak guna...ikut bajet dan costing masing-masing. Ada yang mahal dan ada yang murah. Ada yang senang dan ada yang cerewet nak buat.
O.k, hari ni (ahad) pula, saya buat kelas western. Ramai gak yang joint. Hari ni saya ajarkan tiga jenis masakan western popular - Chicken chop dengan brown sauce, coselow, lamb shoulder dengan black pepper sauce, mashed potatoe dan gravy serta meatball speghethi.

May 29, 2009

American Chocolate Cake untuk Hari Guru

Bunga ros dari chocolate ganache



American Chocolate cake yang telah `dibunga rosekan...'hehheeh



Kelas biskut raya untuk geng-geng Hasnah dari Paroi



Esok, lembaga pengawas sekolah kebangsaan seremban 2 A nak sambut Hari Guru....(actually hari guru 16 mei lepas, tapi dia orang baru nak sambut esok. Lagi pun, esok mesti budak-budak ni enjoy sakan sebab last day sebelum cuti panjang dua minggu).


So, semalam, aisya, salah sorang AJK PIBG sekolah datang tempah kek American Chocolate. Tapi kali ni saya buat ada hiasan bunga sket. Bunga-bunga rose tu saya buat daripada chocolate ganache yang dah dibekukan. Walaupun agak lembut, tapi bila dikeraskan sekejap, bunga-bunga ni nampak idup dan cantik.


Sementara itu, pagi tadi Hasnah dari Paroi bawak geng-geng dia datang blajar biskut raya. Tetap meriah walaupun cuma enam orang yang joint kelas....

May 26, 2009

Kelas Chocolate Cake

Royal Chocolate Cake Bzee Bakery

Salam...weekend ni, saya akan buat kelas 3 jenis kek chocolate popular - American Chocolate, Chocolate Fudge n Royal Chocolate. Yang dalam gambar ni ialah Royal Chocolate Cake. Sapa yang biasa ke Secrete Recipe, mesti penah jumpa kek ni. Kalau tak silap namanya chocolate indulgence. Kiranya, royal chocolate cake ni lebih kurang chocolate indulgence la gak. Tapi tak la 100% sama (kalau sama, dah lama saya buka Secrete Recipe cawangan sendiri..hehehhehe).

So, sesapa yang nak belajar buat kek ni, wajib joint kelas ni. Rugiiiiii sapa tak mai. Kek ni memang moist. Kek yang dua lagi pun sama gak moist. Kiranya dalam kelas weekend ni, bersedialah untuk menambahkan sedikit berat badan anda...heheheh.. Apa taknya, semuanya berasaskan chocolate, krim, susu, telur, butter....arrrrhhhhhh tension. Susah jadi cikgu masak ni...cabaran untuk diet amat-amat berat.....!

Ok, sapa nak joint, sms saya untuk confirmkan kehadiran....

May 22, 2009

Special request kelas biskut raya (siaran ulangan...heheheh)

Enam jenis biskut raya 2009 yang saya akan ajar Khamis depan. Dari belakang skali belah kiri tu chocolate heaven, kanan blackforest. Barisan tengah yang belah kiri tu snow lemon, yang kanan, crunchy croquant. Barisan depan sekali belah kiri tu thousand nuts yang kanan sweet isabella.

Atas permintaan ramai, Khamis 28 Mei ni, pukul 10 pagi, saya akan buat ulang tayang kelas enam jenis biskut raya - Snow Lemon, blackforest, thousand nuts, crunchy croquant, sweet isabela n chocolate heaven. Semua resepi baru. Yuran RM60. So, sapa yang termissed kelas lepas, boleh joint kelas ni.

Sila confirm kehadiran selewat-lewatnya Selasa 26 Mei.

Kelas buat dan hias cupcake guna buttercream

Yang serba kuning tu lah Kak Maznah. Kak Maznah ni ada keturunan darah diraja Seri Menanti. Dia tak boleh pakai baju colour lain kecuali kuning....hehehheAntara hasil kreativiti student




Semalam (Khamis), geng-geng suri rumah yang rajin (buat makan untuk anak-anak n juga buat biz dari rumah) mintak saya buat kelas cupcake. Saya tunjukkan demo buat tiga jenis cupcake - vanila, strawberry filling dan cheese cupcake dengan cream cheese topping. Pastu tu masing-masing hands on hias semua cupcake tu guna buttercream.
Best n enjoy dengan kerenah masing-masing. Untuk Kak Maznah student baru (ni 2nd time dia joint kelas saya selepas kelas chiffon hari tu...), bawak-bawak bersabar...kelas kek chocolate 30 Mei ni, insyaallah onnnnnnnnn....44 kali dia asyik tanya saya kelas kek chocolate saya on ker tidak ujung bulan ni....Masuk kali ke 45 kali dia tanya....saya denda dia dok kat luar kelas....hehheheh (lawak jer kak....jangan marah).
O.k untuk u all yang nak joint kelas kek Chocolate yang sangat ditunggu-tunggu oleh Kak Maznah ujung bulan ni (30 Mei, 11 pagi ni), sila confirm kehadiran anda cepat-cepat. Takut nanti Kak Maznah tak bagi orang lain joint...hehhehehe (lawak skali lagi....)

May 18, 2009

Roti...roti...roti....

Yum, yum...bun panas, bun panas....

Bun-bun yang montok dan gebu...Ni Shafinaz punya hasil tangan

Ni bun yang baru keluar oven, berasap lagi...
Tengah pulun sakan buat bun...

``Aloo, aloo...aaaa, nak order brapa bijik...? 500...??!! Alamak....jap, jap aaa tengah balajar ni...'' Jangan marah aaa...belum abih kelas dah ada customer call Shafinaz nak order bun....heheheh

Geng Murai.com yang kecoh tapi keja tetap jalan....

Best kelas roti pagi tadi. Meriah dengan geng-geng Murai.com...hhehehe - lawak jer..Apa tak murainya, bising dan gamat kelas di buatnya mengira doh bun yang tak cukup. Bukan tak cukup tapi silap kira.....Ni geng-geng yang nak kelas special request buat roti bun manis. Saya ajar guna kaedah straight dough. Main campur semua sekali jer. Tak payah peram-peram atau buat ibu guna teknik sponge & dough . Tapi sebenarnya saya lebih suka kaedah sponge & dough method ni. Bau roti lebih sedap, lebih lembut dan tahan lama. Tapi cerewet la sket nak buatnya sebab kena buat ibu dulu semalaman.

Kalau buat sandwich loaf, boleh guna teknik sponge & dough ni. Memang loaf kita akan lembut, lemak dan harum bau yist yang dah diperam. Simpan dua tiga hari pun lembut lagi.

Ok, balik pada kelas hari ni setiap student buat sembilan jenis roti semuanya - mini piza, Mexican bun, egg mayonese chicken bun, sosej roll, garlic butter, butter bun, chicken floss, mixed fruit bun n red bean bun....

Setiap pelajar bawak balik semua roti-roti yang dibuat sendiri tu. Semua senyum bangga dengan hasil air tangan sendiri...Kalau ada sapa-sapa yang nak belajar, cari geng minimum 5 orang. Bagi tahu saya date (weekdays). Saya boleh arrangekan. Rega RM80 setiap orang. Semua barang saya sediakan, cuma bawak apron dan container besar

May 16, 2009

Kelas steamed buttercream di Amore Bake

Empat student yang joint kelas hari ni bersama hasil masing-masing
Tengah syok menghias...

Close-up hasil student. Yang putih bunga colour-colour tu cikgu punya...

Pagi tadi saya mengajar di Amore Bake - kedai baking ingredients.
Tak ramai yang joint kelas ni, empat orang saja - Vijaya, Aqilah, Juliza & Fazila... Blajar steamed buttercream. Tapi ni kira macam kelas mini sebab buat kek kecik saja. Selalunya dalam kelas lengkap, saya akan ajar kek kahwin tiga tingkat - macam mana nak pasang stand, kombinasi colour yang unik untuk kek, border-border eksklusif untuk kek kahwin, petua-petua packaging yang betul untuk bawa kek ke rumah pengantin, hiasan yang sesuai untuk kek kahwin dan macam-macam petua penting yang lain.

Walaupun kelas mini, banyak ilmu yang saya perturunkan dalam kelas ni terutamanya cara betul nak hasilkan steamed buttercream ni dan hasilnya sangat-sangatlah membanggakan.

May 15, 2009

Home Made Chocolate





Antara contoh-contoh coklat homemade guna teknik mudah - seeding (pembenihan)




Hari ni selain sibuk buat kek untuk Mia, saya sempat joint kelas homemade chocolate. Saja nak mendalami ilmu home-made chocolate dengan Norli di Amore Bake. Sebenarnya ni dah kali ke empat saya masuk kelas chocolate ni. Sejak dua tahun lepas lagi blajar buat homemade chocolate ni. Tapi teknik-teknik sebelum ni cerewet.


Bagi yang biasa buat chocolate mesti tau cerewetnya proses buat chocolate ni terutamanya semasa proses tempering. Dalam kelas-kelas sebelum ni, kalau tak dak dua benda wajib - marble (untuk tempering) dan thermometer untuk check suhu coklat, memang tak bleh buat chocolate.


So, selalunya lepas balik daripada kelas-kelas tu, saya jadi macam boring jerr...sebab nak kena beli barang-barang tu. Bukannya murah - marble saja paling murah RM150 - tu pun kecik jerrr...Thermometer plak rega dalam RM120 lebih. Saya pikir, kalau saya sendiri pun boring nak beli barang-barang ni, u all yang nak saja-saja buat untuk seronok-seronok nak bagi anak-anak makan, lagi la boring yer dak...? So, lepas balik kelas-kelas tu, saya simpan jer notes-notes tu.


Tapi sebenarnya bukan sangat rega barang-barang tu (sebab benda-benda ni bleh simpan dan jadi assett berharga kita). Cuma saya boring mengenangkan tekniknya tempering yang cerewet dan tak bleh salah langkah. Macam-macam pantang larang n yang paling saya boring, kalau nak buat chocolate ni kena dalam aircond...blehhhhh....? Ni yang paling saya boring skali. Abih, nak kena pasang aircond kat dapur la plak kannn? Ker, nak kena buat chocolate kat dalam bilik tidoq...?


Tapi teknik yang saya blajar hari ni best. Tak perlu marble, tak perlu thermometer n paling best, tak payah nak ngada-ngada cari aircond. Teknik ni namanya `seeding' (pembenihan). Pensyarah dari UPM, Dr. Halimah (kalau tak silap saya) yang mempopularkan teknik ni. Hasilnya cantik dan yang paling penting tahan panas. Kata Norli, coklat ni kalau nak dihantar ke customer pakai pos pun bleh, tak cair. Saya tak penah cuba. Nanti saya cuba poskan coklat ni untuk adik saya yang dok kat Sungai Petani. Tengok apa hasilnya. Nanti saya inform.


So, sapa-sapa yang berminat nak blajar teknik mudah buat coklat homemade ni, boleh arrange time dengan saya. Untuk kelas ni, saya cuma hadkan pada 4 orang pelajar sahaja. Best buat coklat ni. Enjoy. Coklat ni sesuai untuk macam-macam function - gift pengantin, hamper, door gift, even nak ganti biskut raya pun bleh. Lepas balik dari kelas tadi dan bawa contoh-contoh coklat yang saya buat, ada customer datang kedai. Saya tunjukkan coklat ni. Dia dah minat nak tempah untuk raya. Sajerr kata dia nak kelainan sket. Asyik buat biskut raya jer...betul gak kan....hehee


Sesapa yang nak buat bisnes, saya akan ajar costing skali, mana nak dapatkan coklat, macam mana packaging dlln...

Kek Butter Super Moist & Chiffon Pisang

Ni kek butter super moist...gebu dan rasanya cair di mulut...

Yang ni plak, Chiffon Pisang. Saya guna pisang berangan

Hari ni buat tempahan dua kek customer - Mia dari Green Street Homes, Seremban 2. Ni jiran setaman. Mia nak kek butter dan satu lagi apa-apa kek yang ada pisang. Untuk hubby yang suka sangat masakan-masakan terutama kuih muih yang berasaskan pisang.


Memandangkan kek pisang dah biasa sangat, saya suggest Kek Chiffon Pisang. Kebetulan, saya pun dah janji dan ambil gambar chiffon pisang untuk tunjukkan pada u all kan...? So, ni lah hasilnya.

Untuk kek butter tu, saya suggestkan Mia kek butter super moist. Kek ni guna butter high quality - Golden Churn dan dibakar guna teknik steam bath. Mia tak nak hias apa-apa. Kosong jerr. Untuk guest yang akan datang esok kata Mia.

Sapa-sapa yang nak order atau minat nak blajar boleh contact saya . Ok...gud nite...

May 14, 2009

Kelas Biskut Raya II

Enam jenis biskut + satu resepi bonus yang diajar pada kelas kelmarin (selasa)
Chocolate popyseed

Casablanca

White royal almond

Blackcurrent crumble

Peanut buttercrunch

Japanese Snowball

Chiffon nenas yang dah dihias dengan buttercream

Japanese cotton cheese cake yang gebu


Sorry banyak-banyak sebab lama tak updatekan blog. Sibuk sket..Ada beberapa kelas yang saya buat sepanjang minggu lepas. Sabtu lepas ada kelas chiffon - chiffon nenas, coffee dan pisang. Tapi gambar yang sempat snap chiffon nenas saja. Yang lagi dua tu telupa sebab panas-panas dah potong n terus masuk bekas student. Nanti bila saya buat lagi, insyaallah saya snap dan tunjukkan pada u all. Ahad plak ada kelas japanese cotton cheese cake n tiramisu (yang ni tak sempat snap gak) . Semalam (selasa) plak ada kelas biskut khas untuk geng-geng Aini. Aini kumpul geng-geng dia n mintak kelas khas biskut raya yang terbaru.

So, saya ciptakan khas enam jenis biskut raya terbaru termasuk satu resepi percuma - Enam biskut terbaru tu - White Royal Almond, Chocolate Poppyseed, Casablanca, Coconut Pilow, Blackcurrant Crumbles dan Peanut Butter Crunch. Resepi percuma - Japanese Snowball.

Sebenarnya, tak susah nak buat biskut raya ni. Cuma kena pandai adun dan kena betul nisbah gula, butter, tepung dan telurnya. Kalau tak betul dan seimbang, biskut akan jadi keras, kembang, terlalu berderai, tak tahan lama dan lain-lain masalah lagi.

So, bagi yang tak berkesempatan nak joint kelas saya, ni diperturunkan beberapa `trouble shooter' semasa buat biskut

Masalah: Biskut terlalu keras
Kenapa:
i. Tepung yang digunakan terlalu `kuat’ ( Cth tepung berat - highprotein, tepung gandum biasa. Cth tepung ringan - superfine, soft flour, low protein flour....)
ii. Tepung terlalu banyak
iii. Tidak cukup lemak/butter/margerin
iv. Kandungan gula yang tidak betul
v. Terlalu lama memukul/mixing
vi. Tidak cukup cecair (cth telur)
vii. Bakar terlalu lama pada suhu yang terlalu rendah
Masalah: Terlalu berderai
Kenapa:
i. Terlalu banyak gula
ii. Terlalu banyak lemak/butter
iii. Tak cukup telur
iv. Kaedah membancuh yang tak betul menyebabkan adunan tidak sekata
Terlalu kembang
Kenapa:
i. Suhu terlau rendah
ii. Tidak cukup tepung
iii. Terlalu banyak gula
iv. Terlalu banyak cecair
v. Loyang digris dengan terlalu banyak
Tak cukup kembang
Kenapa:
i. Suhu terlalu tinggi
ii. Tak cukup gula
iii. Tak cukup cecair
iv. Acuan digris dengan tidak sempurna
Biskut melekat di Loyang
Kenapa:
i. Loyang tidak digris dengan betul
ii. Terlalu banyak gula

O.k, ni sebab dan masalah, di bawah ni plak diperturunkan nota-nota penting untuk anda mengenali jenis-jenis tepung yang selalu digunakan dalam biskut dan fungsinya. Pengetahuan mengenai jenis-jenis tepung ni pun penting sebab ia adalah antara faktor penting yang akan menentukan hasil biskut anda cantik ker tidak....


Berikut adalah jenis-jenis tepung yang sering dijumpa dalam resepi biskut dan fungsinya:
i. Tepung superfine – dikategorikan sebagai tepung berprotein rendah. Tepung ni bertekstur halus dan dikatakan akan menjadikan biskut lebih ringan dan rangup berbanding penggunaan tepung gandum biasa.
ii. Tepung Rose – mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut yang antara lain ialah tepung jagung. Bagaimanapun, anda tak perlu menggurangkan penggunakan tepung jagung jika sukatan tepung jagung dalam resepi anda tidak terlalu banyak. Tepung rose juga dikenali sebagai Top Flour atau Cookies Flour.
iii. Tepung ubi kentang/potato starch flour – tepung ni akan membuatkan biskut lebih ringan/fluffy kerana sifatnya yang sangat halus. Diperbuat daripada ubi kentang dan mempunyai sedikit rasa ubi kentan. Tepung ini lebih baik daripada tepung jagung.
(jangan keliru dengan potato starch. Ia mempunyai rasa kentang yang sangat kuat dan dikategorikan sebagai tepung yang `berat’)
iv. Tepung Hoen Kwee - Selalu digunakan dalam kuih-kuih tradisional dan basah, tetapi kini juga sering digunakan dalam resepi-resepi biskut/cookies. Tepung ini membuatkan biskut lebih ringan. Terdapat 3 jenis – berwarna orange kekuningan (kuning pastel), hijau pastel dan putih. Boleh digantikan dengan potato starch.
v. Tepung Beras – juga sering digunakan dalam resepi biskut kerana ia menjadikan biskut


So, harap-harap ilmu saya yang tak seberapa ni boleh anda gunakan semasa buat biskut raya nanti. Tapi kalau nak tahu resepi biskut-biskut yang kiut miut ni, kena la joint kelas saya. Kalau dah ada geng minimum 5 orang, bleh terus set date dengan saya untuk special klas. Untuk klas yang special request ni saya cuma buat weekdays sahaja.

Ok, sehingga ketemu lagi...(yaaa bukkkk...) wassalammmm


May 6, 2009

Cookies untuk cafe

Oatmeal Raisins Cookies

Chocolatechip cookies (tapi yang saya buat tak la sebesar tapak tangan. Besar tapak tangan baby jer..

Yang ni biscotti
Hari ni buat sample 3 cookies untuk cafe kawan kepada kawan saya....(brapa banyak kawan daaaa....).

Tq kat Faridah dari Planetcakes sebab rekomenkan saya kat kawan dia yang ada cafe di Bangi. Best faridah ni - peramah n tak kedekut ilmu....dia sharekan ilmu buat italian buttercream dengan saya hari tu. Memang best gila italian buttercream ni. Macam aiskrim - cair dalam mulut. Walaupun kos tinggi sket sebab pakai pure butter, tapi puas hati. Kalau sebelum ni saya akan buang krim kalau makan kek berkrim, tapi dengan Italian Buttercream ni, krim ni saya sapu habis.... Husband saya pula, makan krim tu jer (sebab dia tak makan kek coklat). Sapa nak blajar cara buat Italian Buttercream ni, boleh contact saya. Tak nyesal punya belajar. Memang sedap buat buttercream cara orang Itali ni...heheheh

Ok, balik pada biskut untuk cafe kawan Faridah ni...biskut yang dia nak bukan biskut biasa yang kita selalu makan masa raya tu. Ni kiranya biskut untuk cafe macam kat Starbuck tu. So, saya proposekan Almond Biscotti, Chocolate Chip dan Oatmeal Raisin. Jangan tekejut la ya sebab biskut-biskut ni semuanya saiz XL (mengambil contoh biskut-biskut yang ada kat Starbuck. Chocolatechip kat Starbuck ni besar tapak tangan. Rega RM4 sekeping).

Satu lagi biskut yang orang putih selalu celup ngan kopi panas - biscotti namanya. Kalau kita buat jual masa raya alamat tak laku la....apa taknya, biskutnya memang keras. Tapi memang tu la sifat semulajadi biscotti ni. Memang dibuat untuk dicelup ngan kopi panas dan pait. Memang best, tambah-tambah kalau ujan....fuhhhh....kaw gilerrr.....

Biscotti ni adalah singkatan untuk biskut dan roti....eheheh, lawak jer...(tapi sebenarnya cara buat dia memang macam tu. Mula-mula bancuh jadi satu doh. Bentukkan macam doh roti peranchis tu, pastu bakar...lepas bakar potong nipis-nipis, pastu bakar lagi sampai keras....)

Ok, ok, ni serius - biscotti ni adalah makanan itali. Makna biscotti tu `twice baked' - bakar dua kali. Selain badam, pistachio, cashewnut, hazelnut dan walnut adalah antara kekacang lain yang selalu digunakan masa buat biscotti ni. Memang biskut ni dibuat untuk makan cara dicelup dalam kopi, koko atau wine. So la ni kebanyakan cafe-cafe yang serve kopi memang ada biscotti ni. Kekadang tu dia orang bagi compliment jer...order kopi, dia orang bagi sekeping dua biscoti-biscotti yang kecik-kecik (bagi besar-besar, bankrupt la tokey....heheheh). Dulu masa saya tour Europe (kat satu cafe di Florence, Italy), sempat la merasa biscoti ni. Memang keras gila...Masa tu tak cerdik lagi...pi terus gigit biscoti tu, nak tecabut rasa gigi. Pastu tu, baru perasan ada mat saleh pompuan kat depan saya tu sedang celup-celup biscotti tu dalam kopi...oooo, macam tu cara makannya....baru reti....orang kampung la katakan, mana tau...slalu dok makan biskut potong jerrr....heheheh).

Ok, biskut-biskut lain yang selalu ada kat cafe-cafe berorentasikan barat ni ialah biskut oatmeal, chocolate chip, buttercookies, gingerbread cookies, macaroons, tuiles n florentines. Tapi biasa la, biskut-biskut mat saleh ni, tak dak seni macam biskut-biskut kita. Kebanyakan besar-besar n main jemput-jemput jer. Tapi rasanya memang rich n sedap.

May 5, 2009

Private Class Steamed Butter Cream Untuk Aini, Eda n Ita

Kek kawin tiga tingkat 3 mak dara. Yang oren (sorry, tak berapa nampak) tu Eda punya, yang purple tu ita punya n yang putih merah tu, Aini punya.

Ita dengan bersungguh-sungguh siapkan kek kawin dia yang dia kata kaler lavender

Errr...yang ni, Eda. Bukan yang nampak muka tu...(yang tu Aini), tapi yang cuma nampak tangan tu...Ada sapa-sapa yang cam dak Eda ni....hehhe


Ni kek cikgu yang dah pun menjadi milik Aini dalam cabutan bertuah


Tetiba tengahari semalam member kita yang sorang ni, Aini call kata dia nak kelas Steamed Buttercream. Dia akan datang ngan 2 kawan yang lain - Eda n Ita. So, balik daripada hantar makmentua ambik ubat di klinik kat Senawang ptang semalam, kelam kelibut la buatkan 9 bijik kek sponge untuk 3 mak dara ni.

Untuk kelas steamed buttercream saya ni memang saya ajar buat kek kawin 3 tingkat. Saya ajar A - Z n yang penting mestilah cara betul nak buat steamed buttercream tu. Kalau salah memang tak jadikkkk....Selain tu, dalam kelas ni juga saya ajar sampai boleh student-student saya ni buat bunga ros, border-border yang sesuai dan selalu digunakan dalam hiasan kek kawin dan petua-petua penting lain yang kena tahu masa buat steamed buttercream ni.

Seronok tengok perangai masing-masing masa class ni. Eda yang selalu n suka panik. Ttapi dalam panik-panik pun, hasil keja dia memuaskan - kek dia yang kaler oren tu... (tapi eda ni tak nak muka dia masuk blog saya. Dia takut nanti ramai sangat yang nak berkenalan...hehehe...So, memandangkan tuan empunya diri tak bagi kebenaran, saya cuma boleh selitkan gambar tangan, baju dan tudung dia jerr....heheeh, sorry la yea....).

Ita pula, tekun buat keja n tak mudah give-up. Tak cakap banyak. Dia cuma senyum dan gelak jer tengok kepanikan Eda....Kerana ketekunannyalah, Ita dapat nombor satu dalam kelas tadi. Nombor satu sebab dia habis dulu. Tapi jangan salah sangka, walaupun habis awal, hasil kerja Ita pun cantik walapun ni first time hias kek kawin. Kek Ita yang kaler purple tu...tapi Ita kata tu kaler lavender....tak per la Ita, asalkan bahagia.....


Sorang lagi, ketua rombongan, Aini. Dia ni mak dara coooollll... Relaks jerrr masa buat keja. Dia pilih tema kaler putih n merah. Cantik kek Aini ni. Hari ni Aini menang cabutan bertuah sebab dapat kek yang saya buat.


Memang dalam setiap kelas, saya akan buatkan satu kek untuk demo dan hias. Sebelum balik, saya akan buat cabutan betuah hadiahkan kek tu pada student. Kiranya dalam setiap kelas ni saya tak sentuh langsung kek-kek student. Dia orang kena buat sendiri. Belajar sampai dapat cara yang betul nak steamed buttercream tu dan cara nak letak atas kek.


Lepas masing-masing siapkan kek dan letak ketiga-tiga tingkat kek kawin tu depan mata, 3 mak dara ni sepakat tak nak lagi hias kek guna buttercream cara biasa. Cara steamed ni kata dia orang `senang gila'...(tak sure la plak saya sapa yang jadi gila dek sebabkan senangnya hias kek cara stim ni....hehehhe)


Ok, tak nak merapu banyak-banyak lagi...nak tengok Ugly Betty n pastu tu sambung Desprate Housewife kat TV8. Saya memang suka sangat-sangat hari Selasa malam sebab dua-dua crita yang saya minat ni main berturut-turut....


So, sapa-sapa yang nak private class ngan saya (cuma weekdays sahaja), boleh cari geng-geng - tiga orang satu kelas. Saya tak nak ramai-ramai. Nanti tak boleh fokus n ajar betul-betul. Saya nak lepas balik tu, student dah boleh buat bisnes...yea laa, alang-alang dah bayar RM250 mesti kena dapatkan balik modal, yea tak....

Ok, gud nite....

May 1, 2009

Kek Mousse & Kek Icecream

Yang kat depan colour hijau tu, Kiwi Mousse, kat belakang dia yang colour gelap tu, chocolate Mousse.


Ni blackforest icecream cake. Hiasan coklat yang bulat-bulat tu la yang saya ajar buat kat kelas hari ni.



Ramai yang joint kelas sempena cuti hari buruh hari ni. Hari ni dia orang belajar dua jenis kek mousse - coklat n kiwi dan satu lagi blackforest icecream cake.


Kek Mousse tu saya tunjukkan dua cara - satu yang susah (kira jalan panjang laaaa...) n satu lagi cara shorcut - pakai mousse powder. Kek Mousse ni rasa lebih kurang macam kek ice cream gak, tapi lebih mild /ringan sket berbanding kek icecream.

Dan seperti yang diduga, lepas kelas, student-student ni berebut-rebut nak beli serbuk mousse yang cuma tinggal lagi lima paket tu ...(hmmmph, nampaknya penat saja la saya ajar cara betul buat mousse...hehheeh). Tapi tak pa, zaman la ni, orang memang suka cari shortcut saja kan....?
Yang ketiga, ice cream cake - blackforest ice cream cake. Memang rich gila kek ni. Untuk buat kek ni, saya pakai aiskrim vanila 1 liter. Pakai hampir semua. Kat luar plak, salut dengan whipping cream. Memang kek ni tersangat la sesuai untuk mereka-mereka yang ingin menjaga kolestrol atau berat badan...heheheh - sesuai sungguh.
Selain buat kek mousse n icecream ni, saya juga ajar cara mudah nak buat hiasan guna coklat... alah, macam yang selalu kita tengok kat bakery-bakery tu, yang coklat cucuk-cucuk tu la....Kira, tak rugi la masuk klas hari ni. Banyak ilmu dan petua yang saya perturunkan.
Sapa yang teringin nak order pun bleh. Harga untuk kek Mousse n Icecream Cake - RM30 untuk 1/2 kg n RM50 untuk 1 kg.