Mar 27, 2010

Anak lembu malas dan kasut baby boy...

Salam dan aloo untuk semua...Maap sebab lama tak update blog. Pinggang dah ok banyak...Tapi yang boring sket, husband bagi warning ``u tak bleh buat keja berat-berat...kalau nak buat keja-keja macam kraftangan atau origami bleh la...,'' (err origami tu ialah seni lipatan kertas Jepun tu...yang kejanya dok kat meja n lipat kertas jadi macam-macam bentuk...burung, katak, kipas, bunga dlllnnn....).

Bila saya cakap saya dah  bleh buat keja n saya dah ok dia kasi warning skali lagi...``jangan degil...pinggang u tak berapa baik lagi...tunggu dulu. Nanti jadi balik...,''. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....boringnyaaaaa...

Tak pa kalau tak bleh buat keja berat, saya buat la keja-keja ringan. Dah lama gak tak jenguk bakery. Hari ni saya p bakery. Tapi ikut pintu belakang jer sebab tak brani nak bukak pintu depan kedai yang berat tu...karang tangkap pinggang plak...Saya dah lama nak buat keja ni - buat figurine. Ni kira keja ringan laa kannnn - macam origami gak...cuma ni pakai gula. Saya pakai fondant yang memang dah sedia ada.

So, lepas siapkan cupcake pertunangan Mai (dia order dah lama, so kena buat gak. Sian kat Mai), saya buat figurine  untuk letak atas cupcake. Hari ni saya buat figurine anak lembu malas dan kasut baby boy. Sajerrr....ilangkan boring n test skill...Cantik takkkk...hehheheh


Anak lembu ni nak try kasut baby boy ni, tapi tak celuih (tak muat) sebab besaq sangat....hehheheh


Anak-anak lembu malas...tengah lepak lepas kenyang makan rumput...hehehehhe


Ni plak cupcake Mai tema putih merah. Dia nak banyak `love' atas cupcake tu...

Mar 16, 2010

Kek Kak Pah dannnnnnn......saya terpaksa cuti lagi....AAAARRRGHHHH....!!!

Salam dan aloo untuk semua...Kek steamed buttercream bentuk love ni saya buat untuk Kak Pah. Ni untuk anak sedara Kak Pah yang bertunang Jumaat lepas. Kak Pah nak colour putih dan bunga hijau muda. Yang uniknnya anak sedara kak Pah ni nak tulis SELAMAT BERTUNANG  dalam tulisan Jawi. Seperti biasa saya tak suka tulis atas kek. Sayang sebab bagi saya tulisan tu akan mencacatkan sket rupa paras kek yang halus mulus tu. So, penyelesaiannya, saya tulis atas fondant dan letakkan di tepi kek.



Pandangan dari belakang

Pandangan dari depan (eeerrr....contoh tulisan jawi tu anak sedara saya, Ayie yang tolong buatkan...mintap maap, saya tak pandai jawi....baca bleh laaa....tu pong merangkak...heheh)


Kek ni saya buat hari Jumaat lepas (12 Mac). Baru hari ni mampu duduk mengadap komputer dan menaip. Nak tau sebab pa....sedih betul...tapi tak pa...seperti yang saya katakan sebelum ni Allah banyak menguji orang yang disanyangiNya....

Hari Sabtu (13 Mac) lepas, sepatutnya saya ada kelas steamed buttercream. Hari Jumaat tu dah buat persiapan semua termasuk bakar kek untuk tiga student yang confirm untuk hadir  - Dalilia (Lea Oven), Sathi n Nora.

Lepas mandi, masa bersiap-siap nak ke kedai, tengah pakai jeans, tetiba masa nak bangun dari kedudukan menunduk...rasa tangkap kat pinggang...sakit yang amat sangat....rasa macam nak terkeluar air mata. Pelahan-perlahan saya cuba betulkan kedudukan saya. Bila saya cuba nak duduk, sakit menjadi-jadi. Macam dicucuk-cucuk. Masa tu dalam bilik sorang-sorang. Husband kat living hall tengah tengok tv. Pelan-pelan saya adjust diri. Berdiri bagi stabil sket n berjalan sambil tangan menampan dinding sebab sakit. Pelan-pelan saya gi panggil suami kat luar. Saya kata pinggang saya sakit. Pastu apa lagi, terus husband bawa ke KPJ. Xray n kena cucuk pain killer. Doktor kata slip disc. Tapi nasib baik masih di peringkat minor. Saya kena rehat seminggu.Khamis ni kena buat fisio. Sabtu plak jumpa doktor skali lagi.

Tadi plak, saya cuba buat rawatan alternatif kat Pusat Rawatan Dr. Kwan. Ada kawan yang rekomenkan. Dr. Kwan ni guna kaedah akupuntur dan ubatan moden. Punya la ramai kat klinik Dr. ni. Tapi 95 peratus Cina dan orang-orang tua yang ada masalah sakit tulang dan sendi....Yang sakit lutut, sakit pinggang n macam-macam lagi lah....(terasa diri ni dah masuk kategori tua....heheheh).

Dr. Kwan ni buat kerja punya la cepat. Saya kategorikan dia macam Cina goreng char kue tiaw...betoi...Dia tak cakap banyak. Saya masuk, serah xray yang saya buat ke KPJ. Dia tengok, pastu terang kat saya apa masalah saya. Pastu dia bagi tau saya kena datang 3 kali untuk buat akupuntur. Pastu nurse suruh saya meniarap. Dr. Kwan tunjukkan kat saya jarum yang dah ada ubat kaler merah. ``Aaaa...ini vitamin aaa...saya akan cucuk skalang n buat akupuntur....'' Pastu saya cuma rasa macam kena gigit semut di belakang saya terutama di bahagian pinggang, betis kanan dan peha kiri.

``Ok, siap...u tak bleh bertinggung, tak bleh naik tangga, tak bleh makan ais. Tak bleh angkat balang belat (barang berat laaa....). 18 hari bulan datang lagi satu kali. Ok boleh ambik ubat di luar sana...''

Semua aktiviti-aktiviti ni berlangsung tak sampai 10 minit. Saya tunggu dia kat luar punya la lama - dari pukul 9.30 sampai pukul 11.45 pagi. Dr. Kwan ni masuk klinik pukul 11. Saya nombor yang ke 20. Betul tak saya kata dia buat keja macam Cina goreng char kue tiaw...!!!??

Tapi saya rasa Dr. Kwan (dia ni memang Doktor betul. Lulusan UK - consultant physician & rheumatologist ,  bukan bomoh patah cina) ni memang terkenal. Saya sempat sembang dengan untie-untie yang dok tunggu dia kat luar tadi. Dia orang ni datang dari merata tempat. Yang sempat saya bual tadi, dari Bentong, Pahang. Untie comel ni sakit pinggang. Dia kata sebelum ni teruk sakit pingang dia. Macam dicucuk-cucuk. Dah cuba di KL. ``Aiyyaaa...manyak mahai...tapi talak baik. Tapi saya sudah 3 kali datang cucuk sama ini Dr. Sikalang dah ok. Manyak bagus ini doktor...'' Kata  Untie comei ni...

Sorang lagi untie siap buat demo lagi kat saya. Demo basuh kain sambil mencangkung. ``Dulu aaa, saya tak bleh buat ini macam ooo..., sikalang, lu tengokkkk....sudah boleh masuh kain ooo...(kata dia sambil mencangkung dan menunjukkan aksi membasuh kain. Untie ni sakit lutut.

Tapi betul laaa....saya sendiri rasa kesannya. Saya kena hari Sabtu lepas. Sebelum ni saya kena duduk straight saja n rasa sakit n sengal kat pinggang tak hilang-hilang. Ni lepas buat akupuntur dah tak rasa sakit sangat lagi. Sket-sket jer...cuma boring sket...tak boleh bertinggung n minum ais...aiyyyaaaa....

Untuk yang berminat nak p cuba rawatan akupuntur kat Dr. Kwan ni (jangan takut, tak sakit....serius) ni alamat dia: C-1-1 Jalan Dataran Sentral, Dataran Sentral, Seremban (06 - 763 6203).

Cara nak pi -   Kalau dari pekan Seremban, lepas Muzium Negeri tu kan ada traffic light (ke kanan nak p ke jalan Labu). Kalau nk p klinik Dr. ni, ambik kiri. Kat kolej swasta Est West.

So, buat  sementara waktu ni, saya mintak ampun banyak-banyak sebab saya terpaksa menunda sekali lagi kelas-kelas saya. Saya kena rehat. Tak brani nak paksa diri. Tapi tak pa, saya akan cuba untuk mengupdatekan blog saya ni dengan pelbagai artikel berkaitan masakan seperti tips-tips menarik yang boleh kita kongsi bersama...

Mar 9, 2010

nyummm...nyumm...sedapnya kek, coklat n cupcake






Salam dan aloo untuk semua...best aaakk kek, cupcake n coklat ni....?  Tapiiiiiiiii  mintak maaf banyak-banyak sebab semua kek-kek n coklat ni tak bleh dimakan sama sekali. Semua ni bukan betul. Bak kata orang tua-tua, semua ni PELESU (PALSU) semata-mata. Saya dapat ilmu ni dari cikgu Sue dari Puchong. Anak murid - Zati Senior yang rekomenkan. Best class ni.

 Memang dok cari idea macam mana nak buat kek-kek pelesu ni untuk dihiaskan di bakery saya. Sebelum ni saya buat guna fondant betul. Tahan tu memang la tahan. Dah nak masuk 5 tahun. Tapi baru-baru ni, masa mengemas saya perasan dah macam ada unsur-unsur di atack oleh sang semut. So, sesuai sangatlah saya belajar buat FAUX CAKE/CUPCAKE/COKLAT NI...

 FAUX ni bahasa Peranchis yang bermaksud `PALSU' atau TIRUAN.

Faux cake, cupcake n coklat ni sesuai dijadikan hiasan kat rumah. Gerenti tak berkulat. Semut, lipas, tikus dan makhluk-makluk yang sewaktu dengannya pun tak berani dekat.... Kata Cikgu Sue, ramai yang order masa dekat nak raya untuk dijadikan hiasan di meja hidangan. Paling banyak kek n cupcake. Bestnya Sue, buat kek tak payah pakai tepung, telur, margerin, gula.. Jimat gas lagi...hehehhhe

Saya pun nak buat macam Sue lah...raya tahun ni saya akan buat kek, cupcake dan kek bertingkat-tingkat....tapi FAUX CAKE jer lahhh...hehhehe. Pastu ju jamu air kotak....ahakkksss....

Ok, kalau ada sapa yang berminat nak order atau nak belajar buat kek pelesu untuk persiapan hari raya tahun ni, bleh contact saya untuk bagi nama. Insyallah saya akan start buat kelas ni tak lama lagi.

KELAS: FAUX CAKE
HARGA: RM150
(Anda akan diajar cara membuat sehiji kek, 2 potong kek coklat dan 2 biji cupcake)

Berminat nak tempah?
1 biji kek
 (saiz 6 inci) - RM65
Cupcake - RM12 (minimum order - 5)
Kek slice - RM15/slice

(Tempahan siap dalam masa seminggu)

KELAS STEAMED BUTTERCREAM LAGI....

Salam...,

Atas permintaan beberapa student yang belum sempat joint kelas hias KEK KAHWING 3 TINGKAT GUNA TEKNIK STEAMED BUTTERCREAM, saya akan adakan kelas ni sekali lagi pada:

TARIKH: SABTU, 13 MAC

MASA; 11 PAGI - sampai selesai (lebih kurang pukul 5 ptg)

YURAN: RM250

Info kelas: KELAS PRAKTIKAL SEPENUHNYA. Pelajari teknik terkini yang mudah menghias kek menggunakan kaedah steamed buttercream - kek nampak seperti fondant - licin dan berkilat. Setiap pelajar akan menerima 3 biji kek sponge untuk dihias. Pelbagai teknik dan hiasan akan diajar termasuk `buat sampai boleh' bunga ros, border-border yang sesuai untuk kek kahwin dan cara memasang tiang pada kek kahwin.
ANDA TAK PERLU ADA SEBARANG ASAS BUAT atau HIAS KEK sebab teknik steamed buttercream ni TERAMATLAH SENANG...!!!! Kek anda akan nampak seperti pro. Balik bleh start ambik order kek hantaran...



Setiap pelajar akan membawa pulang kek kahwin 3 tingkat

Peralatan yang perlu dibawa: Apron, turn table, spatula dan kain lap.


(Sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya pada Khamis, 11 MAC dengan membayar deposit sebanyak RM130 ke dalam akaun Maybank saya (Zalina Yahaya) - 1122 500 16852

Mar 1, 2010

Syafia Humairah, syurgalah tempatmu...

Syafia Humairah (gambar kecil).
Ibu Syafia, Norhanim Aziz


Salam dan aloo untuk semua....post saya kali ni tak ada sebarang kaitan dengan makanan/masakan. Saya cuma nak lahirkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa allahyarham Syafia Humiarah - kanak-kanak malang berusia tiga tahun yang meninggal dunia akibat didera teman lelaki ibunya sendiri.

Ajal maut di tangan tuhan yang Esa dan Dia jugalah yang lebih mengetahui hikmah di sebalik kejadian yang sangat memilukan ini. Benar, kita mengutuk sekeras-kerasnya sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mendera anak kecil ini. Bagaimanapun bagi saya, kematian Syafia mendedahkan kita kepada lebih banyak sifat tidak bertanggungjawab dan serta  tidak peduli mereka yang ada kaitan dengan  anak kecil malang ini. Lebih menyedihkan lagi bagi saya adalah mengenai nipisnya sifat keibuan ibu allahyarham sendiri - Norhanim Aziz.

Semalam ketika TV3 mewancara Siti Norhanim, tiada langsung rasa sedih dan kesian terhadap ibu muda ini. Saya sebaliknya merasa  marah yang amat sangat kepada Norhanim. Bagi saya Norhanim perlu memikul tanggungjawab terhadap kematian anaknya sendiri. Dalam erti kata lain Norhanim juga harus dipersalahkan atas tragedi menyayat hati ini. Ini bukan soal menunding jari dan menyalahkan sesiapa, tetapi bagi saya Norhanim harus bertanggungjawab kerana membiarkan Syafiah didera secara berterusan.

Kita boleh mengaitkan dengan pelbagai faktor yang mungkin mendorong kepada masalah moral Norhanim - institusi keluarga atau sistem sokongan kekeluargaan (jiran, sahabat, sedara mara terdekat) yang rapuh, tetapi  adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan apabila kita memekakkan telinga dan membutakan mata membiarkan anak kecil diperlakukan sebegitu rupa.

Hasil bedah siasat mendapati bukan sekali anak kecil ini didera, sebaliknya telah berulang kali. Ketika Syafia menanggung azab didera, di mana Norhanim!!? Adakah Norhanim hanya menutup mata atas apa yang berlaku terhadap darah dagingnya sendiri.

Saya juga tertanya-tanya, tidak pernahkah anak kecil ini dibelai  ibunya (...kalau boleh dipanggil ibu!!) atau sekurang-kurang kalau tidak pernah dibelai sekali pun,  tak pernahkah Norhanim memandikannya, memakaikan baju, membedakkan atau menidurkan anak kecil ini. Dan ketika itu semua dilakukan,   buta sangatkah Norhanim sehingga tidak dapat mengesan kesan-kesan penderaan di tubuh anak kecil ini. 

Menurut polis, hasil bedah siasat menemui kesan luka, lebam seluruh badan selain kesan PENDERAAN LAMPAU.

``Terdapat kesan-kesan kecederaan yang baru dan lama dipercayai akibat dipukul dengan objek keras pada tubuh mangsa..'' - Deputi Supritendan Bakhtiar Rashid (Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor)

Bagi saya Norhanim bukan sahaja tiada sifat keibuan, tetapi lebih teruk lagi dia tiada langsung sifat kemanusiaan. Sanggup membiarkan anak sekecil itu menanggung azab penderaan. Lebih menyakitkan hati lagi ialah dia sendiri sedar teman lelakinya itu panas baran, kurang sopan dan kerap mabuk. Lebih teruk lagi, hasil ujian air kencing juga mendapati suspek (teman lelaki Norhanim) positif dadah jenis ganja!

 Sekali lagi kita boleh bertanya di mana sifat keibuan dan kemanusiaan Norhanim sehingga sanggup membiarkan Syafia berada di bawah jagaan lelaki yang mempunyai sifat-sifat buruk sedemikian.

(Norhanim mempunyai hubungan dengan suspek sejak lebih enam tahun lalu. Malah menurut akhbar, kematian Syafiah turut membongkar rahsia hubungan haram antara Norhanim dengan suspek. Norhanim masih bersuami. Suaminya kini berada di Penjara Sungai Buloh kerana terlibat dengan kes buduh sejak 2006.)

Apa yang berlaku terhadap anak kecil ini juga mendedahkan kepada kita betapa Syafia langsung tidak dipedulikan dan tidak dikehendaki oleh datuknya sendiri. Saya sedih membaca kenyataan datuknya sendiri:

``Saya pernah melihat kesan parut dan luka seperti dicucuh dengan puntung rokok di kaki dan bawah dagu cucu saya.
``Namun, setiap kali bertanya, Syafia Humairah hanya mendiamkan diri,''

Menurut datuknya lagi, Syafia juga akan menyembunyikan diri dalam semak di sekitar rumahnya bagi mengelak daripada ditemui suspek.

Kita pastinya tertanya-tanya kenapa datuk Syafia tidak langsung terdetik dihatinya untuk melindungi anak kecil ini atau sekurang-kurangya mengambil tahu kenapa cucunya itu mempunyai kesan-kesan parut ditubuhnya. Adakah hanya kerana Syafia Humairah yang berusia TIGA tahun itu mendiamkan diri datuknya menganggap tidak ada apa berlaku? Sedangkan dia sendiri melihat kesan parut dan luka pada cucunya itu.
 Bagi saya sikap mendiamkan diri datuk Syafia adalah satu tindakan kejam yang harus dihukum!.

Saya juga kesal sikap jiran dan juga mereka yang melihat kejadian anak kecil ini dipijak, dicampak  dan diperlakukan seperti bukan manusia sebelum kematiannya. Bermakna, jika Allah tidak mengambil nyawa kanak-kanak malang ini, Syafiah akan terus menderita menangung kesakitan tanpa siapa yang tahu. Tiada siapa yang berani melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa. Masing-masing hanya bersuara setelah Syafia tiada.

Bagi saya, ibu Syafia - Norhanim, datuknya sendiri, malah mereka yang pernah melihat kesengsaran anak kecil ini sebelum dia meninggal dunia, tidak layak meratapi pemergian allahyarham. Bagi saya,  menangis air mata darah sekalipun tidak mampu menebus dosa-dosa mereka yang memekakkan telinga dan membutakan mata melihat Syafia menanggung azab penderaan sehingga menemui ajal.

Syafia, pergilah dengan aman dan tenang menemui Allah di syurgaNya. Sesungguhnya Dia  lebih menyanyangimu.