Apr 30, 2012

Kelas Roti, Bun n Donut Pak Agus

Asskm dan alooo untuk semua...Alhamdulillah, selesai dua hari meroti di bakery saya bersama Chef  merangkap Baking Technologist - Pak Agus dari Indonesia. Terima kasih tak terhingga kepada kesemua 15 peserta kursus. Norli, Sue Vission, Masitah, Lina, Mimi, Iswarti, Kak Shima Ghanu, Hasnah, Abang Khusairi, Kak Fadilah, Dina, Melisa, Kak Hafizah, Miza n Kak Aziah.

Memang gamat sepanjang dua hari tu. Yang tak gamatnya masa sesi kuliah teori jerrr..hehheeh. Pastu bila masing-masing diberi tugasan untuk mengguli, cerah n segar biji mata.

Rugi sapa tak join kelas Pak Agus ni. Macam-macam tips berguna untuk hasilkan roti, bun dan donut yang lembut, gebu dan beraroma diberikan.

Student diajar membezakan tepung HP yang terdapat di pasaran. Selain tu, student gak diajar macam mana menentukan yist yang elok, bread improver yang mana akan menyebabkan doh masam dan macam-macam petua penting yang selama ni kita lepas pandang.

Formulasi resepi juga diberi penekanan. Bagaimana menjadikan sesuatu resepi tu sebagai resepi untuk menghasilkan roti premium dan bagaimana kalau kita nak jadikan resepi tu untuk menghasilkan roti yang rendah kos, tetapi masih tidak menggorbankan tekstur dan rupa bentuknya.

Pak Agus gak buat `show tongkat sakti' - hehehhe... Cara buat roti tanpa menggunakan mixer atau uli tangan. Tapi uli guna tongkat sakti. Menarik...tapi errrr...tak sanggup den nak buat show tongkat sakti...pakai mesin jer lah...hehehe

Lagi best, Pak Agus juga ajar bagaimana nak menghasilkan premix special untuk buat roti, bun dan donut. Satu lagi yang student suka - Pak Agus ajar cara nak buat frozen doh yang boleh tahan seminggu. Kiranya, uli doh hari ni, pas tu boh dalam freezer. Nak bakar, keluarkan, biarkan mengembang, pas tu boleh bakar. So, boleh buat banyak-banyak, pastu bakar sket-sket....menarik!.

Yang paling student suka, resepi donut ala-ala kedai donut yang famous tu lerrr...Memang sangat-sangat menghampiri rasa donut apple besar tu. Ok, tak nak beletiaq panjang lagi...jom layan gambar yang banyak sekitar 2 hari berkampung di bakery saya.


Sesi penerangan teori..


mengguli



Doh yang sangat elastik wpun mengadun selama 12 minit saja...

elastik n susah koyak

















Donut yang sangat besttttttttttttt....




Perbezaan permukaan roti yang berkilat yang diglace ngan glazing khas ngan yang tak disapu....


Loaf yang sangat gebu....setiap group diberi fomulasi resepi yang berbeza untuk buat loaf ni. Ni yang terbaik. Tekstur yang sangat gebu dan sehalus kapas




Roti Kasur pelbagai flavour


Roll Mayonese n Chicken Floss...wallllaaaa.....sodap



Fresh Fruit Pizzaaa ngan homemade strawbery icecream... icecream ni saya buat. Semua student dapat freee recipe


Pizza



Antara koleksi sweet bun


Packing time

Semua student yang join class hari ni....sorang jerr - Melissa yang tak dak sebab kena balik awal...kejar bas balik Kuantan..



Untuk semua, terima kasih banyak-banyak. Jom mengguli semua.....

Apr 26, 2012

Kak Zai Batu Pahat n Shuhaila

Asskm dan aloo untuk semua....Kak Zai dari Batu Pahat ambik 5 jenis kek hari ini. Red Velvet, Russian BW, Snowy Peach, Opera dan Double Indulgence Chocolate Cake.

Suhaila plak menyelit. Cepat depa buat keja. Sebelum kul 7 dah siap kesemua 10 kek.

suhaila

kak zai








Tq untuk Kak Zai n Suhaila...